Friday, April 16, 2010

KALAU KENA API ROKOK HAI..




Neraka Allah yang telah disediakan adalah terlau azab, sekiranya kita terkena api rokok sudah pun terasa sakit inikan api yang Allah sediakan yang bersifat seperti yang dinyatakan di bawah. Nabi Saw menjelaskan keadaan api dunia, daripada Abu Hurairah Sabda Rasulullah saw ;

ناركم هذه التي يوقد ابن آدم جزء من سبعين جزءاً من نار جهنم

“ Api kamu yang dinyalakan oleh anak adam adalah satu bahagian daripada 70 bahagian panasnya api neraka jahanam “ ( Riwayat Muslim )

Firman Allah swt :

إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ (43) طَعَامُ الأَثِيمِ (44) كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ (45) كَغَلْيِ الْحَمِيمِ (46)

خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَى سَوَاءِ الْجَحِيمِ (47) ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ (48)

ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ (49) إِنَّ هَذَا مَا كُنتُمْ بِهِ تَمْتَرُونَ (50)

43. (Igatlah), Sesungguhnya pokok Zaqqum,

44. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

45. (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih Dalam perut,

46. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

47. (lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah Dia ke tengah-tengah neraka.

48. "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas Yang menggelegak".

49. (serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya Engkau adalah orang Yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"

50. (kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya Inilah Dia (azab seksa) Yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"

( Surah Al- Dukhaan 43 -50 )

Nikmatnya Syurga Allah swt,

Firman Allah swt :

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ (51) فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (52) يَلْبَسُونَ مِنْ سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَقَابِلِينَ (53) كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ (54) يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ (55) لا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلاَّ الْمَوْتَةَ الأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (56) فَضْلاً مِنْ رَبِّكَ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (57) فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (58) فَارْتَقِبْ إِنَّهُمْ مُرْتَقِبُونَ (59)

51. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa.

52. Ia itu di Dalam beberapa taman syurga, Dengan matair-matair terpancar padanya,

53. Mereka memakai pakaian dari kain sutera Yang Halus dan kain sutera tebal Yang bersulam; (Mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

54. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari Yang putih melepak, lagi Luas cantik matanya.

55. Mereka meminta - di Dalam syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), Dalam keadaan aman sentosa.

56. Mereka tidak merasai kematian Dalam syurga itu selain daripada mati Yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

57. (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (Wahai Muhammad); Yang demikian itulah kemenangan Yang besar.

58. Maka Sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran Dengan bahasamu (Wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

59. (kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (Wahai Muhammad akan kesudahan mereka), Sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

( Surah Al- Dukhaan 51 -59 )

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com



No comments:

Post a Comment