Tuesday, April 27, 2010

BERDAKWAH BUKAN KEPADA KITA





- gambar hiasan

Kita jangan bimbang apabila orang tidak menerima dakwah kita, tetapi kita kena bimbang apabila kita tidak membuat kerja dakwah dan apabila kita tidak mengikuti Al-Quran dan Hadith Nabi Saw.

Bagi kita yang mempunyai ilmu tetapi kita tidak menyebarkan ilmu tersebut atau kita berdakwah dengan ilmu yang salah maka tunggulah akibatnya, firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُوْلَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاَّعِنُونَ.

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang Telah kami turunkan berupa

keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia

dalam Al kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati,

160. Kecuali mereka yang Telah Taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran),

Maka terhadap mereka Itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah yang Maha menerima

Taubat lagi Maha Penyayang.

161. Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu

mendapat la'nat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.

Kenapa orang tidak menerima dakwah kita? disini ada beberapa kemungkinan yang perlu dikaji :

1. Disebabkan kita.

- mungkin disebabkan kita tidak menggunakan cara yang bil hikmah

dan tidak menarik perhatian pendengar. Jangan bimbang perkara ini boleh diperbaiki.

2. Disebabkan mad’u kita.

- Mungkin dengki terhadap kita, apa yang kita dakwah, tidak sukakan kita atau lain-lain. Pendakwah

perlu mengkaji bagaimana cara untuk menarik mereka.

Kata Abang Amin Idris

Selepas menyatakan cerita kewafatan Abu Talib dan Siti khadijah, maka berlakulah kepada Nabi saw

Isra dan mikraj yang seterusnya mendapat motivasi daripada Allah swt, katanya :

1. Nabi Muhammad juga seorang manusia. Justeru, kita tidak boleh menjadikan alasan untuk tidak menjadi insan yang positif kerana kita bukan nabi. Jika Nabi Muhammad yang juga seorang insan boleh memiliki kualiti mausia hebat, kenapa kita tidak boleh? Inilah sebahagian dari mesej Rasul sebagai Qudwah Hasanah.

2. Sebagaimana Rasulullah memerlukan motivasi, maka kita juga sebagai manusia memerlukan motivasi. Adakalanya kita bersemangat, adakalanya kita lemah. Di sinilah motivasi memainkan peranan untuk kita bangkit berdiri megah menuju puncak kejayaan.

Ujian Mesti Datang Menemui Kita

Kita perlu sedar bahawa pendakwah di sepanjang zaman diuji oleh Allah swt. Nabi-nabi lah orang yang pertama diuji oleh Allah swt, oleh demikian Nabi2 rapat hubungan dia dengan Allah swt.

Orang yang paling banyak diuji oleh Allah swt ialah Nabi Muhammad saw. Selepas daripada Nabi ramai lagi sebagai contoh , Sayidina Umar dibunuh, Darah Sayidina Uthman tertumpah, Sayidina Ali disergap. Ja’far Al-Barmaki Yang merupakan menteri kepada al- Khidir al-Jawwad dibunuh ketika berusia 37 tahun, Umar Bin Abdul Aziz Khalifah yang agung dan zuhud dibunuh pada usia 40 tahun, Ibn Muqaffa’dibunuh pada usia 37 tahun, Imam Bukhari Mati diusir daripada kampungnya, Imam Ahmad disebat, Syaikh Ahmad Yassin dibom, Abdul Aziz al-Rantisi dibom, Sayyid Qutub digantung, Hassan Al-Banna ditembak dan ramai lagi ulama yang di uji oleh Allah swt semasa hidupnya.

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com




No comments:

Post a Comment