Monday, May 23, 2011

WAJAH BARU POLITIK SUNNI


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt dan selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw, ahli keluarganya , sahabat –sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari kiamat. Setelah lama ingin menjawab beberapa persolan mengenai politik sunni , akhirnya selesai juga. Artikel kali ini khusus ingin membetulkan dan mencerahkan beberapa perkara yang keliru berkaitan dengan teori politik sunni. Inisiatif penulisan kali ini adalah hasil penelitian saya terhadap beberapa buku Fiqh Siyasah terutama versi Indonesia yang banyak didapati terkeliru dengan manhaj politik sunni yang sebenar. Dengan demikian saya mencuba untuk menjawab beberapa persoalan ini, untuk membolehkan kesilapan-kesilapan yang lalu dibetulkan dan dicerahkan .

Sebelum membahaskan isi, terlebih dahulu perlu untuk kita memahami apakah maksud Politik Sunni. Nama Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah nama bagi satu kelompok yang dijanjikan oleh Rasulullah saw sebagai kelompok yang selamat. Banyak gelaran-gelaran lain yang diberikan kepada golongan ini, antaranya Al-Toifah Al-Mansurah, Firqatul Al-Najiah dan sebagainya. Namun apa yang penting sebelum kita membahaskan secara diteil politik sunni atau ASWJ, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan ASWJ. Ahli Sunnah ialah orang yang mengikut perjalanan Nabi saw. manakala Jamaah adalah mereka yang mengikut perjalanan para sahabat Rasulullah saw. Golongan ini adalah golongan yang selamat, yang jelas dinyatakan oleh Rasulullah saw. Golongan ini menjadikan rujukan utama mereka adalah Al-Quran dan Al-Sunnah, mereka menjadikanya sebagai pegangan dalam menentukan segala tindak tanduk kehidupan dan mereka inilah yang dijamin selamat oleh Rasulullah saw.

Dari pengertian tersebut dapatlah kita fahami bahawa, orang yang menisbahkan kepada ASWJ disebut sebagai sunni atau Islam sunni. Aliran yang berbeza dengan pegangan mereka, adalah khawarij , mu’tazilah, dan syiah. ASWJ adalah satu kelompok mejoriti umat Islam yang sebagaimana telah dinyatakan mereka mengikut aturan dan acuan Al-Quran dan Al-Sunnah dari segenap aspek kehidupan. Dari pernamaan yang dijelaskan tadi, maka kita dapat mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Politik Sunni. Politik sunni adalah metod politik yang dinisbahkan kepada golongan ASWJ, yang berbeza dengan politik yang dipakai oleh golongan khawarij, mu’tazilah, dan syiah.

Pemahaman terhadap politik sunni ini perlu didalami secara mendasar, samaada dari sumber rujukan politik , ijtihad politik dan sebagainya. Ini kerana kecelaruan yang timbul sebahagin di kalangan intelektual umat Islam pada hari ini memberi gambaran yang salah kepada politik sunni. Mereka menggambarkan bahawa politik sunni adalah politik yang mundur, jumud dan lebih jauh lagi sama dengan sistem politik yang ada di barat. Ini kerana mereka hanya memandang politik sunni ini sepertimana yang diketengahkan oleh tokoh-tokoh pemikir politik seperti Ibnu Abi Rabi’, Al-Mawardi, Al-Farabi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun, Al-Ghazali dan tidak menjadikan sumber utama adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita tidak menolak bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah sumber rujukan bagi politik sunni dan memberi sumbangan yang besar terhadap umat Islam dengan menulis berbagai kitab, akan tetapi kita perlu ingat bahawa ia bukanlah rujukan yang pertama dalam Islam.

Sumber pertama bagi politik sunni ialah Al-Quran al-Karim, ini dijelaskan dalm surah( AL-Maidah : 49) ( Al-Nisa:105 ),Sumber kedua ialah, Hadis Syarif dan Sirah Nabi saw, ini telah dijeskan didalam surah( surah an-nisa’: 65),( al-Nur:56), ( al-Hasyr: 7). Sumber ketiga adalah ijma’ umat terutama khulafa’ al-Rasyidin, lihat ( surah an-nisa’ :115). Sumber keempat adalah ijtihad, lihat ( surah al-nisa’ ; 83). Kesalah yang timbul hari ini adalah mengambil pandangan ijtihad ulama’ sahaja tanpa merujuk kepada tututan tersebut, maka hasilnya kita akan dapat lihat ramai yag ta’sub, ramai yang tidak mempunyai keluasan dalam politik .

Politik adalah suatu perkara yang terus berkembang sehingga sekarang dan ia memerlukan ijtihad-ijtihad yang baru. Ini jelas dasar pemerintahan pada zaman moden ini banyak tidak dibincangkan dalam kitab-kitab siyasah syariyyah pada zaman dahulu. Perkara seperti ini memerlulan ijtihad para alim ulama. Sebagai contoh sistem demokrasi, parlimenter, republik, federal, cara menurunkan kerajaan jika pilihan raya tidak telus dan sebagainya. Oleh demikian perkara ini perlu merujuk kepada sumber utama politik islam iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sebagai contoh didalam kitab Al-Ahkan Al-Sultaniyah, karangan Imam Al-Mawardi, yang ditulis semasa menjadi Qadi besar di Zaman Bani Abbasiyah, tentu sekali bayak perkara yang dinyatakannya tidak sesuai lagi pada zaman ini, sebagai cotoh Al-mawardi mensyaratkan khalifah seorang yang boleh berijtihad dan mesti berketurunan Quraish. Tentu sekali kedua-kedianya seakan-akan tidak wujud lagi sekarang. Begitu juga jika kita mahu mengambil teori Ibnu Taimiyah yang berpendapat bahawa kita perlu bersabar dibawah kerajaan yang zalim. Ini kerana situasi zamanya yang memerlukan ijtihad seperti itu, Ibnu taimiyah melihat sendiri bagaimana tentera monggol menggulingkan kerajaan Bani Abbas dan ramai pemberontak seperti khawarij dan syiah. Walaupun beberapa pendaoat beliau setengahnya tidak reliven tetapi ada juga yang boleh dipakai sehingga kini seperti teori pemimpin negara mestilah mempunyai dua syarat iaitu Al-Quwwah dan Al-Amanah. Wallahu a’lam..

Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment