Dalam Islam antara perkara yang perlu
diutamakan untuk dijaga, iaitu Hifzu Din “menjaga agama”. Menjaga agama ada dua
cara, iaitu menjaga dari sudut kewujudannya dan memelihara gama dari kerosakan
dan kemusnahan. Untuk menjaga agama dalam kontek masyarakat maka ada hukuman
murtad, memerangi ahli bi’dah, ahli sihir, orang yang mencela agama dan hukuman
terhadap ahli maksiat. Dalam konteks ini, mesti ada peraturan dan
undang-undang. Untuk melaksanakan semua ini mestilah ada kerajaan Islam.
Kerajaan Islam adalah untuk mendirikan agama dan mentadbir negara. Islam juga
mahukan keadilan dan kebebasan kerana itu juga adalah keperluan rakyat dalam
negara. Keperluan rakyat juga ialah mahukan agama yang benar bukan agama yang
rosak atau ajaran yang sesat.
Tindakan pemimpin atas rakyatnya haruslah sesuai dengan kemaslahatan. Apa pun tindakan pemimpin mestilah mempertimbangkan rakyatnya. Sebab, jika kehendak rakyat tersebut tidak diperhatikan maka keputusan pemimpin itu tidak akan efektif. Dalam masalah ini pemimpin tidak boleh melakukan peraturan dan sebagainya yang merugikan rakyat. Kerana inilah tindakan pemerintah negara mestilah sesuai dengan kepentinagan umum bukan untuk kepentingan sekelompok atau diri sendiri semata-mata. Sebagai contoh pemimpin tidak boleh mengangkat seseorang yang tidak ahlinya duduk di jawatan-jawatan tertentu. Pemimpin juga perlu menjaga agama dan hak mejoriti bukan minoriti dan individu dalam masyarakat Islam.
Berkenaan dengan menjaga agama, jika kita melihat kenapa ada juga ulama dahulu yang mahu pertahan khilafah disaat ianya ingin jatuh? adakah semata-mata mahukan pemimpin yang korup? Tentu sekali tidak. Ini kerana khilafah untuk menjaga agama dari kemusnahan dan ancaman dari musuh Islam, zionis dan kuncu-kuncunya yang menodai wilayah Islam. Memang kita tidak setuju dengan setengah kepimpinan khilafah utmani yang didakwa korup dengan mengumpul harta kekayaan. Tetapi kita juga perlu kritis untuk mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Islam selepas jatuh khilafah utmani, agama, undang-undang, wilafah dan nyawa umat Islam diceroboh ketika ketiadaan pemerintahan.
Semestinya kita mahukan demokrasi dan sistem
negara yang adil, kita tidak memusuhi demokrasi dan HAM, tetapi jangan jadi
gila dan mabuk demokrasi sehingga boleh digelar sebagai "hamba pemikiran
barat". Sesetengah golongan yang terpengaruh dengan keterlampaun demokrasi
dan HAM mengatakan bahawa agama ini tidak perlu dijaga oleh pemerintah. Cukup
kiita membuka kebebasan agama seluas-luasnya, katanya “biarlah mereka beramal
dengan ideologi mereka masing-masing”. Ada juga yang mengatakan Islam tidak
perlu dijaga bahkan ia milik individu. Serahkan kepada rakyat untuk memilih
agamanya sendiri, fahaman sendiri syiah atau sunni, kristen atau yahudi,
qodiani atau arqam, aliran kiri atau kanan atau tengah, betulkah yang demikian?
Perkataan seperti ini saya juga mendengarkan
degan telinga sendiri, sebenarnya kenyataan itu tidak betul. Adakah jika mereka
melakukan kekacaun dahulu baru kita bertindak? Dimanakah kerajaan Islam yang
perlu menegakkan hak dan maslahat mejoriti yang akhirnya hak mejoriti ternoda.
Logika yang kita buat ialah sekiranya agama ini untuk indivdu sahaja dan
diri-sendiri dan kerajaan dalam negara Islam tidak perlu masuk campur dalam
urusan rakyat beragama, hanya buat jalan, buat sekolah, buat pasar maka ia juga
akhirnya akan rosak. “Jika petani tanam sayur dengan bersungguh-sungguh
kemudian tidak membuat pagar maka tentu sekali sayur itu akan dimakan oleh
biri-biri, lembu, kerbau, unta dan babi hutan. Jika petani mahukan sayur itu
berhasil mestilah tanam dan memagarnya" begitu juga Islam mesti ada
kekuasaan untuk menjaga agama dalam masyarakat, jika tidak dia akan dirosakkan
loleh unsur-unsur luar yang bukan dari Islam.
Ingatlah bahawa tidak akan selesai masalah penyakit denggi jika doktor dan pejabat kesihatan hanya memberikan ubat kepada pesakit. Cara mencegah denggi di sesuatu kawasan hanya dengan diberikan ubat kepada pesakit dan dibiarkan air bertakung yang penuh dengan ugat-ugat. Cara ini tidak betul, selain kita memakan ubat dan suntikan untuk mencegah denggi, perlu dilakukan dengan kita membersihkan kawasan takungan air, membakar tayar-tayar buruk, mengunakan penyembur asap nyamuk dan sebagainya, cara inilah untuk mencegah denggi.
Begitu juga dengan masyarakat Islam, untuk menjadikan masyarakat Islam maju, bertamaddun, baik akhlak, menjaga agama, tidak cukup hanyak kita memberi ubat dengan berwacana-berwacana disitu-disini sahaja. Tidak cukup dengan mengadakan penerangan di masjid sehingga pecah anak tekak dan demam ustaz. Perlu juga ditegakkan pemerintahan, perlu juga ditangkap golongan yang sesat, ahli bidahr, ahli sihir dan orang murtad, semua ini adalah untuk menjaga kesucian agama Islam.
Sesetengah orang pula, mahukan negara yang bersistem presiden, dengan alasan dengan cara ini kita akan lebih bebas lagi, berbanding negara parlementer. Sebenarnya tidak salah untuk demikian. Jika ianya banyak maslahah agama dan dunia silakan.Tetapi banyak juga kekurangan sistem berpresiden sebagai contoh kebebasan agama terlalu terbuka seperti di Pakisatan, Indonesia dan Mesir yang keterlaluan menjadi sarang membiaknya ugat-ugat ajaran sesat.
Semasa saya berada di Indonesia, ulamanya ramai, bukunya banyak, wacana ilmiyyah disitu-disini, tempat pengajian banyak, universitas Islam banyak sekali. Tetapi kenapakah benih Islam, akhlak Islam tidak menjadi dalam masyarakt seperti itu. suasana Islam amat terkebelakang. Ajaran sesat syiah, ahmadiah, tariqat sesat, liberal dan sekular, semua berkembang bebas, sehingga kadang-kadang membuatkan orang kepeningan dengan kebebasan terlebih ini. Orang awam kepeningan manakah agama Islam yang sebenar. Jika mahu murtad belambak yang murtad, kalah malaysia jika bilangan seperti yang disebut datuk Harun Sani dahulu. Realiti seperti ini masih lagi tidak berlaku di Malaysia.
Inilah yang kita perlu perhatikan dalam menjaga agama, memang Islam menganjurkan kebebasan, tetapi jangan terlebih macam orang kafir. Inilah masalah masyarkat yang tertekan dan tidak bebas dalam masyarakat dan negara yang dipimpin oleh pemimpin yang tidak demokratis seperti UMNO. Dengan fenomina ini akhirnya lahirlah pula setengah golongan yang fikrahnya sangat taksub dengan kebebasan, kesemuanya boleh bebas, akhirnya agama Islam yang disemai dalam masyarakat dihancurkan oleh gajah-gajah hutan dan kuncu-kuncunya.
Dengan itu dalam siyasah jangan terlebih, jagan perasan kita moden, walhal hakikatnya kita mengikut jejak langkah syaitan, yahudi dan nasrani. Di dalam Sahih Bukhari, kitab Al-I'tisham bi al-kitab wa as-sunnah, Nabi saw bersabda " Kalian pasti akan mengikuti cara org-org sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. bahkan jika mereka masuk ke dlm lubang biawak, kalian pasti akan mengikutinya. "kami bertanya, Ya Rasulullah, apakah mereka Yahudi dan Masrani?" beliau menjawab, "Siapa lagi?'.
Oleh : Ahmad Syahin