Ramai hari ini bercakap tentang transformasi dan perubahan dalam sesuatu negara, terutama negara demokrasi. Bagi aku di zaman ini sesuatu negara tidak akan berubah sekiranya rakyat bawahan tidak berubah, atau diubahkan pemikiranya.
Jika kita melihat di Indonesia Soekarno yang mulanya dianggap sebagai tokoh revolusi, tetapi akhirnya mewujudkan demokrasi terpimpin dan menjadi autokrasi. Soekarno juga pada awalnya ingin membawa Pancasila sebagai dasar negara dengan demokratis tetapi akhirnya menjadi autoktasi dengan kekuatan tentera.
Pengalamanku di Indonesia, rakytnya cenderung akan memilih mereka yang bayak duit untuk bertanding dalam pilihanraya. Sehinggakan seorang Ustaz di Majlis ittihad mengatakan mustahil nak menang jika tidak mempunyai duit. Bagiku di Indonesia sistem sudah rosak, rakyat semata-mata memikirkan tentang duit dan cenderung memilih wakil rakyat yang kaya. Oleh demikian rasuah sangat bermaharaja lela di Indonesia.
Di Mesir perkara yang sama berlaku, walaupun Husni Mubarak terlalu kuat akan tetapi dia dapat berubah kerana kekuatan rakyat lebih kut berbanding rejim. Apabila rakyat berhimpun di medan tahrir maka Husni Mubarak jatuh dengan begitu saja.
Perubahan dari bawah juga jelas di Kelantan, masyarakat Kelantan sebenarnya sangat kaya dari sudut tarbiah agamanya sehingga BN gagal merebut Kelantan dari PAS dari tahun 1990. Kelatan sebenarnya dengan kemampuan ekonominya yang kecil dan sekatan-sekatan daripada kerajaan pusat sebenarnya tidak banyak mampu memberi kepada rakyat. Akan tetapi disebabkan rakyat Kelantan dapat memahami bahawa kita bukan sahaja perlu memikirkan duit semata-mata maka mereka meyokog PAS.
Bayak lagi unsur yang lain yang menyebabkan rakyat menyokog PAS, terutama disebabkan tarbiyyah daripada Tan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang begitu meresap di dalam jiwa masyarakat Kelantan. Inilah kepentingan tarbiyah sehingga PAS mampu bertahan sehingg ahari ini.
Dalam waqi’ yang ada dalam negara kita, perlunya memberi kefaham kepada rakyata dahulu, sebagai contoh tetang undang-undang Islam, kebanyakan rakyat belum memahami dengan menyeluruh tentang keadilan undang-undang ini. DAP boleh sahaja mebangkang akan perlaksanaan undang-undang ini. Akan tetapi sekiranya dokongan ini datang daraipada rakyat maka mereka tidakan boleh membuat apa-apa.
Akhir sekali, negara ini akan sejahtera sekiranya 3 olongan ini baik, pertama pemerintah, kedua rakyat dan ketiga ahli ekonomi.. wallahua’lam.
Oleh : ahli fikir