Thursday, December 1, 2011

Media Baru dan Revolusi Anak Muda 2011



Dalam menghadapi dunia yang penuh dengan maklumat, ada orang merintih bahawa maklumat yang banyak ini terkadang menyimpang dari arus kebenaran. Dengan melihat kepada peranan media baru yang dahsyat ini, mereka merasakan bahawa maklumat melimpah-ruah, bercampur-baur, dunia kebenaran dan kebatilan semakin bersaing antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan pentas dalam masyarakat. Melihat perkara ini mereka kecewa terhadap apa yang berlaku, lalu mengucapkan “inilah dunia akhir zaman”, tanpa membuat apa-apa.

Ada yang lain pula, bagi mereka zaman ini adalah zaman keemasan kerana maklumat begitu banyak sangat membatu untuk menegakkan kebenaran. Dengan limpahan maklumat terutama di Laman web, facebook, twitter, blog, youtube dan lain-lain, suara kebenaran dapat dinilai dan ditimbang. Hal ini berlaku kerana sudah tamat era penjajahan maklumat dan diskriminasi. Bahkan lebih dari itu kita mampu untuk menjelajah ke seantero dunia dengan kemudahan ini.

Berhubung dengan demikian, menjadi tanggungjawab besar kepada da’ie supaya terus berdakwah dan menerangkan uslub yang terbaik yang perlu dilakukan, dan bukan bersikap kecewa dengan apa yang berlaku. Ini kerana dakwah terpulang kepada kita dengan apa cara sekalipun asalkan dakwah tetap berjalan dan efektif. Allah swt memberi keluasan kepada kita dalam hal ini, firman Allah yang bermaksud “Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing. Maka Tuhan mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya (surahAl- Israa’ ayat : 84)

Dalam berbagai uslub dakwah, satu cara yang efektif buat masa sekarang ialah dengan cara menulis. Ini kerana menulis dapat mengekalkan ilmu dan mudah disebarluaskan terutama di alam maya. Ilmu yang disebarkan tidak mudah untuk dilupuskan dan dilupakan kerana mempunyai peluang untuk dirujuk kembali jika tersalah. Bahkan pada masa sekarang pendedahan dakwah melalui penulisan lebih meluas dan mudah tersebar berbanding cara lain.

Menulis amat penting untuk mengimbagi kebatilan, jika kita lihat samaada di dada akhbar, majalah, facebook, blog dan sebagainya, ruang ini banyak juga disalah gunakan. Ada yang menggunakan kesempatan ini untuk menambah dosa dengan membuat perkara-perkara mungkar dengan melihat benda haram dan menjadi sarang menyebar belbagai fitnah.

Ada juga golongan yang mempunyai fikrah sesat sentiasa menggunakan ruang ini untuk menulis dan menyebarluaskan pengaruhnya ke dalam masyarakat. Di kalangan mereka ada yang menulis belbagai buku, artikel untuk menjadi bahan bacaan awam, seperti golongan liberal, anti hadith, syiah dan sebagainya. Mungkin disebabkan mereka melihat ruang ini adalah ruang yang paling efektif untuk menyebarkan fahaman.

Jika meninjau kembali sejarah, melalui penulisan ramai yang telah menggongcangkan dunia. Bahkan menjadi ketakutan pemerintah terhadap kehebatan dan kealiman ulama. Sebagai contoh hebatnya Sayyid Qutub dalam dunia penulisan sehingga menyebabkan dia dihukum mati di tali gantung. lebih jauh sebelumnya mashur kealiman 4 Imam mazhab dapat diikuti kerana kuasa penulisan mereka walaupun telah beribu tahun meninggal. Bukan sedikit mazhab-mazhab sebelum mereka, tetapi kerana tidak menulis dan mencatat maka ilmu tidak dapat diikuti oleh generasi kemudian.

Sejarah juga telah mengajar kita bahawa pembentukan negara haram Israil di Palestin bermula dengn buku kecil. Dari buku kecil inilah membentuk negara Yahudi yang besar dengan exspresi Theodor Herzl pada tahun 1896. Theodor Herzl menulis sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) untuk merespon nasib kaum Yahudi.


Theodor Herzl


Dia kemudian melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan idea di bukunya tersebut. Sebagai langkah awal, dia mengumpulkan dana dari kaum Yahudi yang kaya dan membentuk gerakan zionisme. Tahun demi –tahun akhirnya berdirilah sebuh negara Israil sampai sekarang.


Mohamed Bouazizi


Di zaman media yang bebas ini juga memberi kesan yang mendalam kepada kebangkitan Islam di seluruh dunia. Kebangkitan ini kemudian menjadi pemancu kepada kebangkitan Revolusi Dunia Arab. Ramai yang memanfaatkan facebook, twitter, blog dan youtube untuk menentang kerajaan yang tirani dan diktator. Bermula dari peristiwa di Sidi Bouzid iaitu seorang anak muda bernama Mohamed Bouazizi membunuh diri“self immolation” sebagai protes disebabkan kesempitan dan tekanan dalam pekerjaan.

Keesokan hari selepas insiden ini berlaku rakyat Sidi Bouzid mengadakan demonstrasi yang menyebabkan timbul rusuhan di kota ini. Bermula dari sinilah jaringan sosial seperti facebook dan youtube menampilkan gambar ketika polis menghalau pemuda yang meyerang jendela dan merosakkan kereta. Pada hari berikutnya rakyat Tunisia terus berhimpun di markas besar pemerintah daerah untuk menunjukkan simpati terhadap usaha rawatan Mohamed Bouazizi. Namun polis menghalang demonstrasi anak muda tersebut dengan gas pemedih mata.

Hari demi hari demonstrasi berlaku. Selain menyekat demonstrasi dengan kekerasan, pihak kerajaan Tunisia juga mencegah demonstrasi besar-besaran dengan menapis situs internet yang memuat gambar aksi demonstrasi. Pihak kerajaan juga dikatakan melakukan operasi phising untuk mengendalikan pengguna website.

Dari peristiwa inilah kemarahan rakyat mula meledak, mereka turun ke jalan untuk berdemonstrasi yang kemudian terjadi pertembungan dengan polis.” Dari kota Sidi Bouzid inilah revolusi Arab mula menjalar ke berbagai penjuru, bukan sahaja di Tunisia, tetapi juga ke seantero dunia Arab yang kini sudah berlangsung hampir setahun. Revolusi Tunisia dikenal di Barat dengan sebutan Revolusi Jasmine (Jasmine nama bunga di Tunisia) atau disebut juga “Thaurat al-Karama” (Revolusi Harga Diri). Benang merah yang dapat ditarik ialah maklumat yang pantas hasil dari penulisan mampu memberi kesedaran kepada umat.


Khalid Said dijulang


Hampir sama apa yang menjadi pemincu revolusi mesir, mungkin sebelum pergolakan dua tokoh ini tidak dikenal di Mesir. Dua tokoh muda yang mendapat sorotan ialah Khaled Said dan Wael Ghonim. Bagi kaum muda mesir Said menjadi pemancu bagi gerakan pro-demokrasi setelah mati dipukul oleh polis, sedangkan Ghonim dianggap banyak kalangan sebagai pahlawan setelah ditahan polis selama 11 hari.


Wael Ghonim


“ Kita semua untuk Khaled Saeed” adalah kelompok yang terbentuk pasca-insiden penembakan Saed yang berjuang pada kematiannya. Kelompok yang dibangunkan di dalam jaringan sosial facebook ini telah menarik ratusan ribu anggota di seluruh dunia dan memainkan peranan penting dalam menyebarkan dan membawa perhatian pada bangkitnya ketidak puasan. Apabila protes berlaku, Eksekutif Google Mesir Wael Ghonim merupakan orang di belakang account facebook tersebut yang mengerakkan revolusi.


Asmaa Mahfouz


Lain lagi halnya kontribusi online yang dibuat oleh Asmaa Mahfouz 26 tahun, adalah seorang aktivis perempuan yang memposting video di mana ia menyeru rakyat Mesir untuk bangkit. Mungkin ramai yang tidak mengenal tokoh wanita ini di tempat kita, namun wanita ini adalah salah seorang penggerak kepada revolusi yang berlaku. Ia adalah perempuan muda yang aktif dalam pembaharuan di Mesir dan merupakan muslimah Mesir yang berani terjun ke dunia aktivis dan politik. Ketika revolusi berlaku ia menggunakan sepenuhnya jaringan sosial facebook, twitter dan youtube untuk menumbangkan rejim Mubarak.

Keberhasilan masyarakat Mesir menjatuhkan pemimpin dktator yang telah berkuasa selama 30 tahun, boleh dikatakan sebagai sebuah kemenagan media sosial. Aksi jalanan yang kini mengubah peta perpolitikan global di Timur tengah itu, sedikit sebanyak tidak boleh dilepaskan dengan gerakan yang dirintis melalui dunia maya, termasuk facebook.

Akhir kalam, buat dai’e, pejuang dan sebagainya, teruskan berdakwah dan terus menulis bagi menyampaikan ilmu dan kebenaran yang Allah swt amanahkan kepada kita. Ingatlah bahawa ilmu yang kita sampaikan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt. Dalam sebuah hadith, Rasululullah saw bersabda, maksudnya : “ Orang yang mengajar kebaikan, dia diminta ampun oleh segala sesuatu sehingga ikan besar di lautan” ( sahih al-targhib wa al-tarhib li al –munziri oleh al-Albani ( hadis no: 81@ 82 ) . Wallahu A’lam..


Oleh : Ahmad Syahin

Medan, Indonesia



1 comment: