وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالإنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ لأكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ
“ Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh berhujjah dengan
Taurat, Injil dan apa saja yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya
mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di
antara mereka ada golongan yang lurus. Dan kebanyakan mereka alangkah buruknya
apa yang dikerjakan”(Al-Maidah:66)
Di dalam ayat ini Allah swt menyebut tentang ahli kitab, yang juga
secara langsung menjadi pengajaran kepada kita orang-orang yang beriman dan
umat Nabi Muhammad saw. Al-Quran adalah untuk kita dan pengajarannya kepada umat
Nabi Muhammad saw.
Allah swt menyatakan kepada
ahli kitab sekiranya mereka itu berhujjah, berhukum dengan taurat, yakni
mengikut taurat yang diturunkan kepada mereka nescaya Allah akan memudahkan
rezeki mereka iaitu makan bagi mereka dari atas dan bawah. Begitu juga kita
umat Nabi Muhammad saw.
Jika kita lihat kepada masyarakat kita, ramai yang berpandangan
bahawa jika belajar agama, masuk belajar Al-Quran dan sebagainya, terutama jika
tempat belajar tersebut tidaklah formal dan canggih akan ramai orang yang kata,
“ Nanti besar nak makan apa? Nak hidup macam mana”? Banyak persoalan-persoalan
sebegini, lebih-lebih lagi ada yang kata dengan nada mengejek.
Orang yang belajar agama dikatakan juga orang yang tidak ada masa
hadapan. Inilah tanda pemikiran yang cetek, seolah-olah bagi dia masa depan dia
hanya dua tiga puluh tahun kehadapan. Masa hadapan yg sebenar ialah selepas
mati, sampai ke syurga inilah yang besar sepatutnya kita fikirkan.
Inilah tanda pemikiran masyarakat kita yang sudah dirasut Syaitan.
Syaitan sentiasa menjanjikan kefakiran, firman Allah swt,
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan
kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). Sedangkan Allah
menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas
(karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.( Al-Baqarah:268)
Oleh itu dalam kehidupan kita perlu berpegang erat
dengan Al-Quran. Ingatlah bahawa Allah lah yang memberi rezeki. Sebahagian masyarakat
yg takut hantar anak sekolah agama, kemudian beralasan itu ini, lebih –lebih lagi
sampai mengejek-ejek sekolah agama, mungkin mereka sudah terpedaya dgn hasutan
Syaitan.
Sepatutnya masyarakat perlulah memahami, saling
tolong-menolong dan memberi semangat bagi mereka yang belajar agama untuk terus
belajar dan mengajarkannya pula kepada masyarakat. Ini kerana tujuan Allah swt membuat manusia di atas muka bumi bermatlamat
utk kita menyembah Allah swt.
Oleh demikian manakah lebih mulia daripada orang-orang
yang belajar ilmu-ilmu Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw. Disana banyak
kelebihan orang yang belajar agama dan beramal dengan apa yang dipelajari... Wallahu
a’lam..
Oleh: Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment