Hari Raya Aidil
Adha merupakan salah satu hari raya yang besar dalam Islam yang disyariatkan. Pada
masa yang sama terdapat dua Ibadah yang
merupakan ibadah besar. Pertama ialah melakukan Ibadah Haji di Baitullah dan
yang kedua ialah melakukan Ibadah Qurban.
Di dalam
masyarakat kita seolah-olah hari raya Aidil Adha kurang dimeriahkan berbanding Hari
Raya Aidil Fitri. Padahal Hari Raya ini adalah Hari Raya yang besar dalam Islam
apabila dilihat dari sudut hikmat dan ganjaran pahala disebalik hari raya ini. Dua
ibadah besar Haji dan Qurban mempunyai hikmah tersendiri yang amat besar. Melakukan
Haji bagi mereka yang berada di Mekah, manakala melakukan Ibdah Qurban bagi orang
yang tidak melakukan Ibadah Haji.
Kedua-dua
ibadah tadi berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku kepada kekasih Allah
iaitu Nabi Ibrahim a.s. Setiap Nabi ada gelarannya, Nabi Ibrahim digelar dengan
“Khalilullah” iaitu kekasih Allah. Nabi Ibrahim adalah kekasih yang taat
perintah Allah dan banyak berkorban dalam kehidupannya. Jika melihat kepada ibadah
Haji kita akan dapati ianya adalah peristiwa untuk mengenangkan juga peristiwa yang
berlaku kepada Nabi Ibrahim seperti Sai’e, Tawaf, Melontar Jamrah dan
sebagainya yang berkait rapat dengan peristiwa Nabi Ibrahim.
Bagi yang
tidak melakukan Ibdah haji sunnat muakkad untuk melakukan ibadah Qurban. Di dalam
Mazhab Syafie hukumnya sunnat muakkad, manakala dalam Mazhab Hanafi adalah wajib.
Namun apa yang penting ibadah ini adalah cara untuk mendekatkan diri kepada
Allah swt. Ibadah ini juga mempunyai hikmat yang besar yang tersirat dalam
sejarah Islam.
Pengorbanan
pada mulanya telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s untuk Allah swt. Pengorbanan
ini adalah bukti cintanya akan Allah melebihi segala-galanya hatta anaknya
sendiri. Tepat sekali Allah menjadikan Nabi Ibrahim sebagai kekasihnya. Firman
Allah “ واتخذ الله إبراهيم خليلا “ ( Dan Allah mengambil Ibrahim
menjadi kekasihnya (teman rapatnya). An-Nisa’ :125 ).
Pengorbanan
Nabi Ibrahim bukan sekadar kata-kata tetapi beserta dengan tindakan. Pengorbanannya juga tidak setakat pengorbanan
individu diri baginda sahaja tetapi merangkumi keluarga, isteri dan anaknya.
Baginda meninggalkan anak dan isteri di
tanah Mekah yang tidak berpenghuni. Doa beliau dirakamkan dalam al-Qur`an:
رَبَّنَا
إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ
لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
"
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman
padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami,
(mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan
memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil
tanaman, semoga mereka bersyukur. (Surah Ibrahim: 37)
Nabi Ibrahim dikurniakan oleh Allah dengan
anak, iaitu Nabi Ismail. Namun sampai satu ketika Allah swt memerintahkan
melalui mimpi supaya menyembelihkan anaknya sendiri. Nabi Ibrahim dan anaknya menurut perintah Allah swt,
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلامٍ حَلِيمٍ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
“
Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh
seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur
yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
"Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah, ayah
akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar." (surah al-Saffat:
101-102)
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok
tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah
menjalankan perintah Kami), serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau
telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya
itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (al-Saffat: 103-107)
Apa yang
sangat mengkagumkan dari peristiwa ini, Nabi Ibrahim dan anaknya bersedia
menjunjung perintah Allah swt tanpa banyak pertanyaan. Tentu sekali seorang
ayah sangat mengasihi anaknya yang merupakan keturunya sendiri, namun Allah
ingin menguji Nabi Ibrahim dengan menyembelih orang yang tersanyang. Nabi Ibrahim
menyahut perintah Allah swt. Kepatuhan dan kecintaan kepada Allah swt bagi Nabi
Ibrahim melebihi segala-galanya dalam hidupnya. Inilah sepatnya dijadikan
sebagai contoh bagi umat Islam bahawa mencintai Allah haruslah melebihi
segala-galanya dalam kehidupan.
Allah s.w.t. berfirman,
قُلْ
إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika
bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri
(atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu
usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang
kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab
seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik (derhaka). (Surah al-Tawbah: 24)
Begitu
juga bagi pemuda-pemudi Islam, teladanilah kisah Nabi Ismail yang merupakan anak kepada Nabi Ibrahim yang dengan
rela hati membenarkan arahan Allah. Nabi Ismail masih muda ia mentaati perintah
Allah. Ini kerana cintanya kepada Allah melebihi segala-galanya. Pengorbanan
yang dilakukan oleh kedua Nabi ini adalah peristiwa besar dan besar nilainya
disisi Allah. Umat Nabi Muhammad juga disyariatakan Ibadah Qurban. Pengajarannya
cinta kepada Allah dan Rasulnya haruslah melebihi segala-galanya. Inilah yang menandakan
kesempurnaan iman seseorang. Banyak hadith sahih menceritakan hal ini.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عَنْهم أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ
مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi tuhan
yang nyawaku berada di tangan-Nya! Tidaklah beriman
seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari ayahnya dan anaknya.”
(al-Bukhari)
عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ قَالَ ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ
“Dari Anas r.a. bahawa Nabi saw. bersabda,
" Tiga hal yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia mendapat
manisnya iman, yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain
keduanya, mencintai seseorang hanya karena Allah, dan ia benci untuk kembali ke
dalam kekafiran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke dalam neraka." (ai-Bukhari
dan Muslim)
Oleh : Ahmad Syahin
No comments:
Post a Comment