Wednesday, October 10, 2012

BERSAHABATLAH DENGAN ORANG YANG SOLEH










Dalam berkawan kita juga disuruh untuk memilih kawan yang baik-baik. Berkawan dengan orang yang baik-baik akan menyebabkan seseorang terikut-ikut dengan kebaikan yang dilakukan kawanya. Sebaliknya jika berkawan dengan orang yang tidak baik akan jadilah sebaliknya. Di dalam hadith Nabi saw memberi pedoman tentang perkara ini.


عن أبي موسى، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال "إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء، كحامل المسك ونافخ الكير.فحامل المسك،
إما أن يحذيك، وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحا طيبة. ونافخ الكير، إما أن يحرق ثيابك، وإما أن تجد ريحا خبيثة".



“Daripada Abi Musa ra, daripada Nabi saw beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak  wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan terkena bau busuk”. (Shahih Muslim No.4762)


Hadith di atas jelas Kelebihan berkawan dengan orang-baik-baik. Sebagai contoh jika kita berkawan dengan orang yang kaki masjid, tentu sekali kita akan terikut-ikut pergi ke masjid bila azan, dengan secara tidak langsung akan dapat pahala, akan bermotivasi untuk melakukan solat dan sebaginya. Jika berkawan dengan kawan yang menjaga perkataan yang baik-baik kita juga akan terikut-ikut sama. Dengan sendirinya kita dapat menjauhi diri dari mengumpat, mencela, mengkeji yang merupakan tabiaat manusia yang susah untuk dijauhi kecuali dengan menjauhi rakan-rakan yang buruk akhlak.


Jika kawan yang banyak ilmu, ilmunya dapat dikongsikan dengan kita, secara tidak langsung kita mendapat ilmu dengan cara ini. Perkara ini umum termasuk keluarga, jiran dan sebagainya. lebih –lebih lagi jika ianya sahabat yang terdekat seperti suami isteri. Jika suami atau isteri buruk akhlak, melakukan dosa lama-kelamaan tabiat buruk mungkin menjangkiti antara satu sama lain, samaada yang akan mempengaruhi atau dipengaruhi. Begitu juga dengan pelajar, jika ia berkawan dengan kaki belajar tentu sekali secara tidak langsuang pelajar tersebut akan bersemangat untuk belajar. Jika pelajar tadi berkawan dengan kutu rayau,  boleh jadi ia akan terikut-ikut, lama-kelamaan boleh menyebabkan ia gagal dalam belajar.


Mungkin ada yang mengatakan, kalaulah tidak berkawan dengan orang yang  tidak baik, macam mana nak suruh orang  tersebut  jadi baik? Jawabnya, “ ya” boleh berkawan dengan orang yang tidak baik, tetapi lihatlah kepada diri kita dahulu. Kebiasaannya jika berkahwan dengan orang yang tidak baik lama-kelamaan ada juga tempias yang kena. Hadith tersebut jelas, kalau tak terbakar pakain, mungkin akan terkena juga bau busuk. Perkara ini penting, lebih-lebih lagi jika ia adalah kanak-kanak, ini kerana kanak-kanak mudah terikut.


Nabi saw sebut di dalam hadith ini perbandingan supaya kita mudah memahami apakah kesan apabila berkawan dengan orang yang jahat dan supaya kita boleh berfikir. Sekiranya dia baik pun, kalau dia berkawan dengan orang dadah umpamanya, jika polis datang menyerbu tempat tersebut orang baik tersebut juga akan tertangkap sekali. Paling tidak pun dua, tiga hari berada di lokap.


Di dalam Al-Quran surah (Al-Maidah Ayat: 33), menyebutkan orang yang melakukan jenayah memerangi Allah dan Rasulnya, dan membuat kerosakan di muka bumi, salah satu hukuman hirobah ini yang boleh dikenakan ialah buang Negeri. ini kerana hikmahnya apabila buang negeri dia akan keseorangan tanpa gengnya, apabila keseorangan akan mudah berubah kerana jahat ini kebanyakanya disebabkan berkawan. Apabila berpisah dengan rakan yang jahat seseorang mudah berubah.


Bagi pendidik dan Ibu bapa pula, perlu memperhatikan anak-anaknya, lebih-lebih lagi anak yang lemah, disebabkan mereka mudah terikut-ikut. Bahaya besar jika kita membiarkan ia tanpa dikawal. Begitu juga remaja ia akan menimpa bahaya besar jika ia  bersahabat dengan orang yang buruk akhlak kerana khuatir akan mengheret para remaja ke lembah dosa , menghumban  mereka ke dalam suasana yang menjijikkan. Perkara ini banyak disebut oleh Ustaz Abdullah Nasih Ulwan tentang pendidikan kanak-kanak.  Nabi saw berpesan tentang hal ini, sabda Rasulullah saw,


الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ " 

“ Seseorang itu mengikut agama sahabatnya, maka hendaklah kamu melihat dengan siapa ia bersahabat.”


Diriwayatkan juga oleh Anas Bin Malik:


إِيَّاكَ وَقَرِينَ السُّوءِ ، فَإِنَّكَ بِهِ تُعْرَفُ "

“ Waspadalah kamu daripada bersahabat dengan orang jahat kerana kamu diukur berdsarkannya (dengan siapa kamu bersahabat).”


Penyair  juga ada menyebut :


عن المرء لاتسألوسل عن قرينه    فكل قرين بالمقارن يقتدي

“ Jangan ditanya tentang seseorang itu, tapi tanyalah teman yang ia ikut; sebab seseorang itu menurut temanya”.


Mengelak dari kawan yang buruk akhlak adalah baik. Jika seseorang itu ingin berubah maka perkara ini perlu dilakukan. Mungkin timbul persoalan, bolehkah tidak bertegur sapa atau tidak bersahabat  dengan sahabat yang jahat dan kuat kejahatanya, yang apabila  kita berkawan dengannya boleh menyebabkan  mudharat pada agama, boleh membawa kita melakukan maksiat kepada Allah? Jawabnya boleh, inilah menurut guru saya. Menjaga  agama lebih afdhal tidak termasuk dalam hadith yang mengatakan haram orang yang memutuskan silaturrahim dan tidak bertegur sapa selama tiga hari. Ini kerana menjaga agama itu lebih ditekan oleh Islam. Tetapi jika kita merasakan diri kita lebih kuat dan tidak terpengaruh dengan ahli maksiat, maka boleh menegur, menasihatinya, meminpinnya ke jalan Allah swt. Wallahu a’lam..


Oleh : Ahmad Syahin



No comments:

Post a Comment