Sunday, May 22, 2011

REVOLUSI TERHADAP PEMERINTAH YANG ZALIM


Oleh : Ahmad Syahin

Hukum menurunkan pemerintah jarang dibahas dalam teori politik klasik, Ini kerana tokoh ilmuan pada masa itu boleh dikatakan melihat sendiri dan menikmati pemerintahan yang dipimpin oleh khalifah. Kebanyakan mereka melaksanakan hukum Allah swt dan melakukan amanah sebagai pemimpin. Selain itu perkara ini tidak dibahaskan juga kerana takut jika pemerintahan khilafah ini jatuh dan memudahkan musuh mengambil kesampatan terutama golongan khawarij, syiah, pemberontak dan sebagainaya. Ini juga disebabkan banyak praktik sunni yang membolehkan khalifah memegang jawatan seumur hidup. Bertolak dari sinilah isu pemakzulan khilafah atau penguasa jarang dibahaskan berbanding isu pengangkatan khalifah.


Pada bulan Januri dan Februari 2011 yang lepas, kita dapat melihat bagaimana berlakunya revolusi di Tunisia dan Mesir dan Negara-negara lain di Asia Barat. Mereka menuntut supaya pemimpin yang zalim mengundurkan diri dari memerintah. Mereka bangkit kerana tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku, demokrasi yang ada di negara mereka seolah-olah tidak wujud lagi. Bertolak dari sinilah banyak persoalan yang timbul bolehkah kita melakukan revolusi?. Ini kerana tidak jarang ulama yang memfatwakan bahwa revolusi haram, bahkan ketika berlaku revolusi di Mesir Syaikhul Al-Azhar dan Mufti mesir sendri berpendapat demikian. Pendapat ini bukan baru bahkan telah dianut oleh berbagai aliran seperti sesetengah salafi. Banyak pendapat lain yang membolehkan revolusi tetap dengan syarat-syarat tertentu, sebagai contoh Al-Qaradhawi yang membolehknaya dan dia juga secara langsung menyarankan umat Islam menjatuhkan rejom-rejim yang zalim tersebut. Oleh demikian penulisan kali ini bertujuan untuk menjelaskan hukum revolusi, yang secara langsung termasuk hukum mencegah kemungkaran pemerintah.


Menurut pendapatDr Yusuf Al-Qaradhawi, di dalam bukunya Fiqh Daulah, menyebut tentang bagaimana mencegah kemungkaran jika ia datang daripada pihak pemerintah, katanya :

“ Di sini timbul masalah apabila kemugkaran dilakukan oleh kerajaan atau negara yang memerintah yang memiliki kekuatan material dan ketenteraan. Apakah yang boleh dilakukan oleh individu atau sekumpulan manusia untuk mengubah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau kemungkaran yang dilindungi oleh pemerintah”.

Jawapanya: Pihak yang ingin mengubah kemungkaran tersebut mestilah memiliki kekuatan dan kemampuan untuk mengubah. Pada zaman ini kekuatan boleh didapati dengan tiga jalan :


Pertama : kekuatan ketenteraan yang menjadi sumber kekuatan kebanyakan negara pada zaman ini- terutamanya negara Dunia ketiga- untuk mendokong kerajaan dan melaksanakan polisi pentadbiran mereka serta menutup mulut pembangkang secara kekerasan. Punca kekuatan kerajaan seperti ini bukanya kekuatan logik tetapi logik berdasarkan kekuatan. Sesiapa yang memiliki kekuatan ini pasti akan mampu untuk memukul setiap gerakan rakyat yang ingin melakukan perubahan sepertimana apa yang kita telah saksikan di kebanyakan negara dan yang terakhir ialah apa yang berlaku di China. Mereka meghapuskan secara kejam revolusi pelajar yang menuntut kebebasan.


Kedua : Parlimen yang mempunyai kekuasaan perundangan, mengeluarkan undang-undang dan mengubahnya berdasarkan keputusan mejoriti yang dipakai oleh sistem Demokrasi. Sesiapa yang mempunyai suara mejoriti yang berada dibawah naungan sistem demokrasi yang sebenar dan bukan yang palsu akan dapat mengubah setiap kemungkinan yang dilihatnya dengan mengunakan undang-undang yang diwajibkan. Sesiapapun tidak dapat untuk menidakkanya walaupun dia seorang Menteri, perdana Menteri atau Presiden.


Ketiga : Kekuatan rakyat jelata yang bersatu. Apabila mereka bergerak ke mana-mana arah , tidak ada satu kekuatanpun yang mampu menghadapinya atau menyekat perjalananya. Ini kerena ia adalah Ibarat ombak di lautan ataupun air banjir besar yang tidak dapat ditahan oleh sesiapa walaupun kekuatan ketenteraan sendiri. Ini kerana tentera pada akhirnya akan bersama-sama mereka kerana rakyat jelata itu tidak lain melainkan ahli keluaraga mereka sendiri, ayah, anak atau saudara mara mereka sebagaimana yang jelas kita lihat dalam revolusi Iran.


Sesiapa yang tidak memiliki salah satu daripada tiga factor kekuatan ini, dia hendaklah bersabar dan mempersipakan diri sehinggalah kekuatan tadi dapat dimilikinya. Dia hendaklah mengubah kemungkaran itu dengan lidah, pena, dakwah, nasihat dan pesanan sehinggalah terbentuk satu pandangan umum rakyat yang kuat memimta supaya kemungkaran itu dihapuskan. Dia juga hendaklah berusaha untuk mendidik generasi perintis yang beriman dan bersedia untuk mengubah kemungkaran serta sanggup menangggung akibatnya. Inilah yang dinyatakan oleh haditsh Abu Tha’labah al-khashni ketika beliau bertanya kepada Rasulullah saw. Tentang firman Allah yang bermaksud :


“ Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ( Al-maa’idah : 105)

Lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya yang bermaksud :


Bahkan kamu hendaklah menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, sehingga apabila kamu melihat sifat kedekut ditaati , hawa nafsu diikuti, dunia yang memberi pengaruhnya dan setipa orang merasa takjub dengan pendapat mereka. Ketika itu kamu hendaklah menjaga diri kamu sendiri dan tinggalkanlah orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu ada beberapa hari di mana orang yang sabar adalah seperti menggengam bara pai. Ganjaran orang yang beramal pada hari-hari tersebut adalah sama seperti ganjaran lima puluh orang yang beramal seperti apa yang kamu amalkan”.

Dalam setengah riwayat dinyatakan : “ Aku melihat perkara yang kamu tidak mampu untuk melakukanya. “


Keempat : Tidak bimbang berlakunya kemungkaran yang lebih besar. Iaitu kita tidak merasa bimbang akan berlakunya kemungkaran yang lebih besar rentetan daripada kemungkaran yang dicegah dengan menggunakan kekuatan. Seperti ia menjadi penyebab kepada fitnah yang membawa kepada pertumpahan darah orang yang tidak berdosa, pencabuan kehormatan dan perampasan harta. Akibatnya, kemungkaran semakin bertambah kukuh, kesombongan pelakunya dan kerosakan akan semakin bertambah.


Oleh sebab itu ulama’ telah menyatakan boleh berdiam diri terhadap kemungkaran yang berlaku apabila dibimbangi akan berlakunya kemungkaran yang yang lebih besar. Dengan itu kita telah melakukan perkara yang lebih ringan mudaratnya daripada dua perkara yang memudaratkan dan menaggung perkara yang lebih sedkit kejahatannya daripada dua kejahatan yang jelas .[1]


Dalam hal ini, terdapat hadith sahih yang menjelaskan bahawa rasulullah saw. Telah bersabda kepada ‘Aisyah r.a :

لو لا ان قومك حديثو عهد بشرك , لبنيت الكعبة على قواعد ابراهيم

Kalaulah tidak kerana kaum kamu baru sahaja meninggalkan syirik, nescaya aku akan membina semula ka’abah di atas tapak asas yang didirikan oleh Nabi Ibrahim.


Didalam Al-Quran terdapat kisah yang menguatkan lagi apa yang kami nyatakan. Kisah Nabi Musa a.s dengan kaumnya Bani Israil ketika baginda pergi menemui Tuhanya selama 40 malam. Semasa ketiadaan baginda , kaumnya telah disesatkan oleh al-Samiri dengan patung anak lembunya yang dibuat daripada emas sehingga menyebabkan kaumnya menyembah patung tersebut. Nabi Harun a.s saudara nabi Musa a.s telah menasihati mereka tetapi mereka tidak mempedulikan nasihatnya dan berkata :

Mereka menjawab: "Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami".

( Surah Taha: 91 )

Selepas kembalinya Nabi Musa a.s baginda diperlihatkan dengan kemungkaran yang buruk ini-penyembahan anak lembu- lalu baginda amat mengingkari sikap saudaranya, lantas menarik janggut saudaranya disebabkan kemarahan yang melonjak .


Firman Allah swt yang bermaksud:

Berkata Musa: "Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka Telah sesat,. (sehingga) kamu tidak mengikuti Aku? Maka apakah kamu Telah (sengaja) mendurhakai perintahku?". Harun menjawab' "Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku; Sesungguhnya Aku khawatir bahwa kamu akan Berkata (kepadaku): "Kamu Telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku". ( Surah taha 20: 92-94 )


Maksudnya , Nabi Harun a.s telah mengutamakan untuk menjaga perpaduan kaumnya sewaktu ketiadaan saudaranya sehingga apabila kembalinya Nabi Musa a.s, mereka akan bersepakat mengambil cara yang lebih tegas dan berhikmah untuk berdepan dengan keadaan yang genting ini.

Inilah empat syarat yang mesti ada pada sesiapa yang ingin mengubah kemungkaran dengan tanganya ataupun dengan kata lain mengubah kemungkaran dengan kekuatan dan kekerasan.[2]

Selain itu, Syeikh Mahmud Syaltut juga berpendapat bahawa pmemerintah atau khalifah boleh diturunkan. Menurutnya tidak semua orang boleh menjadi khalifah (penguasa). Ada dua syarat untuk dapat diangakat menjadi khalifah, yaitu terpuji tingkah laku dan adil. Inilah syarat utama seorang kepala negara (ketua negara). Apabila kepala negara melanggar dua syarat ini dan zalim terhadap umat, maka umat berhak memecatnya. Bila penguasa tidak mahu berhenti dari jabatnya, maka boleh digunakan kekerasan untuk menurunkanya.


Adapun mengenai pegawai-pegawai negara, mereka tidak otonomitis turun pula dari jabatan mereka, kerana mereka masih bekerja bukan untuk khalifah, melainkan untuk umat dan negara. Kerana itu apabila seorang khalifah turun jabatanya, maka wali hakim-hakim tidak turun jabatanya pula, sebab mereka itu bekerja bukan atas nama penguas tetapi atas nama umat, pemberian hak dari umat.


Hal lain yang penting dicatat dari pemikiran Syaltut adalah bahawa penguasa tidak kebal hukum. Kepadanya juga berlaku hukum hudud dan Qisas bila ia melakukan kejahatan atau tindak pidana (jenayah). Pandangan ini sesuai dengan prinsip Negara Islam menurut Syaltut tentang penegakan keadilan. Dengan demikian, persamaan di depan hukum harus benar-benar ditegakkan, meskipun terhadap kepala negara. Ini mengisyaratkan bahawa tdak ada seorang pun warga negara yang kebal hukum[3].



[1] Sebagai pemimpin umat Islam , kepala negara harus ditaati, bahkan meskipun zalim. Menutut Ibnu Taimiyyah, sebuah masyarakat yang 60 tahun berada di bawah pimpinan kepala negara yang zalim lebih baik daripada tidak punya pimpinan meskipun semalam. Pemikiran Politik Islam, ms;38 Dr Muhammad Iqbal, dari buku siyasah syariyyah, h.162. Perlu diingat kebanyak orang timbul keraguan dan mengharamkan secara mutlak revolusi, akan tetapi apa yang perlu kita ingat bahawa Al-Qaradhawi menggunkan Fiqh Muwazanah (FiqhPertimbangan ).

[2] Min fiqhu daulah fil Islam Al-Qaradhawi( trjmhn Dr Juanda H, 202)

[3] Pemikiran Politik islam dari masa klasik hingga Indonesia kontemperer, Dr Muhammad iqbal, 147

No comments:

Post a Comment