Isu Madad dan Tawassul – Pencerahan Dari Abu Anas Madani
20
Ogo
2014
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah, Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.
Rentetan dari banyak berlaku perkara atau fenomena dalam masyarakat kita yang dibuat secara perhimpunan mega atas nama cinta Nabi SAW yang belum ada seperti itu dibuat oleh para ulama’ atau tuan-tuan guru kita di pondok atau di masjid.
Maka masyarakat tertanya-tanya tentang perkara tersebut seolah-olah ianya suatu perkara yang disepakati (ijma’) oleh para ulama’ tentang kebaikannya.
Ada yang disebut “MADAD” atau “Ya Hana-na” maka masyarakat awam melaungkannya dengan tidak tahu apa maksud, makna dan seterusnya. Mereka ikut rentak lagu yang merdu diiringi dengan paluan dan gemercingan alatan, yang memang menjadi kebiasaan naluri manusia sukakan kemerduan dan bunyian yang mengasyikkan..
Untuk menyatakan kepada masyarakat bahawa perkara ini ada bantahannya dan ada perbincangannya dalam kalangan para ulama’ Islam Ahlussunnah wal Jamaah, maka ana share di FB satu penjelasan atau pandangan sebahagian ulama seperti di bawah ini (yang sememangnya sudah tersebar di internet di zaman dunia globalisasi ini ilmu dan maklumat sukar untuk disembunyikan).
Dr Abu Anas Madani 16 August
Petikan pandangan di bawah ini ada rujukannya.
Sekiranya anda ada pandangan lain boleh bincang secara baik, ilmiah berdasarkan fakta yang sahih.
((Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Telah tersebar qasidah yang berbunyi:
“Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.”
Apa maksud Madad?
[n] help, aid • مَدَد (ج. أَمْدَاد) [اسم] عون
[n/src] help, assistance . إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة
[n/src] equipping, providing .[اسم\مص.[تزويد
Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.
Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:
1) Fatwa Islamweb.net
Fatwa no: 230005
Tajuk: حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة
Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)
Soalan:
ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟
Apakah hukum berkata:
Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو
شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا
طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو
شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا
طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?
وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه،
فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.
ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟
Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعبادهأن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع
Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya untuk menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah,tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepada-Nya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.
روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر:60]
وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.
Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.”
وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه
حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم
بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول
الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم
بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول
الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluk-Nya dengan membuatkan mereka hidup di sisi-Nya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: {Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki.} [Ali 'Imran : 169].
Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.
ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو
يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته
وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه. والله أعلم.
يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته
وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه. والله أعلم.
Tetapi hidupnya tidak bermaksud Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.
FATWA-ISLAMWEB.NET.)) Tamat petikan.
Ekoran dari itu tersebarlah suatu artikel yang bertajuk “Hukum Mengucapkan Madad Ya Rasulullah: Pencerahan Buat Abu Anas Madani” pada 17/08/2014 oleh team aswj-rg
“Artikel pada kali ini kami merespon terhadap status facebook Abu Anas Madani yang boleh dikira sebagai berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menjerumuskan kepada budaya takfir mentakfir…”
Respon awal dari Dr Abu Anas Madani;
Alhamdulillah,
Petikan pandangan ulama’ dalam isu MADAD telah diulas oleh para ustaz dengan hujjahnya yang tersendiri. (Boleh dibaca dalam blog / fb mereka).
Terima kasih kepada mereka yang berbincangnya secara ilmiah dan akademik.
Dan di sini ana menegaskan bahawa;
Ana tidak mensyirikkan dan mengkafirkan sesiapa. Bukan manhaj dan cara ana berdakwah untuk mengkafirkan orang Islam. Itu pandangan fatwa yang dinukilkan. Kalau ada pencerahan kemukakan, masyarakat boleh menilainya dengan baik, insya’
Allah. AAM, 17/8/2014.
Allah. AAM, 17/8/2014.
Di bawah ini respon AAM kepada artikel tersebut:
Pertama: Ulasan Ana kepada isu TAKFIR (Suka atau berani mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengannya).
Budaya ini telah menular dalam kalangan masyarakat Malaysia ekoran ada beberapa orang pendakwah yang sangat berani dan boros mengeluarkan perkataan kafir bahkan berani menuduh ke atas orang perseorangan “Takfir Mu’ayyan” dan mengatakan secara soreh dengan menyebut namanya “fulan kafir” atau “murtad”. Wal’iyazubillah.
Maka dengan rasa cemas dan bimbang dengan budaya yang dahsyat ini ana telah menulis tazkirah atau peringatan kepada pendakwah dan masyarakat agar berhati-hati dengan golongan ini.
Jadi kalau penulis artikel meluahkan rasa kebimbangannya dalam isu TAKFIR ini maka saya berseru untuk kita bersama membanteraskan kelompok tersebut.
Kedua: ISU MADAD atau ISTIGHASAH.
Meminta pertolongan dengan orang yang telah mati.
Penulis artikel telah menyebut:
“Dr Abu Anas mengatakan ...”.
Itu bukan kata-kata saya, itu petikan dari sumber yang dikongsikan.
Penulis dalam artikelnya telah menyebut hujjah atau dalil yang banyak yang menunjukkan keharusan yang membolehkan beristighasah dengan orang mati.
Ulasan:
A) Hujjah yang dikemukan ada yang sahih, namun cara pengambilan dalil (wajh al-Istidlal) darinya masih memerlukan pencerahan lagi;
1- Peristiwa tersebut terjadi semasa hayat Nabi SAW bukan selepas kewafatan Baginda.
2- Berbeza antara minta doa dengan Allah tetapi mengguna “JAH” atau pangkat Nabi SAW dengan terus minta dengan Nabi SAW selepas kewafatan Baginda.
3- Tak boleh nak samakan Taraf Nabi SAW dengan taraf manusia lain samada orang yang diberi taraf wali dan sebagainya.
B) Atau dalil yang dibawa oleh para ulama’ yang membenarkannya tidak kuat (dhaif) dan menjadi pertikaian para ulama’ hadis atau memang maudhu’.
Maka dalil atau sandaran yang tersebut perlukan kepada pencerahan lagi untuk mencerahkan masyarakat dalam isu ini.
Di bawah ini ana kemukan contoh satu dalil yang menjadi perebutan antara pendokong dan penentang.
Pencerahan kepada cerita Ad-Dharir (Si Buta) yang bertawassul.
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرَ الْبَصَرِ
أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي،
قَالَ: “إِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ وَإِنْ شِئْتَ صَبَرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ”،
قَالَ: فَادْعُهْ، قَالَ: فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَ
بِهَذَا الدُّعَاءِ: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ،
مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، إِنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي
هَذِهِ لِتُقْضَى لِيَ، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ”.
أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي،
قَالَ: “إِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ وَإِنْ شِئْتَ صَبَرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ”،
قَالَ: فَادْعُهْ، قَالَ: فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَ
بِهَذَا الدُّعَاءِ: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ،
مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، إِنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي
هَذِهِ لِتُقْضَى لِيَ، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ”.
Uthman bin Hunaif radiallahu meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang buta datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, aku akan doakan, jika engkau mahu bersabar, itu baik untuk diri mu. Lelaki itu menjawab: Engkau berdoalah. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh lelaki tersebut untuk berwudhu dan mengelokkan wudhunya dan berdoa dengan doa ini:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan nabi-Mu, Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan Engkau(Muhammad) untuk urusan hajatku ini agar ia selesai. Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk diriku”. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3531, sahih gharib]
Hadis ini menjadi hujah kepada sebahagian ilmuan Islam yang membenarkan untuk bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hatta selepas kewafatan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.
Pendapat inidibantah oleh ulama lain.
Yang membantah berhujah bahawa hadis ini menunjukkan tawassul dengan doa orang soleh. Ini berdasarkan perkataan lelaki itu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku.
Hadis ini menunjukkan lelaki itu dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu kedua-duanya berdoa kepada Allah. Dan inilah yang dimaksudkan dengan doa lelaki itu: “Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untukdiriku”.
Hadis di bawah menjadi hujah penguat bahawa tawassul hanyadengan orang yang masih hidup.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ
كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ:
كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ:
“اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا،وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ
نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا، قَالَ: فَيُسْقَوْنَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا،وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ
نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا، قَالَ: فَيُسْقَوْنَ
Bermaksud: Anas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab radiallahu apabila berlakunya kemarau, beliau bertawassul dengan ‘Abbas bin ‘Abdul Mutholib. Beliau berkata: Sesungguhnya dulu kami bertawassul kepada Mu dengan Nabi kami sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Engkau berikan hujan kepada kami. Sesungguhnya kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi kami, turunkanlah hujan. Maka hujan pun turun. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3457]
Berdasarkan hadis ini, jika dibenarkan bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda, kenapa Saidina Umar perlu bertawassul dengan ‘Abbas radiallahu ‘anhu?
Petikan Perbincangan 1:
Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih merumuskan dalam fatwa nombor 1169:
والتوسل بذات النبي صلى الله عليه وسلم، أو بجاهه، أو بحقه،
مختلف فيه بين العلماء:
مختلف فيه بين العلماء:
فذهب أكثر الفقهاء من المالكية، والشافعية، والحنابلة إلى جوازه، واحتجوا بأحاديث لا يصلح شيء منها للاحتجاج، إذ هي بين الضعيف والموضوع، كما احتجوا أيضاً بعمومات من القرآن، وبأحاديث صحيحة، لكنها ليست نصاً على ما ذهبوا إليه
من جواز التوسل المذكور.
من جواز التوسل المذكور.
Tawassul dengan zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan kemuliaannya, atau dengan haknya, merupakan perkara yang diperselisihi oleh ulama.
Pendapat Pertama:
Kebanyakan fuqaha’ mazhab Malik, Syafie, dan Hanbali membenarkannya
*[Hujjahnya telah disebut dalam pencerahan dengan panjang lebar]
Mereka berhujah dengan hadis-hadis yang tidak dapat dijadikan hujah. Hadis-hadis itu sama ada lemah mahupun palsu. Mereka berhujah juga dengan keumuman ayat-ayat al-Quran, dan hadis-hadis yang sahih, tetapi semuanya tidak menunjukkan secara jelas (nas) membenarkan pendapat mereka yang membolehkan tawassul yang disebutkan.
أما من ذهب إلى المنع من هذا النوع من التوسل فحجته أنه لم
يرد نص صحيح صريح يبيحه، وأن جاه النبي صلى عليه وسلم ومنزلته ليست من عمل الإنسان،
والله تعالى يقول: ﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾ [النجم:39] ومن
أدلتهم أيضاً على منعه أنه وسيلة إلى الاستغاثة بغير الله تعالى، واعتقاد نفعه وضره،
وهذا مفض إلى الشرك، ووسيلة إليه، بالإضافة إلى أن هذا لم يكن من هدي النبي صلى الله
عليه وسلم، ولا من عمل الصحابة، ولا التابعين بعده. والراجح عندنا هو القول الأخير
لقوة أدلة القائلين به، ولكون التوسل من باب الدعاء، والدعاء عبادة، والعبادة توقيفية.
والله أعلم.
يرد نص صحيح صريح يبيحه، وأن جاه النبي صلى عليه وسلم ومنزلته ليست من عمل الإنسان،
والله تعالى يقول: ﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾ [النجم:39] ومن
أدلتهم أيضاً على منعه أنه وسيلة إلى الاستغاثة بغير الله تعالى، واعتقاد نفعه وضره،
وهذا مفض إلى الشرك، ووسيلة إليه، بالإضافة إلى أن هذا لم يكن من هدي النبي صلى الله
عليه وسلم، ولا من عمل الصحابة، ولا التابعين بعده. والراجح عندنا هو القول الأخير
لقوة أدلة القائلين به، ولكون التوسل من باب الدعاء، والدعاء عبادة، والعبادة توقيفية.
والله أعلم.
Pendapat Kedua:
Adapun para ulama yang melarang tawassul sebegini berhujah bahawa tiada satu dalil yang sahih dan jelas menunjukkan ia dibenarkan. Kemuliaan Nabi sallallahu bukanlah daripada hasil amalan insan, sedangkan Allah berfirman: {Tidaklah untuk manusia itu melainkan apa yang mereka pekerjakan}. [An-Najm: 39].
Antara hujah mereka juga adalah kerana ia merupakah satu wasilah kepada meminta selain Allah, beri’tiqad bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi manfaat dan mudharat. Ini akan membawa kepada syirik dan menjadi wasilah kepada syirik. Tambahan pula, ini bukan daripada petunjuk Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bukan juga amalan para sahabat, dan bukan juga amalan para tabiin selepas mereka.
Jadi pendapat yang kuat di sisi kami (Panel web ini) ialah pendapat yang kedua (yang melarang) kerana kekuatan dalil-dalil mereka. Tawassul itu adalah bab doa, dan doa adalah ibadah, dan ibadah adalah sesuatu yang tawqifi (hanya dilakukan apabila ada dalil)). Tamat Petikan.
~~~~~~~~~~
Kesimpulannya:
Perlu difahami, yang menjadi khilaf para ulama’ ialah berdoa kepada Allah dengan lafaz tawassul seperti: “Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi-Mu, aku memohon kepada-Mu”.
Akan tetapi jika seseorang berdoa: Ya Rasulullah, bantulah aku. Ini merupakan satu perkara yang berbeza!
Jadi “Al-Madad Ya Rasulullah”: Tawassul Dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam atau Meminta Tolong Kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?
Sebahagian pihak yang mempertahankan lirik qasidah ‘Al-Madad Ya Rasulullah’ menyatakan bahawa mereka bukan berdoa kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, sebaliknya mereka berdoa kepada Allah sambil bertawassul dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Jika benar ia tawassul dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, kenapa lafaznya Al-Madad Ya Rasulullah? Kenapa bukan Al-Madad Ya Allah?
Maka perbincangan ini perlukan pencerahan yang terperinci lagi.
Petikan Perbincangan 2:
Pandangan di atas mungkin agak keras cara rumusannya, di bawah ini pula petikan pandangan Sheikh Dr. Yusuf Bin Abdullah Al-Qaradhawi Ketua Ittihad ulama’ Sedunia, yang juga merupakan seorang tokoh ulama’ semasa yang membawa pendekatan wasathi atau sederhana:
Tawassul yang menimbulkan perselisihan ulama
Berhubung dengan tawassul yang menimbulkan perselisihan di kalangan ulama dan berlaku perbahasan hebat di antara golongan yang mengharuskannya dengan golongan yang melarangnya ialah bertawassul kepada Allah SWT dengan menggunakan zat Nabi s.a.w atau dengan salah seorang daripada nabi, malaikat atau orang-orang soleh.
Ia dilakukan dengan cara bertawassul dengan “jah nabi” (pangkat dan kedudukan Nabi s.a.w di sisi Allah swt), hak atau kedudukannya di sisi Allah s.w.t agar diperkenankan doa dan permintaan orang yang bertawassul.
Terdapat di kalangan tokoh generasi salaf dan khalaf yang mengharuskannya jika berkaitan dengan hak Nabi s.a.w sahaja tetapi tidak mengharuskan jika melibatkan hak yang lain daripada hak Baginda s.a.w, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad dan lain-lain.
Antara mereka ada juga yang mengharuskan bertawassul dengan seluruh para nabi dan orang-orang soleh.
Hujah mereka adalah hadis Uthman bin Hunaif berkaitan kisah seorang lelaki buta yang bertawassul dengan Nabi s.a.w, lalu Allah swt mengembalikan semula penglihatannya.
Mereka juga berhujah dengan logik akal iaitu syafaat orang-orang yang dekat dengan raja, sultan atau umarak diterima dan diperkenankan, kerana mereka menjadi orang tengah yang membawa pengaduan rakyat jelata kepada raja. Ada yang mengatakan:
Kalau tidaklah kerana orang tengah, sudah tentu perkara yang dipohon tidak tercapai.
Kemungkinan orang yang membezakan di antara bertawassuldengan nabi dengan orang-orang soleh yang bukan nabi, melihat Nabi s.a.w berbeza dengan orang yang lain, kerana Baginda s.a.w wafat dalam keadaan diredhai Allah s.w.t dan merupakan ahli syurga.
Manakala tidak ada seorangpun yang lain dapat memastikan dia benar-benar meninggal dunia di atas landasan iman dan menjadi ahli syurga secara pasti kecuali orang-orang yang disampaikan berita gembira oleh Rasulullah s.a.w sebagai akan memasuki syurga Allah swt s.w.t di akhirat nanti.
Al-Qaradhawi berpendapat melakukan qiyas sesuatu yang hadir dengan sesuatu yang ghaib atau mengqiyaskan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk, raja-raja atau sultan merupakan qiyas yang tidak dapat diterima, kerana sebagaimana yang diyakini umat Islam, terdapat perbezaan besar dan ketara diantara dua perkara yang dijadikan perbandingan itu. Pada pintu perkenan Allah swt tidak terdapat sebarang penjaga dan tidak terdapat orang tengah di antara-Nya dengan makhluk-Nya.
Firman Allah swt yang bermaksud:
{
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا
دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ } [البقرة: 186]
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا
دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ } [البقرة: 186]
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” [Al-Baqarah: 186].
Dalam kesimpulannya, Sheikh menegaskan bahawa khilaf dalam masalah ini jelas. Sila rujuk Bab At-Tawassul dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Jilid 14.
Namun Sheikh secara peribadi lebih cenderung kepada tidak bertawassul dengan Zat Nabi SAW dan orang soleh yang lain kerana beberapa sebab;
1- Dalil-dalil yang menegah dan melarang bertawassul dengan zat Nabi dan zat orang-orang soleh lebih kuat menurut neraca ilmu, lebih-lebih lagi pintu Allah sentiasa terbuka kepada setiap makhluk-Nya.
2- Keharusan bertawassul kadang-kadang membuka jalan pintas ke arah berdoa kepada selain daripada Allah s.w.t, memohon pertolongan daripadanya dan ramai orang yang mencampuradukkan kedua perkara tersebut. Menutup pintu tersebut kepada orang awam lebih utama dilakukan, terutamanya yang melibatkan tauhid dan syirik.
3- Manhaj, pendekatan atau jalan dakwah yang saya pilih dalam pengajaran, dakwah dan fatwa ialah jika masih boleh mengajak masyarakat beribadah kepada Allah dengan melakukan perkara yang disepakati oleh ulama’, tidak wajar sama sekali memberi penekanan kepada perkara-perkara yang masih diperselisihkan oleh mereka, kerana tidak ada keperluan untuk berbuat demikian”. [Lihat: Fusul Fi Al-Aqidah 261-266, Maktabah Wahbah 2005]
Penjelasan SYAFAAT RASULULLAH SOLLALLAHU ‘ALAIHI
WASALLAM.
WASALLAM.
Ana telah jelaskan dalam Syarah Kitab “Anak Kunci Syurga” (09) SYAFAAT NABI SAW kepada Umat & Kenali Golongan yang layak menerima SYAFAAT.
Sila Lihat: http://youtu.be/21AlN4cd4YM
Semoga Allah jadikan kita semua termasuk dalam golongan orang layak menerima SYAFAAT.
Ketiga: Sad Az-Zara’ik (membendung perkara yang asalnya harus tetapi boleh membawa kepada yang tidak baik.
Contohnya fenomena yang baru dibawa ke dalam masyarakat kita dengan niat yang baik, tapi dengan kefahaman yang tidak mantap, tanpa kawalan ilmu maka dibimbangi lama kelamaan akan jadi fenomena yang merosakkan.
Ringkasnya lihat video di bawah ini:
Keempat: Kata Ulama’: “Keluar dari perkara khilaf itu lebih baik”. [Lihat: http://www.abuanasmadani.com/?p=2220 ]
Kalau dalam amalan kita ada yang sahih, sabit dari Rasulullah SAW dan para sahabat yang tidak dipertikaikan oleh sesiapa, mengapa kita hendak mencari amalan atau perbuatan yang begitu berat pertikaian dan khilafnya.
Alhamdulillah Syariat Islam sangat agung, Rasulullah SAW wafat setelah menyempurnakan tugas menyampaikan risalah Islam.
Akhir kata, semoga kita semua para pendakwah dan mereka yang berilmu dapat menyampaikan dan membimbing masyarakat dengan ilmu dan amalan yang sahih dan betul daripada Syariah Islam berteraskan ajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Bukan mengajarkan mereka dengan pelbagai ajaran dan pendapat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya lalu menjadikan mereka semakin jauh dari landasan Syariah yang suci.
Jauhkan diri dari suka menjatuhkan hukum kafir atau murtad atau meletakkan label yang buruk terhadap orang berbeza dengan pandangan kita.
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita ke jalan yang diredhai-Nya. Wallahu a’lam.
وصلى الله على نبينا وقدوتنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Akhukum,
Abu Anas Madani,
24 Syawal 1435H/20 Ogos 2014.