Wednesday, October 17, 2012

SEKITAR HUKUM IBADAH KORBAN









Pertama, apakah ibadah korban mempunyai falsafah tersendiri?

Jawabnya, Ya, ibadah ini jika dilihat dari sudut falsafah amatlah besar, ia mengingatkan pengorbanan yang telah berlaku terutama kepada Nabi Ibrahim a.s yang disuruh oleh Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s yang disayangi. Nabi Ibrahim mentaatinya, namun Allah swt menggantikanya dengan binatang.

Di dalam hal ini dua hikmah yang kita boleh ambil pertama, menampakkan ketaatan yang sempurna kepada sang pencipta yang maha tinggi meskipun menyembelih anak-anak sendiri. Kedua, mensyukuri nikmat Allah swt berupa nikmat tebusan dimana orang yang menyembelih binatang sembelihan termasuk orang-orang yang bersedekah.

Dalam masyarakat kita, ada yang melakukan ibadah ini dengan tidak melihat kepada falsafah-falsafah ini. Ibadah korban umpama pestaria makan yang tidak ada roh. Ada juga orang yang memberikan kepada fakir miskin anggota–anggota sembelihan yang dia pun tidak lalu untuk memakannya. Ada pula yang mengambil daging yang sedap-sedap yang sayang untuk diberikan kepada orang lain. Sebenarnya jika dilihat kepada falsafah yang kita suka itulah kita kobankan untuk fakir miskin.


Kedua, bolehkah mengabungkan Aqiqah dengan Korban?

Tidak boleh, kita tidak boleh mengabungkan korban dengan akikah sekali gus, ini kerana Ibadah korban lain dan akikah adalah lain. Kedua-dua ibadat ini adalah berlainan dan  mempunyai maksud yang berbeza. Di dalam mazhab Syafie jika digabungkan maka ia tidak menjadi. 

Ini kerana Ibadah korban dituntut dilaksanakan kerana dirinya untuk menghasilkan ibadah yang dinamakan korban, sedangkan aqiqah adalah dituntut supaya menghasilakan ibadat yang dinamakan aqiqah .

Cara berkorban lain, yaitu dibahagikan daging korban kepada golongan tertentu. Manakala aqiqah pula ialah disunnatkan seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekorkambing bagi anak laki-laki. Cara kedua-duanya berbeza dan tidak boleh digabungkan sekali seperti masalah sunnat tahiyatul masjid yang digabungkan dengan sunnat qobliah.


Ketiga, yang manakah lebih afdhal antara Akikah dengan Korban?

Jawabnya, Aqiqah  waktunya luas, boleh dilaksanakan bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh. Cuma sunnat dan afdhal dilakukan selepas anak tersebut dilahirkan selepas 7 hari. Ia juga boleh ditangguhkan kepada tujuh hari berikutnya dan tujuh hari berikutnya.

Manakala hukum korban kewajipannya terhad kepada tiga hari. Jika mahu melakukan korban selepas waktu tersebut sudah tidak boleh. Oleh itu jika kita tersepit antara dua pilihan tadi maka pilihlah korban dahulu. Manakala jika kita mampu butlah kedua-duanya sekali. 


Keempat, bolehkah mengupah tukang sembelih dengan daging korban?

Jawabnya, dalam kitab-kitab mazhab Syafie tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban, ini kerana daging korban dibahagikan kepada tiga golongan. Harus baginya makan satu pertiga, sedangkan yang lain, satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin dan  satu pertiga lagi dihadiahkan kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekalipun mereka adalah orangkaya.

Jadi sekiranya mahu mengupah tukang sembelih, upahlah dengan benda lain, tetapi  bukan dengan daging korban, seperti beri upah duit RM10 dan sebagainya. Selepas itu jika mahu memberikan daging korban, maka bolehlah dengan niat sedekah. Jika tukang sembelih tidak mahukan upah pun lagi baik, ini kerana saling tolong-menolong membuat ketaqwaan kepada Allah swt.


Kelima, bolehkah sedekahkan daging korban kepada orang kafir?

Jawabnya, tidak boleh memberi daging korban dan aqiqah kepada bukan Islam. Ini kerana korban dan akikah adalah ibadat. Sedangkan orang bukan Islam bukan ahli ibadat. Maka mereka tidak layak memakan daging tersebut. Ulama menyebutkan korban merupakan jamuan Allah swt kepada orang-orang Islam. Korban juga mempunyai falsafah tersendiri iaitu falsafah jihad mengenang pengorbanan Nabi-Nabi.


Keenam, bolehkah satu bahagian daripada binatang yang dikorban dikongsikan antara dua orang atau lebih?

Jawabnya, satu bahagian tersebut mestilah untuk satu orang tidak boleh dikongsikan lagi antara dua orang atau lebih, jika dikongsikan juga ibadah korban bagi seseorang itu dengan sendirinya tidak menjadi, jika disedekahkan ia hanya dapat pahala sedekah.


Keenam, apakah hukum korban di dalam Mazhab Syafie?

Jawabnya, hukum korban dalam mazhab Syafie adalah sunnat muakkad. Manakala di dalam mazhab Hanafi adalah wajib bagi orang yang mampu. Jika kita lihat korban adalah untuk pembangunan sosial, terutama hubungan dengan golongan miskin. Mazhab Hanafi di dalam bab ini lebih praktis, mengambil berat terhadap masyarakat terutama golongan miskin. Oleh demikian mazhab ini real menjadi rujukan dalam khilafah Islam.

Dalam masyarakat kita apabila dikatakan sunnat maka, tidak ramai yang mahu melakukan korban, walhal mereka mempunyai duit yang banyak. Ini mungkin kerana menganggap apabila tidak melakukan perkara sunnat maka tidak berdosa. Padahal ibadah ini adalah besar disisi Islam yang mempunyai falsafah tersendiri yang agung. Wallahu a'lam..


Oleh: Ahmad Syahin



No comments:

Post a Comment