Akidah
ialah pegangan, ikatan dan kepercayaan kita kepada Allah swt. Dalam
perbincangan akidah ini, tidak dapat tidak ia mesti berasal daripada Al-Quran
dan Al-Sunnah. Semua dikalangan ahli sunnah wal jamaah sepakat samada aliran
khalaf atau salaf ia mesti bersumberkan kedua dalil ini. Dalil yang dipakai
juga mestiah adillah qatiyyah, ini kerana ia melibatkan persoalan keyakinan
yang mesti jazam(putus).
Dalam
memahami akidah Islam, ulama’ memperkenalkan berbagai metodologi. Antaranya
metodologi pembelajaran akidah secara salaf dan metodologi secara khalaf.
Metodologi secara salaf ialah mengambil terus daripada Al-Quran dan Sunnah
manakala cara khalaf ialah menggunakan Al-Quran, Al-Sunnah dan menambah logik
akal.
Akidah
yang difahami oleh golongn salaf ialah akidah yang tidak bercampur dengan
unsur-unsur falsafah atau mantiq. Cara mereka mengenal Allah swt adalah dengan
berpandukan sepenuhnya kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Cara inilah yang terbaik
seperti yang ditunjukkkan oleh Nabi saw dan para sahabat. Golongan salaf ini
juga dikatakan orang yang hidup sebelum abad ke 3 atau ke 5 selepas
hijrah. Ulama-ulama besar yang mengamalkan metode akidah seperti ini
ialah Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hambal.
Kemudian
apabila Islam berkembang luas ke seluruh dunia, banyak bangsa yang memeluk
Islam. Kepercayaan atau pegangan lama turut mempengaruhi sesetengah bangsa yang
baru memeluk Islam. Dengan demikian wujudlah cara memahami akidah dengan kaedah
yang tidak betul, natijahnya wujudlah sekte–sekte seperti Jabariyyah,
Jahmiyyah, Syiah, Qadariah dan lain-lain. Ada juga yang terlebih
menggunakan logik akal dalam memahami akidah seperti muktazilah.
Apabila
wujud golongan yang menyelewing ini, ulama’ Islam tidak berdiam diri, mereka
berusaha untuk membendung mereka yang tersesat. Mereka seperti imam Ahmad bin
Hambal menentang muktazilah yang mengatakan Kalam Allah adalah makhluk. Imam
Abu Hassan Al-Asyaari, yang dikenal juga dengan aliran Al-Sya’airah yang banyak
menggunakan nas dan logik akal untuk melawan golongn muktazilah.
Ini kerana
dalil akal adalah wasilah dan alat untuk menolak balik hujjah mereka, secara
tidak langsung ia adalah salah satu cara untuk radd kelompok muktazilah yang
mendewakan akal ini. Imam Abu Hassan Al-Asyaari mengasaskan metodologi memahami
sifat Allah dengn memperkenalkan sifat 13, iaitu sifat Nafsiyyah, Salbiyyah dan
Maani. Selepas Imam Abu Hassan Al-Asyaari datang pula anak muridnya iaitu Abu
Mansur Al-Maturidi yang juga menggunakan Nas Al-Quran dan Sunnah dan menambah
dengan logik akal. Al-Maturidi menambah sifat yang 13, menjadi 20 sifat yang
penting dipelajari.
Kedua-dua
aliran iaitu Al-Asyaairah dan Al-Maturidiyyah ini adalah betul dan termasuk
kumpulan Ahlul sunnah wal jamaah. Sebahagin besar umat Islam di dunia hari ini
mengikut metodologi ini, bahkan tidak tertinggal imam-imam besar seperti Imam
An-Nawawi, Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu Battol,
Imam Haramain al-Juwaini dan ramai lagi yang mengikut aliran
Al-Syaairah. Kita di kepulaun Nusantara boleh dikatakan semuanya Asyaairah.
Begitu juga aliran maturidi keduanya betul, mereka hanya khilaf perkara-perkara
yang berkaitan dengn furu’ akidah bukan usul akidah.
Furu akidah
ialah perkara yang berkaitan dengan cabang-cabang untuk memahami akidah dan
ianya masih boleh diperselisihkan lagi oleh ulama'. Oleh demikian sama ada kita
mahu memakai aliran salaf iaitu Al-Quran dan Sunnah atau aliran
al-syaairah iaitu sifat 13 atau aliran al-maturidiyyah sifat 20 silakan.
Semuanya betul, matlamatnya sama mahu mengesakan zat dan sifat Allah dari
menyerupai makhluk dan baharu. Kesemua mereka meletakkan Al-Quran dan Sunnah
sebagai rujukan akidah. Kesemuanya mempunyai hujjah yang kuat dan Imam-imam
yang besar. Oleh demikian kita jangan ta’sub, berpecah-belah dan
kafir-mengkafir disebabkan perkara seperti ini.
Oleh :
Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment