Sunday, August 22, 2010

Memperingati kematian sang revolusioner Maulana Ubaidullah Sindi



Hari ini 22 ogos adalah tarikh kematian seorang pejuang islam internasional. Beliau ialah Maulana Ubaidullah Sindi,murid kepada Maulana Mahmudul Hasan, seorang ulama yg memainkan peranan besar dalam gerakan kemerdekaan anti-penjahan di India. Beliau seperguruan dengan ulama2 india lain yg telah berhijrah ke tanah melayu ini seperti Tok Khurasan,Maulana Ishaq,Maulana Abdullah Nuh India dan Abdullah Ali Lahore. Susuk ini mungkin kurang dikenali dan jarang disebut di tanah air kita. Namun begitu beliau mempunyai sumbangan yang besar pada suatu ketika dahulu terhadap perkembangan ilmu di rantau asia dan tanah melayu khasnya terutama di jajahan kota bharu.


Beliau seorang yang lantang dalam menyeru semula pembukaan pintu ijtihad dan menolak taqlid sehingga pada awal tahun-tahun 1900-1940 banyak berlaku perbezaan pendapat antara ulama aliran thariq Shah Waliyullah yang dipimpin oleh murid2 maulana ubaidullah sindi dengan ulama pondok tempatan seperti masalah talqin,jilatan anjing,masalah "usalli" dan lain2.


Antara murid beliau di rantau ini ialah Hj Nik Abdullah bin HJ Wan Musa,Hj Nik Muhammad Sidki,Hj Nik Mahmud,Syeikh Yasin bin Isa al-fadani dan lain2. Untuk lebih lanjut tentang beliau sila lihat;http://en.wikipedia.org/wiki/Ubaidullah_Sindhi.


disediakan ; Hafiz Zaini

No comments:

Post a Comment