Tuesday, February 23, 2010

Kempen Anti Zina









Fakta Semasa ;













Perbuatan yang sangat keji, firman Allah,

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” Surah Isra ayat ’32”

Hukuman sebat 1oo kali,

الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة ولا تأخذكم بهما رأفة في دين الله

“ Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” Surah Nuur Ayat 2 “


Orang berzina untuk orang berzina,


الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشركة والزانية لا ينكحها إلا زان أو مشرك وحرم ذلك على المؤمنين

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukminSurah Nuur ayat: 3 “

Sifat hamba kepada Al-Rahman

ولا يزنون ومن يفعل ذلك يلق أثاما

dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), ”Surah Al-Furqan ayat 68”.

Pengajaran dan tindakan ;

1. Tahap gejala sosial negara kita hari ini kian parah . tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan.

2. Ada penaung dan pihak yang menyuburkannya dengan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar tanpa kawal .

3. Kelab malam , karaoke , pub , rumah urut dan pusat - pusat hiburan bercambah mengatasi bilangan masjid surau .

4. Rancangan televisyen , filem dan internet tanpa kawal antara yang menyumbang secara aktif ke arah suburnya maksiat dan mungkar dalam negara kita . Inilah musibah besar yang sedang melanda negara kita malah mampu meruntuhkan sebuah peradaban kemanusiaan .

5. Berlakulah zina dan lahirlah anak luar nikah . Akhirnya manusia menjadi binatang yang kejam lalu membakar bayi yang tidak berdosa hidup - hidup , sebahagiannya dicampak menjadi makanan anjing liar . Menjadi kejam terhadap anak sendiri.

6. Semua pihak bertanggungjawab menangani perkara ini . Selamatkan negara dan selamatkan masyarakat kita dari terus menjadi mangsa maksiat dan mungkar yang keji ini .

7. Kerajaan mesti mempunyai agenda yang jelas dan serius untuk membasmi gejala zina , pergaulan bebas dan penagihan arak yang semakin ketara ini . Cadangan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Hassan ;

a ] Perbanyakkan institusi pengajian agama dan wajibkan pelajar menyertainya
b ] Hapuskan pusat - pusat hiburan yang hanya memusnahkan akhlak dan moral
c ] Benteras aktiviti pelacuran secara serius dan bersungguh - sungguh .
d ] Bimbingan kerjaya buat remaja dan belia .
e ] Kempen perkahwinan digiatkan serta mudahkan proses berkahwin .
f ] Beri bantuan kewangan dan khidmat kaunseling yang pasangan yang memerlukan
g ] Batalkan semua konsert hiburan yang melampau
h ] Tapis semua rancangan televisyen dan filem dalam negara
i ] Biayai masjid surau dan anjurkan program ilmu untuk masyarakat .
j ] dan lain - lain yang positif dan boleh menyelamatkan masyarakat dari terus terjebak dalam perangkap nafsu dan syahwah yang membinasakan .


8. Sungguh hairan jika kerajaan gagal mengawal dan membendung aktiviti maksiat dan mungkar ini sedang kerajaan mempunyai segala keupayaan dan kemampuan untuk melakukannya . FRU boleh digunakan bertrak - trak untuk membatalkan majlis ceramah dan himpunan aman tetapi mereka seperti lumpuh tidak mempunyai anggota apabila berdepan dengan pelacuran dan maksiat yang lain.


9. Saya juga kesal melihat bagaimana wanita UMNO bertindak untuk menangani perkara ini . Mereka seperti berpura - pura dan bersikap acuh tak acuh dalam bertindak . Menangani kes buang bayi tidak terhendi setakat melancarkan kempen selamatkan bayi dan menawarkan Wanita UMNO sanggup menjadi ibu yang memelihara bayi - bayi tersebut tetapi mestilah dilihat malah dibenteras puncanya iaitu zina .

10. Samalah kes menangani penyakit Aids . saya tidak faham bagaimana mereka berfikir bahawa menangani penyakit aids ialah dengan menggalakkan penggunaan kondom . Ertinya mereka dalam sedar atau tidak seperti bersetuju dengan zina cuma perlu menggunakan kondom. Dosa zina tidak menjadi kurang dengan pemakaian kondom sebagaimana dosa zina juga tidak terhapus semata - mata menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada wanita umno untuk dipelihara . Kalau nak bersihkan semak samun tebaslah dipangkalnya atau racunlah diperdunya bukan hanya menggunting dipucuknya .


Perkongsian; Ahmad Syahin









No comments:

Post a Comment