Saturday, July 18, 2009

Tangkapan demo Selatan Thai : 4 bebas, 3 masih ditahan

Selesai Jumaat kelmarin lapan mahasiswa ditahan polis berikutan demonstrasi yang mereka adakan selepas solat Jumaat dan laman Mahasiswakini.com melaporkan bahawa kumpulan mahasiswa berkenaan membuat aksi itu di depan Kedutaan Thailand.

Aksi itu dilakukan sebagai maklumbalas terhadap isu pembunuhan umat Melayu Muslim di Selatan Thai baru-baru ini di Kg Air Tempayan, Narathiwat pada 8 Jun lalu. Cara serangan itu dilakukan dengan begitu terlatih menyebabkan ramai pihak melihat bahawa tentera berkemungkinan melakukan keganasan tersebut.

Menurut laporan laman itu, antara siswa yang turut ditahan ialah Shazni Munir Ithnin yang dikatakan terlibat dalam kes 'anti-Rosmah'.

Daripada lapan siswa itu, antara lain yang turut ditahan ialah Mohd Shafie Hashim dan Lee Song Yong. Enam siswa dibawa ke Balai Polis Sentul manakala dua siswi lagi dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk soal siasat, demikian menurut laman tersebut.

Dipercayai suasana demonstrasi bermula aman tapi situasi tegang dicetuskan polis apabila menarik kasar seorang mahasiswa. Dua mahasiswi berkenaan ditangkap tanpa usul periksa semasa mereka sedang berehat setelah demonstrasi berkenaan bersurai.

Sebagai yang dijangka, pihak penguatkuasa ketika membuat tangkapan akan menggunakan alasan bahawa perhimpunan tersebut tidak memiliki permit.

Ketua penyiasat kes ASP Aziz memberitahu bahawa kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram, laman itu menjelaskan.

Disusuli forum pada sebelah malamnya

Sebenarnya, acara mereka tidak hanya terhenti di situ. Pada sebelah malamnya, kumpulan mahasiswa itu bercadang untuk mengadakan Forum Kesedaran Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand yang dijadualkan berlangsung di Masjid ar-Rahman Universiti Malaya.

"Berlangsung atau tidak forum itu, tak dapat dipastikan dengan sebab insiden ini," isi kandungan laman itu dipetik.

Mahasiswa beri tempoh tiga hari

Demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat tadi disertai 200 mahasiswa daripada beberapa barisan mahasiswa seperti Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).

Mahasiswakini melaporkan bahawa mereka menghantar memorandum kepada wakil konsulat kerajaan Thailand walaupun timbul keraguan kerana wakil konsulat yang menerima memorandum tersebut tidak mahu memperkenal diri.

Namun, ada riak dan nada serius di sebalik perhimpunan tersebut. Khasnya, ketika perkumpulan mahasiswa itu memberikan tempoh kepada pihak Kedutaan Thailand untuk menjelaskan situasi sebenar di sebalik peristiwa Kg Air Tempayan itu.

Jurucakap perkumpulan mahasiswa berkenaan, Mohd Idris berkata, mahasiswa beri tempoh tiga hari agar kerajaan Thailand dapat memberikan maklumbalas terhadap isu yang berlaku di wilayah berkenaan kira-kira sebulan yang lalu.

Hal ini bermaksud, pihak kedutaan perlu tampil memberikan penjelasan kepada perkumpulan mahasiswa tersebut pada Isnin depan. Namun, dengan keadaan mereka sendiri meragui wakil kedutaan yang menerima memorandum tersebut, adakah kedutaan dapat menunaikan permintaan mereka? Apakah memorandum tersebut benar-benar diteliti?

Demonstrasi dan forum kini seolah-olahnya telah menjadi tindakan biasa untuk menekan kedutaan. Yang paling utama kini, apakah sudah wujud suatu kumpulan pendesak yang bertugas membawa isu ini ke meja rundingan supaya selalu ada muhasabah untuk mengkaji di mana ruang kelemahan yang perlu diperbaiki dan di mana ruang kekuatan yang perlu diperteguhkan.

Hal ini juga yang sepatutnya turut diambil perhatian oleh kalangan lebih 200 mahasiswa yang prihatin terhadap masalah di Selatan Thai itu.

Seperti biasa, kita boleh juga mencatatkan betapa ramainya polis dan FRU bersama trak dan kereta peronda yang mengawal kawasan kedutaan berkenaan.

Tetapi, hal bersifat intelektual, mungkin usaha menubuhkan kumpulan mahasiswa universiti yang akan membuat penelitian terhadap perkembangan Selatan Thai dari semasa ke semasa adalah suatu yang penting.

Banyak maklumat yang kita kerap ketinggalan terhadap jejak-jejak tindakan sebelum ini, khasnya yang berkaitan dengan usaha-usaha memperbaiki masalah umat Melayu Muslim di Selatan Thai itu.

Misalnya, dengan tenaga mahasiswa, anak muda dan belia yang ramai ini, adakah boleh disusun usaha menemubual, membuat pungutan suara ke atas rakyat di wilayah bergolak itu, samada mereka bersedia untuk merdeka atau tidak daripada kuasa Thai dan lain-lain persoalan lagi.

Jika autonomi tak diberi, merdekalah jalan penyelesaiannya

Sementara itu, ada pendapat menyatakan bahawa autonomi untuk tiga wilayah bergolak di Selatan Thai dan pengagihan kuasa pusat kepada rakyat tempatan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik yang berpanjangan di situ.

Seorang cendekiawan Thai dan penyokong keamanan Praves Wasi, dari Institut King Prajadhipok berkata struktur kuasa pada masa ini yang berpusat di Bangkok tidak sesuai untuk masyarakat majmuk seperti Thai.

Tambah beliau, punca sebenar yang menyebabkan konflik di situ berpanjangan ialah penggunaan satu struktur kuasa di negara itu.

"Perlu ada pentadbiran bersama melalui pengagihan kuasa pusat. Bukan hanya di tiga wilayah selatan itu, tetapi juga di wilayah lain kerana kita mempunyai masyarakat yang pelbagai dengan budaya, agama dan bahasa yang berbeza," katanya.

Selain Praves Wasi itu, kita boleh meneliti kuasa-kuasa intelektual seorang ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri dari Universiti Thammasart, di Bangkok yang pernah membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik lainnya untuk menukar nama negara Thailand kepada nama asalnya; Siam.

Sebetulnya, pengaruh intelektual kalangan cendekiawan Thai sendiri mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam urusan menangani kemelut di Selatan Thai itu.

Pendekatan demonstrasi, forum dan bengkel ini boleh diterus dan kita perlu pelbagaikan rundingan, pertemuan dengan kalangan tokoh-tokoh cendekiawan Thai sendiri berhubung hal ini.

Sekali lagi, di atas bahu anak-anak muda, belia dan mahasiswa inilah terletaknya beberapa harapan besar ketika sejuta masalah yang terbelenggu di dada umat ini gagal diselesaikan melalui jalan politik dan politikus yang tidak jujur.

Jadikanlah ujian ditahan polis baru-baru ini sebagai suatu langkah permulaan untuk menyusun batu-bata perjuangan pada mada hadapan. http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21794&Itemid=28

PANDUAN PERLAKSANAAN USRAH

1. Muqaddimah:

Usrah bertujuan membina ukhuwwah Islamiyah yang kental di kalangan anggota gerakan berasaskan iman dan ilmu yang mendorong peningkatan amal dan jihad. Seperti yang diakui bahawa kemantapan gerakan bergantung besar keberkesanan usrah-usrah yang bertebaran di seluruh negara. Keberkesanan usrah-usrah pula bergantung kepada disiplin yang tinggi di kalangan anggota-anggotanya. Sebagai langkah untuk memperkukuhkan usrah, maka Biro Tarbiyah cuba menyusun kembali aspek yang berkaitan dengan disiplin usrah supaya dapat digunakan sebagai panduan bagi mengemaskan perlaksanaan program yang penting ini.

Sebahagian besar dari kandungan panduan ini adalah dikutip dari tulisan-tulisan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang bertajuk Sekitar Usrah I dan Sekitar Usrah II (1979), Panduan Usrah (1981) yang disediakan oleh Allahyarham Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Risalah Tarbiyah (1994) yang disediakan oleh Ustaz Abdul Halim El-Muhammady. Gambaran yang lebih luas dan mendalam boleh diperolehi dengan merujuk kepada tulisan-tulisan ini.
Panduan Perlaksanaan Usrah ini disusun bagi mewakili perlaksanaan usrah teras yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM diberbagai peringkat. Kami percaya bahawa perlu adanya fleksibiliti dalam perlaksanaan mengikut berbagai sifat usrah yang ada, namun sebahagian besar dari kandungan dalam panduan ini boleh dijadikan sebagai piawai bagi mengukur kekemasan disiplin usrah-usrah tersebut.

2.Agenda Usrah:

Agenda I Solat Maghrib dan Bacaan Ma’thurat Sughra 30 minit
Agenda II Jamuan 30 minit
Agenda III Solat Isya’ 20 minit
Agenda IV Tafsir Quran/Huraian Hadith/Perbincangan
Berasaskan Buku dan Hafazan 60 minit
Agenda V Perbincangan Topik-Topik Khas, Hal Ehwal
Semasa dan lain-lain 40 minit
Jumlah Masa 180 minit

3.Solat Maghrib dan Bacaan Ma’thurat:

Setiap anggota mestilah merancang untuk sampai ke tempat usrah lebih awal supaya Solat Maghrib dapat ditunaikan secara berjamaah.Sekurang-kurangnya Ma’thurat Sughra, mestilah dijadikan bacaan wajib yang dibaca secara berjamaah iaitu sebaik sahaja selesai Solat Maghrib.

4. Keanggotaan Usrah:

Anggota usrah seharusnya di antara 7 hingga 15 orang, kecuali usrah umum atau usrah gabungan. Sekiranya bilangan melebihi had ini, suatu kumpulan usrah baru mestilah diwujudkan secara berasingan.

5. Jamuan:

Jamuan hanyalah sebagai pengalas perut kerana itu ia haruslah disediakan secara sederhana dan ringkas.

6. Tafsir Quran/Huraian Hadith/Perbincangan Berasaskan Buku dan Hafazan:

Tafsir Al Quran dan Huraian Hadith boleh diselangseli pada setiap minggu. Seorang Petugas Utama bagi tujuan Tafsir Quran dan Huraian Hadis mestilah ditentukan. Petugas Utama ini mestilah membuat persiapan awal dengan rujukan-rujukan dan catatan ringkas bagi tujuan pembentangan.

Tugas juga dipertanggungjawabkan kepada anggota-anggota lain untuk membuat persiapan untuk tajuk yang sama tetapi berdasarkan kitab-kitab dan rujukan yang berlainan.

Sebelum perbincangan diadakan adalah di sarankan agar ayat-ayat yang telah dipilih dibaca secara jahar oleh salah seorang dari anggota usrah dan diikuti bacaannya oleh anggota-anggota yang lain.

Adalah disarankan agar perbincangan-perbincangan tersebut dapat ditulis kembali secara dan diedar kepada anggota usrah pada minggu berikutnya. Tugas ini boleh dipergilirkan antara anggota usrah.

Ayat-ayat Hafazan (Lampiran A) mestilah dihafaz atas inisiatif sendiri. Sekiranya ada anggota usrah yang ingin tasmi’ bagi menguji bacaannya, maka bolehlah digunakan sedikit masa untuk tujuan tersebut. Peruntukan masa untuk tujuan ini tidak harus melebihi sepuluh minit.

Dalam usaha membina budaya ilmu di kalangan anggota-anggota, adalah disarankan supaya setiap anggota diwajibkan membaca sekurang-kurangnya satu buku sebulan. Anggota usrah mestilah melaporkan tajuk buku yang telah dibacanya setiap bulan kepada Naqib. Naqib boleh memilih satu atau dua orang untuk memberi ringkasan kandungan buku yang telah dibaca.

Bahan –bahan yang disediakan di laman sawang ABIM & MINDA MADANI Online boleh
digunakan oleh usrah-usrah di semua peringkat. Alamat adalah seperti berikut
http://www.abim.org.my


7. Perbincangan Topik-Topik Khas, Hal Ehwal Semasa dan lain-lain:

Ruang waktu ini digunakan untuk membincangkan topik-topik khas mengenai Fiqh Harakah, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan Fiqh, Aqidah dan Akhlaq serta hal-hal yang berkaitan dengan Organisasi. Tugas membuat persediaan bagi tajuk-tajuk yang dipilih boleh dipergilir di antara ahli-ahli usrah.

Ruang masa ini digunakan untuk membincang perkembangan sosio-ekonomi dan politik yang berlaku di dalam dan di luar negara terutama yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam. Masa ini juga perlu digunakan untuk meneliti perkembangan kegiatan dan program-program ABIM di berbagai peringkat serta menentukan bagaimana anggota usrah boleh terlibat bagi menjayakannya.

Kesempatan perlu juga diberi bagi membahaskan isu-isu yang dibangkitkan menerusi RISALAH, Demi Masa, Berita ABIM dan Islamic Review dan lain-lain risalah dan majalah yang dikeluarkan oleh ABIM.

Ruang masa ini juga perlu digunakan untuk menentukan projek-projek kecil yang boleh dijayakan oleh unit usrah sebagai susulan berbentuk amal bagi kepentingan ahli usrah atau masyarakat sekeliling. Semasa bulan Ramadhan, agenda usrah boleh disesuaikan untuk membolehkan Solat Tarawikh dikerjakan secara berjamaah atau untuk membolehkan sesi Tadarrus Quran diadakan.


8. Tempat dan Tempoh Masa Usrah

Usrah sepatutnya berakhir pada jam 10.30 malam dan tidak sepatutnya melebihi jam 11.00 malam. Tempat usrah adalah rumah ahli-ahli usrah sendiri dan hendaklah dipergilirkan dengan jadual yang disediakan terlebih dahulu. Penggunaan markas atau sekretariat sebagai tempat usrah mestilah dielakkan.

9. Tabung Usrah

Tabung Usrah atau disebut juga sunduq al-usrah perlu diwujudkan khususnya untuk usrah-usrah di semua peringkat. Jumlah sumbangan untuk tabung ini adalah bergantung kepada kesanggupan masing-masing. Sumbangan dengan kadar yang disanggupi ini hendaklah dibuat secara berterusan pada setiap usrah tanpa mungkir. Jumlah bayaran yang tertangguh hendaklah dianggap sebagai hutang yang perlu dibayar. Kewujudan tabung ini diharap dapat membantu membina budaya infaq di kalangan ahli-ahli usrah di samping kutipannya dapat digunakan untuk
membantu meringankan bebanan ahli-ahli yang menghadapi masalah kewangan.

10. Adab dan Akhlaq Usrah

o Mengikhlaskan hati dengan meyakini bahawa kehadiran ke usrah sebagai suatu kewajipan gerakan yang penting, sebagai suatu amalan yang disukai Allah swt dan sebagai suatu ibadah yang bakal diganjari pahala olehNya.

o Mengenepikan program-program lain bagi membolehkan diri hadir ke usrah seperti yang dijadualkan setiap minggu.

o Anggota-anggota yang lain juga seharusnya turut membuat persiapan-persiapan awal sama ada dari segi pembacaan dan rujukan sebelum menghadiri usrah. Keperluan-keperluan lain seperti buku catatan, kitab-kitab Al Quran dan Hadis serta lain-lain turut dibawa bersama.

o Menepati masa dalam semua urusan termasuk kehadiran, perlaksanaan setiap agenda usrah dan juga masa ketika menamatkan usrah. Berusaha untuk berada dalam jamaah usrah selama mana yang boleh. Elak dari pulang sebelum usrah tamat.

o Menjadikan kesempatan berusrah sebagai tempat menterjemahkan akhlaq dan budi pekerti mulia seperti kasih sayang dan ukhuwwah, kerjasama dan ‘amal jama’iy, sikap terbuka, bertolak ansur dan saling memaaf satu sama lain.

o Menghormati adab-adab majlis seperti memberi salam semasa tiba dan pulang, memberi kelapangan tempat duduk kepada yang lain, tidak meninggikan suara semasa perbincangan dan menghormati naqib yang mengendalikan majlis. Adab-adab yang lain seperti adab ziarah dan juga adab makan mestilah juga diamalkan.

o Adab dan akhlaq yang lain dapat dirujuk dalam Risalah Tarbiyah (1994).


11. Program Susulan Berkala

Anggota usrah mestilah juga merancang untuk mengadakan program-program lain sebagai lanjutan dari usrah yang biasa bagi tujuan pengukuhan nilai-nilai yang telah ditanam. Program-program berikut perlu dilaksanakan oleh usrah-usrah:

o Qiyamullail : Sekurang-kurangnya program ini diadakan sebulan sekali. Boleh dilaksanakan dengan melibatkan anggota usrah yang ada atau bersama gabungan usrah-usrah yang lain.

o Usrah Gabungan : Usrah gabungan perlu diadakan dua atau tiga bulan sekali dengan penglibatan kumpulan-kumpulan usrah yang lain. Pengisian program ini bergantung kepada kesesuaian mengikut pertimbangan pimpinan ABIM dan naqib-naqib usrah yang terlibat.


o Hari Keluarga Usrah : Rehlah yang melibatkan keluarga anggota usrah perlu diadakan supaya rasa persaudaraan dan ukhuwwah dapat dibina dalam lingkungan yang lebih luas di samping memberi kesempatan anggota keluarga memahami dan mengongsi sebahagian dari idealisme perjuangan. Program ini perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa enam bulan.

o Program Angkat : Untuk menentukan kesan usrah melebar kepada masyarakat, setiap kumpulan usrah perlu memilih suatu projek kecil yang secara langsung memberi faedah kepada masyarakat. Kumpulan usrah boleh mengenalpasti beberapa orang anak yatim yang masih bersekolah untuk dibantu secara berterusan, atau membina dan menyelia-selenggara satu pondok menunggu bas (bus stop) atau lain-lain projek kecil yang difikirkan sesuai bergantung kepada kreativiti usrah masing-masing.

12. Jadual Tahunan

Satu jadual tahunan perlu disediakan sebagai panduan umum. Jadual ini perlu menyatakan tarikh usrah, giliran rumah, tajuk perbincangan dan lain-lain butir yang berkaitan dengan usrah. Walaupun beberapa perubahan akan berlaku kerana tuntutan keadaan, namun usaha mestilah dibuat untuk seboleh-bolehnya mengikuti apa yang telah dijadualkan.

13. Penilaian, Muhasabah dan Laporan.

Penilaian serta muhasabah perlaksanaan usrah perlu dibuat setiap bulan bagi menentukan perjalanan usrah mematuhi format yang telah ditentukan di samping melihat keberkesanan usrah serta langkah-langkah wajar yang perlu diambil untuk memperbaikinya.

Laporan ringkas berdasarkan format yang disediakan (Lampiran B) hendaklah disampaikan kepada Naib Yang Di Pertua Daerah atau Negeri bagi memudahkan pemantauan. Laporan ini hendaklah disiapkan setiap tiga bulan. http://www.mindamadani.my/content/view/97/10/

Thursday, July 16, 2009

PUASA REJAB DALAM TIMBANGAN SYARIAT NABI

Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagianya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:

1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."

Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.

2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"

Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun".

Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar di kalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.

Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus.

(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23).

Sayyidina Umar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab.

(al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).

Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).

(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440).

Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.

Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab.

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt. http://www.darulkautsar.net/

Wednesday, July 15, 2009

Usia muda ialah kurniaan Allah yang perlu dimanfaatkan

Oleh : Ahmad Syahin B. Mohd Amin

Dalam merentasi usia muda ramai di kalangan individu tidak menggunakan sebaik mungkin nikmat tersebut, sedangkan kurniaan Allah Swt pada usia yang demikian amatlah besar, sebagai contoh jasmani dan rohani yang sihat dan mampu untuk menggunakannya semaksima mungkin berbanding dengan mereka yang menghadapi usia tua. Seharusnya golongan muda ini perlu sedar bahawa usia mereka tidak akan kekal di tampuk yang lama malah akan berubah pada setiap saat. Betullah apa yang dinyatakan oleh Nabi Saw " Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara " dan di dalam hadis yang lain Nabi Saw menyatakan " Dua nikmat yang seringkali manusia rugi kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang. Cukuplah kita dengan motivasi yang dibawa oleh agama untuk mengubah kedudukan lama kita, kita melihat bagaimana para nabi, sahabat dan tokoh -tokoh yang terkenal dalam sejarah, mereka menggunakan semaksima mungkin apa yang dikurniakan oleh Allah Swt pada usia muda mereka, baik berupa rohaniah mahupun lahiriah. Penggunaan kedua-dua unsur ini juga penting untuk menetukan kejayaan seseorang muslim, sebagaimana kita tahu bahawa kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Adapun penggunaan dua unsur ini bukanlah bertujuan untuk memperoleh material semata-mata bahkan kita sebagai ummat Islam diajar supaya hasilnya juga kita perolehi pada hari yang kekal abadi. Cukuplah dengan perangai dan tingkah laku di tampuk yang lama, marilah kita mengambil pengajaran daripada Allah Swt " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri " walaupun perubahan itu biasa kita lakukan , satu perkara yang kita perlu ingat ialah perubahan merupakan proses secara berterusan (ongoing process)yang tidak mempunyai fainalnya terhadap individu.

Apabila kita melihat di dalam sejarah Islam ramai pejuang Islam yang banyak melakukan perubahan demi perubahan pada usia yang masih muda sebagai contoh dua tokoh besar Islam yang mencatat kemenangan keatas musuh Islam. Pada kurun ke-14, muncul Sultan Muhammad Al-Fatih yang berusia 19 tahun berjaya membebaskan Kota Konstantinopel daripada penjajah Eropah Rom Timur dan menjadi orang yang pernah diisyaratkan oleh sebuah hadis Nabi Saw yang bermaksud : " daripada Abdullah Bin Bisyr al-Khasa' ami daripada bapanya bahawasanya dia mendengar Nabi Saw bersabda : " Sessungguhnya Konstantinapol pasti akan ditawan oleh sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera." Riwayat Ahmad No. 18189. Profesor Dr Hamka menyatakan di dalam bukunya" sejarah ummat Islam " telah menjadi satu dorongan yang kuat daripada pemimpin-pemimpin Islam daripada pelbagai generasi untuk membebaskan Kota Konstantinopal yang terkenal kukuh bentengnya itu. Panglima Yazid pada zaman Bani Umaiyyah pernah mencubanya , dikuti Sultan Bayezid, Murad dan lain-lain kemudiannya. Namun tiada seorang pun yang berjaya membebaskan Konstantinopel sekali gus menepati hadith tersebut.

Setelah berkali-kali, akhirnya Kota Konstantinopal jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1425. Bagindalah yang layak dinobat sebagai sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebagai sebaik-baik tentera dan rakyatnya sebagai sebaik-baik rakyat. Apa istimewanya pemerintahanya pada masa itu ? Sejarah menujukkan Sultan Muhammmad Al-Fatih mempunyai kedua-dua kekuatan iaitu rohaniah dan lahiriah. Baginda ialah pemimpin yang bertakwa dan memiliki kekuatan dan kecanggihan teknologi ketenteraan yang tinggi. Baginda terkenal dengan ketekunan solat berjemaah dan tahajjudnya, sama-sama bekerja dengan rakyat mengangkat batu membina kota dan memiliki ilmu ketenteraan yang tinggi.

Seorang lagi pemimpin besar Islam seumpamanya ialah Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Sultan Salehuddin menawan Mesir daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah kemudian menjadi menteri di Mesir pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Angkatan tentera Sultan Salehuddin juga menawan kembali Masjid Al-Aqsa dari penganut Kristian yang telah sekian lama bertapak di masjid Al-Aqsa. Oleh demikian musuh Islam sejak dari dulu sehingga kini sangat benci dan memerangi orang Kurdistan serta merampas negara daripada mereka yang menyebabkan ribuan merana, menjadi pelarian dan terbunuh, ini tidak lain kerana dendam kesumat musuh-musuh Islam terhadapnya, daripada bangsa inilah lahirnya seorang tokoh yang amat digeruni oleh musuh Islam iaitu Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Cerita ketaqwaan, kejujuran, kesantunan dan keadilan sudah tersohor bukan sahaja di kalangan ummat Islam tetapi juga bukan Islam iaitu King Richard dari England sendiri mengakui kehebatan peribadi dan ketangkasannya. Bukan rahsia lagi tentera-tentera barisan hadapan Sultan Salehuddin terdiri daripada mereka yang istiqamah mengerjakan solat tahajjud, membaca Al-Quran dan melakukan ibadat sunat. Juga mereka mempunyai pedang yang ringan, baju besi yang ringkas dan kuda Arab yang tangkas berbanding dengan tentera-tentera salib pimpinan Barat.

Oleh yang demikian rahsia tokoh-tokoh ini ialah disebabkan mereka peka dengan ajaran Islam yang mereka anuti dan menggunakan sepenuhnya dua kekuatan iaitu rohaniah dan lahiriah yang Allah Swt anugerahkan. Satu persoalan yang ingin saya tanyakan ialah kenapakah sesetengah pemuda dan pemudi hari ini tidak meggunakan kurniaan Allah ini dengan sebaik mungkin ? Ada yang menyatakan bahawa kita di serangi oleh penyakit " Hubbu Duni Wa Karahiyatul maut " iaitu cinta akan dunia dan takut akan mati sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah kemudian disirami oleh globalisasi dan pengaruh-pengaruh Barat. Saya ingin menyatakan ianya wujud disebabkan kita meninggalkan ajaran wahyu itu sendiri, sebagai mana kata tok guru apabila manusia meninggalkan Islam ibarat seperti layang-layang yang putus talinya. Selain dua orang tokoh itu tadi ramai lagi tokoh muda di dalam sejarah Islam yang saya boleh kongsikan dengan sidang pembaca antaranya Osamah bin Zaid ketika umurnaya 18 tahun memimpin tentera Islam untuk berperang dengan tentera rom, Arqam Bin Abi Arqam pada usia 16 tahun mengizinkan Nabi Saw untuk menjalankan Dakwah secara sulit di rumah beliau, Talhah Bin Ubaidillah Intima' dengan Islam pada usia 16 tahun, Imam Al-Syafi' menjadi guru ketika usianya 10 tahun dan menjadi mufti muda ketika usia 15 thun dan Pada zaman pertengahan Islam Syeikh Muhammad Bin Abu Qasim memimpin tentera Islam membuka India pada usia 17 tahun. Demikianlah beberapa orang yang saya boleh kongsikan sebagai contoh yang boleh kita ambil sebagai pengajaran untuk mrngubah sikap kita yang tidak seberapa. Oleh yang demikian pemuda perlulah mempunyai momentum yang kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Tuesday, July 14, 2009

Badan Surau Dan Dakwah

ORGANISASI BADAN SURAU DAN DAKWAH 2009
KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI
SESI APRIL 2009-APRIL 2010


Penaung
En Muhamad Zamly Bin Abdullah

Penasihat I
Ustaz Soleh Bin Ibrahim

Penasihat II
Ustaz Atlizan Bin Darlis

Presiden
Ahmad Syahin Bin Mohd Amin

Naib Presiden
Hasliyiana Bt Hassim

Setiausaha
Mohd Izwan Bin Mahmood

Naib Setiausaha
Roziana Bt Md Kadari

Bendahari
Nor Amalina Bt Abd Karim.

Naib Bendahari
Siti Aishah Bt Husin.

1. Biro Sekretariat Pembangunan Modal Insan
Pengerusi : Mohd Hafizul Amin Bin. Sallehudin

2. Biro Penerbitan & informasi
Pengerusi : Mohd Hafizhuddin Bin Mat Naziz

3. Biro Kebersihan & keceriaan
Pengerusi : Nurul Al-Ain Bt Mohammad Noor

4. Biro Aktiviti
Pengerusi : Muhammad Hafiy Bin Yaacob.

5. Biro Makanan
Pengerusi : Noor Harisul Akma Bt Che Ya

6. Biro Helwani
Pengerusi : Jumiati Bt Syamsir



MATLAMAT ORGANISASI

1.0 Visi

1.1 Melahirkan generasi mahasiswa yang beriman, berilmu dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.
1.2 Mewujudkan IPTS yang dapat melahirkan generasi yang Islamik disamping cemerlang
duniawi.
1.3 Memperkenalkan masjid sebagai tempat untuk pelbagai kegiatan kemasyarakatan
disamping kegiatan keagamaan.
1.4 Mewujudkan masjid sebagai tempat rujukan agama.

2.0. Misi

2.1 Bertekad untuk memakmurkan rumah Allah, membudayakan kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah, membina persekitaran yang harmoni, semangat bekerjasama, memperjuangkan kebajikan siswa-siswi, membina keterampilan unggul dan berwawasan kearah merealisasikan aspirasi Kolej Islam Sains Dan Teknologi.

3.0. Objektif

3.1 Mewujudkan sebuah masjid yang serba lengkap.
3.2 Mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama antara mahasiswa dari semua kursus.
3.3 Dapat memberi keselesaan kepada semua pengguna masjid.
3.4 Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh secara teori kepada amali (praktikal) melalui kegiatan yang dianjurkan.
3.5 Menumpukan serta mengeratkan pertalian dikalangan ahli persatuan, pensyarah, kakitangan, pengurusan dan kakitangan sokongan Kolej Islam Sains Dan Teknologi.
3.6 Menyediakan pelbagai bentuk kemahiran dalam berpersatuan dan menerapkan ciri-ciri kepimpinan.

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN TETAP

1.0 MAJLIS SYURA
Majlis Syura dianggotai oleh beberapa orang ahli yang bertanggungjawab dan berperanan dalam bidang tugas tertentu. Ahli Majlis Syura mestilah terdiri daripada orang yang mempunyai fikrah Islamiyah, tarbiyyah dan qiyadah yang selari dengan prinsip al-Quran dan As-Sunnah. Bidang tugas Majlis Syura adalah :

1.1 Merangka draf perlembagaan persatuan.
1.2 Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan adalah berlandaskan kehendak Syara'.
1.3 Menapis segala keputusan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa sebelum dilaksanakan.
1.4 Resolusi yang dikeluarkan mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 ahli.

2.0 PRESIDEN
Seorang Presiden adalah peneraju utama kepada persatuan yang dipimpinnya. Peranan presiden adalah;

2.1 Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa melainkan dinyatakan sebaliknya.
2.2 Presiden diberi kuasa memanggil ahli Jawatankuasa bermesyuarat dan mengarahkan mana-mana biro mengadakan mesyuarat dan menghadiri mana-mana mesyuarat serta berhak mengeluarkan pendapat.
2.3 Presiden diberi kuasa menyemak Penyata Kewangan persatuan bersama dengan bendahari dan Juru audit.
2.4 Presiden diberi kuasa membuat kenyataan-kenyataan umum bagi pihak persatuan.
2.5 Presiden diberi kuasa melantik Pengerusi biro-biro dengan persetujuan Jawatankuasa Persatuan.
2.6 Presiden diberi kuasa menandatangani semua cek-cek persatuan bersama Bendahari dan Setiausaha Persatuan.
2.7 Presiden mempunyai undi pemutus dan ia hendaklah menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
2.8 Terdapat juga organisasi yang memberikan kuasa kepada Presiden di mana beliau berhak melantik Setiausaha dan Bendahari. Begitu juga beliau berhak memecat orang-orang yang dilantik olehnya bila keadaan memerlukan keputusan tersebut diambil.

3.0 TIMBALAN PRESIDEN
Seorang Timbalan Presiden adalah berperanan membantu tugas-tugas Presiden.

3.1 Timbalan Presiden mestilah memangku jawatan presiden sekiranya jawatan itu kosong disebabkan oleh perletakan jawatan atau semasa ketiadaannya serta mengambil alih segala tugas dan kuasa presiden.
3.2 Menjalankan segala amanah dan arahan yang diserahkan kepada beliau oleh Presiden Jawatankuasa Persatuan.

4.0 SETIAUSAHA
Seorang setiausaha adalah menjadi pentadbir utama kepada sesebuah persatuan.

4.1 Menyedia dan membentang semua peringatan mesyuarat dalam semua mesyuarat.
4.2 Melaksanakan semua keputusan-keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui oleh mesyuarat.
4.3 Menyimpan semua rekod-rekod persatuan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.
4.4 Menyimpan daftar ahli-ahli perseorangan dan Pertubuhan-pertubuhan Gabungan yang lengkap dengan bilangan dan senarai nama. Contohnya Nama pertubuhan gabungan, Alamat berdaftar, Nama presiden dan Setiausaha dan lain-lain butir yang diperlukan.
4.5 Menandatangani cek-cek persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari.
4.6 Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

5.0 NAIB SETIAUSAHA
5.1 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas.
5.2 Mencatit minit mesyuarat ketika ketiadaan Setiausaha .
5.3 Menjalankan tugas Setiausaha ketika ketiadaannya.

6.0 BENDAHARI
Seorang Bendahari pula bertanggungjawab terhadap segala urusan yang berkaitan dengan kewangan persatuan.Secara kasarnya,tugas beliau adalah;

6.1 Memungut dan menguruskan wang bagi pihak persatuan.
6.2 Menyimpan rekod-rekod kewangan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.
6.3 Menyediakan penyata-penyata kewangan dalam semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong.
6.4 Menandatangani semua cek-cek persatuan bersama Presiden dan Setiausaha.
6.5 Menyimpan buku simpanan bank bagi pihak persatuan dan bertanggungjawab di atas kesempurnaannya.

7.0 NAIB BENDAHARI
7.1 Bertanggungjawab membantu Bendahari dalam tugasnya.
7.2 Apabila Bendahari tidak hadir, Naib Bendahari hendaklah mengendalikan segala tugasnya.


TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN BIRO

1. Sekretariat Pembangunan Modal Insan (SPMI)
a) Menjalankan program diskusi, usrah dan lain-lain program.
b) Mengadakan usaha bagi faedah mahasiswa muslim dan Non-Muslim.
c) Berkerjasama dengan kelab dan persatuan lain dalam menangani masalah sosial.
d) Bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan semua mahasiswa.
e) Menyebarkan dakwah islamiyyah di kalangan mahasiswa muslim dan Non-Muslim.

2. Biro Hal Ehwah Siswi (HELWANI)
a. Mengadakan program bagi faedah Mahasiswi.
b. Bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan semua urusan berhubung dengan muslimah.
c. Menyebarkan dakwah islamiyyah di kalangan Mahasiswi.
d. Mengadakan khidmat-khidmat yang sesuai bagi faedah mahasiswi dan masyarakat kampus.

3. Biro Aktiviti
a. Mengadakan ceramah dan majlis penerangan agama.
b. Bertanggungjawab membuat jadual aktiviti masjid, seperti jadual giliran imam dan muazin.
c. Merancang aktiviti–aktiviti harian, bulanan dan tahunan persatuan.
d. Mengkaji segala kesulitan yang di hadapi oleh Siswa Siswi kolej, mengenai kelemahan penguasaan bacaan Al-quran, kebajikan dan sebagainya serta membuat usul-usul kepada jawatankuasa tertinggi untuk menyelesaikan masalah ini.
e. Membantu serta melancarkan perjalanan aktiviti biro-biro lain.
f. Menyediakan persembahan multimedia bagi program yang memerlukan.

4. Biro Kebersihan Dan Keceriaan
a. Merancang program bagi menceriakan masjid.
b. Melaporkan kebersihan masjid kepada unit pembersih kolej untuk tujuan pembersihan.
c. Mengadakan Mingguan gotong-royong bagi membersihkan kawasan masjid.
d. Mengimarahkan dan menceriakan masjid dengan syarat tidak mengadakan perhiasan yang berlebihan.

5. Biro Penerbitan Dan Informasi
a. Bekerjasama dengan MPP atau mana-mana kelab dan persatuan dalam mengatasi masalah sosial.
b. Menyedia dan mengedarkan risalah (keagamaan) untuk kesedaran siswa/siswi, seminggu sekali.
c. Bertanggungjawab mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan.

6. Biro Makanan
a. Bertanggungjawab mengurus dan menyediakan makanan sekiranya ada majlis-majlis rasmi.
b. Merancang program yang berkaitan dengan makanan, seperti majlis bebuka puasa, masyuarat, jamuan akhir dan lain-lain.

TUGASAN UMUM

a. Pengerusi biro berhak melantik sesiapa saja dari kalangan ahli biasa untuk menjadi Setiausaha kepada bironya dengan syarat mendapat persetujuan presiden terlebih dahulu secara bertulis atau persetujuan melalui mesyuarat.
b. Naib pengerusi biro menjadi pemangku ketika ketiadaan pengerusi.
c. Naib pengerusi menjadi pembantu pengerusi di dalam menjalankan tugas dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bironya.


UNTUK PERHATIAN

1.SETIAP EXCO DIMINTA MEMBUAT PERANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN, BULANAN DAN TAHUNAN PERSATUAN.

2.SETIAP PENGERUSI EXCO DIMINTA MEMBUAT PERLANTIKAN AJK DIBAWAHNYA.

3.AHLI PERSATUAN DIMINTA UNTUK MEMBERI CADANGAN VISI DAN MISI PERSATUAN.

4.KULIAH MAGRIB TELAH BRMULA DI SURAU 2 KALI SEMINGGU IAITU HARI AHAD DAN RABU. DIMINTA KEPADA AHLI PERSATUAN SUPAYA HADIR LA.....


KELEBIHAN BERORGANISASI

Banyak faedah dan manfaat yang boleh diambil oleh seseorang pelajar apabila ia melibatkan diri dalam gerakan pelajar. Antara lain :

• Melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi mungkar.
• Memberi sumbangan yang bererti kepada masyarakat.
• Memahami selok-belok dalam berorganisasi.
• Memupuk ukhuwah dan silaturrahim serta semangat kerjasama & toleransi.
• Mempelajari pelbagai cara berinteraksi yang berkesan.
• Melatih dan membina ketokohan diri bagi memimpin.
• Melatih diri bagi menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
• Membentuk pemikiran yang proaktif, optimis serta projektif.
• Menghargai masa.

Bagi memastikan kepimpinan kolektif yang cemerlang, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang bakal pemimpin ialah :

• Mempunyai akhlak yang terpuji.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Berfikiran proaktif, positif dan projektif.
• Berketrampilan dalam bidang yang diperlukan oleh organisasi.
• Berani, tabah, cekal dan mempunyai iltizam yang tinggi.
• Mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam mengurus organisasi.

Monday, July 13, 2009

Menjana Pemikiran Muda


Sejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.
Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat ‘ekstasi’.
Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam al-Syafei sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketida usianya mencecah 15 tahun.
Ekstasi melahirkan satu perubahan, atau bisa kita sebut sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap, dan setiap zaman memerlukan perubahan. Hal ini digambarkan oleh seorang ulama yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para pendokong mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: “Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun boleh kita pelihara”.
Setiap manusia, bahkan negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya. Pemikiran lama akan ditenggelamkan oleh pemikiran baru. Albert Einstein berkata: “Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselesaikan oleh pemikiran pada zaman kita”. Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zn acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaan dan gugatan terhadap mereka.
Hanya pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit-bukau ke atas penguni Thaif yang mencerca Rasulullah SAW, baginda lantas menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: “Boleh jadi lahir daripada sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini”.
Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam. Kta boleh perhatikan riak-riak perubahan yang sedang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayungkan sistem sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan mereka hidup dalam suasana yang kucar-kacir. Nama mereka tidak disebut-sebut sebagai sebuah negara yang maju setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tetapi setelah wujudnya generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat. Malah, Turkey merupakan negara ke-6 termaju dalam Eropah dan negara ke-16 di dunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang menarik juga Turkey merupakan negara dunia ke-13 yang paling menarik dan berdaya saing.
Pasukan bola sepak Korea Selatan juga melonjak naik secara tiba-tiba di mata dunia. Jepun semakin berkembang dengan revolusi yang mereka lakukan dalam serba-serbi kehidupan mereka. Ramli berjaya membuka perusahaan menjual daging Burger meskipun pada awalnya beliau diketawakan. Immanuel Kant, Alexander Graham Bell, adik-beradik Wright, dan lain-lain merupakan pemikir pada zaman mereka dan mereka berjaya melakukan perubahan yang drastik hasil pemikiran ’pembaharuan’.
Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan tidak hanya dimiliki oleh pemuda, malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang sentiasa meronta-ronta untuk membuahkan pembaharuan dari semasa ke semasa supaya umaah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang.
Jiwa kepemudaan juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau hanya berperilaku seperti Luncai dengan labu-labunya. Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembapkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Awang Kecil, Sang Luncai sebagaimana negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 Malam, sedangkan Barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.
Benarlah sebagaimana kata Ustaz Kamil Abdul Majid, orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang, sedangkan Barat mencipta kapal. Malah saya ingin menambah, orang kita melihat bulan untuk menentukan waktu Ramadhan dan Syawal, sedangkan Barat melihat bulan lalu dijajahnya. Tepuk dada, tanyalah selera...

Sunday, July 12, 2009

Umur Aishah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah bukan 9 th

Umur Aishah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah bukan 9 th... Muka 1









1. Pengenalan

2. Penghargaan Kepada Penulis

3. Mukaddimah



Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia



Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras



Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas



Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.



Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru



Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini



Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan



Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah



Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya



Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar



Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang



Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun



Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)



Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam



Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah



Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah

Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda



Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur



Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah



Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam



Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur



Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud



Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?



Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W





1. PENGENALAN



Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan. Dalam satu masa yang sama, dia merupakan seorang hafiz dan qari, ulama yang terkemuka dalam bidang tafsir dan hadis, juga seorang penyusun dan pengarang kepada kajian akademik yang tinggi serta penterjemah bahan-bahan akademik dari Bahasa Arab ke Bahasa Urdu.



Kertas kerja ringkas ini adalah berhubung dengan sesuatu isu yang sangat sensitif dan penting. Ia adalah mengenai umur Ummul Mu’minin Saiditina ‘Aishah Siddiq (r.a), semasa berkahwin dan mula tinggal bersama Rasullullah s.a.w. Isu ini menjadi perbahasan berlarutan di antara ulamak dan penyelidik sejak dahulu. Tuan Allama telah mengemukakan idea baru dalam isu ini dan telah menyelesaikan masalah yang penting dan selalu dipertikaikan ini, dan telah berjaya menentukan ‘umur’ sebenar Saidatina ‘Aishah (r.a) berpandukan kepada Ilmu Rijal dan pernyataan para sahabat r.a., ahli hadis dan ahli tafsir, termasuklah pernyataan mutlak oleh Ummul Mu’minin r.a. sendiri.



Adalah penting untuk kebaikan ummah buku ini yang asalnya di dalam bahasa Urdu, diterbitkan dalam Bahasa Inggeris (dan juga Bahasa Melayu). Dengan rahmat Allah, kami telah mencapai objektif ini dengan jayanya. Usaha ini dan juga khidmat-khidmat agama Almarhum Allama Habibur Rahman Kandhalwi adalah layak mendapat setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan. Semoga Allah taala memberi ganjaran yang tidak terhingga kerana khidmatnya yang tidak pernah mengenal penat dan lelah ini. Aamin!



Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En. Nigar Erfaney, seorang wartawan dan juga penulis berpengalaman, yang telah mengalihbahasa kertas kerja yang rumit dari Bahasa Urdu ke dalam Bahasa Inggeris yang ringkas dan jelas, tanpa menghiraukan kesakitan dan kesulitannya yang berpanjangan.



Shafaat Ahmed

Al-Rahman Publishing Trust (Regd)

Nazimabad, Karachi (PC-74600)

Pakistan.



9 Dis 1997





2. PENGHARGAAN KEPADA PENULIS



Ini adalah kertas kerja bertajuk “Umer-e-Aishah” (Umur ‘Aishah), yang asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris (yang kemudiannnya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu pula). Ia adalah tentang umur Saidatina ‘Aishah r.a, anak perempuan Saidina Abu Bakar r.a dan isteri kedua Nabi Muhammad s.a.w, ketika berkahwin dengan Rasullullah s.a.w. Buku ini mengupas tiga persoalan penting iaitu : (1) Bilakah beliau dilahirkan? (2) Berapakah umur beliau semasa bekahwin? (3) Bilakah beliau mula tinggal bersama suaminya s.a.w? Tujuan kertas kerja ini ialah untuk menolak daayah dan propaganda tidak berasas yang dipelopori oleh golongan munafik dan Syiah. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan, saya telah menterjemahkan karangan yang berharga ini atas permintaan peneraju “Al-Rahman Publishing Trust” (Karachi, Pakistan). Sungguhpun ianya adalah tugas yang berat namun kecintaan saya terhadap Ummul Mu’minin r.a. telah memberikan peransang dan kekuatan kepada saya. “Al-Rahman Publishing Trust” yang merupakan sebuah institusi sukarela yang bekerja untuk Islam, seharusnya mendapat pujian yang tinggi kerana mengendalikan amanah penting ini.



Penulis telah mengenalpasti beberapa agenda propaganda oleh puak Syiah, berdasarkan kepada riwayat Hisham seperti berikut:


Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).


Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.



Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur sembilan tahun, di Madinah selepas Hijrah.



Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah menolak sekeras-kerasnya pernyataan di atas dengan mengatakannya adalah tidak berasas dan merupakan suatu pengkhianatan. Beliau seterusnya mengatakan bahawa pernyataan tersebut merupakan konspirasi orang Syiah untuk mencemarkan kehormatan Nabi s.a.w., (yang telah diketahui umum semenjak dari Zaman Jahiliyyah). Tidak syak lagi, hasil kajian oleh Allama Habibur Rahman Kandhalwi ini telah menyedarkan Dunia Islam. Ianya unik dan mempunyai nilai akademik yang tinggi. Meskipun ia adalah sebuah kertas kerja yang ringkas, namun ianya lengkap dan tepat. Beliau telah mengemukakan 24 hujah yang kukuh untuk menyokong pendapatnya. Beliau berhujah berdasarkan al-Qur’an, hadis-hadis dan tafsir atau kata-kata sahabat, termasuklah semua pendapat berhubung dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, khususnya dalam bahagian pertama buku ini iaitu daripada hujah pertama hingga hujah kesebelas. Dalam bahagian kedua, daripada hujah ke dua belas sehingga hujah ke dua puluh empat, Allama telah berhujah berdasarkan fakta sejarah, sosiologi, saikologi, seksologi dan statistik. Beliau berjaya membuktikan bahawa cerita yang disebarkan adalah tidak berasas dan direka-reka, dengan tujuan untuk menjatuhkan keperibadian tinggi Nabi s.a.w., isterinya yang soleh iaitu ‘Aishah r.a., dan mereka yang terkemuka dalam Islam, dengan niat jahat dan kempen kotor yang didalangi oleh golongan munafik dan Syiah.



Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah didorong oleh kekuatan Iman dan pemahaman yang mendalam orang yang beriman. Beliau telah menyampaikan hujah dan pendapatnya dengan tepat. Pengetahuannya tentang ilmu mantik, sains perubatan, saikologi terutamanya saikologi wanita berkahwin, minatnya kepada prosa dan puisi, dan juga statistik dengan kemahirannya menganalisa fakta-fakta dan perangkaan sepatutnya mendapat sanjungan tinggi. Beliau juga mempunyai kemahiran sebagai seorang guru dalam merumuskan keputusan sebagai seorang pakar statistik.



Dengan izin dan kurnia Allah s.w.t., penulis telah menyelesaikan kekeliruan yang dicipta oleh golongan Syiah di dalam buku-buku yang telah ditulis pada 13 abad yang lalu. Beliau telah membuktikan bahawa:



(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.



(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.



(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).



Beliau telah berjaya membuktikan bahawa Muhammad s.a.w., rasul terakhir, adalah manusia yang paling agung di alam semesta ini dan juga pembimbing serta guru yang terhebat di kalangan umat manusia, tidak mengahwini seorang wanita tua demi kekayaan, juga tidak mengahwini gadis bawah umur (yang berumur sembilan tahun). Baginda ialah seorang yang tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun, di mana perkahwinan di bawah umur adalah sesuatu yang hina. Jadi, bagaimana mungkin baginda s.a.w. mengahwini seorang kanak-kanak yanh masih mentah ? Dan juga beliau berjaya membuktikan bahawa tiada perbezaan umur di antara baginda dan Saidatina Khadijah r.a., sorang janda muda, yang mana menunjukkan bahawa baginda melepasi masa mudanya bersama dengann seorang wanita yang sama padan iaitu seorang bangsawan yang telah mendapat gelaran ‘Wanita Suci’ semasa Zaman Jahiliyah di Mekah.



Penulis juga telah menjelaskan mengapa orang-orang munafik dan Syiah terus menerus mengganggu Islam dan orang-orang Islam. Jelasnya mereka mahu menghalang Islam dari disebarkan dan mahu mencampakkan keraguan orang Islam terhadap Nabi s.a.w., Ummul Mu’minin r.a., dan juga pengikut-pengikut Islam yang mulia. Juga mereka ingin menyediakan alasan rapuh kepada orang bukan Islam supaya menolak Islam. Semoga Allah menimpakan laknat ke atas penipu-penipu itu. Orang-orang munafik dan Syiah telah melampaui batas apabila menyebarkan fitnah bahawa Nabi s.a.w. telah mengahwini seorang janda tua yang kaya untuk mengambil kesempatan ke atas harta kekayaannya. Tidak hairanlah masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan nabinya dengan menyindir : “Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya.”



Penulis juga mendedahkan bagaimana puak Munafik dan golongan Syiah telah memutarbelitkan fakta mengenai Nabi Muhammad s.a.w., isteri pertama, isteri kedua dan anak perempuannya, Saidatina Fatimah r.a. Mereka menggugurkan angka sepuluh daripada 19 (tahun), menjadikan ianya 9 (tahun) daripada umur sebenar Saidatina Fatimah r.a. dan Saidatina ‘Aishah r.a. (yang mana kedua-keduanya sama usia), dan melancarkan dakyah bahawa kedua-duanya berkahwin pada usia sembilan tahun. Yakni, Saidina Ali r.a. mengahwini Saidatina Fatimah r.a. semasa umurnya sembilan tahun, dan Nabi Muhammad s.a.w. telah mengahwini Saidatina ‘Aishah r.a. semasa usianya sembilan tahun. Apakah tujuannya? Puak munafik dan Syiah mahu menunjukkan bahawa umat Islam adalah kaum bangsawan yang penuh nafsu yang berjuang untuk bangsa Arab sahaja (untuk mewujudkan keamanan, perpaduan dan kuasa untuk bangsa Arab sahaja di mana berabad-abad lamanya sebelum ini telah berperang sesama mereka dengan sia-sia);iaitu mereka itu telah berjuang demi ‘perkauman’ dan bukannya untuk segenap umat manusia; dengan ini menenggelamkan mesej Islam yang sebenar iaitu untuk manusia sejagat dan menyeluruh, untuk setiap zaman dan seluruh negara.



Manusia-manusia munafik ini, telah hidup bersama Rasullullah s.a.w. di Madinah. Allah telah membongkar tentang keadaan, niat dan kegiatan-kegiatan orang Munafik ini di dalam Surah Al-Baqarah. Sejak daripada waktu itu mereka tidak mensia-siakan setiap peluang untuk menghalang Islam dan orang-orang Islam. Mereka terus mengganggu, dan mengukuhkan kedudukan mereka di abad kedua Islam. Mereka telah mencampuradukkan fakta sejarah dan adat resam dengan pembohongan. Dengan berlalunya masa, mereka berjaya mencampur-adukkan pernyataan yang benar dan palsu.



Kepalsuan dan pembohongan ini kekal selama berabad disebabkan oleh faktor-faktor berikut:



Pertama sekali, keadaan geografi di abad Pertengahan telah terbukti menguntungkan puak munafik dan para pendusta itu. Kehidupan pada ketika itu adalah ringkas dan terbatas kepada sesuatu masyarakat tertentu. Manusia mengembara apabila benar-benar perlu. Masyarakat pada ketika itu hidup berjauhan dan berasingan dan tidak banyak berhubung.



Meskipun begitu, ilmu pengetahuan terus berkembang dalam setiap aspek, terutama pengetahuan tentang agama. Seni kaligrafi (khat) telah berkembang pesat, tetapi proses percetakan belum dicipta lagi. Seseorang yang menulis buku mati tanpa mencetak dan menyebarkannya. Apabila masa berlalu, manusia-manusia jahat yang menyedari nilai ilmiah penulisan tersebut mula menokok tambah ke dalam buku-buku tersebut perkara-perkara baru berdasarkan khabar angin, cerita dusta dan rekaan. Kesannya, tulisan-tulisan dan buku-buku palsu banyak tersebar di dalam masyarakat. Amalan ini telah berlanjutan dan terus-menerus berlaku sehingga ke Abad Pertengahan.



Keduanya, keadaan sosio-agama yang mempengaruhi keadaan sosial dan politik. Orang-orang bukan Arab seperti Yaman, Mesir, Turki, Parsi dan India yang telah menerima Islam, mula berpindah ke Kufah. Mereka tidak dapat memahami Islam dan masyarakat Islam dengan benar. Mereka tertarik dan condong kepada polisi pemerintah (yang menyeleweng daripada ajaran sebenar) menyebabkan wujudnya perbezaan yang bersifat agama-politik. Beransur-ansur mereka menjadi golongan yang tersendiri, dengan menunjukkan perbezaan yang ketara dalam semua aspek kehidupan dan kepercayaan. Ini merupakan perpecahan yang besar di dalam Islam. Pengikut kepada golongan baru ini dipanggil ‘Sabaites’, dengan Hasan Bin Sabah sebagai ketuanya. Kemudiannya mereka telah dikenali sebagai “Syi’ah” oleh tokoh-tokoh pemikir Islam, terutamanya golongan ahli Sunnah. Syiah adalah bercanggah dengan Islam. Puak-puak Syiah ini sentiasa berusaha keras untuk meyelinapkan masuk penipuan dan tambahan palsu ke dalam ajaran Islam dan seterusnya dianggap ‘benar’ oleh orang-orang Islam.



Yang ketiganya, Ulama Ahli Sunnah telah gagal melihat peristiwa ini secara rasional dan menganggap apa saja yang berlaku ke atas keluarga nabi sebagai sesuatu yang khusus dan istimewa; tanpa menganalisa secara logik untuk membezakan mana yang benar dan dan mana yang palsu, bahkan ramai di kalangan mereka (yang terperangkap dengan daayah golongan munafik dan Syiah) menerima cerita-cerita palsu ini sebagai ‘benar’ dan seterusnya menyebarkannya di dalam ucapan dan penulisan mereka. Akibatnya golongan awam ahli sunnah, dengan tanpa sedar, telah mengiktiraf perkara-perkara karut yang dicipta oleh golongan Syiah dan ianya kekal hingga ke hari ini.



Bagaimanapun, terdapat ramai juga Ulama’ Sunni dan orang awam Sunni yang tahu untuk membezakan antara yang benar dan yang palsu. Mereka dengan lantangnya menentang cerita-cerita karut yang dicipta oleh golongan Syiah ini samada dalam ceramah atau tulisan mereka. Meskipun mereka tidak berdaya menghapuskan pembohongan yang beracun ini sepenuhnya, mereka telah berjaya menyediakan panduan yang jelas untuk generasi akan datang.



Keempat, telah termaktub dalam sejarah bahawa para pendeta Yahudi telah meminda ayat-ayat suci Taurat dan Injil. Mereka juga telah cuba untuk meminda al-Qur’an yang mulia tetapi gagal oleh kerana Al-Quran merupakan Ayat-ayat Suci yang datang daripada Allah yang Maha Kuasa dan Allah S.W.T. sendiri yang bertanggungjawab untuk melindunginya. Namun begitu, mereka telah berjaya menambah cerita-cerita Israiliyat di dalam tafsir-tafsir al-Qur’an. Mereka juga telah berjaya menyebarkan cerita-cerita dan pemikiran karut dan salah tentang adat resam, budaya dan sejarah Islam. Mereka telah menyebabkan sebahagian besar di kalangan orang awam Islam terpesong dari jalan lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah taala sebaliknya mengikut ajaran Syiah dalam kepercayaan dan amalan tanpa mereka sedari.



Akhirnya, adalah perlu untuk kita mengenalpasti siapa sebenarnya orang-orang munafik dan Syiah ini, supaya kita tidak berprasangka buruk terhadap penulis-penulis dahulu, samada mereka di kalangan ahli hadis dan tafsir, perawi atau penyusun, ulama ataupun ahli sejarah, atau pun penulis secara umumnya. Mereka adalah Muslim yang baik dan telah meninggalkan warisan yang berharga. Mereka telah meninggalkan kepada kita khazanah ilmu dan penulisan yang amat bernilai. Jadi, sekarang adalah tugas kita untuk menggunakannya sebaik mungkin. Amatlah perlu untuk kita mencari kaedah untuk mengesan dan menilai hasil tulisan mereka untuk membersihkannya dari unsur-unsur palsu dan bohong dan juga cerita-cerita Israliyat. Ini bukanlah suatu perkara baru kepada kita (orang-orang Islam) kerana kita telahpun melakukannya seawal dua abad yang pertama dahulu dalam menilai ketulinan hadis. Kajian dan analisis ini akan membantu membersihkan kotoran daripada tubuh Islam yang bersih ini. Kita juga hendaklah sentiasa ingat bahawa apa-apa perbezaan pendapat di antara kita hanyalah kerana Allah. Dan juga, kita tidak patut melemahkan semangat dan memalukan seseorang tanpa apa-apa keperluan.



Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhlawi telah menunjukkan cara yang praktikal melalui buku kecilnya ini, bagaimana cara yang wajar dan bijak untuk membersihkan hasil-hasil penulisan kita daripada cerita-cerita karut Syiah. Ia merupakan satu sumbangan yang besar daripada Tuan Allama kepada aqidah, sejarah dan adat resam kita.


Umur Aishah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah, Bukan 9th Muka 2


3. MUKADDIMAH



Semenjak daripada alam persekolahan, kita telah membaca dan mendengar bahawa Rasullulah s.a.w. mengahwini ‘Aishah, anak perempuan Abu Bakar r.a., pada ketika beliau r.a. baru berumur enam tahun dan mereka mula hidup bersama ketika Aishah berumur sembilan tahun. Riwayat ini terdapat dalam kitab-kitab hadis dan para ulama telah menjelaskan bahawa Tanah Arab adalah sebuah tempat yang cuacanya panas, oleh itu kanak-kanak perempuan di sana meningkat baligh pada usia sebegini.



Bila kami datang ke Karachi dan menetap di sana kami menemui orang-orang yang berpendidikan barat, yang secara terbuka mencabar bahawa hadis ini bertentangan dengan akal. Kami berasa penat untuk mempertahankan hadis ini. Kami telah melihat beberapa orang yang merasakan masyarakat Inggeris lebih baik berbanding Islam dengan hanya berpandukan hadis ini. Sesetengahnya mencemuh Islam, sementara setengah yang lainnya mentertawakan hadis tersebut. Melalui cara yang lebih sopan, sebahagian mereka mengatakan bahawa ‘sejarah adalah lebih tepat’ dan hadis ini direka oleh orang-orang Parsi. Ada juga sesetengah mereka yang lebih berani dengan mengatakan: " Minta maaf tuan. Bukhari telah ditipu, tugas tuan yang sebenar sekarang ialah membetulkan fakta ini”



Inilah sikap mereka yang berpendidikan barat dan pemikiran sebegini tersebar luas sehingga ada yang sanggup mengatakan, "Tuan, nafsu ada batasnya, adalah tidak munasabah melampiaskan nafsu dengan kanak-kanak berumur sembilan tahun”. Semoga Allah melindungi kita dari keceluparan ini.



Kita semua adalah orang Islam. Inilah yang kami dengar dan kami cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya. Dalam usaha mencari jawapan kepada permasalahan ini, kami mempelajari sejarah, ilmu salasilah, jarh wa taadil, ilal hadis, biografi perawi dan ugama Syi'ah. Dari kajian ini, kami dapati bahawa penipuan terbesar dalam Sejarah Islam dilakukan oleh golongan Syiah. Mereka mengelabui pembohongan ini atas nama sejarah. Kami akan membentangkan bukti pembohongan ini di helaian-helaian yang akan datang, insyaAllah.



Kami menyelidiki usul hadis, biografi perawi, illat hadis dan hadis-hadis palsu dan kami dapati ulama hadis telah membina benteng yang amat kukuh untuk menyekat kebanjiran ini sehingga golongan ahli sunnah sendiri tidak suka untuk melihatnya. Ulama-ulama hadis telah menggariskan prinsip-prinsip dan asas yang cukup berharga untuk kita menilai dan mengasingkan setiap yang benar dan yang palsu.



Imam Bukhari telah membina benteng yang sangat besar untuk menyekat kebanjiran fahaman Syiah. Motif utama kritikan terhadap kitab Sahih Bukhari ialah untuk menyokong gerakan Syiah. Di sebalik kritikan-kritikan tersebut, kepercayaan kita terhadap Sahih Bukhari semakin bertambah. Sayangnya tidak ramai orang awam faham hakikat ini, disebabkan dua faktor berikut:



Pertamanya, pada waktu itu, ketika cerita-cerita palsu membanjiri dari segenap penjuru, Imam Bukhari telah berusaha sedaya-upaya untuk menghapuskan pembohongan dengan penuh minat dan gigih; dan usaha ikhlasnya itu tidak dapat ditandingi sesiapapun sehingga hari ini. Bagaimanapun, beliau adalah makhluk biasa dan sebagai seorang manusia, tidak dapat mengelak daripada melakukan silap dan salah. Dan dengan melakukan satu kesilapan itu tidaklah sampai dihukum gantung. Lagipun, kesilapan tidak boleh dianggap sebagai suatu jenayah kerana jenayah adalah suatu perbuatan yang disertai dengan niat dan dan dilakukan dengan sengaja. Dengan kesilapan kecil yang tidak disengajakan Imam Bukhari tidaklah boleh dituduh sebagai penjenayah!



Keduanya, Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis melalui perantaraan para perawi dan sebagaimana kita maklum perawi-perawi ini bukan maksum. Ramai perawi yang dianggap ‘thiqah’ (terpercaya) oleh Imam Bukhari tetapi tidak dianggap ‘thiqah’ oleh orang lain. Ianya tidak boleh dianggap sebagai jenayah atau sesat.



Dalam keadaan ini, kami akan menilai semula riwayat ini dan di sini kami persembahkan kepada pembaca setelah meneliti semua fakta yang ada. Dalam kajian ini, kami tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan tertentu.



Di antara hasil kajian terpenting dalam tajuk ini setakat ini ialah buku bertajuk “Umur Aishah” yang ditulis oleh Hakim Niaz Ahmed. Namun begitu, karangan tersebut mengandungi terlalu banyak perbincangan yang bersifat teknikal, menyebabkan ia sukar difahami oleh pelajar seperti kita.



Kami tidak bercadang untuk menulis sebuah buku atas tajuk ini dan juga kami tidak mempunyai cukup masa untuk itu. Kami hanya ingin mencurahkan idea-idea yang diperolehi semasa kajian itu dalam bentuk nota ringkas.



Timbul satu persoalan sama ada mencapai baligh pada usia sebegini hanya berlaku kepada Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a seorang sahaja, ataupun ianya adalah suatu yang lazim di Semenanjung Arab. Semua negara yang iklimnya sama atau yang berhampiran dengan Arab, iaitu wilayah-wilayah yang terdapat di negara Afrika seperti Libya, Tunisia, Sudan, Moroko dan wilayah Asia yang terletak di zon khatulistiwa ataupun yang hampir dengan wilayah ini, sebagaimana wilayah Multan, Sukkur, Sibi dan Jacobabad, terkenal dengan cuaca panasnya. Berdasarkan kepada kriteria ini, kanak-kanak perempuan di situ sepatutnya telah baligh sewaktu berumur sepuluh atau sebelas tahun; dan di Pakistan hampir 200,000 atau 400,000 kes atau setidak-tidaknya 2,000 atau 4,000 kes sepatutnya telah berlaku. Di Semenanjung Arab pula pasti tidak terkira banyaknya kes seperti ini sepatutnya berlaku. Jikalau tidak ada catatan dalam sejarah tentang peristiwa seperti ini, anda boleh melihat sendiri tanah Arab yang ada pada hari ini kerana Tanah Arab masih berada di tempat yang sama. Mekah dan Madinah masih berada di lokasi yang sama dan dalam keadaan yang sama. Tempat-tempat ini tidak berganjak sedikit pun. Sehingga hari ini, iklim di Semenanjung Arab adalah sama sebagaimana seribu lima ratus tahun dahulu. Hingga ke hari ini cuaca panas di Mekah memang di ketahui umum. Saya ingin beritahu bahawa saya telah merasai musim panas di Mekah pada bulan Mac (waktu di mana ia tidak begitu panas di Asia dan Afrika).



Berbanding zaman dahulu, peralatan komunikasi kini mudah dan banyak. Beratus-ratus ribu orang Pakistan bekerja di Tanah Arab, dan ramai daripada ahli keluarga mereka tinggal bersama mereka di sana. Namun sehingga hari ini, tiada sesiapa pun yang telah mengejutkan kita dengan cerita kanak-kanak perempuan telah mencapai umur baligh bila sampai di sana. Juga, sampai hari ini tiada orang Pakistan yang berjumpa dengan kami dan mengatakan; “Tuan! Saya telah tinggal bersama-sam a isteri dan anak-anak saya di Arab Saudi, dan kesan daripada iklimnya, anak-anak saya sudah boleh berkahwin, walaupun usianya baru sembilan tahun. Tuan! Sekarang kami yakin dengan sepenuh hati bahawa Ummul Mu’minin telah mula hidup bersama suaminya ketika beliau berumur sembilan tahun.”

Apapun yang akan kami tulis di sini bukanlah bermakna kami menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tetapi matlamat kami ialah untuk memberi jawapan kepada musuh-musuh Islam yang telah mencalitkan lumpur ke tubuh mulia Rasullulah s.a.w. Adalah jelas bahawa kesucian Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang lebih utama daripada perawi-perawi ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’. Tanpa mengakui kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w., tidak bermakna iman dan Islam seseorang. Dan kita tidak diwajibkan untuk menerima semua perawi-perawi ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’ dan tidak menjejaskan iman sekiranya kita mempertikaikan (dengan adil) peribadi perawi-perawi tersebut.



Sebagai seorang Muslim, kita yakin bahawa peribadi Rasulullah s.a.w. adalah adalah sangat tinggi dan mulia bahkan lebih tinggi daripada yang kita gambarkan. Jika terdapat sebarang riwayat yang boleh menjatuhkan maruah atau martabat mana-mana Nabi pun, maka kita hendaklah mencampakkan sahaja riwayat tersebut.



Perkataan ini bukannya daripada kami. Ulama-ulama hadis telah menggunakan istilah ‘campakkan riwayat ini’ berulangkali dalam tulisan-tulisan mereka. Mereka melafazkannya setiap kali melihat kesilapan atau kecacatan walaupun yang amat kecil di dalam suatu riwayat.



Di sini Nabi s.a.w. telah digambarkan sebagai seorang yang sangat bernafsu kepada seks. Demi kemuliaan nabi s.a.w beratus ribu riwayat sebegini hendaklah dicampakkan termasuklah riwayat oleh Hisham bin Urwah ini. Kita korbankan kesemua riwayat ini untuk memelihara kemuliaan Nabi s.a.w.



Ulama hadis telah menjelaskan bahawa sebarang hadis yang berlawanan dengan akal yang sihat dan pengalaman adalah hadis ‘maudhu’ (rekaan). Malah, Ibn Jauzi telah mengatakan sehingga, sekiranya sesuatu riwayat didapati bercanggah dengan ‘hikmah’ (kebijaksanaan), pasti ianya riwayat ‘maudhu’; dan perbincangan atau penilaian tentang perawi riwayat tersebut adalah sia-sia. Ulama hadis telah menggunapakai kaedah ini dalam banyak kes.



Kita juga faham penilaian ulama hadis samada benar atau dustanya seseorang perawi, adalah berdasarkan ‘zann’ (sangkaan yang kuat). Ini kerana, ada kemungkinan bahawa seorang yang kita anggap sebagai benar, mungkin hakikatnya dia adalah seorang pendusta dan mungkin seseorang yang dianggap pendusta adalah sebenarnya bukan pendusta. Tidak semestinya setiap pendusta akan sentiasa berbohong dan setiap orang yang benar akan sentiasa berkata benar.



Para muhaddis akan menghukumkan samada seseorang perawi itu benar, dapat dipercayai atau baik berdasarkan kepada penampilannya atau persaksian daripada orang lain. Ini merupakan ‘zann’(andaian mereka yang kuat), namun kemungkinan tetap ada bahwa dia bukan seorang yang benar dan mungkin dia hanya berpura-pura berkelakuan baik dan warak. Dan sesiapa yang didakwa sebagai pendusta, mungkin dia difitnah oleh musuhnya padahal sebenarnya beliau bukanlah seorang pendusta.



Berdasarkan kepada alasan inilah, kadang-kadang ‘penilaian’ di kalangan para ulama hadis terhadap seseorang perawi berbeza. Sebagai contoh, dalam kes Abdur Razak bin Hamam, sesetengah ulama hadis telah mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang ‘thiqah’ (boleh dipercayai). Yahya bin Main bagaimanapun mengatakan beliau adalah seorang Syiah. Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan beliau (Abdur Razak) tidak mempunyai apa-apa masalah. Yazid bin Zaree’a mengatakan bahawa beliau ialah seorang Syiah Rafidhah, dan beliau mengatakan, “Demi Allah dia adalah lebih dusta daripada Waqidi”



Bagi kita, kesemua ulama hadis ini amat terhormat dan sangat mulia. Mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk membuat keputusan dengan memilih hanya satu sahaja daripada pendapat yang berbagai itu.



Para ulama hadis ini tidak mempunyai alat atau perkakas yang memberi tahu yang mana benar dan yang mana salah. Jikalau ada, sudah tentu tidak akan wujud perbezaan pendapat di kalangan mereka. Dan, kita sendiri pun tidak memiliki peralatan itu, malahan tiada peralatan seperti itu yang telah tercipta sehingga ke hari ini; suatu alat yang mana dapat membezakan kebenaran dan penipuan yang dilakukan oleh seseorang yang telah mati!



Jelas daripada perbincangan ini, bila seorang Muhaddis mengatakan bahawa hadis ini adalah benar ataupun hadis itu adalah tidak benar, beliau hanyalah mengemukakan pendapatnya; dan tidak semestinya pendapatnya tepat. Walaupun seseorang ulama hadis memberi pendapat yang salah, kita tidak boleh mengatakannya sebagai pembohong kerana dia tidak berniat melakukan pendustaan tetapi memberi pendapatnya berdasarkan maklumat yang ada padanya.



Dalam hal ini, adalah mungkin bahawa seseorang menerima pendapat Imam Ahmad, sementara yang lainnya yang menolak riwayat oleh perawi ini (Abdur Razak bin Hamman), bersetuju dengan pendapat muhaddis yang lain.



Perbincangan ini telah menjelaskan kaedah ‘apabila muhaddisin menerima sesuatu hadis adalah sahih, itu adalah pendapat dan pandangan (zann) mereka’. Jika ada seseorang berpendapat sesuatu hadis adalah tepat dan sempurna sebagaimana al-Quran yang mulia, dan seorang lagi berpendapat sebaliknya, kedua-keduanya, pada pendapat kami adalah salah. Apa yang dipanggil ‘ishque’ (cinta) ’ ialah suatu kekacauan fikiran. Perbezaannya hanyalah, seseorang cenderung untuk mempercayai semua perkara adalah benar, sedangkan yang seorang lagi memiliki kecenderungan untuk mendustakannya. Ada yang sentiasa menerima apa saja yang diutarakan oleh muhaddis dan ada yang sentiasa memusuhi mereka. Ada orang yang mendewa-dewakan orang terdahulu manakala sebahagian lagi tidak suka dikaitkan dengan orang dahulu.



Dalam kedua-dua keadaan ini, semuanya dikatakan ‘cinta’ (kecenderungan), dan menurut penyair Mirza Ghalib, Penyair Agung Urdu:



‘Apa yang orang panggil cinta itu ialah keadaan minda yang meracau’



Kita semua tahu tiada yang maksum kecuali nabi-nabi a.s. Orang yang beriman pun tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan atau terlupa. Tanggapan yang mengatakan Imam Bukhari dan Imam Muslim atau mana-mana perawi thiqah tidak melakukan kesilapan atau tidak mungkin terlupa adalah serangan keatas ‘kemaksuman’ nabi s.a.w. Konsep ‘maksum’ pada seseorang selain daripada nabi-nabi a.s. hanya terdapat dalam ajaran Syiah, bila mereka mengatakan Imam Dua Belas sebagai maksum. Ironinya, saudara-saudara kita ahli sunnah menyediakan beratus ribu individu maksum tanpa mereka sedari!



Dengan alasan inilah para ulama hadis menghukumkan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah sebagai mungkar.Di dalam kitab rijal kita boleh menemui contoh yang tidak terkira banyaknya. Ibnu al-Madini mengatakan tiga riwayat oleh Imam Malik adalah mungkar. Ahmad bin Hanbal telah mengatakan Sufyan bin Uyainah meriwayatkan lebih daripada 30 hadith mungkar. Ibn Hazm telah mengatakan riwayat tentang ‘mi’raj’ yang diriwayatkan Bukhari sebagai ‘mungkar’.



Ummul Mu’minin Aishah r.a. telah mengkritik beberapa riwayat yang diceritakan oleh para Sahabat r.a. dan berkata, “Saya tidak mengatakan bahawa mereka berdusta, tetapi seringkali telinga tersilap dengar”. Di dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’, terdapat beberapa riwayat sebegini. Ini menunjukkan bahawa kadang-kadang suatu riwayat mungkin salah walaupun diriwayatkan oleh perawi yang paling thiqah.



Keadaan ini berlaku kerana kadang-kadang seorang perawi itu tidak mendengar sesuatu percakapan dengan sepenuhnya. Kadang-kadang pula perawi itu tersalah dalam memahami maksud sebenar sesuatu ucapan. Adakalanya dia terlupa perkataan yang didengarinya. Ummul Mu’minin r.a. juga ada mengatakan seorang perawi mungkin silap mendengar sesuatu percakapan. Contohnya, perkataan sebenar yang diucapkan ialah “sembilan belas”, tetapi perawi itu hanya mendengar perkataan “sembilan”.



Sedangkan para sahabat r.a. yang mulia pun tidak terlepas daripada berbuat silap, meskipun dia Saidina Umar r.a., Abu Hurairah r.a., dan Ibn Umar r.a. atau tabiin Urwah bin Azzubair dan anak lelakinya Hisham. Dengan mengatakan ‘sahabatpun boleh melakukan kesilapan’ tiada sesiapa mengatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. sebagai seorang anti-hadis. Begitulah sekiranya bila kita mengatakan seorang perawi mungkin melakukan kesilapan kita tidak boleh dikatakan sebagai orang yang menolak hadis kerana ‘menolak hadis’ dan ‘mendedahkan kesilapan’ adalah dua perkara yang berbeza. Dalam erti kata lain, berdusta ialah suatu kesalahan tetapi melakukan kesilapan bukanlah suatu kesalahan.



Berhubung dengan riwayat tentang ‘umur Aishah semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.’, kami tidak mengatakan bahawa riwayat dari Hisham bin Urwah di dalam ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’ itu sebagai hadis Maudhu (rekaan) dan juga kami tidak mengatakan bahawa perawi tersebut seorang pendusta. Sebaliknya, kami berpendapat Hisham telah melakukan kesilapan di dalam riwayat ini dengan menyebut ‘sembilan belas’ sebagai ‘sembilan’ dengan tidak disengajakan. Kami mempunyai banyak hujah untuk menyokong pendapat kami. Jikalau tidak mempunyai apa-apa hujah sekalipun, kami akan tetap mengatakan bahawa hadis ini mungkar kerana kami lebih mencintai Rasulullah s. a.w. dari perawi-perawi riwayat ini.




http://www.darulkautsar.net



Umur Aishah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah Bukan 9th Muka 3


Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia



Riwayat ini bertentangan dengan pengalaman dan fitrah manusia. Adalah mustahil ia dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan ia sebenarnya tidak pernah berlaku. Jika peristiwa sedemikian pernah terjadi, maka musuh-musuh Islam dan juga musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu itu sudah tentu telah mengambil kesempatan untuk mempermainkan dan menghina baginda s.a.w. Dan, apabila tiada apa-apa serangan terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. oleh musuh-musuh Islam pada masa itu, ianya membuktikan bahawa peristiwa tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya tidak, ianya adalah peluang keemasan kepada musuh Islam untuk menyerang Islam dan rasulnya.



Tidak syak lagi riwayat ini adalah tidak benar. Sumber utama riwayat ini ialah Hisham dan perawi-perawi yang menukilkan darinya; oleh itu keraguan berkisar hanya sekitar Hisham.





Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras



Suatu riwayat yang bertentangan dengan akal adalah palsu dan dongeng. Ibnu Jauzi, salah satu nama besar dalam lapangan pengkritikan hadis, ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip ini. Riwayat oleh Hisham ini adalah bercanggah dengan akal dan akal yang waras tidak dapat menerimanya. Apa sudah jadi dengan kewarasan dan kebijaksanaan kita ? Amat aneh bila kita dapati tidak ramai cendiakawan yang samada menolak atau meragui riwayat ini.





Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri-Negeri Panas



Sehingga hari ini tidak ditemui kes seperti ini di Semenanjung Arab dan negara-negara beriklim panas yang lain. Jika sekiranya ia menjadi amalan masyarakat ini nescaya kita akan dapati wujud beribu-ribu contoh seumpamanya dalam catatan sejarah..



Sebaliknya, sekiranya peristiwa begini berlaku pada hari ini, ianya akan menjadi berita sensasi, contohnya, seorang lelaki gila merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun...dan orang yang melakukan perbuatan sedemikian digelar sebagai orang gila.



Ulama kita dan para pencinta Nabi s.a.w. tidak menunjukkan keberanian untuk menyangkal riwayat ini dan yang sedihnya sebahagian daripada mereka tidak dapat menjadi contoh kepada ummah bila mereka sendiri mengahwinkan anak dara sunti mereka yang berumur sembilan tahun, atas nama sunnah dan berbangga kerana menghidupkan sunnah !! Kami adalah ‘orang bodoh’ dan berdosa. Ulama sepatutnya menunjukkan contoh yang praktikal supaya kami dapat mengikuti contoh tersebut.



Mungkin anda tidak akan percaya bahawa ulama kita pada suatu ketika dahulu telah menolak penemuan saintifik yang bertentangan dengan pendapat mereka, malah sebaliknya tidak mengiktiraf hasil kajian saintifik tersebut. Contoh klasik ialah, ramai daripada mereka yang berpendapat matahari mengelilingi bumi, tetapi apabila kajian saintifik mengatakan sebaliknya mereka berkeras dengan pendapat mereka. Dalam bahasa yang mudah mereka berkata, ‘ Saya tidak akan menerimanya dalam apa pun keadaan’.



Beginilah sikap mereka dalam hal ini, iaitu, tentang umur Aishah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.



Dengan hanya berkata “kami tidak menerima fakta sejarah”, tidak memberi apa-apa makna kepada ummah.



Berkenaan ‘sejarah’, di satu pihak mereka mendakwa bahawa mereka tidak menerima ‘sejarah’, tetapi pada masa yang sama mereka melaung-laungkan cerita “Yazid yang jahat’ dari mimbar-mimbar khutbah (walaupun ianya cerita sejarah yang direka). Bahkan cerita berkenaan Karbala telah diulas oleh ulama kita lebih hebat daripada ahli sejarah.



Kami akan menyentuh tentang aspek sejarah di bahagian kedua kertas ini. Buat masa ini kami akan membentangkan hujah berdasarkan hadis, usul hadis, biografi perawi (ilmu rijal) dan illal hadis kerana ulama kita mengiktiraf ilmu-ilmu ini. Adalah tujuan kami untuk menarik perhatian mereka dalam aspek ini.





Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.



Kami telah mengkaji dengan terperinci hadis yang diriwayatkan oleh Hisham. Untuk kajian ini, kami telah mengumpulkan bukti-bukti daripada kitab-kitab ‘Saheh Bukhari’, ‘Saheh Muslim’, ‘Sunan Abu Daud’, ‘Jami’ Tirmizi’, ‘Sunan Ibnu Majah’, ‘Sunan Darimi’ dan ‘Musnad Humaidi’. Selepas menelaah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul. Sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata Aishah r.a., sedangkan setengah yang lain mengatakannya sebagai kata-kata Urwah r.a. Yang pastinya, ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Ia sama ada kata-kata ‘Aishah r.a. ataupun kata-kata Urwah r.a. yang merupakan seorang ‘tabiin’ iaitu anak kepada seorang sahabat (Zubair bin Awwam r.a) dan juga anak kepada kakak Aishah r.a sendiri (Asma binti Abu Bakar r.a). Jika riwayat ini adalah kata-kata Urwah, ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam syariah. Dan, kita juga tahu bahawa apabila berlaku perbezaan pendapat sama ada suatu riwayat itu ‘Muttasil’ (bersambung) ataupun ‘Mauquf’ (terputus), ulama hadis pada amnya akan mengatakan ianya sebagai ‘Mauquf’ (terputus). Berdasarkan prinsip ini, bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah (dan bukannya hadis); dan tidak berdosa untuk menolak kata-kata Urwah.



Riwayat ini akan tetap dianggap cerita sejarah sehingga ulama membuktikan sebaliknya (iaitu riwayat ini ‘muttasil’(bersambung)).





Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru



Urwah menceritakan riwayat ini kepada anaknya Hisham. Pada pandangan kami, segala kekeliruan dalam riwayat ini adalah berpunca daripada Hisham. Adalah penting untuk diketahui bahawa dengan hanya menjadi perawi dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’ tidak bermakna perawi tersebut sempurna dan tidak melakukan sebarang kesilapan. Kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya mengkaji biografi perawi dan kami dapati ada dua zaman dalam kehidupan Hisham iaitu zaman Madani (semasa di Madinah) dan zaman Iraqi (semasa di Iraq).



Zaman Madaninya ialah sehingga tahun 131 H. Dalam tempoh ini di antara muridnya yang paling penting ialah Imam Malik. Imam Malik telah meriwayatkan beberapa hadis daripada Hisham di dalam kitabnya ‘Muwatta’, tetapi riwayat perkahwinan Ummul Mukminin Aishah r.a. dengan Rasulullah s.a.w tidak ditemui dalam kitab Imam Malik tersebut.



Imam Abu Hanifah r.a. juga merupakan anak muridnya dalam tempoh tersebut, dan beliau juga tidak pernah meriwayatkan cerita ini.



Zaman kedua Hisham bermula selepas tahun 131 H. Adalah tidak diragukan bahawa Hisham adalah seorang perawi ‘thiqah’ (boleh dipercayai) sehinggalah tahun 131 H, dan Hisham merupakan sumber asas (madar) kepada banyak hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aishah r.a. Kemudian suatu yang malang berlaku. Pada tahun 131 H Hisham berhutang sebanyak seratus ribu dirham untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuannya, dengan harapan mendapat wang daripada Khalifah yang sedang berkuasa untuk menjelaskan hutangnya. Namun apa yang terjadi adalah diluar jangkaan Hisham di mana pemerintahan Bani Umaiyyah berpindah tangan kepada Bani Abbas. Hisham tiba di Baghdad dengan penuh harapan, dan telah menghulurkan tangannya meminta duit daripada Khalifah Mansur (Khalifah Abbasiyah).



Pada mulanya, Khalifah mencelanya tetapi selepas didesak Khalifah Mansur telah memberinya sepuluh ribu dirham. Kejadian ini merupakan kejutan pertama ke atas fikirannya, dan akibatnya beliau mula menjadi ‘tidak tetap’ dalam meriwayatkan hadis-hadis. Dia mula meriwayatkan hadis yang beliau mengaku didengar daripada ayahnya (Urwah) tetapi sebenarnya beliau tidak pernah mendengar hadis tersebut..



Dengan harapan mendapat pinjaman tambahan daripada Khalifah beliau kembali ke Baghdad dan berjaya mendapat sedikit wang. Selepas membayar sebahagian hutangnya, sekali lagi beliau datang ke Baghdad dan kemudiannya menetap di sana sehingga meninggal dunia



Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 146 H. Semua kekacauan dalam riwayat-riwayatnya berlaku semasa berada di tanah Iraq. Seolah-olahnya, apabila beliau tiba di Iraq, ingatannya telah bertukar dan telah mengalami perubahan yang besar.



Ya’aqub bin Abi Shaibah mengatakan bahawa sebelum pindah ke Iraq tiada riwayat Hisham yang ditolak, tetapi apabila beliau pergi ke Iraq beliau telah menceritakan banyak riwayat yang disandarkan kepada ayahnya Urwah yang tidak disukai oleh penduduk Madinah. Seperkara lagi, semasa tinggal di Madinah, Hisham hanya menceritakan hadis yang didengari daripada ayahnya. Tetapi semasa di Iraq, dia mula menceritakan hadis yang didengari daripada orang lain. Oleh itu, riwayat Hisham yang dinukilkan oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai. (Tahzib-ul-Tahzib, m/s 48, jilid 11)



Semoga Allah merahmati Ibn Hajar, yang mendapat ilham daripada Ya’aqub bin Abi Shaibah dengan mengatakan bahawa ‘riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai’. Di antara riwayat tersebut ialah riwayat ‘Saidatina Aishah r.a. hidup bersama suaminya (Nabi s.a.w.) semasa berumur sembilan tahun dan telah berkahwin sewaktu usianya enam tahun. Juga cerita berkenaan Rasulullah s.a.w. terkena sihir. Cerita mengenai ‘Aishah r.a. ‘bemain dengan anak patung’ juga telah diriwayatkn oleh orang Iraq daripada Hisham.



Sekalung penghargaan untuk Ya’aqub bin Abi Shaibah dan Hafiz Ibn Hajar kerana mengatakan: “Riwayat-riwayat yang dibawa oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai”. Mereka tidak mengecualikan riwayat-riwayat dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’ daripada prinsip ini. Oleh sebab itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengenalpasti dan mencari hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh orang Iraq daripada Hisham. Jika kita mengisytiharkan kesemua hadis tersebut sebagai yang ‘tidak boleh dipercayai’, ulama kita tidak boleh membantah kemudiannya kerana prinsip ini telah diberi oleh ulama salaf yang terdahulu. Kami mendoakan kepada mereka yang baik ini yang (dengan mengemukakan prinsip ini), telah melindungi Rasulullah s.a.w. daripada serangan- orang-orang Iraq.



Hafiz az-Zahabi telah menulis tentang Hisham: “terjadi perubahan dalam ingatannya di akhir usianya, dan Abul Hasan bin Al-Qattan mendakwa bahawa beliau keliru dalam meriwayatkan hadis bila di akhir usianya” Hafiz Uqaili telah menulis dengan lebih jauh lagi: “dia telah nyanyuk di tahun-tahun terakhir kehidupannya”.



Di dalam ‘Mizan al-I’tidal’, Hafiz az-Zahabi menulis bahawa ingatan Hisham yang kuat di waktu mudanya, tidak kekal di usia tuanya. Dan di Iraq, dia tidak dapat meriwayatkan hadis dengan baik dan tepat (‘Mizan al-I’tidal, Jilid IV)



Imam Malik, salah seorang anak murid Hisham, telah meriwayatkan beberapa riwayat Hisham di dalam ‘Muwatta’nya di masa beliau menganggap riwayat Hisham adalah muktamad di dalam semua perkara. Beliau juga tidak bersetuju dengan Hisham semasa beliau (Hisham) tinggal di Iraq. Beliau menolak riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang-orang Iraq. Ibn Hajar mengatakan, “ Penduduk Madinah menolak riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang-orang Iraq”



Angka “sembilan tahun” ini telah menghantui pemikiran Hisham sehingga dia mengaku berkahwin dengan isterinya semasa isterinya berumur sembilan tahun. Az- Zahabi telah menceritakan peristiwa ini sebagaimana berikut: “Fatimah binti Al-Munzir adalah sebelas tahun lebih tua dari suaminya, Hisham. Sekiranya dia datang ke rumah Hisham untuk tinggal bersamanya semasa berumur sembilan tahun beliau perlu menunggu dua tahun sebelum ibu Hisham melahirkannya dan sebelum kelahirannya, Hisham tidak membenarkan orang lain melihat isterinya. Kami belum pernah menyaksikan perkara se ajaib ini”. Az-Zahabi kemudian menerangkan bahawa Fatimah tinggal bersama suaminya ketika berumur sekitar 28- 29 tahun. Dalam erti kata lain, Hisham telah menggugurkan angka ‘20’ dari angka ’29’. Dengan cara yang sama, dalam hal Ummul Mukminin r.a. angka ‘9’ timbul selepas menggugurkan ‘10’ daripada angka ‘19’.



Menurut Hafiz Ibn Hajar, Hisham pernah mengaku bahawa isterinya tiga belas tahun lebih tua daripadanya...kami sedar bahawa iklim Iraq telah merosakkan fikiran ramai orang baik-baik





Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini



Kami agak tekejut apabila mendapati bahawa kesemua perawi tentang ‘Umur Aishah’ adalah orang Iraq yang samada dari Kufah ataupun Basrah. Riwayat ini tidak pernah dinukilkan oleh mana-mana perawi Madinah, Mekah, Syam, mahupun Mesir. Tiada perawi bukan Iraq yang meriwayatkan kisah ini, sebabnya cerita ini dikeluarkan oleh Hisham semasa beliau tinggal di Iraq.



Perawi-perawi berikut telah menyalin kisah ini daripada Hisham:



1. Sufyan bin Said Al-Thawri Al-Kufi

2. Sufyan bin ‘Ainia Al-Kufi

3. Ali bin Mas’her Al-Kufi

4. Abu Muawiyah Al-Farid Al-Kufi

5. Waki bin Bakar Al-Kufi

6. Yunus bin Bakar Al-Kufi

7. Abu Salmah Al-Kufi

8. Hammad bin Zaid Al-Kufi

9. Abdah bin Sulaiman Al-Kufi



Sembilan orang tersebut berasal daripada Kufah. Manakala perawi dari Basrah pula adalah :



1. Hammad bin Salamah Al-Basri

2. Jafar bin Sulaiman Al-Basri

3. Hammad bin Said Basri

4. Wahab bin Khalid Basri



Inilah mereka yang telah meriwayatkan kisah ini daripada Hisham. Semasa beliau tiba di Iraq pada tahun 131 H, beliau berumur 71 tahun. Adalah tidak masuk akal beliau tidak dapat mencari orang untuk meriwayatkan kisah ini sehinggalah beliau berumur 71 tahun.



Dalam hal ini, riwayat ini tidak terlepas dari dua keadaan, iaitu, sama ada orang Iraq yang merekanya dan mengatakan Hisham sebagai sumbernya, ataupun iklim Iraq telah mempengaruhi Hisham dengan teruk menyebabkan dia tidak sedar akan ‘dirinya’, bahawa dia membawa isterinya Fatimah binti Al-Munzir untuk tinggal bersama ketika umur isterinya sembilan tahun, iaitu empat tahun sebelum kelahirannya sendiri.! Setelah tiba di Iraq, tahap kebijaksanaan dan kesedaran mentalnya telah merosot hingga ke tahap ini..



Kami mengagumi Hisham, dan nasihat semasa beliau tinggal di Madinah masih lagi segar dalam ingatan kami. Anda juga patut mengingatinya, bak kata pepatah Parsi yang masyhur, "sesuatu yang disimpan pasti ada gunanya suatu hari nanti”. Nasihatnya yang satu ini amat berguna. Katanya:



“Apabila seorang Iraq meriwayatkan seribu hadis, kamu patut mencampakkan sembilan ratus sembilan puluh daripadanya ke tanah, dan berasa sangsi terhadap sepuluh yang masih tinggal.”



Jika kita berpandukan kepada nasihat Hisham ini, banyak masalah yang akan terjawab dengan sendirinya.



Selain daripada itu, kita juga patut memberi perhatian kepada prinsip ulama hadis yang dinukilkan oleh Baihaqi dari Abdur-Rahman bin al-Mahdi:



“Apabila kami meriwayatkan hadis mengenai ‘halal dan haram’ dan ‘perintah dan larangan’, kami menilai dengan ketat sanad-sanad dan mengkritik perawi-perawinya, akan tetapi apabila kami meriwayatkan tentang faza’il (keutamaan), pahala dan azab, kami mempermudahkan tentang sanad dan berlembut tentang syarat-syarat perawi.” (Fatehul- Ghaith, ms 120)



Abdur Rahman bin al-Mahdi merupakan guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim. Beliau adalah salah seorang tokoh penting dalam ilmu rijal (biografi perawi). Bagi pihak ulama hadis, beliau mengatakan muhaddisin menilai sanad dengan ketat bila menilai hadis berkenaan halal dan haram dan juga tentang ‘perintah’ dan ‘larangan’. Bagi hadis yang tidak berkaitan dengan halal dan haram serta perintah dan larangan (seperti ‘fazail’ (keutamaan), sirah dsb) ulama hadis bersikap mudah tentang peribadi perawi dan mengabaikan kesilapan dan kelemahan mereka. Sebagai contoh, ulama hadis tidak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh ke atas riwayat yang berkenaan dengan Fazaiel (Kelebihan) sama ada ia berkaitan dengan perwatakan atau amalannya seseorang, balasan azab terhadap sebarang perbuatan maksiat, ataupun peristiwa daripada sejarah. Mungkin ini adalah sebabnya mengapa ulama hadis tidak merasakan perlu untuk membincangkan dengan teliti riwayat yang berkenaan umur sebenar Saidatina ‘Aishah (semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) Besar kemungkinan, Imam Bukhari memegang prinsip yang sama iaitu tidak ketat dalam menilai riwayat seperti ini, yang mana kemudiannya menjadi ‘fitnah’ kepada kita semua.



Satu lagi prinsip hadis ialah jika ingatan seseorang perawi menjadi lemah, maka riwayat yang disalin oleh para muridnya ketika itu adalah ditolak. Hafiz Ibn Hajar menda





Sumber : http://www.darulkautsar.net


Umur Aishah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah Bukan 9th Muka 4



Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah



Di dalam ‘Saheh Bukhari’, ada satu riwayat telah dinukilkan oleh Zuhri dari Urwah daripada Ummul Mu’minin r.a. Riwayat ini tidak pernah disebut oleh orang Iraq tetapi diriwayatkan oleh dua orang perawi Mesir, seorang perawi Sham dan dua orang perawi Madinah.



Urwah bin Az Zubair meriwayatkan dari A’ishah Ummul Mukminin katanya, “Semenjak saya sedar dan mengerti, saya melihat ibubapa saya telah pun berugama Islam. Tidak berlalu satu hari pun melainkan Rasulullah saw akan datang kepada kami sama ada di sebelah pagi atau petang”.



Bila orang-orang Islam diganggu oleh orang-orang kafir, Abu Bakar telah keluar dari rumahnya dengan maksud untuk berhijrah ke bumi Habsyah. Bila beliau sampai ke Birku al-Ghimad beliau bertemu dengan Ibnu ad Dughunnah, ketua kabilah Qarah. Ibnu ad-Dughunnah bertanya, “Engkau hendak ke mana Abu Bakar?”. Abu Bakar menjawab, “Kaumku telah mengeluarkanku. Kerana itu aku akan mengembara di muka bumi agar dapat beribadat kepada tuhanku”. Ibnu ad Dughunnah berkata, “Sesungguhnya orang-orang sepertimu tidak boleh keluar dan tidak patut dikeluarkan (dari sesebuah negeri) kerana engkau berusaha untuk orang-orang yang tidak berharta. Engkau menghubungkan pertalian keluarga, engkau menanggung beban masyarakat, menjadi tuan rumah kepada tetamu dan membantu masyarakat ketika ditimpa bencana alam. Aku akan melindungimu. Pulanglah dan beribadatlah kepada tuhan di negerimu.”



Maka pulanglah Abu Bakar bersama Ibnu Ad Dughunnah. Pada petangnya Ibnu ad Dughunnah mengunjungi orang-orang bangsawan Quraisy. Beliau bersuara kepada mereka, “Sesungguhnya orang seperti Abu Bakar tidak boleh keluar dan dikeluarkan. Adakah kamu patut mengeluarkan seorang yang berusaha untuk orang yang tidak berharta, menjalin silaturrahim, menanggung beban kesusahan orang lain, menjadi tuan rumah kepada tetamu dan menolong masyarakat ketika bencana?”. Perlindungan Ibnu Ad Dughunnah tidak ditolak oleh orang-orang Quraisy. Mereka berkata kepada Ibnu ad Dughunnah, “Suruhlah Abu Bakar menyembah tuhannya di dalam rumahnya. Ikut sukanya untuk membaca apa saja yang dia mahu asalkan dia tidak mengganggu kami dengan bacaannya dan jangan pula dia membaca dengan suara yang nyaring kerana kami bimbang perempuan-perempuan kami dan anak-anak kami akan terpesonanya dengannya”.



Ibnu ad Dughunnah meminta dari Abu Bakar apa yang diutarakan oleh orang-orang Quraisy itu. Sampai beberapa lama Abu Bakar memenuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh orang-orang Quraisy itu. Beliau menyembah Tuhan di rumahnya dan tidak menyaringkan bacaannya di dalam sembahyang. Beliau juga tidak membaca al Quran di luar rumahnya.



Kemudian timbul satu fikiran kepada Abu Bakar untuk membina masjid di halaman rumahnya. Beliau pun membina masjid dan bersembahyang di dalam masjid itu dan mula membaca al Quran menyebabkan perempuan-perempuan orang-orang musyrikin dan anak-anak mereka mula mengerumuninya dengan rasa kagum terhadapnya di samping melihat tingkah lakunya. Abu Bakar adalah seorang yang mudah menangis. Beliau tidak dapat menahan air mata apabila membaca al Quran. Keadaan ini menggemparkan kalangan bangsawan dan musyrikin Quraisy.



Mereka pun mengutuskan orang kepada Ibnu ad-Dughunnah untuk bertemu dengan mereka. Setelah Ibnu Ad-Dughunnah datang, mereka pun berkata kepada Ibnu ad-Dughunnah, “Sesungguhnya kami telah memberi perlindungan kepada Abu Bakar atas permintaanmu dengan syarat dia menyembah tuhannya di dalam rumahnya sahaja. Sekarang dia telah pun melanggar syarat itu. Dia telah membina sebuah masjid di hadapan rumahnya dan menunaikan pula sembahyang dan membaca al Quran di dalam masjid yang dibinanya itu. Kami bimbang isteri-isteri dan anak-anak kami akan terpesona dengannya. Oleh itu tegahlah dia dari berbuat begitu. Kalau dia bersetuju untuk menyembah tuhannya di dalam rumahnya sahaja maka baiklah tetapi jika dia enggan melainkan tetap mahu mengerjakannya sembahyangnya secara terbuka dan membaca al Quran dengan suara yang nyaring, maka mintalah dengannya supaya dikembalikannya kepadamu jaminan keamanan yang telah diberikan olehmu kepadanya kerana tidaklah kami suka mengkhianati perlindungan yang diberikan olehmu itu dan tidak pula kami boleh menerima Abu Bakar bersembahyang dan membaca al Quran secara terbuka seperti itu”.



Ibnu ad Dughunnah pun pergi menemui Abu Bakar. Dia berkata, “Engkau telah pun tahu syarat yang telah ku berikan untuk melindungimu. Jadi samada engkau akan mematuhi syarat itu atau engkau kembalikan kepadaku jaminan keamananku. Aku tidak suka orang-orang Arab mendengar cerita bahawa jaminan keamanan yang telah kuberikan kepada seseorang telah disia-siakan”.



Mendengar kata-kata Ibnu Ad Dughunnah, Abu Bakar berkata, “Kalau begitu aku akan kembalikan kepadamu jaminan keamananmu dan aku berpuas hati dengan perlindungan Allah swt”.

(Bukhari, Jilid I, m/s 553)



Di dalam hadis ini, Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. menghuraikan pemerhatiannya tentang keadaan daripada tempoh mula kerasulan sehingga peristiwa hijrah ke Habshah dalam dua ayat iaitu “ Sejak saya mengerti dan faham keadaan sekeliling saya dapati keluarga saya telah memeluk Islam” dan “Saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. datang ke rumah kami setiap hari pada pagi dan petang”.



Di bahagian pertama hadis ini Ummul Mu’minin r.a. telah menceritakan pemerhatiannya di dalam dua ayat, iaitu “Sejak saya mengerti dan faham keadaan sekeliling, saya telah melihat keadaan ini”. Dan di bahagian kedua iaitu selepas balighnya, Ummul Mu’minin r.a. menyatakannya sebagai zaman persengketaan. Iaitu zaman yang menyebabkan sahabat-sahabat utama di awal Islam berhijrah ke Habshah. ‘Aishah r.a. kemudiannya telah menceritakan secara terperinci peristiwa penghijrahan ayahnya, Abu Bakar r.a ke Habshah.



Bahagian ketiga daripada hadis ini yang tidak kami nukilkan di sini ialah hijrah ke Madinah.



Ada dua riwayat tentang peristiwa Hijrah ke Madinah. Pertamanya, “Nabi s.a.w. keluar dari rumah Abu Bakar” di mana Aishah r.a. menyatakan dia diberitahu oleh Amir bin Fahirah (bekas hamba Abu Bakar r.a. dan temannya semasa Hijrah). Keduanya, peristiwa Suraqah di mana beliau r.a. menyatakan diberitahu oleh Suraqa kepadanya. Dengan kata lain, sejak daripada Ummul Mu’minin r.a. boleh berfikir, Abu Bakar r.a. dan Ummu Rumman r.a. telah memeluk Islam. Dan juga, sejak beliau faham keadaan sekelilingnya, beliau melihat Rasulullah s.a.w. sentiasa melawat rumah mereka setiap hari pada waktu pagi dan petang.



Di dalam hadis ini Aishah r.a. telah mendakwa secara jelas bahawa beliau r.a. telah faham keadaan sekelilingnya pada ketika nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul dan menyaksikan semua peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut. Namun ulama kita telah mentakwilkan bahawa oleh sebab riwayat Hisham menyatakan ‘Aishah r.a. berusia sembilan tahun semasa mula hidup bersama Rasulullah s.a.w., Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah mendengar cerita-cerita ini daripada orang lain.



Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa “apabila saya telah faham keadaan sekeliling, saya telah melihat perkara yang berlaku” Ulama kita mengatakan bahawa beliau belum lagi dilahirkan! Ringkasnya, boleh dikatakan, Ummul Mu’minin telah melihat peristiwa tersebut lima atau enam tahun sebelum kelahirannya. Kami menyerahkan kepada anda untuk membuat keputusan siapakah yang benar.



Keseluruhan perbincangan ini membuktikan bahawa sewaktu nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul Ummul Mu’minin r.a. merupakan seorang kanak-kanak yang telah mengerti keadaan sekelilingnya iaitu berumur sekurang-kurangnya lima hingga enam tahun. Dengan kata lain, seorang kanak-kanak yang sudah boleh mengingati siapa yang datang dan keluar dari rumahnya dan faham bahawa apa yang ibu bapanya lakukan adalah bercanggah dengan penduduk Mekah. Ini adalah peringkat usia seorang kanak-kanak di mana mempunyai naluri ingin tahu dan berfikir mengapa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.



Kesimpulan dari perbincangan ini ialah, anda hendaklah mengaku, berdasarkan hadis ini, bahawa Ummul Mu’minin r.a. sudah tentu sekurang-kurangnya berumur antara lima hingga enam tahun pada sewaktu perlantikan nabi s.a.w. sebagai rasul. Oleh itu, pengiraan ringkas menunjukkan umur beliau r.a. adalah sekitar sembilan belas atau dua puluh tahun semasa mula tinggal dengan Rasulullah s.a.w.



Dan sekaligus ia membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. dan Saidatina Fatimah r.a. adalah sebaya. Dengan itu, terpulanglah kepada anda samada untuk menerima riwayat Hisham (dengan menolak dua hadis di dalam kitab Bukhari di atas) atau mengakui kesilapan Hisham.





Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya



Saidatina Aishah r.a. menceritakan bahawa Usamah telah jatuh tergelincir di bendul pintu dan luka di mukanya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya, “Bersihkan kotoran itu daripada Usamah.” Saya terasa jijik bila melihat Usamah mula menjilat darahnya untuk membersihkan mukanya.



Dalam riwayat Ibn Majah, “Hingus keluar dari hidung Usamah. Nabi s.a.w. menyuruh saya bangkit dan membersihkan hidung Usamah. Saya berasa jijik, lalu Nabi s.a.w. sendiri yang bangun dan membersihkan hidungnya.”



Di dalam riwayat Tirmizi ada pula disebut bahawa Nabi s.a.w. hendak membersihkan hidung Usamah. Kemudian Ummul Mu’minin r.a. meminta izin untuk membersihkan hidungnya (Usamah). Nabi s.a.w. kemudian berkata, “Wahai ‘Aishah! Sayangilah Usamah, kerana saya juga menyayangi Usamah.” (Tirmizi: Jilid II, m/s 246)



Juga, Baihaqi menerusi Sha’abi, daripada Ummul Mu’minin r.a. katanya “Rasulullah s.a.w. meminta saya bangun dan membasuh muka Usamah. Saya memberitahunya saya tidak tahu membersihkan muka kanak-kanak kerana saya tidak mempunyai anak. Tolonglah pegang dia dan basuh mukanya. Nabi s.a.w. memegang Usamah dan membasuh mukanya”. Dan baginda berkata, “Dia (Usamah) telah memudahkan kita kerana dia bukan seorang kanak-kanak perempuan. Jika dia seorang kanak-kanak perempuan, saya akan menghiaskannya dengan perhiasan-perhiasan dan akan berbelanja banyak untuknya.”



Imam Ahmad, melalui Baihaqi, telah meriwayatkan daripada ‘Aishah r.a. bahawa Usamah jatuh tergelincir di atas bendul pintu. Mukanya telah luka. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengelap dan membersihkannya, dan Baginda s.a.w. berkata, “Wahai Usamah! Jikalau kamu seorang kanak-kanak perempuan, pastinya saya akan memakaikan dan menghiasi kamu dengan perhiasan. Saya akan berbelanja besar untuk mu.”



Sekali lagi, perhatikan semua riwayat ini. Anda akan dapati bahawa Usamah bin Zaid r.a adalah seorang kanak-kanak yang jauh lebih muda daripada Ummul Mu’minin r.a.. Ada masanya dia r.a. tercedera atau hidungnya berhingus. Adakalanya Ummul Mu’minin r.a. mengangkat dan membersihkannya dan kadang-kadang Rasulullah s.a.w. yang melakukannya. Adakalanya Ummul Mu’minin r.a. berasa jijik, dan pernah suatu kali beliau meminta maaf dengan berkata, “Saya tidak mempunyai anak, jadi saya tidak mempunyai pengalaman membasuh muka kanak-kanak.”



Pertama sekali, perkataan ‘saya tidak mempunyai anak’ tidak mungkin keluar daripada mulut seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan atau sepuluh tahun. Perkataan ini hanya boleh diucapkan oleh seorang wanita yang umurnya sesuai untuk mendapat anak.



Yang keduanya, ini jelas menunjukkan bahawa Usamah adalah jauh lebih muda dari Ummul Mu’minin r.a. Jika Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. adalah sebaya atau lebih muda daripada Usamah, Rasulullah s.a.w. tidak mungkin akan menyuruh ‘Aishah r.a. untuk membersihkan darah dan hidungnya (Usamah). Arahan begitu selalunya diberi kepada seseorang yang lebih tua daripada kanak-kanak tersebut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun disuruh untuk melayan atau merawat seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun !!



Para ulama mengatakan, ‘dari Riwayat Hisham, Ummul Mu’minin berusia 18 tahun semasa kewafatan nabi ’. Dengan itu, adalah perlu untuk mengetahui berapakah usia Usamah di waktu kewafatan Rasulullah s.a.w.



Imam Zahabi telah menulis di dalam bukunya ‘Siyar A’lam al-Nubala’ bahawa Usamah berusia 18 tahun pada waktu itu.



Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan di sini ialah seorang kanak-kanak perempuan telah membersihkan hidung seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya!



Waliuddin Al-Khatib, penulis ‘Mishkat’, menulis di dalam bab ‘Al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal’



“Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat, Usamah berumur 20 tahun.” (‘Mishkat’, m/s 585)



Telah disepakati oleh ulama hadis dan ahli sejarah bahawa sebelum kewafatannya, Rasululullah menyusun satu pasukan tentera untuk menyerang tentera Rom dan menakluki Syria untuk menebus kekalahan dalam Perang Mu’tah. Usamah r.a merupakan panglima angkatan tentera ini, dan sahabat besar seperti Saidina Umar r.a. telah diperintahkan untuk berperang di bawah arahannya. Pada ketika itu, beliau berumur dua puluh tahun, menurut Waliuddin Al-Khatib, dan sembilan belas tahun menurut Hafiz Ibn Kathir:

“Semasa Rasulullah s.a.w. wafat, Usamah berumur 19 tahun.” (Al-Bidayah-wan-Nihayah, Jilid 8, m/s 67)



Setelah dibaia’kan, Saidina Abu Bakar r.a. menyempurnakan tugasan ini dengan menghantar tentera Usamah, yang mana dengan izin Allah S.W.T. telah kembali dengan kemenangan.



Usamah r.a. telah dilahirkan pada tahun ke-3 kerasulan. Dan kejadian di mana beliau cedera terjatuh di muka pintu rumahnya, atau hidungnya berhingus, atau Nabi Muhammad s.a.w. membasuh mukanya ataupun Baginda s.a.w. menyuruh Ummul Mu’minin r.a. supaya membasuh atau membersih mukanya dan sebagainya, adalah kerana Usamah pada masa itu ialah seorang kanak-kanak kecil. Dan juga, permintaan supaya Ummul Mu’minin merawat Usamah adalah kerana Ummul Mu’minin adalah lebih tua daripada Usamah. Jika Usamah r.a. adalah lebih muda daripada Ummul Mu’minin r.a. dan usianya (Usamah) sekitar 19-20 tahun di waktu kewafatan Nabi s.a.w., umur Ummul Mu’minin r.a.sepatutnya sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua (daripada Usamah), dengan itu barulah arahan mengenai membersihkan darah dan hidung itu sesuai.





Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar



Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut. Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”



Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak. Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi.



Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)



Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau (‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.



Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah. Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar.



Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh sembilan tahun, adalah salah.



Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar. Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini.



Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.



Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana. Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.



Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.



Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benar-benar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!



Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawi-perawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!



Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah.



Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama. Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a. Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera.



Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohong-pembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar.



Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.



Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui. Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman .