Sunday, October 7, 2012

CINTAKAN SAHABAT KERANA ALLAH









Dalam bersahabat perlulah memahami konsep persahabatan yang betul. Sahabat yang baik boleh membawa kepada kebaikan dan  banyak manfaatnya, sehingga boleh memberi keuntungan kepada seseorang di dunia dan akhirat.



Bersahabat mestilah kerana Allah, ini kerana bersahabat kerana Allah ada kelebih yang besar, sehingga di dalam hadith-hadith menyatakan orang yang cintanya kepada seseorang kerana Allah swt akan dinaungi oleh Allah swt dengan Arash di Hari Akhirat. Di dalam hadith Nabi banyak menceritakan hal ini.


عن أبي هريرة. قال:  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "إن الله يقول يوم القيامة: أين المتحابون بجلالي. اليوم أظلهم في ظلي. يوم لا ظل إلا ظلي".


“ Daripada Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “ Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku? Hari ini ku naungi mereka, dimana tidak ada naungan pada hari ini selain naunganku ”(HR.Muslim:2566)


Berkasih disini umum termasuk, juga cinta kepada sahabat, cinta suami isteri, cinta kepada ahli keluarga  dan sebgainya. Semuanya biarlah kerana Allah swt. Janganlah sekali-kali meletakkan kerana  mahukan harta semata-mata atau kepentingan-kepentingan dunia sahaja.


Jika berkawan ikhlaskan niat jadikan ianya kerana Allah. Jika berkahwin, suami isteri perlulah meletakkan cintanya kerana Allah. Jika perkara ini ada pada seseorang, ia termasuk dikalangan orang yang mendapat kelebihan seperti dalam hadith ini.


Kehidupan jangan fikirkan dunia sahaja, bahkan yang paling penting memikirkan hari Akhirat. Di padang Mahsyar kita tidak tahu selama manakah kita akan berada disitu, jadi kita memerlukan teduhan Arash Allah swt. Orang yang dapat ialah orang yang ikhlas kerana Allah swt. Di dalam hadith ada menceritan kisah orang yang bersahabat yang ikhlas, cintanya kerana Allah swt,


عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم؛ "أن رجلا زار أخا له في قرية أخرى. فأرصد الله له، على مدرجته، ملكا. فلما أتى عليه قال: أين تريد؟ قال: أريد أخا لي في هذه القرية. قال: هل لك عليه من نعمة تربها؟ قال: لا. غير أني أحببته في الله عز وجل. قال: فإني رسول الله إليك، بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه".


“ Dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi saw, pda suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus Malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu di tengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka Malaikat tersebut bertanya; “ kamu hendak pergi kemana? Orang itu menjawab; “ Saya mahu menjenguk saudara saya yang berada di desa lain. Maikat it uterus bertanya kepadanya ; “Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? Laki-laki itu menjawab; “ Tidak, saya hanya mencintainya  kerana Allah swt. Akhirnya malaikat itu bertanya ; “ Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutuskan untuk memberitahukan kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana  kamu mencintai saudaramu  kerana  Allah.( HR. Muslim: 2567)


Di dalam hadith di atas seseorang  pergi ke rumah saudaranya bukan untuk apa-apa,  tetapi  kerana hubbu fillah yang menunjukkan ikhlas dia bersahabat kerana Allah. Di dalam hadith di atas juga  menunjukkan kelebihan kasih kepada seseorang kerana Allah swt, dan ia akan menjadi penyebab kasih Allah kepada seseorang. Di dalam hadith lain disebut tujuh golongan yang akan bernaung di bawah Arash,


عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه " متفق عليه


“ Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda "Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya”. [Muttafaqun Alaih]


Oleh : Ahmad Syahin



No comments:

Post a Comment