Perkahwinan
bukanlah syariat yang baru, bahkan telahpun disyariatkan kepada umat-umat yang terdahulu
lagi walaupun syariat Islam sekarang sedikit berbeza dengan umat yang terdahulu.
Antara banyak-bayak fitrah yang Allah jadikan ialah manusia mahukan hidup
berpasangan dan mahukan zuriat. Bahkah fitrah ini bukan saja manusia,
binatang–binatang pun inginkan hal yang demikian. Dengan demikianlah
disyariatkan untuk berkahwin. Berkahwin mempunyai banyak manfaatnya kepada
kehidupan manusia, antaranya jiwa menjadi tenteram. Firman Allah swt yang
bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Al-Rom: 21)
Nabi
Muhammad juga berkahwin sehingga diriwayatkan beliau mempunyai sembilan orang
isteri. Nabi adalah orang yang paling zuhud tetapi ia juga berkahwin. Ini
berbeza dengan tokoh ajaran agama lain seperti paderi, sami budda yang tidak
berkahwin seumur hidup untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Dalam Islam
tidak ada halangan untuk mendekatkan diri kepada tuhan dengan cara ini.
Islam berbeza
dengan mereka, Islam mengiktiraf fitrah manusia dan syariat Islam tidak sama sekali
bertentangan dengan fitrah manusia. Bukanlah perkahwinan itu menjadi penghalang
kepada insan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bahkan ianya lebih disukai
oleh Allah swt. Allah memuji sikap Nabi terdahulu yang mempunyai Isteri dan
keturunan, firman Allah yang bermaksud:
“Dan kami
(Allah) sungguh-sungguh telah mengutus beberapa Rasul sebelum engkau dan kami
menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan (Ar-Ra’ad:38)
Jika kita
pergi lebih jauh kita akan dapati syariat Islam bukan sekadar menyarankan untuk
berkahwin bahkan syariat juga membuat peraturan serta memberi panduan untuk melakukanya.
Antaranya ialah panduan untuk memilih jodoh yang baik. Di dalam Sunan Abu Daud
ada Bab khusus mengenai perintah mengahwini perempuan yang berugama. Nabi saw
bersabda:
تنكح
النساء
لأربعٍ:
لمالها،
ولحسبها،
ولجمالها،
ولدينها،
فاظفَر
بذات
الدِّين
تربت
يداك
Dari Abu Hurairah rahadiyallahu anhu anhu – dari Nabi Muhammad SAW, beliau berkata: “Seorang
perempuan itu dikahwini karena empat perkara, karena hartanya,
karena kedudukannya, karena kecantikannya, karena agamanya. Kamu
carilah perempuan yang beragama, jika tidak rugilah engkau”.
Hadith dia atas menyatakan ciri-ciri yang ada pada seseorang wanita
untuk dikahwini. Hadith ini bukan semata-mata dituju untuk lelaki mencari
pasangan. Begitu juga sebaliknya kepada perempuan, kena mencari lelaki yang
beragama, cuma dalam hadith ini ditujukan kepada lelaki disebabkan kebiasaanya
lelaki yang mencari perempuan. Di dalam hadith ini, Nabi saw menyuruh untuk memilih
yang beragama jika tidak kita akan menyesal.
Antara salah faham terhadap hadith ini ialah sesetengah orang
menganggap bahawa ciri-ciri yang mesti ada pada pasangan mestilah empat perkara
di atas sedangkan hadith ini menyatakan wanita itu dinikahi kebiasaanya kerana
empat ini, sama ada seseorang memilih dari sudut harta, kecantikan, keturunan
dan agama. Ini kerana hadith diatas menyebut lafaz “تنكح ” yang
bermaksud dinikahi”, bukan bermaksud hendaklah kamu menikahi. Dengan itu cubalah kita perhatikan satu-persatu.
Harta, Ada juga orang memilih wanita kerana
hartanya. Ini kerana harta adalah salah satu tarikan semula jadi manusia. Untung
bagi mereka yang mendapat wanita yang berharta, tetapi silap jika dilihat dari
sudut harta semata-mata, mesti juga dilihat dari sudut agama. Ini kerana jika
wanita tersebut mempunyai harta yang banyak semata-mata dan tidak mempunyai
agama, boleh jadi hartanya akan melalaikanya, boleh juga merosakkanya.
Keturunan, Perlu juga memilih yang
berketurunan baik-baik iaiatu keturunan yang menjaga urusan agamanya. Sebab
perempuan yang lahir dari keturunan itu akan mudah mendidik anak-anaknya nanti
kearah keredhaan Allah swt. Andaikata dia tidak berpendidikan agama bagaimana
dia akan mendidik-anak-anakanya nanti.
Tetapi jika dinilai dari sudut
keturunan semata-mata pun, ia juga sempit. Keturunan semata-mata tidak juga
terjamin, tidak semesti keturunan yang pandai anaknya mesti pandai, ada juga
yang ibu bapanya pandai anaknya tidak pandai. Dikalangan keluarga yang baik pun
ada juga anak yang jahat, oleh demikian tidak boleh letak keseluruhannya kepada
keturunan, tidak dapat tidak kena mengambil kira atas agamanya.
Kecantikan, tidak semestinya kecantikan itu tidak
baik, Kecantikan juga perlu, mengikut hadith-hadith yang lain, cantik dan manis
juga sering dituntut oleh orang, mengikut Imam Al-Ghazali kerana denganya akan
terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab tabiat manusia tidak puas dengan
isteri yang buruk rupa. Suruhan untuk memilih wanita beragama bukanlah melarang
untuk memilih yang cantik rupanya, tetapi yang dilarang ialah memilih yang
cantik semata-mata tanpa mementingkan agamanya.
Oleh demikian sunnat melihat sebelum
bertunang berkali-kali untuk mengelak dari berlakunya penipuan. Cuma yang pertama mestilah berugama jika tidak
berugama yang lain-lain tidak ada jaminan. Jika dia mempunyai kecantikan tetapi
tidak berpegang dengan agama boleh jadi kecantikanya akan membawa kepada
kerosakanya.
Beragama, Di dalam hadith di atas disebutkan jika
tidak memilih yang beragama kamu akan menyesal تربت يداك"” asal
maknanya ialah kena tanahlah kedua tanganmu” maksudnya kamu akan menyesal atau
rugilah engkau atau bodohlah engkau. Oleh itu, kita mestilah memilih yang beragama inilah
tujuan utama perkahwinan, kalaulah tidak beragama boleh berlaku macam-macam
perkara.
Sebagai contoh mafhum yang saya petik
dari kitab bimbingan mukminin ialah jika
kecemaran yang menyentuh diri isteri tentu sekali suaminya terconteng arang.
Jika suami tergoda dengan perasaan cemburu dan mengikutinya maka kehidupan
ketika itu akan sempit dan menjadi porak perandalah seluruh kehidupanya. Jika
ia mengambil mudah perkara yang berlaku tentu dikatakan suami itu orang yang
dayus. Hasilnya suami akan menjadi serba salah. Jika suami mempunyai harta
wanita yang tidak berugama kemungkinan mempermain-mainkan harta suami, dengan
hal ini akan rasa kurang tenteram. Jika suami mendiamkan diri nescaya berkongsi
maksiat dengn isterinya dan ini bercanggah dengan agama Islam. Jika suami
mencegahnya wujudlah perkelahiyan yang memendekkan umur suami.
Walaubagaimanapun Islam tidak
melarang untuk memilih kecantikan, harta dan keturunan akan tetapi hadith ini
menganjurkan biarlah agama menjadi paksi kepada yang lain-lain. Jika memilih
yang lain-lain tidak akan terjamin kebahagiaan dunia akhirat. Jika kita memilih
kesemua ciri-ciri di atas, itulah yang baik, tetapi jika tidak lengkap yang
penting ialah yang beragama. Bukanlah Islam menafikan supaya jangan cari yang
cantik dan lain-lain, tetapi jangan jadikan asas yang lain-lain. Yang menjadi
asas ialah agama.
Bukan sesuatu yang mudah untuk
memilih pasangan yang cukup kesemua sifat-sifat ini. Sehingga jika seseorang
terdesak, tidak ada pilihan lain, maka perlulah memilih yang beragama. Inilah
yang akan membentuk kita. Walaupun tidak ada harta, kecantikan, keturunan jika
ada agama sahaja sudah memadai, akan menyebabkan senang banyak perkara. Orang
yang berugama akan memandang dan menilai kita banyak dari sudut agama, tidak
terlalu mengambil kisah dari sudut yang lain-lain jika ada kekurangan.
No comments:
Post a Comment