Sunday, February 21, 2010

Penghalalan dan pengharaman Allah ada sebab




Firman Allah;

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا

Maksudnya;
“Wahai tuhan kami, tidaklah kamu ciptakan ini sia-sia”

(Surah Al-Imran : 191)

Termasuk perkara yang mempunyai sebab itu adalah, dengan kehadiran syariah islamiyyah.

Setiap pensyariatan Allah pada sesuatu hukum itu, mempunyai sebab, atau hikmah dan rahsianya tersendiri. Sebab, hikmat atau rahsia dalam syariat, disebut sebagai maqasid Syariah.

Imam Al-Baidhawi ada menyebut;

ما نهي عنه شرعا فقبيح و إلا فحسن كالواجب و المندوب و المباح و فعل غير المكلف

Maksudnya;
“perkara yang ditegah syarak, maka itu adalah buruk. Sekiranya tidak (iaitu tidak ditegah, iaitu dibenarkan untuk dilakukan), maka itu adalah baik, seperti wajib, sunat, harus dan perbuatan yang tidak ditaklifkan
[1]

Imam As-Syatibi kata;

المعلوم من الشريعة، أنها شرعت لمصالح العباد، فالتكليف كله، إما لدرء مفسدة، وإما لجلب مصلحة، أولهما معا

Maksudnya;
“Perkara yang diketahui dalam syariat bahawa perkara yang disyariatkan, adalah maslahah bagi hamba. Maka, taklif itu, semuanya sama ada menolak mafsadah, ataupun menarik maslahah, atau kedua-duanya sekali
[2]

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

فلم يحل سبحانه إلا طيبا , و لم يحرم إلا خبثا

Maksudnya;
“Allah tidak akan halalkan, melainkan mesti ada kebaikan. Tidak haramkan sesuatu, melainkan mesti ada keburukan
[3]

DALIL-DALILNYA;

Firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu, apa yang dihalalkan kepada mereka. katakanlah, dihalalkan kepada kamu adalah perkara-perkara baik”

(Surah Al-Maidah : 4)

Firman Allah lagi;

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya;
”Dihalalkan kepada mereka perkara baik, dan diharamkan ke atas mereka, perkara buruk”

(Surah Al-’Araf : 157)

Juga firman Allah;


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya merupakan dosa yang besar, dan memberi manfaat kepada manusia. tetapi, dosanya lebih besar berbanding manfaatnya”

(Surah Al-Baqarah : 219)

Kesimpulan

Apa yang Allah halalkan adalah baik walaupun kita tidak tahu dan tidak dapat membuktikan secara saintifik perkara tersebut.

Sebagai contoh Allah mengharamkan membuka aurat, zina dan sebagainya perkara ini walaupun pada zaman awal Islam tidak dapat dibuktikan secara saintifik, kajian dan lain-lain, ia tetap mendatangkan keburukan ke atas manusia.

Dan apa yang Allah haramkan tetap membawa kemudaratan kepada manusia Walaupun kajian mengatakan ianya baik, ini kerana Allah lebih mengetahui hakikat sebenar perkara tersebut . Allah berfirman :

أَلاَ يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلْخَبِيرُ

Ingatlah bahawa Allah mengetahui apa yang dia jadikan dan dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya! .

( Al-Mulk ; 14 )

[1] At-Tahqiq Al-Ma’mul li Minhaj Al-Usul ‘Ala Al-Minhaj : m.s : 92. [2] Al-Muwafakat : 1/199.
[3] Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam : 28.

Perkongsian ; Ahmad Syahin



No comments:

Post a Comment