Wednesday, December 9, 2009

Promosi Program “Sayengi Sek-sek Kito “



Anjuran: Segolongan anak muda sayangkan umat

Tarikh: 15/12/09 (Selasa)

Tempat: KB Mall (akan dimaklum semula atas kemalangn yang berlaku )

Keperluan : Anak-anak muda yang berani menyahut cabaran ummah

Masa: 0800 – 1400



Objektif :

1. Memberi pendedahan kepada para penggerak dakwah tentang aktiviti dakwah di lapangan yang melibatkan masyarakat yang pelbagai kerenah.

2. Mendekatkan masyarakat dengan para penggerak dakwah dan mendekatkan para penggerak dakwah dengan masyarakat.

3. Menonjolkan keperihatinan segolongan generasi muda terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melibatkan generasi muda.

4. Memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu agama yang dimiliki dalam membantu menggerakkan ummah yang kian lena.


Pendekatan :

1. Berbual-bual tentang perkara yang santai dengan para mad’u (golongan sasaran)

2. Mengedar risalah-risalah santai berkaitan beberapa isu seperti gejala sosial, aurat dan sebagainya.

3. Mengedarkan borang kaji selidik berkaitan isu-isu remaja kepada mad’u

4. Menonjolkan akhlak Islamiyah dari sudut pemakain, tutur kata, bahasa badan dan pemikiran.


Golongan Sasaran :

Semua lapisan masyarakat


Keperluan :

1. Keikhlasan kerana Allah

2. Kefahaman tentang Islam

3. Keberanian

4. Perasaan sayang akan ummah


Berminat ? :

Keterangan lanjut dan pendaftaran. Sila hubungi :

Akh Zhafri : 019-4554508 (Muslimin)

Ukht Afifah : 013-6104964 (Muslimat)

No comments:

Post a Comment