Konsep-konsep kepimpinan amat banyak dan berbagai sebagaimana yang dikemukakan oleh ahli-ahli pengurusan Kepimpinan. Di sini saya kemukakan konsep kepimpinan 5 tahap yang disebut oleh John C. Maxwell di dalam buku “ Developin the Leader Within You dan buku The 360 Leader. Ia merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kepimpinan serta dapat memperkembangkan lagi kepimpinan individu.
1. Kedudukan ( kuasa )
Individu mengikut perintah secara terpaksa .
Nota : Pengaruh tidak terbatas kepada bidang kuasa kita sahaja. Lebih lama kita berada pada kedudukan ini, lebih ramai pekerja bawahan kita akan meletakkan jawatan . Semangat bekerja turut menurun.
2. Kebenaran ( Hubungan Baik )
Orang mahu mengikut kita atas kerelaan sendiri.
Nota : Orang akan mengikut kita walau kita bertindak di luar bidang kuasa kita. Tahap ini membolehkan kita bekerja dengan seronok. Awas! Berada terlalu lama di peringkat ini tanpa sebarang kemajuan menyebabkan orang yang bermotivasi tinggi menjadi bosan .
3. Penghasilan ( Hasil )
Orang mengikut kita sudah menyumbang kepada organisasi.
Nota : Ini adalah tahap di mana orang lain melihat keberkesanan kita. Mereka sukakan kita dan perkara yang kita lakukan. Masalah mudah diselesaikan kerana kita sudah menjadi momentum pengaruh .
4. Pembangunan Insan ( Penghasilan Semula )
Orang mengikut kita kerana jasa yang kita taburkan kepada mereka
Nota : Ini adalah tahap perkembangan jangka panjang berlaku. Komitmen kita dalam membina pemimpin akan memastikan perkembangan berterusan kepada organisasi serta kakitangan. Curahkan segala kemahiran kita bagi mencapai dan kekal berada pada tahap ini.
5. Ketokohan ( penghormatan )
Orang ikut kita kerana peribadi dan pendirian kita.
Nota : Ini adalah tahap yang dicapai oleh pemimpin yang mendidik pekerja dan organisasinya secara berterusan. Tidak ramai yang sampai ke tahap ini. Jasa orang yang sampai ke tahap ini akan sentiasa dikenang.
Perkongsian : ahmad_syahin.
No comments:
Post a Comment