Friday, March 19, 2010

KEBENARAN TIDAK DIKENALI DENGAN TOKOH








Kebenaran adalah apa yang datang daripada Allah swt. Allah swt bernama dengan ( الحق ( sebagaimana al-Rahman begitu juga Allah swt bersifat dengan Haq” iaitu kebenaran. Seseorang tidak layak untuk dinamakan dengan Al-Haq kerana ia merupakan nama-nama Allah swt. Allah swt menjelaskan tentang kebenaran di dalam Firmannya :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْراً لَكُمْ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) karena sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.( Surah Al-Nisa 170 )

قُلْ يٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُمُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَنِ ٱهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَمَآ أَنَاْ عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya teIah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu."( Surah yusnus ayat 108 )


وَقُلِ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَآءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَآءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَاراً أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٍ كَٱلْمُهْلِ يَشْوِي ٱلْوجُوهَ بِئْسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتْ مُرْتَفَقاً

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. ( Surah al-kahfi ayat 29 )

Oleh demikian tidak boleh mana-mana kelompok mendakwa bahawa dia adalah yang paling benar kecuali dia mengikut apa yang datang daripada Allah swt. Kecelaruan di dunia Islam pada hari ini dengan pelbagai perpecahan mazhab dan lain lain-lain ini kerana memuliakan tokoh-tokoh tertentu dan mengenepikan Allah dan Rasul.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita memulikan tokoh –tokoh, ulama-ulama bahkan ianya adalah perkara yang dituntut di dalam Islam. Tetapi dalam masa yang sama hendaklah kita menganggap bahawa kita mengikut ulama’ adalah untuk kita mengikut Nabi saw dan setiap apa yang dilakukan ulama’ mestilah bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Nabi saw.

Kenali Kebenaran Barulah Kita Mengenali Pendokongnya

Perkara yang paling penting adalah kita perlu mengenali kebenaran tanpa taasub, dengan demikian barulah kita mengenali pendokongnya. Sebagaimana dalam kitab Talbis Al-Iblis karangan Ibnu Jauzi. Ibnu jauzi menjelaskan dalam bab Tipu daya syaitan di dalam Akidah dan Keagamaan “ Ibnu jauzi berkata :



واعلم أن عموم أصحاب المذاهب يعظم في قلوبهم الشخص , فيتبعون قوله من غير تدبر بما قال , وهذا عين الضلال : لأن النظر ينبغي أن يكون إلى القول لا الى قائله

“Ketahuilah, sesungguhnya umum pemegang mazhab-mazhab membesarkan individu-individu tertentu dalam hati-hati mereka. mereka mengikut perkataannya tanpa tadabbur dan perhatikan secara mendalam terhadap apa yang diperkatakannya. Ini merupakan punca kesesatan. Ini kerana, melihat itu hendaklah terhadap perkataannya, bukan kepada siapa yang berkata



Kemudian, beliau menukilkan pesanan Ali bin Abi Talib kepada Al-Haris bin Haut dengan katanya;


يا حارث , إنه ملبوس عليك . إن الحق لا يعرف بالرجال . أعرف الحق تعرف أهله

“Wahai Haris, sesungguhnya ia sangat mengelirukan kamu. Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui daripada orang. Justeru, ketahuilah kebenaran, pasti kamu kenali pembawa bendera kebenaran”

Seorang sahabat bernama Muaz bin Jabal ada berpesan dengan katanya:



وَأُحَذِّرُكُمْ زَيْغَةَ الْحَكِيمِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَقُولُ كَلِمَةَ الضَّلَالَةِ عَلَى لِسَانِ الْحَكِيمِ


“Berhati-hatilah kamu terhadap kegelinciran hakim, kerana sesungguhnya Syaitan itu kadangkala berkata dengan perkataan sesat melalui lidah hakim ( Abu Daud : 3995 )

Oleh demikiankebenaran adalah teras untuk kita mengetahui firqah yang betul di dalam Islam, mudah-mudahan artikel ini secara sedikit sebanyak dapat membuka minda kita di dalam berugama. Demikian juga kita tidak patut membuat keputusan sendiri sekiranya Allah swt telah menetapkan kepada kita sesuatu hukum, firman Ahhah swt :

وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبيناً

Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata. ( Al-Ahzab 36 )

Kita memohon kepada Allah Swt supaya kita memadai nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita, dan menjadikan Negara kita aman, serta menjadikan rakan-rakan kita dekat dengan kita dengan mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw.

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com




No comments:

Post a Comment