Showing posts with label Tasawuf. Show all posts
Showing posts with label Tasawuf. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

HAKIKAT NAFSU




Berbicara tentang nafsu, teringat kata-kata yang selalu disebut oleh guru kita Maulana Hadi “Nafsu itu umpama anjing yang garang, anjing ini ia akan menjadi baik hanya dengan tuanya bukan dengan orang lain, begitu juga nafsu ia akan baik jika kita meminta pertolongan daripada Allah swt untuk menjinakkanya. Ini kerana nafsu adalah makhluk yang dicitakan Allah yang tentu sekali akan patuh kepada tuanya”. Di dalam Al-Quran Allah menukilkan kata-kata Nabi Yusuf a.s, firman Allah,


وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ


“ Dan aku tidak mahu membersihkan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya hawa nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf:53)


Nafsu sentiasa menyuruh kpd kejahatan, kecuali org yg Allah kesian belas kepadanya, Allah akan jaga nafsu. Di akhir ayat diatas disebutkan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh tuhanya. Oleh itu mintalah pertolongan kepad Allah swt Oleh demikian berdoalah kepada Allah supaya nafsu itu tidak mendorong ke arah kejahatan.


Ada yang menqiaskan nafsu seperti kerbau yang liar di padang, kerbau ini tidak boleh kita duduk dekat, jika duduk dekat dia akan menanduk kita, tetapi kerbau itu juga kalau dididik dan dijinakkan dengan cara yang betul ia amat berguna,. Kerbau itu akan rajin, seluruh bendang mungkin akan digalanya untuk manusia. 


Begitulah nafsu, nafsu banyak peringkat, ada yang baik dan ada yang buruk. Nafsu yang baik dipuji oleh Allah seperti nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan sebagainya. Cara mendidik diri bukanlah dari kita semata-mata, perlu juga banyak pergantungan kepada Allah swt.
 Wallahu a’lam….


Oleh : Ahmad Syahin



Wednesday, September 12, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA: SIFAT KASAR



Banyak hadith Nabi saw menyebut kelebihan berlemah-lembut dan banyak manfaatnya. Di dalam hadith yang sahih Nabi saw bersabda,

"من يحرم الرفق يحرم الخير".
“ Orang yang tidak diberikan sifat lemah lembut bererti tidak diberikan kepadanya kebaikan” (HR.Muslim)

Daripada Aisyah ra. Isteri Nabi saw, bahawasa Rasulullah saw. bersabda:

عن عائشة، زوج النبي صلى الله عليه وسلم؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "يا عائشة! إن الله رفيق يحب الرفق. ويعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف. وما لا يعطي على ما سواه".
“Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut(berhalus) ia juga menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya”. (Shahih Muslim No.4697)

Bersifat lembut adalah dituntut dalam Islam dan banyak kebaikanya, Sifat ini mestilah ada pada orang mukmin. Namun tidak dinafikan bahawa sifat kasar itu juga perlu pada ketika-ketika tertentu. Di dalam Al-Quran disebutkan para sahabat terkadang ia mempunyai sifat tegas dan keras, jika berhadapan dengan musuh, sikap ini juga diiktiraf. Firman Allah swt:


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

“ Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia(sahabat) adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka” (al-Fath:29)

Firman Allah swt:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“ Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap tegas lagi keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” ( Surah Al-Maidah:54)


Oleh: Ahmad Syahin




Tuesday, September 11, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA : SIFAT HASAD




Sifat hasad“dengki” juga dikurniakan Allah kepada kita. Sifat ini juga jika diurus dengan betul maka ia boleh membawa kebaikan untuk diri, tetapi jika digunakan dengan cara yang tidak betul ia membawa keburukan untuk diri. Keharaman siat dengki ini boleh kita lihat di dalam sahih muslim,


عن أنس بن مالك؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا. وكونوا، عباد الله! إخوانا. ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث".

“ Hadis riwayat Anas bin Malik ra, Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, saling dengki-mendengki dan saling musuh-bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang muslim mendiamkan (tidak bertegur sapa) saudaranya lebih dari tiga hari”. (Shahih Muslim No.4641)

Dengki ialah kita tidak suka kelebihan yang ada pada orang lain dan mengharapkan kelebihan yang ada pada dia hilang, kelebihan tersebut kita nak kepada kita walaupun tidak layak. Sifat ini lama-kelamaan jika ada pada diri seseorang akan membawa kepada permusuhan.

Di  dalam hadith lain disebut dengki dibolehkan kepada  beberapa perkara sahaja. Dengki disini disebut sebagai “غبطه “  ia tidak salah tetapi dengan perasaan kelebihan yang ada pada orang lain yang didengki itu tidak hilang. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,

لا حسد إلا في اثنين: رجل آتاه الله مالاً، فسلطه على هلكته في الحق، ورجل آتاه الله حكمة
فهو يقضي بها ويعلمها

Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri karunikan ilmu (Al Qur’an dan As Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”( muttafaqun alaih).


Hasad disini dibenarkan, kerana disinilah kelebihan sebenar yang sewajarnya untuk dihasad. Adapun perkara-perkara lain ia adalah sedikit sahaja kelebihan dan hanya perkara berkisar perkara dunia. Sifat hasad jika diletakkan pada tempatnya  ia dibolehkan. Begitulah sifat-sifat lain seperti benci, cinta dan sebagainya, bukanya salah tetapi perlulah diletakkan ditempat yang sepatutnya.


Jika sifat-sifat tadi digunakan bukan pada tempatnya, mungkin lama-kelamaan akan menyebabkan kehabisan gas. Sebab itulah Islam menyuruh untuk kita sabar meletakkan naluri pada haknya, jika kita benar-benar menjaga jadilah kita orang yang betul-betul sempurna, apabila kita menggunakan sesutu bukan pada tempatnya, bila sampai pada tempatnya mugkin tidak lagi kuat, seolah-olah sudah kehabisan gas. Wallahu a’lam..

Bersambung…

Saturday, September 8, 2012

MENGURUS NALURI MANUSIA: SIFAT MARAH




Marah adalah naluri dan sifat semulajadi yang ada pada manusia. Sejak kecil lagi sifat ini diberikan, bahkan jika kita perhatikan binatang juga mempunyai sifat ini. Anak-anak yang masih kecil, sekiranya abangnya mengambil barang mainannya dia akan menangis tanda marah, begitulah fitrah yang Allah bekalakan sifat ini kepada manusia.

Dalam mengurus sifat marah ini secara umum boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pertama,ketiadaan sifat marah, kedua,  keterlampaun sifat marah dan ketiga, pertengahan antara marah dan tidak marah.

Ketiadaan langsung sifat ini adalah tercela, ia dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu di dalam diri yang merupakan penyebab kemarahan. Hasil ketiadaan sifat ini atau lemahnya sifat ini jadilah seseorang itu ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menganggu kehormatan agama, kehormatan diri, kehormatan isteri dan sebagainya, sehingga  jadilah ia orang yang lemah.  

Kerterlampaun sifat marah juga tercela, iaitu apabila sifat ini tidak dapat dikuasai sehingga ia terkeluar dari batasan pertimbangan akal dan agama. Orang seperti jika ia tidak mengawal dirinya dengan agama dan akal, tidak mustahil boleh memukul orang, menghancurkan harta benda, melukai orang, bahkan lebih teruk lagi sampai membunuh. Orang ini juga dikatakan orang yang lemah menguasai diri. Nabi saw bersabda:

عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "ليس الشديد بالصرعة
إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب"


“ Daripada Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bukanlah orang kuat itu orang yang dapat mengalahkan banyak lawanya(penggusti), Sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah”. (Shahih Muslim No.4723)

Sifat terpuji ialah sifat pertengahan antara sifat marah dan tidak marah. Maksud pertengahan ini ialah orang yang mempunyai sifat marah tetapi  ia dipimpin dengan pertimbangan akal dan perintah agama. Adakalanya sifat marah ini perlu dan ada kalanya sifat penyantun itu juga perlu. Sebaik-baiknya ialah mengendalikan sifat–sifat ini secara pertengahan.

Banyak hikmat agama menyuruh supaya menggunakan marah pada tempatnya dan sabar apabila marah pada bukan tempatnya. Marah apabila digunakan semata-mata untuk mempertahankan agama dan kebenaran seseorang itu akan menjadi kuat. Tetapi apabila marah digunakan kepada perkara yang tidak patut atau perkara-perkara dunia seolah–oleh dia membazir sifat ini.

Sifat ini boleh diumpamakan  seperti gas. Apabila gas marahnya sudah habis, sampai tempat yang perlu ia marah iaitu bab yang berkaitan dengan agama dan sebagainya, ia tidak akan kuat lagi. Marah adalah naluri manusia yang Allah ciptakan, dalam hadith Nabi saw ada melarang marah terutama perkara-perkara kecil dan meminta supaya kita bersabar. Apabila sampai bab agama atau tempat yang sepatutnya, maka seharusnya kita menggunakannya.Sifat ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya.Walahua’lam..

Bersambung…