Perbincangan mengenai bid’ah adalah antara satu perbincangan
yang agak panas. Ramai yang mempunyai pendapat masing-masing untuk
menterjemahkanya. Walaupun demikian persoalan bid’ah ini bukanlah suatu yang
perlu kita anggap ianya kecil, ini kerana jelas banyak hadith-hadith Nabi saw
yang menyatakan ancaman dan bahaya melakukan bid’ah. Untuk memahami bid’ah cuba
kita teliti lafaz-lafaz hadith mengenai bid’ah di bawah.
Pertama :
عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ
عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى
الله عليه وسلم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ
فَهُوَ رَدٌّ. [رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ
عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ ]
“ Dari Ummul Mu’minin: Ummu Abdillah; Aisyah
radhiallahuanha dia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal)
darinya), maka dia tertolak. (Riwayat Bukhori dan Muslim), dalam riwayat Muslim
disebutkan: siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan
(agama) kami, maka dia tertolak”.
Kedua :
عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ
سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم
مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ،
فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا،
قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ
وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ
فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ،
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ
ضَلاَلَةٌ [رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
“ Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah
radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam
memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami
bercucuran. Maka kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat
perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam
bersabda: “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk
dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang
budak. Karena di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan
banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan
ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan
kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan,
karena semua perkara bid’ah adalah sesat “ (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata: hasan shahih)
Apabila kita meninjau maksud kedua-dua hadith tersebut bid’ah
yang dilarang ialah bid’ah yang berkaitan dengan mereka-reka perkara baru dalam
agama. Adapun perkara berkaitan dengan dunia Nabi saw memberi keluasan kepada
kita untuk berinovasi.
Namun kekeliruan timbul apabila sesetengah pihak memakai
maksud bid’ah disini dengan maksud Lughawi (bahasa), bukan maksud Istilah
Syara’. Untuk mengatakan sesuatu itu bid’ah yang dimaksudkan Nabi saw kita
tidak boleh mengukur sesuatu dengan penafsiran bahasa semata-mata, kita
mestilah memerhatikan apakah yang dimaksudkan dari sudut istilah yang
dimaksudkan syara’. Sebagai contoh kalimah solat pada asalnya dari sudut bahasa adalah bermaksud doa, firman Allah:
خُذْ
مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ
عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (Al-Taubah 103)
Tetapi apabila kita mahu memakai makna sebenar solat mestilah
dengan difinisi dari sudut istilah bukan bahasa. Kalimah وَصَلِّ disini bukan bermaksud solat tetapi bermaksud doa. Begitu juga
masalah bid’ah kita tidak boleh memakai maksud lughawi tetapi mestilah memakai
maksud istilah yang dikehendaki syarak, serta apakah yang dimaksudkan syarak
tentang benda baru yang tercela tersebut. Inilah yang dimaksudkan Istilah
Syarak. Di dalam hadith tersebut jelas iaitu mengada-adakan sesuatu yang
baru dalam agama, inilah yang dilarang oleh Nabi saw.
Perkara inilah yang dikatakan
oleh Nabi saw sebagai, وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ
اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ (Hendaklah kalian
menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat).
Perkara yang baharu dalam agama inilah yang dimaksudkan Nabi saw sebagai sesat. Oleh demikian, Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunyanya al-Bid’ah wa
al-Sunnah telah memilih memilih ta’rif yang paling tepat oleh al-Imam
al-Syatibi r.h yang menyatakan bid’ah ialah:
طريقة في الدين مخترعة تضاهي
الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه
“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai
syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada
s.w.t ”.
Di
dalam perkara dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk berinovasi,
pun begitu Islam memantau dan mengawal urusan dunia manusia. Pernah Nabi saw
meyuruh sahabat supaya tidak mengahwini mayang tamar, kemudian Nabi saw menarik
balik suruhanya itu kerana tersalah, ia hanya melibatkan perkara dunia dan
pandangan Nabi saw.
عن رافع بن خديج
رضي الله عنه قال: قَدِمَ نَبِيُّ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ، وَهُمْ
يَأْبُرُونَ النَّخْلَ، يَقُولُونَ
يُلَقِّحُونَ النَّخْلَ، فَقَالَ: "مَا تَصْنَعُونَ؟" قَالُوا: كُنَّا نَصْنَعُهُ، قَالَ: لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا
كَانَ خَيْرًا"، فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ
فَنَقَصَتْ، قَالَ: فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: "إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ
دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ
مِنْ رَأْيٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ.
“ Riwayat
daripada Rafi` bin Khadij ra, katanya: Rasulullah saw tiba di Madinah, ketika
orang Madinah sedang mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi saw bertanya:
Perkara apa yang kamu sedang lakukan itu? Mereka menjawab: Kami sedang
mengahwinkan mayang-mayang tamar. Nabi bersabda: “Kalau kamu tidak melakukan
begitu nescaya lebih baik” lalu mereka pun berhenti melakukannya dan hasil
tamar mereka pun merosot. Kata rawi: lalu mereka maklumkan perkara itu kepada
Nabi saw. Nabi bersabda: “Sesungguhnya aku adalah manusia, apabila aku menyuruh
kamu mengerjakan sesuatu perkara agama kamu, maka lakukanlah dan jika aku
menyuruh kamu melakukan sesuatu pendapat, maka sesungguhnya aku seorang
manusia.(Riwayat Muslim:2362)
Di dalam hadith berkaitan dengan tamar ini juga Nabi bersabda:
أَنْتُمْ أَعْلَمْ بِأَمْرِ
دُنْيَاكُمْ
“ Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu” ( Sahih
Muslim:2363)
Oleh : Ahmad Syahin