Sehari dua
yang lepas apabila sinar harian membuat liputan tentang kesesatan syiah dan
ramai yang menyerang mereka akhirnya Syiah Malaysia merasa tidak senang. Wakil syiah Malaysia Kamilzuhairi menyatakan Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana
pengikut Syiah di negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai
'adik-beradik'. Inilah permulaan
taqiyyah mereka.
Kebangkitan
Syiah pada masa sekarang tidak dinafikan lagi, penyebar ajaran ini begitu kuat
cuma tidaklah terlalu zahir kerana merekalah orang yang paling pandai
berpura-pura. Apabila komuniti mereka ramai, maka mulalah mencetuskan huru-hara,
itulah yang berlaku di mana-mana. Syiah ini boleh masuk di mana-mana saja kerana merekalah paling pandai bermunafik.
Di sepanjang
sejarah tidak ada yang baik dari mereka, mereka bermusuh dengan Sunni lebih
daripada bermusuh dengan Yahudi. Kita bimbang dengan ajaran ini kerana mereka
mengajak dari tauhid kepada syirik, dari Islam kepada kufur, dari taat kepada
maksiat. Mereka mempunyai propaganda tersendiri sebagaimana Zionis mempunyai
propaganda.
Dalam
siyasah, apa yang malang ramai yang tidak tahu, apakah boleh bertahaluf siyasi
dengan syiah? Yakinkah kita tentang keikhlasan mereka, sedangkan prinsip
perjuangan merekapun sudah salah. Oleh demikian sudah banyak usaha taqrib
dengan syiah, tidak juga membuahkan hasil, bahkan mereka dengan senyap-senyap
menghentam Ahli Sunnah. Oleh itu dua perkara saya catat untuk menjadi tatapan tentang
Syiah dalam politik negara:
1. Tahaluf Dengan
Syiah
Mungkinkah
kita bertahaluf siyasi dengan Syiah? merekalah yang disebut oleh ulama’ besar
sebagai golongan munafik. Di dalam Al-Quran Allah bayak mencela golongan ini
berbanding golongn kafir. Allah swt meyuruh kita berhati-hati dengan golongan
ini. Di dalam kitab-kitab syiah menyebut tidak ada iman bagi mereka yang tidak
bertaqiyyah, wajib setiap syiah untuk bertaqiyyah menyembunyikan kekufuran.
Tidak
mustahil mereka masuk bertahaluf dengan kita tanpa apa-apa matlamat. Dalam
sejarah Syiahlah golongan yang paling licik memusuhi sunni sehingga halal darah
sunni bagi mereka, adakah kita mudah terpedaya dengan mulut manis golongan ini yang
hanya pandai melaung-laungkan kebebasan dan menolak kezaliman?
Mereka juga,
ibarat duri dalam daging, musang berbulu ayam, jika kita percaya kepada mereka
kita telah terperangkap. Ramai lagi tokoh-tokoh kita yang sunni yang boleh diangkat
untuk menjadi pemimpin, takkan kita mahu bertahaluf dengn syiah? Persoalanya mungkinkah
kita berjaya dengan bermasyuarat dengan musuh kita.
Konsep
politik sunni amat berbeza dengan politik syiah. Mereka tidak menerima khalifah
kita yang kita namakan khulafa’ Ar-Rasyidin. Yang mereka terima ialah Saidina
Ali. Konsep politik mereka lebih kepada Imamah dan keturunan saidina Ali dan mereka
Wala’ kepada Imam 12 mereka yang dikatakan maksum. Politik kita jauh berbeza
dengan mereka tidak mungkin kita dapat bersama mereka kerana politik mereka
terlalu jauh perbezaan.
2.
Aulawiyyat Usul Dari Furu’
Kita kena
jelas matlamat perjuangan kita mestilah berdasarkan tauhid yang betul. Jika
ditinjau dari sudut keutamaan kita mestilah mengutamakan usul dari furu’. Usul
ialah perkara yang berkaitan dengan keimanan dengan Allah swt, iman dengan
malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat, ia adalah rukun iman sebagaimana
diterangkan Al-Quran. Al-Quran menekankan iman dahulu sebelum mengerjakan
amalan zahir yang lain, Firman Allah swt :
“ Bukanlah
menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian,
malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi (Al-Baqarah: 177)
Tidak ada makna jika kita sama dengan
sosialis, komunisme dan lain-lain yang setakat memberi kebaikan kepada rakyat dari
sudut material, tetapi matlamat mereka hanya dengan tujuan kebendaan. Begitu
juga dengan ajaran syiah, segala tindak tanduk mereka akan lahir dari
keyakinan. Keyakinan syiah sangat memusuhi sunni, ini adalah ancaman kepada
sunni. Kerana itu, Nabi saw berdakwah di Mekkah bukanlah terus menyeru kepada
politik, Nabi saw terlebih dahulu menyeru kepada akidah yang betul. Oleh
demikian sekiranya kita meninjau dari sudut aulawiyyat, akidah atau keimanan
mestilah kita dahulukan daripada siyasah. Jika orang mendahulukkan siyasah
daripada urusan akidah tentu sekali salah.
Akhirnya,
sepatutnya kita lebih dahulu meletakkan kita orang ASWJ daripada kita orang
parti Islam. Ini kerana ASWJ menyangkut hal berkaitan dengan akidah yang
terlebih penting dari politik, mankalah parti Islam bayak berkait dengan siyasah
yang rendah sedikit kedudukanya berbanding akidah walaupun kedua-duanya urusan
besar. Sahabat Nabi Radiallahuanhum juga banyak berbeza dari sudut politik
tetapi dari sudut keimanan mereka semuanya sama. Bukanlah maksud mahu
merendahkan politik kita, tetapi kita mesti memahami fiqh aulawiyyat, yang manakah
lebih tinggi antara kedudukan akidah dan politik? Manakah yang lebih besar
konfllik antara UMNO dengan parti Islam? atau SUNNI dengan SYIAH? Inilah yang
dikatakan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi "konflik
Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih rumit daripada konflik Umno dengan
PAS".
Oleh: Ahmad
Syahin
No comments:
Post a Comment