Tuesday, June 5, 2012

BEZA ISRAIL, YAHUDI DAN ZIONIS



Perkataan Israil adalah perkataan dalam bahasa ibrani yang maksudnya sama seperti Abdullah  yaitu “hamba Allah”. Perkataan Israil digunakan juga untuk menunjukkan salah satu nama bagi Nabi Ya’qob. Dalam surah Al-Imran 93, Allah berfirman :


كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلاًّ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلاَّ مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ


“ Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar."

Perkataan Israil yang kedua di dalam ayat ini adalah salah satu nama daripada nama Nabi Ya’qub. Oleh  Sebab itulah dipanggil Bani Israil.

Bani Israil ialah nama bagi bangsa, sama seperti Melayu, Cina, India dll. Kita marah kepada mereka ialah disebabkan agama mereka yahudi atau fahaman zionis yang mereka pegang. Adapun nama bangsa mereka. itu tidak menjadi masalah.

Di luar negara, banyak orang yang bernama Israil. Dalam Sunan Abu Aaud ada perawi yang bernama  Israil. Cuma di Malaysia jarang orang bernama Israil. Boleh jadi kerana tidak memahami maksud kalimah tersebut. 

Kesimpulanya Israil ialah nama yang elok, dan merupakan nama kepada Nabi Ya’qob. Yang yang salah ialah yahudi dan fahaman zionis yang dipegang oleh mereka.

Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment