Suasana politik bila-bila pun akan sentiasa
panas, ada saja persoalan baru yang dilontarkan, inilah yang dikatakan politik.
Politik adalah bagaimana cara untuk mengurus dunia supaya memberi kebaikan
kepada rakyat. Oleh demikian usaha ijtihad ulama’ sangat diperlukan dalam
urusan ini.
Nas-nas syarak memberikan perinsip
yang umum tentang hal-hal yang berkaitan dengan siyasah. Setiap masa ada sahaja
perkara yang baru yang perlu diijtihadkan ulama mengenai urusan ini.
Isu yang timbul sekarang ini ialah,
adakah boleh kita menangguh ibadah haji untuk memberi laluan kepada pilihanraya?
Ini kerana Najib tidak mengumumkan bila tarikh pilihanraya dan tidak menjamin
pilihan raya tidak berlaku pada musim haji.
Dengan masalah ini, wujudlah pro dan
kontra antara dua kewajipan, iaitu kewajipan haji dan kewajipan mengundi. Dalam
hal ini ia adalah masalah ijtihadi yang perlu mengikut pertimbangan antara
maslahah dan mafsadah terhadap keduanya.
Kita semua sepakat mengatakan keduanya
urusan wajib, pilihan raya adalah wajib. Tidak perlu dijelaskan lagi nas kerana
perkara ini sudah umum dalam agama.
Apabila dua kewajiban ini bertembung,
persoalanya yang manakah kita perlu dahulukan Haji atau Pilihanraya? Dengan
beberapa persoalan ini bolehlah kita mebandingkan yang manakah bayak
mengandungi mudarat dan maslahah. Dan sepatutnya menolak mudharat itu didahulukan daripada mengambil kemaslahatan.
Wajib di dalam ilmu usul fiqh, apabila
dilihat dari sudut waktu menunaikan ia dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Pertama
wajib muwassa’ dan wajib mudhayyaq’.
Wajib muwassa’ adalah kewajiban untuk
menunaikannya diberi masa yang luas. Sebagai
contoh solat zohor diberi masa menunaikanya sehigga belum masuk waktu asar. Begitu
juga kewajipan haji. Manakala wajib mudhayyaq pula ialah, kewajiban
menunaikanya diberi masa yang sempit. Sebagai contoh berpuasa bulan Ramadhan,
solat pada akhir waktu.
Pertimbangan yang kedua jika kita melihat
kepada maslahah dan mudharat, kita akan dapati bahawa menjaga kepentingan umum
perlu didahulukan daripada menjaga kepentingan diri sendiri. Manfaat ramai
perlu didahulukan daripada manfaat perseorangan.
Oleh demikian Allah swt melebihkan amalan
Jihad fi sabilillah daripada mengurus amalan haji, ini kerana jihad untuk ummah
manakala haji untuk diri sendiri, firman Allah:
أَجَعَلْتُمْ
سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ
وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
‘’ Apakah (orang-orang) yang memberi
minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu
samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta
bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada kaum yang zalim’’ ( surah At Taubah:19)
Apabila menurut qawaid fiqhiyyah, dari
sudut kemaslahatan kita dapat lihat dari dalil-dalil yang berikut,
"المصلحة العامة مقدمة على الصلحة الخاصة"
“Kemaslahatan yang umum lebih
didahulukan daripada kemaslahatan yang khusus”
"إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب أخفهما"
“Apabila dua hal yang mafsadah bertentangan,
maka perhatikanlah yang mudharatnya lebih besar dengan melaksanakan yang
mudharatnya lebih kecil”
Kaedah di atas sering disingkatkan
dengan kaedah :
"الأرتكاب بأخف الضررين"
“melaksanakan yang lebih ringan
mudharatnya dia antara dua mudharat”
Kesimpulanya sebelum tiba pilihanraya
sebaiknya kita mendesak Perdana Menteri Malaysia untuk tidak melakukan
pilihanraya pada musim haji. Ini kerana ianya akan menimbulkan fitnah. Jika pilihanraya
dilakukan juga pada musim haji, maka lebih baik bagi umat Islam Malaysia untuk
menangguhkan dahulu ibadah haji untuk kepentinggan politik umat Islam di Malaysia,
terutama untuk menolak parti yang zalim, yang rasuah dan untuk menyokong
keadilan dan kemenagan Islam.
oleh: Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment