Tuesday, December 4, 2012

KEBEBASAN BERAGAMA



Dalam Islam antara perkara yang perlu diutamakan untuk dijaga, iaitu Hifzu Din “menjaga agama”. Menjaga agama ada dua cara, iaitu menjaga dari sudut kewujudannya dan memelihara gama dari kerosakan dan kemusnahan. Untuk menjaga agama dalam kontek masyarakat maka ada hukuman murtad, memerangi ahli bi’dah, ahli sihir, orang yang mencela agama dan hukuman terhadap ahli maksiat. Dalam konteks ini, mesti ada peraturan dan undang-undang. Untuk melaksanakan semua ini mestilah ada kerajaan Islam. Kerajaan Islam adalah untuk mendirikan agama dan mentadbir negara. Islam juga mahukan keadilan dan kebebasan kerana itu juga adalah keperluan rakyat dalam negara. Keperluan rakyat juga ialah mahukan agama yang benar bukan agama yang rosak atau ajaran yang sesat. 

Tindakan pemimpin atas rakyatnya haruslah sesuai dengan kemaslahatan. Apa pun tindakan pemimpin mestilah mempertimbangkan rakyatnya. Sebab, jika kehendak rakyat tersebut tidak diperhatikan maka keputusan pemimpin itu tidak akan efektif. Dalam masalah ini pemimpin tidak boleh melakukan peraturan dan sebagainya yang merugikan rakyat. Kerana inilah tindakan pemerintah negara mestilah sesuai dengan kepentinagan umum bukan untuk kepentingan sekelompok atau diri sendiri semata-mata. Sebagai contoh pemimpin tidak boleh mengangkat seseorang yang tidak ahlinya duduk di jawatan-jawatan tertentu. Pemimpin juga perlu menjaga agama dan hak mejoriti bukan minoriti dan individu dalam masyarakat Islam.

Berkenaan dengan menjaga agama, jika kita melihat kenapa ada juga ulama dahulu yang mahu pertahan khilafah disaat ianya ingin jatuh? adakah semata-mata mahukan pemimpin yang korup? Tentu sekali tidak. Ini kerana khilafah untuk menjaga agama dari kemusnahan dan ancaman dari musuh Islam, zionis dan kuncu-kuncunya yang menodai wilayah Islam. Memang kita tidak setuju dengan setengah kepimpinan khilafah utmani yang didakwa korup dengan mengumpul harta kekayaan. Tetapi kita juga perlu kritis untuk mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Islam selepas jatuh khilafah utmani, agama, undang-undang, wilafah dan nyawa umat Islam diceroboh ketika ketiadaan pemerintahan.

Semestinya kita mahukan demokrasi dan sistem negara yang adil, kita tidak memusuhi demokrasi dan HAM, tetapi jangan jadi gila dan mabuk demokrasi sehingga boleh digelar sebagai "hamba pemikiran barat". Sesetengah golongan yang terpengaruh dengan keterlampaun demokrasi dan HAM mengatakan bahawa agama ini tidak perlu dijaga oleh pemerintah. Cukup kiita membuka kebebasan agama seluas-luasnya, katanya “biarlah mereka beramal dengan ideologi mereka masing-masing”. Ada juga yang mengatakan Islam tidak perlu dijaga bahkan ia milik individu. Serahkan kepada rakyat untuk memilih agamanya sendiri, fahaman sendiri syiah atau sunni, kristen atau yahudi, qodiani atau arqam, aliran kiri atau kanan atau tengah, betulkah yang demikian?

Perkataan seperti ini saya juga mendengarkan degan telinga sendiri, sebenarnya kenyataan itu tidak betul. Adakah jika mereka melakukan kekacaun dahulu baru kita bertindak? Dimanakah kerajaan Islam yang perlu menegakkan hak dan maslahat mejoriti yang akhirnya hak mejoriti ternoda. Logika yang kita buat ialah sekiranya agama ini untuk indivdu sahaja dan diri-sendiri dan kerajaan dalam negara Islam tidak perlu masuk campur dalam urusan rakyat beragama, hanya buat jalan, buat sekolah, buat pasar maka ia juga akhirnya akan rosak. “Jika petani tanam sayur dengan bersungguh-sungguh kemudian tidak membuat pagar maka tentu sekali sayur itu akan dimakan oleh biri-biri, lembu, kerbau, unta dan babi hutan. Jika petani mahukan sayur itu berhasil mestilah tanam dan memagarnya" begitu juga Islam mesti ada kekuasaan untuk menjaga agama dalam masyarakat, jika tidak dia akan dirosakkan loleh unsur-unsur luar yang bukan dari Islam.

Ingatlah bahawa tidak akan selesai masalah penyakit denggi jika doktor dan pejabat kesihatan hanya memberikan ubat kepada pesakit. Cara mencegah denggi di sesuatu kawasan hanya dengan diberikan ubat kepada pesakit dan dibiarkan air bertakung yang penuh dengan ugat-ugat. Cara ini tidak betul, selain kita memakan ubat dan suntikan untuk mencegah denggi, perlu dilakukan dengan kita membersihkan kawasan takungan air, membakar tayar-tayar buruk, mengunakan penyembur asap nyamuk dan sebagainya, cara inilah untuk mencegah denggi.

Begitu juga dengan masyarakat Islam, untuk menjadikan masyarakat Islam maju, bertamaddun, baik akhlak, menjaga agama, tidak cukup hanyak kita memberi ubat dengan berwacana-berwacana disitu-disini sahaja. Tidak cukup dengan mengadakan penerangan di masjid sehingga pecah anak tekak dan demam ustaz. Perlu juga ditegakkan pemerintahan, perlu juga ditangkap golongan yang sesat, ahli bidahr, ahli sihir dan orang murtad, semua ini adalah untuk menjaga kesucian agama Islam.

Sesetengah orang pula, mahukan negara yang bersistem presiden, dengan alasan dengan cara ini kita akan lebih bebas lagi, berbanding negara parlementer. Sebenarnya tidak salah untuk demikian. Jika ianya banyak maslahah agama dan dunia silakan.Tetapi banyak juga kekurangan sistem berpresiden sebagai contoh kebebasan agama terlalu terbuka seperti di Pakisatan, Indonesia dan Mesir yang keterlaluan menjadi sarang membiaknya ugat-ugat ajaran sesat.

Semasa saya berada di Indonesia, ulamanya ramai, bukunya banyak, wacana ilmiyyah disitu-disini, tempat pengajian banyak, universitas Islam banyak sekali. Tetapi kenapakah benih Islam, akhlak Islam tidak menjadi dalam masyarakt seperti itu. suasana Islam amat terkebelakang. Ajaran sesat syiah, ahmadiah, tariqat sesat, liberal dan sekular, semua berkembang bebas, sehingga kadang-kadang membuatkan orang kepeningan dengan kebebasan terlebih ini. Orang awam kepeningan manakah agama Islam yang sebenar. Jika mahu murtad belambak yang murtad, kalah malaysia jika bilangan seperti yang disebut datuk Harun Sani dahulu. Realiti seperti ini masih lagi tidak berlaku di Malaysia.

Inilah yang kita perlu perhatikan dalam menjaga agama, memang Islam menganjurkan kebebasan, tetapi jangan terlebih macam orang kafir. Inilah masalah masyarkat yang tertekan dan tidak bebas dalam masyarakat dan negara yang dipimpin oleh pemimpin yang tidak demokratis seperti UMNO. Dengan fenomina ini akhirnya lahirlah pula setengah golongan yang fikrahnya sangat taksub dengan kebebasan, kesemuanya boleh bebas, akhirnya agama Islam yang disemai dalam masyarakat dihancurkan oleh gajah-gajah hutan dan kuncu-kuncunya.

Dengan itu dalam siyasah jangan terlebih, jagan perasan kita moden, walhal hakikatnya kita mengikut jejak langkah syaitan, yahudi dan nasrani. Di dalam Sahih Bukhari, kitab Al-I'tisham bi al-kitab wa as-sunnah, Nabi saw bersabda " Kalian pasti akan mengikuti cara org-org sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. bahkan jika mereka masuk ke dlm lubang biawak, kalian pasti akan mengikutinya. "kami bertanya, Ya Rasulullah, apakah mereka Yahudi dan Masrani?" beliau menjawab, "Siapa lagi?'.



Oleh : Ahmad Syahin


Friday, November 30, 2012

BUKAN MELIHAT HUKUM SEMATA2




Kadang-kadang hukum ini tidak boleh kita hanya lihat kepada zahirnya semata-mata, tetapi ditinjau juga melalui hikmat syariat, sebagai contoh Nabi saw tidak bagi kepada lelaki untuk memakai emas dan sutra. larangan ini ada hikmatnya supaya tidak mahu ajar kita hidup dalam kemewahan. Biarlah duit kita habis untuk-untuk akhirat dan agama.

Emas putih memanglah tidak haram bagi lelaki untuk memakainya dan tidak dikenakan zakat pun disebabkan pada hakikatnya ia bukanlah emas, begitu juga kain yang lebih mahal lagi dari sutera, tetapi bukan sutera boleh ke? Jawabnya boleh, ia tidak haram.

Tetapi apabila kita melihat dari sudut yg lain agama tidak mahu mengajar kita lebihkan dunia, menghabiskan duit kerana benda-benda seperti itu, betapa banyak lagi benda-benda yang besar perlu kita gunakan. Kita perlu lihat juga dari sudut agama jangan tengok dari sudut zahir sahaja. Di dalam hadith lain Nabi saw bersabda,

عن حُذَيْفَةَ بن الْيَمَانِ رضي الله عنهما قال: قال رَسُولُ الله صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: "لا تَشْرَبُوا في انيةِ الذَّهَبِ والْفِضَّةِ، ولا تأكُلُوا في صِحَافِهِمَا، فإنها لَهُمْ في الدُّنْيَا، وَلَكُمْ في الآخِرَةِ"، متفق عليه

“Daripada Huzaifah ibn al-Yaman (r.a) bahawa Rasulullah saw pernah bersabada : “Janganlah kamu meminum dengan bekas  yang dibuat daripada emas dan perak dan jangan pula kamu makan dengan pinggang(atau talam) yang dibuat daripada keduanya. Kerana sesungguhnya bekas yang dibuat daripada emas dan perak itu  untuk mereka(orang kafir) di dunia dan untuk kamu di Akhirat” (Muttafaq’alaih)

Di dalam hadith juga melarang untuk kita menggunakan emas dan perak untuk dijadikan gelas dan pingang. Ini disebabkan akan timbul sifat angkuh pada diri seseorang. Islam tidak pula menyebut secara jelas orang yang menggunakan mutiara, berlian atau batu permata yang kadang-kadang ianya terlebih mahal dari emas dan perak untuk dijadikan bekas makanan. Kebanyakan ulama pun mengatakan tidak haram, tapi lihatlah kepada hikmat agama disebalik pengharaman bekas makanan dari emas dan perak tadi, kita akan dapati ia juga tidak elok.

Contoh lain supaya kita tidak lihat pada zahir hukum semata-mata. Mengenai penggunaan produk syarikat Yahudi. Memang halal makan tetapi dari sudut menyokong kemungkaran dan dari sudut politik tidak boleh. Sebab itulah ada ulama yang menyatakan haram dari sudut politik, kita menyokong syarikatnya, menyokong syarikatnya lebih lagi sehingga dengan kekayaanya akhirnya mereka pergi bom umat Islam, bunuh umat Islam dengan cara ni. Oleh demikian hukum terkadang tidak boleh lihat zahir semata-mata, pperlu juga melihat kepada hikmat syarak dan maqasidnya. Apabila kita lihat kepada maksud agama Islam terkadang kita akan menjadi tenang .

Oleh: Ahmad Syahin


Tuesday, November 27, 2012

MEMAHAMI HADITH ZINA DAN AL-LAMAM



حدّثنا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَ عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ (وَاللّفْظ لإِسْحَقَ. قَالاَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرّزّاقِ. حَدّثَنَا مَعْمَرٌ عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبّاسٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ شَيْئاً أَشْبَهَ بِاللّمَمِ مِمّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَنّ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِنّ اللّهَ كَتَبَ عَلَىَ ابْنِ آدَمَ حَظّهُ مِنَ الزّنَى. مُدْرِكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ. فَزنَى الْعَيْنَيْنِ النّظَرُ. وَزِنَى اللّسَانِ النّطْقُ وَالنّفْسُ تَمَنّىَ وَتَشْتَهِي. وَالْفَرْجُ يُصَدّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذّبُهُ". قَالَ عَبْدٌ فِي رِوَايَتِهِ: ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ. سَمِعْتُ ابْنَ عَبّاسٍ.

“Dari Ibnu Abbas dia berkata, ‘saya tidak berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al-Lamam (dosa-dosa kecil) selain apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah dari Nabi saw” Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bahagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka zinanya mata melihat, zinanya lisan adalah ucapan, sedangan nafsu berkeinginan dan berangan –angan, dan kemaluanlah sebagai pembenar atau tidaknya.” Abad berkata; dalam riwayatkanya dari Ibnu Thawus dari Bapaknya dengan lafazh, Aku mendengar Ibnu Abbas..(HR.Muslim: 2657)

حدّثنا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ. أَخْبَرَنَا أَبُو هِشَامٍ الْمَخْزُومِيّ. حَدّثَنَا وُهَيْبٌ. حَدّثَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "كُتِبَ عَلَىَ ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزّنَى. مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ. فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النّظَرُ. وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ. وَاللّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ. وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ. وَالرّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا. وَالْقَلْبُ يَهْوَىَ وَيَتَمَنّىَ. وَيُصَدّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذّبُهُ".

“Daripada Abu Hurairah , dari Rasulullah saw, beliau bersabda: “sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang tidak mustahil dan pasti akan dijalaninya. Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan  adalah menyentuh, zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti atau ditolak oleh kemaluan. (HR. Muslim: 2657)


Mafhum di dalam hadith ini sebenarnya perzinaan dan sebagainya telah ditakdirkan. Tetapi bukanlah makna Allah tentu, kita tidak mempunyai pilihan. Kita ada pilihan. Ketentuan Allah ada juga yang berupa qada’ mubram dan qada’ mualaq. Qada mualaq ialah  yang tergantung, apabila kita lakukan macam ni, natijahnya macam ni. Zina di dalam hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas ialah zina yang mengakibatkan dosa kecil, bukan zina sebenar yang mengakibatkan dosa besar. Zina ini telah ditetapkan oleh Allah kepada kita. Kata Ibnu Abbas‘‘Saya tidak berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna  Al-Lamam (dosa-dosa kecil) selain apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah, makna lamam dalam hadith di atas adalah tafsir daripada friman Allah swt,

  {الذين يجتنبون كبائر الإثم والفواحش إلا اللمم إن ربك واسع المغفرة}  

Maksudnya“ orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya(Surah Al-Najm: 32). Makna ayat ini, Allah lah yang maha mengampun orang-orang yang menjauhi maksiat selain daripada lamam seperti Firman Allah tadi. Firman Allah swt,

{إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم}

Maksudnya, “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)” (An-Nisa’: 31). Maksudnya, dua ayat tadi, apabila meninggalkan dosa-dosa besar akan mengugurkan dosa-dosa kecil seperti Al-lamam. Mengenai dosa-dosa kecil Allah swt boleh ampun, Cuma jangan memandang mudah dosa kecil tersebut, dosa kecil jika dilakukan berterusan akan menjadi dosa besar juga atau boleh membawa kepada dosa besar.

Zina yang dimaksudkan ini bukanlah zina sebenar, tetapi zina yang berkait rapat dengan zina sebenar. Zina sebenar ialah kemaluan dengan kemaluan. Maksud di dalam hadith tadi (Zina mata adalah melihat) iaitu dengan melihat kemudian meninkmati dan mengambil manfaat daripada penglihtan itu seperti berkahyal dan sebagainya. Sekiranya melihat dengan tidak sengaja, kemudian kita menolak maka tidak mengapa. (Zina lidah adalah berbicara) ialah mengucap, iaitu mengucap perkataan yang tidak patut untuk dibicarakan seperti menceritakan tentang hubungan suami isteri di hadapan isteri orang lain, mencarut dan sebagainya. Begitu juga bercakap dengan perempuan ajnabiah atau perempuan dengan laki-laki yang bukan suami, iaitu dengan maksud ingin seronok-seronok serta ghairah, ini juga termasuk zina lidah. Perbuatan seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan zina yang lebih besar. Bukan tidak boleh secara total bercakap dengan wanita ajnabi, Jika ada tujuan lain ia dibolehkan, seperti mahu jualbeli ada urusan dan sebagainya. Tetapi kalau dengan tidak ada tujuan, ghairah dan sebagainya ia termasuk zina lidah.

(Zina hati ialah berkeinginan dan berangan–angan) iaitu mengenai orang perempuan dan lelaki yang tidak halal baginya. Ini semua adalah zina nafsu atau hati. Hujung jatuh zina ini boleh pergi kepada penzinaan sebenar yakni dengan kemaluan.“ Al-lamam” ini adalah lintasan hati benda ini boleh terhapus dengan istighfar, ambil wuduk dan sebaginya. Tetapi tidaklah sampai kena hukum seperti zina sebenar(zina hakiki). (Zina telinga adalah mendengar) iaitu mendegar benda-benda yang boleh menaikkan nafsu, benda yang menjurus kepad zina sebenar, seperti kata-kata lembut dari perempuan ajnabiyyah dan sebagainya. (zina kedua tangan  adalah menyentuh) iaitu menggunakan tangan terutama yang boleh membawa kepad zina sebenar seperti sentuh perempaun ajnabiyyah dan sebagainya. Kesemua ini lanjutanya boleh sampai kepada zina sebenar.

Oleh demikian benda-benda seperti ini disekat di dalam Islam. Ini kerana ia boleh membawa kepada zina yang hakiki. Khalwat disekat sebab takut jatuh kepada zina hakiki. Tapi jika bercakap, melihat dan sebagainya bukan dengan maksud mengambil faedah ke arah zina tidak mengapa. Kalau berjumpa dengan perempuan ajnabi bercakap serta dalam keadaan tidak khalwat, disebabkan ada urusan perkahwinan dan sebagainya tidak megapa sebab ada tujuan. Penting menjauhi unsur–unsur tadi disebabkan ia boleh membawa kepada zina yang sebenar. Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah di dalam kita “khuturatul zina” ia menyatakan empat perkara yang besar yang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kepada zina, iaitu pertama penglihatan, kedua fikiran yang terlintas di hati, ketiga ialah ungkapan kata-kata dan keempat ialah langkah nyata untuk sebuah perbuatan.. Wallahu a’lam.. 


Oleh: Ahmad Syahin

---------------------------------

Syarah Imam Al-Nawawi:

قوله: (ما رأيت شيئاً أشبه باللمم مما قاله أبو هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله كتب على ابن آدم حظه من الزنا أدرك ذلك لا محالة، فزنا العينين النظر، وزنا اللسان النطق، والنفس تمني وتشتهي، والفرج يصدق ذلك أو يكذبه) وفي الرواية الثانية "كتب على ابن آدم نصيبه من الزنا مدرك ذلك لا محالة، فالعينان زناهما النظر، والأذنان زناهما الاستماع، واللسان زناه الكلام، واليد زناها البطش، والرجل زناها الخطى، والقلب يهوى ويتمنى، ويصدق ذلك الفرج ويكذبه" معنى الحديث أن ابن آدم قدر عليه نصيب من الزنا فمنهم من يكون زناه حقيقياً بإدخال الفرج في الفرج الحرام، ومنهم من يكون زناه مجازاً بالنظر الحرام أو الاستماع إلى الزنا وما يتعلق بتحصيله، أو بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده أو يقبلها، أو بالمشي بالرجل إلى الزنا أو النظر أو اللمس أو الحديث الحرام مع أجنبية ونحو ذلك، أو بالفكر بالقلب، فكل هذه أنواع من الزنا المجازي، والفرج يصدق ذلك كله أو يكذبه، معناه أنه قد يحقق الزنا بالفرج، وقد لا يحققه بأن لا يولج الفرج في الفرج وإن قارب ذلك والله أعلم وأما قول ابن عباس: ما رأيت شيئاً أشبه باللمم مما قال أبو هريرة فمعناه تفسير قوله تعالى: {الذين يجتنبون كبائر الإثم والفواحش إلا اللمم إن ربك واسع المغفرة} ومعنى الاَية والله أعلم الذين يجتنبون المعاصي غير اللمم يغفر لهم اللمم كما في قوله تعالى: {إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم} فمعنى الاَيتين أن اجتناب الكبائر يسقط الصغائر وهي اللمم. وفسره ابن عباس بما في هذا الحديث من النظر واللمس ونحوهما وهي كما قال هذا هو الصحيح في تفسير اللمم، وقيل أن يلم بالشيء ولا يفعله، وقيل الميل إلى الذنب ولا يصر عليه، وقيل غير ذلك مما ليس بظاهر، وأصل اللمم والإلمام الميل إلى الشيء وطلبه من غير مداومة والله أعلم




Sunday, November 25, 2012

KEWAJIPAN SUAMI DAN KEWAJIPAN ISTERI



Kewajipan Suami


حدثنا موسى بن إسماعيل، قال: ثنا حماد، أخبرنا أبو قزعة الباهليُّ، عن حكيم بن معاوية القشيري، عن أبيه قال: قلت:
يارسول اللّه، ما حقُّ زوجة أحدنا عليه؟ قال: "أن تطعمها إذا طعمت، وتكسوها إذا اكتسيت" أو "اكسبت" "ولا تضرب الوجه ولا تقبِّح، ولا تهجر إلا في البيت". قال أبو داود: "ولا تقبح" أن تقول: قبحكِ اللّه.


“Dari Hakim bin Mu’awiyah Al-Qusyairi dari ayahnya r.a. dia berkata : pernah aku bertanya: wahai Rasulullah, apakah kewajipan suami terhadap isterinya? Beliau menjawab: “ hendaklah kamu memberinya makan, apabila kamu makan, dan kamu memberinya pakain, apabila kamu berpakain atau berpenghasilan usaha. Dan jaganlah kamu memukuli wajah, janganlah kamumencelanya(buat sakit hati) dan jangan kamu memisahkan diri dari mereka(yang nusyuz), kecuali di dalam rumah.” Abu daud berkata; dan jaganlah kamu mencelanya (dengan perkataan atau cacian)dengan mengatakan, semoga Allah memburukkan wajahmu.  (HR Nasaai, Ibnu Majah dan Abu Daud:2142)


 
حدثنا ابن بشار، ثنا يحيى بن سعيد، ثنا بهز بن حكيم، حدثني أبي، عن جدي قال: قلت: يارسول اللّه، نساؤنا ما نأتي منهن وما نَذَرُ؟ قال: "ائت حرثك أنَّى شئت، وأطعمها إذا طعمت، واكسُها إذا اكتسيت، ولا تُقَبِّحِ الوجه، ولا تضرب". قال أبو داود: روى شعبة "تطعمها إذا طعمت، وتكسوها إذا اكتسيت".


Dari bahz bin Hakim dari ayahnya dari datuknya r.a. dia berkata: aku pernah berkata: wahai rasulullah ! isteri-isteri kami , apakah yang akan kami dapat ambil dari mereka dan apa pula yang kami biarkan? Jawab baginda: kamu datangilah ladangmu bagaimana kamu mahu, berilah dia makan kalau kamu makan, berilah dia pakain, apabila kamu berpakain. Janganlah kamu memburukkan muka(mempermalukannya) dan jangan memukulinya(tanpa syarat)”. Abu Daud berkata: Syu’bah telah meriwayatkan dengan; engkau memberinya makan apabila kamu makan dan memberinya pakain apabila kamu memakai pakain. (HR Nasaai dan Abu Daud:2143)


 حدثنا أحمد بن يوسف المهلبي النيسابوري، ثنا عمر بن عبد اللّه بن رزين، ثنا سفيان بن حسين، عن داود الوراق، عن سعيد، عن بهز بن حكيم، عن أبيه، عن جده معاوية القُشَيْريِّ، قال: أتيت رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم، قال: فقلت: ما تقول في نسائنا؟ قال: "أطعموهنَّ مما تأكلون، واكسوهنَّ مما تكتسون، ولا تضربوهن، ولا تُقَبِّحُوهُنَّ".


“Dari sa’id bin Hakim dari ayahnya dari datuknya Mu’awiyah Al-Qusyairi r.a. dia berkata: “Aku pernah pergi menghadap Rasulullah saw. Katanya: Kata Muawiyah: bagaimanakah tentang isteri-isteri kami? Beliau menjawab: “ berilah mereka makan, dari apa yang kamu makan. Berilah mereka pakain dari apa yang kamu pakai. Janganlah mereka kamu pukuli, dan jaganlah pula mereka kamu kata huduh(dengan perkataan dan cacian).”(HR, Nasaai, Abu Daud:2144  Dan tirmizi mengelurkan pula sebahagiannya serta dinyatakan sahih)


Kewajipan Isteri


 
حدثنا عمرو بن عون، أخبرنا إسحاق بن يوسف الأزرق، عن شريك، عن حصين، عن الشعبي عن قيس بن سعد قالأتيت الحيرة فرأيتهم يسجدون لمرزبانٍ لهم، فقلت: رسول اللّه أحقُّ أن يسجد له، قال: فأتيت النبي صلى اللّه عليه وسلم فقلت: إني أتيت الحيرة فرأيتهم يسجدون لمرزبانٍ لهم، فأنت يارسول اللّه أحق أن نسجد لك، قال: "أرأيت لو مررت بقبري أكنت تسجد له؟" قال: قلت: لا، قال: "فلا تفعلوا، لو كنت آمراً أحداً أن يسجد لأحدٍ لأمرت النساء أن يسجدن لأزواجهنَّ؛ لما جعل اللّه لهم عليهنَّ من الحقِّ".


“Dari Qays bin Sa’d dia berkata: Aku pernah mendatangi Hirah(di luar kota Kufah). Di sana aku melihat orang-orang bersujud kepada ketua mereka. Kataku: Rasulullah saw Lebih berhak untuk disujudkan berbanding dia. Kata Qays; Kemudian aku pergi mengadap Nabi saw., lalu kataku: sesungguhnya saya pergi ke Hirah. Di sana saya melihat mereka bersujud kepada ketua mereka (kepala suku mereka). Sebenarnya engkaulah wahai Rasulullah yang paling berhak untuk kami sujud!” Tanya beliau: Bagaimana kalau kamu lalu dikuburku, apakah kamu akan bersujud kepada kubur ku??” kata Qays: aku jawab: Tidak!”. Sabda baginda: “ jaganlah kalian lakukan! Kalau aku suka memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang, pasti yang aku perintah itu kaum wanita untuk bersujud kepada suami-suami mereka, kerana besar hak suami atas mereka yang telah ditetapkan Allah”. ( DR. Abu Daud:2140)


 حدثنا محمد بن عمرو الرازي، ثنا جرير، عن الأعمش، عن أبي حازم، عن أبي هريرة عن النبي صلى اللّه عليه وسلم قال: "إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه [فأبت] فلم تأته فبات غضبان عليها، لعنتها الملائكة حتى تصبح".


“Dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi saw beliau bersabda : “Apabila seorang suami mengajak tidur isterinya ke tilam, lalu isteri itu tidak memenuhinya sampai melewati malam suaminya(tidur) dalam keadaan marah kepadanya, maka malaikat melaknat isteri itu sampai kepagi”. (DR. Bukhari, Muslim, Nasaai dan Abu Daud 2141)


Oleh : Ahmad Syahin



Saturday, November 24, 2012

EMPAT GOLONGAN KAFIR, YAHUDI YANG RAKUS




Dalam Al-Quran banyak menceritakan tentang golongan kafir. Apabila kita membaca Al-Quran golongan ini dijelaskan oleh Allah swt satu-persatu sifatnya dan kenapa mereka ingkar tidak beriman. Orang mukmin banyak beroleh manfaat jika mengenali golongan kafir ini. Jika kita lihat di dalam surah Al-Baqarah banyak menceritakan perihal orang Yahudi, manakala surah Ali-Imran pula banyak menceritakan perihal orang Nasrani. Cerita-cerita seperti ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kita, terutama untuk mengenali golongan kafir. Golongan kafir yang disebut di dalam Al-Quran bukan terkena kepada kafir yang di zaman nabi sahaja, bahkan panduan untuk kita mengenali kafir yang ada pada zaman ini.

Gologan kafir sangat penting untuk kita kenali, ini kerana faktor pendorong kepada peperangan di dunia bukan atas dasar ekonomi semata-mata bahkan yang banyak faktor mendorong berlakunya peperangan dan konflik ialah disebabkan dorongan agama. Apabila satu golongan sudah mempunyai teologi bahawa membunuh orang Islam itu mendapat pahala seperti ajaran Yahudi maka harga orang Islam itu amat murah disisi mereka dan tidak hairan mereka boleh mengebom disana–sini orang Islam.

Golongan sesat dan kafir ini mengikut guru saya, boleh kita bahagikan kepada 4 golongan. Golongan–golongan ini sudah cukup untuk mewakili ajaran sesat yang ada di dunia sekarang. Empat jenis kafir yang sesat ini ialah 1.Yahudi, 2. Nasrani, 3. Musyrikin, 4.Munafiqin. Daripada empat golongan ini ada dua golongan yang keras terhadap orang Islam, dan ada yang lembut sedikit. Golongan yang keras ialah Yahudi dan Musyrikin, manakala golongan yang lembut sedikit ialah golongan Nasrani dan Munafikin. Banyak tempat di dalam Al-Quran menceritakan kekerasan dan sifat mereka, antara ayat yang boleh kita lihat ialah, firman Allah swt,       

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ. وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ. وَمَا لَنَا لا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ.

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.”. ( Surah Al-Maidah: 82)

 “ Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad saw.)”. (Surah Al-Maidah: 83). “ Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh?"( Surah Al-Maidah: 84)

Kafir yang pertama yang keras terhadap umat Islam di dalam ayat ini ialah golongan Yahudi. Yahudi memang disebut di banyak tempat di dalam Al-Quran tentang kesesatan mereka dan permusuhan mereka keatas orang Islam. Yahudi sampai sekarang pun mereka adalah makhluk yang jahat, bumi Palestin diratah oleh mereka tidak henti-henti semenjak tertubuhnya negara Israil pada 1948. Sebahagian umat tidak mengambil berat dan tidak mengenali musuh mereka, terutama jika tidak membaca Al-Quran. Ada yang menganggap gologan kafir ini sama sahaja, walhal ia sangat berbeza sama sekali. Bahayanya kaum ini tiap-tiap kali kita solat kita menyebut golongan ini di dalam surah Al-Fatihah yakni golongan yang dimurkai. Merekalah yahudi, yang membunuh, merampas bumi umat Islam Palestin dan merancang protokol untuk menguasai dunia. Ia bermula dengan Palestin dan seterusnya akan menakluk dunia kesemuanya. Sehingga Hitler pun pada masa hidupnya membunuh yahudi di Jerman kerana kejahatan mereka.

Kafir yang kedua ialah Musyrikin. Golangan kafir ini juga termasuk kafir yang keras terhadap orang-orang Islam. Di dalam ayat dia atas mengabungkan antara golongan ini dengan golongan yahudi. Kafir musrikin ialah golongan kafir yang agamanya menyembah berhala. Musyrikin bermaksud orang-orang yang syirik kepada Allah, mereka menjadikan patung –patung sebagai sembahan selain daripada Allah swt. Kafir ini dizaman nabi saw di Mekkah adalah mejoriti. Nabi saw pada dakwahnya di Mekkah melakukan dakwah kepada gologan inilah. Namun kita dapati kuat sekali penentangan daripada gologan ini. Sehingga Nabi saw pernah diugut bunuh, diejek dan berlaku berbagai tentang kepada dakwah Nabi saw. Kafir ini tidak terhad kepada zaman itu sahaja bahkan boleh juga kita lihat dalam konteks zaman sekarang. Sebagai contoh umat Islam di Kashmir dibunuh oleh golongan Hindu, di selatan Thailend umat Islam yang minoriti pernah dibunuh oleh golongan Buddha, umat Islam etnik rohigya yang minority di Myanmar dibunuh oleh golongan penyebah berhala Buddha.

Kafir yang dekat sedikit dengan orang Islam yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran disatas ialah gologan Nasrani. Kenapa demikian? Al-Quran menjawab bahawa dikalagan mereka ada gologan  “قِسِّيسِينَ “ yakni golongan pendeta yang mengkaji sungguh kitab, yang berpegang dengan kitab. Dan dikalagan mereka ada رُهْبَانًا  yakni gologan paderi-paderi (orang yang mengasingkan diri kerana Allah). Gologan paderi ini adalah ahli ibadat yang tidak mempunyai kepentingan dunia. Di akhir ayat ini Allah mengatakan bahawa  وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ  karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Mereka berbeza dengan golongan Yahudi. Namun tidak semua juga Nasrani yang mudha terima Al-Quran, golongan yang mudah terima adalah seperti diceritan ayat Al-Quran tadi gologan yang jenis mencari kebenaran. Ini kerana hakikatnya Ajaran Nasrani ini berada dalam kesesatan dan kecelaruan, kitab mereka deselewing dan agama mereka sudah masuk perkara –perkara yang karut-marut. Oleh demikan tanggung jawab kitalah untuk dakwah mudah-mudahan golongan yang sesat seperti ini mudah menerima kebenaran. Di dalam ayat tadi gologan ini dekat dengan orang Islam berbanding gologan Yahudi dan Musurikin.

Kafir yang keempat ilah gologan munafik, mereka adalah golongan yang zahirnya Islam tetapi hakikat batin mereka adalah kafir. Secara zahir mereka berada dalam masyarakat Islam tidak nampak dengan jelas permushan mereka terhadap orang Islam. Mereka datang ke masjid untuk menunaikan solat, tetapi hati mereka Allah sahaja yang tahu bahawa mereka tidak beriman. Gologan munafik bukan tidak boleh menerima Islam kesemunya, mereka boleh terima tetapi mereka tidak boleh terima bahagian–bahagin tertentu di dalam Islam seperti hudud, qisas dan hukum-hukum lain. Kekafiran mereka adalah secara batin, penyakit ini disebut didalam Al-Quran bahkan bahaya mempunyai sifat munafik. Golongan ini lunak sedikit dengan orang mukmin berbanding gologan musyrikin dan yahudi.. Wallahu a’lam..

Oleh : Ahmad Syahin