Syeikh Dr. Abdul Rauf
1.
Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, 3 kali
sesudah Subuh, Maghrib dan sebelum tidur.
2.
Ayat Qursi sesudah Solat dan sebelum tidur dan
doa berikut.
“Auzubikalimatillahi thammati min
syarrimakholaq”.
3.
Dan baca 3 kali setelah Subuh dan Maghrib.
بِسْمِ اللهِ الَّذِ يْ لاَ
يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْ ءٌ فِي ْالأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَا ءِ
وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ
“Bismillahillazi la yazurru maasmihi
syai’u fil ardhi wala fisamai wahuwassami’ul alim”.
4.
Baca bismillah pada lima keadaan iaitu sebelum
masuk rumah, sebelum makan sebelum membuka pakaian, sebelum ke tandas dan
sebelum memulakan hubungan suami isteri.
Terdapat banyak doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dalam rutin
harian, tetapi paling kurang membaca bismillah sudah memadai. Membaca doa yang
diajarkan baginda adalah lebih baik.
Jangan biarkan gambar dan patung secara terbuka dirumah kerana
mengundang jin dan iblis masuk ke rumah dan malaikat lari meninggalkan rumah.
5.
Sebut nama ALLAH pada tiga keadaan, iaitu
ketika marah, sedih dan takut.
Marah – Au’zubillahiminasyaitonirajim.
Sedih – Innalillahiwainailaihirajiun
Takut – Allahu mainna nau’zubika min suruhihim wa nau’zubika fi
nukurihim
6.
Membaca bismillah ketika menyeberangi jalan
kotor, ketika menyiram air terutamanya air panas sama ada ketika membuat teh,
spaghetti, memasak nasi dan sebagainya.
7.
Seperti yang disebut Rasulullah, ketika keluar
dari rumah bacalah :
“Bismillahi tawakaltu alallah, lahawla
wala quawwata illa billah”.
Ustaz Nuruddin Al
Indunissy
Solat
5 waktu tepat waktu, qiyamullail, zikir: Subhanallah, Alhamdulillah,
Allahuakbar 33x, 3Qul + ayat Qursy 1x, baca "HasbunAllah Wanikmal Wakil
Nikmal Maula Wa Nikmannassir" 7x, stiap selesai solat.
Juga baca "Lailaha illallahu
wahdahulasyarikalahu lahulmulku walahul hamdu wahua ala kulli sayyiing
qadiir" 100x setiap hari, baca 10 ayat surah Al-Baqarah sebelum tidur:
1-5, 163-164, 255, 285-286, sentiasa
berwudhu. Lakukan selama 6 bulan.
Ayat
yang mesti dilbaca oleh peruqyah setiap hari Al-Mu’minun 97-98. Selain itu antara amalan harian yang diistiqomahkan oleh Ustaz Perdana Akhmad :
وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ
بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ
أَنْ يَحْضُرُونِ
Ustaz
Hafizhuddin Bin Omar
Ada
empat amalan harian yang harus diistiqomahkan oleh peruqyah dan pasien ruqyah:
1.
Solat berjema'ah (bagaimana mungkin peruqyah meninggalkan solat Jama'ah di
Masjid sedangkan Rasulullah sendiri mencintai shalat Jama'ah, dimana letak
kecintaan kita kepada Rasululloh sedangkan sunnah yang besar ini sering kita
sia-siakan.
2.
Tilawah Al-Qur'an 1 Juz 1 hari minimal 1/2 Juz 1 hari.
3. Zikir pagi dan petang terutama zikir kunci
tubuh
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Lailaha illalloh wahdahu la syarika lah,
lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qodir 100x tiap ba'da
subuh, dan istighfar 100 x).
4.
Solat dhuha dan bila mampu solat tahajjud
Oleh : ahmad syahin