Sunday, March 14, 2010

Ibadah Dalam Kepimpinan Islam




Alhamdulillah, dengan nikmat yang Allah limpahkan dapat kita hidup di dalam negara yang berada dalam keadaan aman. Ini berpunca daripada penduduk yang mengenali Islam. Islam adalah agama yang syumul yang merangkumi kenegaraan dan pentadbiran .

Allah mengutuskan Nabi Saw untuk melaksanakan Ibadah. Ibadah bukan setakat sembahyang, puasa dan haji sebagaimana yang dianggap oleh golongan Sekular termasuk UMNO. Tetapi ibadah merangkumi segenap aspek kehidupan termasuk pemerintahan negara.

Oleh yang demikian ulama sebagai contoh Syeikh Soleh Bin Utsaimin dll ketika mentakrifkan ibadah menyebut bahawa ibadah adalah perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah Swt. Oleh yang demikian kepimpinan negara dan lain-lain adalah Ibadah kepada Allah Swt .

Di dalam, Al-Quran Allah swt menyuruh supaya kita melakukan keadilan, tidak rasuah , tidak melakukan salah guna kuasa, melaksanakan hudud dan lain-lain. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan adanya kuasa memerintah. Memerintah negara bukan mengikut kepandaiyan kita tetapi ia perlu diselaraskan dengan Islam, ini kerana ia juga merupakan ibadat kepada Allah Swt.

Pentadbiran mengikut Islam berlainan dengan pemerintahan selain daripada Islam. Sebagai contoh Demokrasi, Komunis , Sekular , Nasionalis , Sosialis dll hanya berdasarkan kepada pemikiran tokoh2 tertentu yang tidak mendekatkan diri kepada Allah Swt. Oleh yang demikian kita perlu menolak sistem ini dan menggantikan dengan Islam

Apabila kita menjadikan dasar pemerintahan mengikut Islam, kita akan selamat daripada segala penyakit –penyakit manusia. Ini di sebabkan kita meletakkan konsep ubudiyyah iaitu segala apa yang kita lakukan hanya kepada Allah Swt. Sebagai contoh, kita melihat kepada pentadbiran Tuan Guru adalah bermotokan slogan dan berlandaskan "Membangun Bersama Islam", yang mempunyai tiga sendi utama:

1. UBUDIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: " Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".(Surah Al-Dzariyat 56)

2. MAS'ULIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: "Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu (akhirat), tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!".(Surah Al-Takathur 8)

3. ITQAN - sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu perkerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh".

Konsep pentadbiran ini dilaksanakan pada tahun 1990 yang banyak mengubah sistem yang sedia ada yang hanya berdasarkan kebendaan dan kehidupan duniawi sahaja. Inilah konsep yang perlu dijadikan contoh oleh negara –negara Islam serta melaksanakan seluruh apa yang dituntut oleh Allah swt didalam mentadbir negara.

Apa yang kita mahukan ialah pemerintahan di dunia tidak setakat terhenti dengan penat dan lelah, bahkan sekiranya kita melakukan dengan cara yang betul kita mendapat pahala daripada Allah swt untuk membolehkan kita hidup diterima oleh Allah di dua negeri iaitu negeri akhirat dan negeri dunia.

Perkongsian : ahmad_syahin

No comments:

Post a Comment