Monday, March 5, 2012

Revolusi Syria Bergelumang Dengan Syiah Melampau Nusairiyyah



Isu Suria sudah dirumitkan dgn persoalan Bukit Golan dan israel.

Saya berpandangan persoalan Bukit Golan dan ancaman dari Israel perlu dilihat sebagai satu juzu' yang tidak perlu dicampur adukkan dengan penentangan rakyat ke atas Regim Basyar Assad. Walau apapun kesudahan dari episod kebangkitan rakyat di Syria, Israel kekal sebagai ancaman dgn dinamika yang berubah bergantung kepada arah tuju kebangkitan rakyat Syria.

Jika regim Basyar Assad berjaya ditumbangkan maka kedudukan Israel sebenarnya lebih terdesak. Setelah hubungan diplomatiknya dgn Turki sudah deteriorate dan hubungannya dengan Mesir hanya menunggu keputusan Parlimen Mesir utk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, maka tumbangnya regim basyar Assad ini akan mengubah dynamic hubungan/perseteruan di antara Syria dan Israel. Bukit Golan hanyalah menjadi 'buffer' (zon penampan) untuk menjamin keselamatan Israel. Jika rakyat Syria berjaya, besar kemungkinan Ikhwan Muslimun yang mempunyai pengaruh yang cukup besar di Syria akan menjadi elemen penting sebagaimana di Mesir. (Pengaruh IM cukup besar sehingga Hafez Assad, bapa basyar Assad menyembelih umat islam di Hamma pada tahun 1981 untuk membendung pengaruh IM - sekitar 45,000 umat Islam dibunuh dgn kejam oleh tentera Assad). Jadi status Syria sebagai 'musuh' kepada israel akan upgrade kepada 'musuh sebenar' kepada Israel.

HAMAS sebelum ini melalui lidah rasminya di damsyik mengeluarkan kenyataan yang sangat berhati-hati mengkritik kerajaan Basyar Assad yang membunuh rakyatnya (ini sedia dimaklumi kerana HAMAS diberi perlindungan oleh regim Assad sejak 20 tahun yang lalu). Kini HAMAS sudah meminggir dari Damsyik dan Ismail haniyeh telah mengelaurkan kenyataan tanpa selindung mengutuk regim Assad dan menyokong kebangkitan rakyat Syria.

Kita bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Sunni dgn wadah-wadahnya (IM, HAMAS), Syiah dan sekutu-sekutunya (Iran, Regim Assad, Hizbullah Lubnan) dan Israel serta kuncu-kuncunya. Maka garis pemisahnya semakin jelas. Akhirnya pertembungan yang mewarnai timur tengah ialah di antara al-Haq dan kebatilan (gabungan Israel, kuasa barat dan musuh-musuh mereka iaitu Iran, Hizbullah dan sekutu-sekutunya)

after thoughts forum Suriah: Adakah kita peduli? di USIM 29 Feb 2012.

Saya ulas 'Arab spring' di Suriah berbeza dari 'arab springs' yang lain.memanglah kebangkitan rakyat di Mesir tak sama dgn di Tunisia tak sama dgn di Libya... Namun perbezaan-perbezaan ini masih lagi meletakkan semua kebangkitan rakyat ini sebagai 'kebangkitan rakyat terhadap kezaliman pemerintah'. Namun Arab spring di Suriah adalah 'kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah ditambah dengan elemen konflik yang bercorak sekterian. Dan konflik sekterian ini bukan melagakan dua kabilah atau dua suku etnik, sebalik ia adalah pertembungan kabilah yang ditunjangi oleh pegangan agama/aqidah.

Ada kalangan yang merasakan aspek perbalahan pegangan/aliran aqidah ini tidak perlu diperbesar; dibimbangi akan mengalihkan fokus perjuangan dari menamatkan pemerintah regim Assad yang zalim kepada perjuangan yang bercorak perang saudara atau perang antar aliran agama. Dengan keengganan Iran untuk bersama masyarakat antarabangsa mengutuk Basyar Assad bahkan membuat pendirian menyokong pula menebalkan lagi telahan bahawa asas pertentangan ditunjangi oleh aliran agama - yang secara mudah nya disebut sebagai kemelut sunni lwn syiah.

Sebenarnya empati Iran ke atas regim Assad bertolak dari sentimen keagamaan. Meskipun Basyar Assad dan Ayatullah Ali Khamenei (Iran) serta Hassan Nasrallah (Lubnan) berbeza namun mereka semuanya berada di dalam kelompok mazhab besar yang sama. Kedua-duanya mensucikan Ali. Basyar Assad menganut agama Nusairiyah yang juga disebut sebagai Alawiy (reference barat) sama seperti mazahib Syiah yang pelbagai dan rencam itu. Malah agama Nusairiyah ini lebih jelas kekufurannya berbanding dgn pelbagai mazhab Syiah yang mempunyai spektrum dari yang menuhankan Ali kepada yang dekat dengan mazhab sunni. Agama Nusairiyah ini adalah percampuran atau sinkretisme di antara Islam, Kristian dan agama pagan (kepercayaan penduduk asal bangsa Phoenecian, Hittites, dan suku-suku bangsa dari laut Agean). Kerana itu Imam Ibnu Taimiyah tidak teragak-agak meletakkan mereka lebih jauh kesesatan dari golongan kafir nasrani dan majusi. Anak muridnya Ibnu Katsir merujuk mereka sebagai golongan pagan (tanpa agama).

Ini tidak dapat disangkal lagi kerana kalimah 'La ilahailla Basyar' sudah menjadi semacam doktrin negara Syria yang dipaksakan ke atas rakyat Syria. Rakaman-rakaman video juga dengan jelas menunjukkan tentera Assad memperolok solat umat Islam. Mereka juga tidak teragak-agak membedil masjid-masjid tak ubah perangai zionis yang mensasarkan masjid-masjid di Gaza.

Jika Hosni Mubarak, Ben Ali dan Muammar Gadafi hanya dilihat sebagai pemerintah yang zalim, namun tidak terdengar di mana-mana mereka ini dikaitkan dengan kalimah kufur atau zindik. Meskipun Ben Ali didakwa menyekat amalan Islam di kalangan penduduk Tunisia seperti tidak membenarkan memakai pakaian menutup aurat bagi wanita, namun tindakan ini hanya disebut sebagai zalim atau menyekat pengamalan Islam. Adapun Basyar Assad dan suku-sakatnya diberi gelar yang lebih dari sekadar zalim ke atas rakyatnya. Bahkan ulama-ulama yang menyokongnya juga dilemparkan dengan kalimah kekufuran.

Pada tahun 1982, ayahandanya Hafez Assad membunuh sekitar 40,000 rakyat Syria di Hamma. Pembunuhan ini adalah untuk melenyapkan pengaruh Ikhwan Muslimin di Syria yang dikatakan mendalangi kebangkitan rakyat Syria menentang regim Hafez Assad. Ketika itu ia dilihat sebagai tindakan kejam kerajaan Parti Baaths Syria menghapuskan lawan-lawan politiknya. Namun tidak terdengar di sana faktor agama Nusayriyah. Kini dalam konteks kebangkitan rakyat Suriah semasa, faktor agama Nusayriyah ini tidak bolih diketepikan begitu sahaja. Saya menganggap tindakan membunuh rakyat Syria termasuk kanak-kanak dengan sadis dan kejam sekali mengarah kepada hipotesis bahawa kebencian agamalah yang memberi motivasi kepada tentera Assad untuk bertindak kejam tanpa peri kemanusiaan.

Keadaan yang sama berlaku di Maluku/Ambon tahun 1999/2000 di mana penduduk Kristian membunuh dengan sadis umat Islam termasuk memangkas kanak-kanak dengan pedang meskipun mereka adalah kaum kerabatnya sendiri. Faktor fanatik kepada agama melahirkan kecenderungan 'bigotry' (kebencian yang tiada rational) ke atas penganut agama lain sehingga hilang pertimbangan dan belas ehsan terhadap lawannya.

Wallahu a'lam


Oleh : Hafidzi Mohd Noor (fb)


Dokumen Rahsia Bongkar Peranan Iran di Syiria

Tehran terus menerus memberikan sokongan terhadap rejim Bashar al-Assad, dengan menyediakan bantuan hingga satu bilion dolar kepada negara tersebut.Sumbangan bertujuan membantu kerajaan pimpinan Basyar Al-Assad mengatasi sekatan yang dikenakan kepada negara tersebut berhubung isu penindasan terhadap revolusi rakyat Syria.
Dokumen rahsia milik Kementerian Urusan Presiden Syria mendedahkan bahawa,Tehran telah memperuntukkan sejumlah satu bilion dolar untuk mengimport barang dalam usaha membantu rejim Presiden Syria mengatasi sekatan minyak dan perbankan yang dijatuhkan kepada pemerintahannya.

Menurut laporan media, dokumen itu menyatakan bahawa Iran telah menyediakan satu bilion dolar untuk mengimport barang-barang dari produk Syria.Selain itu, Iran juga akan mengeksport bahan dan peralatan serta bahan beku yang diperlukan oleh pasaran Syria.

Laporan media menjelaskan bahawa dokumen ini bocor setelah terjadinya "hack" terhadap e-mail Pejabat Assad baru-baru ini.

Dokumen rahsia yang telah ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Presiden Mansour Azzam, pada Disember tahun lalu, merangkumi perbincangan antara delegasi pegawai tinggi Iran dan Syria berkaitan begaimana mengatasi sekatan-sekatan negara Barat dan Arab terhadap Syria dengan mengkaji pengalaman dari Iran sendiri.

Dokumen itu menyatakan, adanya lawatan delegasi Iran ke Syria yang melibatkan 10 pegawai dari Pejabat Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan bank pusat Iran serta sejumlah ahli kementerian Iran. Para delegasi bertemu dengan Perdana Menteri Syria Adel Safar, Ga

benor Bank Pusat Syria dan menteri kewangan Syria. Disamping pengumuman adanya peruntukan satu bilion dolar untuk membeli produk Syria, dengan ganjaran Syria bersetuju Iran akan membekalkan baja dan bahan beku untuk pembuatan petrokimia yang diperlukan oleh negara Syria.

Delegasi Iran juga berjanji untuk membeli 150 ribu barel minyak mentah per hari dari Syria untuk satu tahun.

Kedua-dua negara juga membincangkan cara mengatasi sekatan yang dikenakan pada sektor penerbangan.Selain itu, kedua-dua belah pihak memutuskan untuk mendirikan sebuah bank bersama dan memindahkan wang melalui Rusia dan China.

Manakala, surat khabar Inggeris melaporkan bahawa Komander tentera Al-Quds Brigadier Jeneral Qassim Soleimani, telah melawat Damsyik untuk memberikan nasihat kepada rejim Syria dalam menekan revolusi di Syria.
Media juga melaporkan bahawa Tehran baru-baru ini menghantar 15 ribu tentera dari tentera elit Al-Quds dari Garda Revolusi Iran, dilengkapi dengan senjata lengkap.

Dalam perkembangan lain. Aktivis melaporkan, Pasukan pemerintah Syria kembali melanjutkan serangan mereka keatas kota Homs (Isnin) setelah Damsyik menolak rencana Liga Arab untuk mengirim pasukan penjaga keamanan ke negara yang dilanda rusuhan tersebut.
Ahad lalu, Liga Arab telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengeluarkan resolusi menyediakan pasukan penjaga keamanan PBB ke Syria selain menawarkan segala bentuk sokongan politik ataupun material terhadap kelompok pembangkang Syria.

Kota Homs yang diserang oleh tentera Assad dengan peluru, tembakan kereta kebal dan bom sejak 4 februari lalu sahaja telah mengorbankan hampir 500 penduduk.

Sumber : Eramuslim

(tajuk post dari admin)

1 comment: