Sunday, May 26, 2013

ADA APA PADA ISTILAH?



Membuat isthilah yg baku bagi sesuatu makna adalah sesuatu perkara yg lumrah berlaku di dalam mana2 disiplin ilmu sekalipun. Ianya diharuskan untuk memudahkan perbahasan ilmu tersebut, dan meletakkan qaedah2 dan pembahagian2 perbahasannya.

Di dalam ilmu nahu misalnya ada istilah kalimah (perkataan), kalam (ayat yg lengkap), kalim (bbrp prkaaan yg tersusun) dan lain2. padahal istilah kalimah dikalangan ahli ilmu terdahulu adakalnya dgn makna satu ayat yang sempurna seperti kalimah tauhid, ia merujuk kepada La Ilaha Illallah, bgitu juga 'kalimatu labid' yg disebut dlm hadits nabi s.a.w, merujuk kpd kata2 labid 'ketahuilah sesungguhnya segala sesuatu selain Allah adalah palsu'. Tetapi tidak ada siapa dr kalangan ahli nahu yang mempertikaikan istilah kalimah dgn makna satu perkataan itu.

Inilah yang dilakukan oleh semisal Syeikh Mahmud Thahhan di dalam kitabnya Taisir Mushtholah Hadits, bahkan sebelumnya oleh Hafiz Ibnu Hajar melalui kitab Nukhbahnya, bahkan oleh sekelian Aimmah hadits, masing2 mempunyai istilah tersendiri, Imam Termidzi dengan Isthilah Hasannya, Imam Bukhari dengan 'fihi nazar'nya.

Apa yang menjadi kesalahan ialah apabila suatu istilah itu difahami secara umum seolah2 seluruh imam2 hadits memaksudkan begitu. Perkara ini telah disebutkan dan diberi peringatan Syeikh Mahmud Thahhan sendiri di dalam muqaddimah kitab Taisir tersebut. katanya 'Tidaklah aku berpendapat bahawa kitab ini sudah memadai daripada kitab2 ulama terdahulu dalam bidang ini, apa yang aku maksudkan hanyalah
supaya kitab ini menjadi kunci bg kitab2 terdahulu, menjelaskan perbahasan2 di dalamnya, dan memudahkan untuk sampai kepadanya. Kitab2 para imam dan ulama terdahulu tetap menjadi rujukan ahli2 ilmu dan orang2 yang berkecimpung dalam bidang ini, dan menjadi sumber air yang melimpah yg mereka dapat minum daripadanya'

Kerana itu dalam sistem pengajian madrasah kitab taisir mustholah adalah kitab ushul hadits pertama yang dipelajari, kemudian Nukhbatul Fikar oleh Hafiz Ibnu Hajar dgn syarahnya Nuzhatun Nazar, kemudian Tadribul Rawi oleh Al-Suyuthi. Begitulah pendekatan yang adil, meletakkan sesuatu masing2 pada tempatnya.

Adapun mengkritik istilah2 hadits di dalamnya dgn alasan ulama mutaqaddimin tidak memaksudkan begitu, sekalipun benar, ia adalah kritikan yang tidak kena pada tempatnya. Wallahu a'lam.. Hajat nak tulis panjang lg, tp setakat itu dulu..




TENTANG RIWAYAT PERAWI-PERAWI SYIAH


Ulama2 Ahli Sunnah berbeza pendapat mengenai bolehkah berhujjah dengan riwayat2 Syiah Rafidhah. Sekurang2nya ada 3 pendapat yang dikemukakan oleh imam2 hadits di dalam kitab2 mereka:

1- Riwayat mereka ditolak secara muthlaq

2- Riwayat mereka diterima secara muthlaq melainkan perawinya seorang yang berdusta dan mereka-reka hadits.

3- Sekiranya riwayatnya itu menyokong mazhabnya maka ia ditolak. Jika riwayatnya tidak menyokong mazhabnya, maka ia diterima.

(Mizanul I'tidal, Al-Zahabi: j2, 207, Al-Dhu'afa, Al-'Uqaili: 129)

Pendirian yang lebih cermat, tepat dan berhati2 ialah pendapat yang pertama. Ini kerana mereka adalah pereka hadits yg utama di zaman awal. Kata Imam Zahabi mereka ini ''Berdusta adalah syiar mereka, taqiyyah dan nifaq menjadi selimut mereka''. (Mizanul I'tidal:1, 118)

Ini juga pendapat kebanyakan 'ulama seperti Imam Malik, Imam Syafi'e, Ibnul Qayyim dan lain-lain.

Kata Imam Malik ''Janganlah kamu berbincang dengan mereka dan janganlah kamu meriwayatkan daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka mencipta hadits2 palsu dan menjadikannya sebagai agama''.

Imam Syafi'e berkata tentang mereka ''Aku tidak pernah dapati mereka yg lbh kuat bersaksi dengan kedustaan selain daripada Rafidhah''

Kata Syarik ''Ambillah ilmu daripada sesiapa sahaja yang engkau temui kecuali Rafidhah''

Yazid Bin Harun berkata ''Ditulis hadits daripada ahli bid'ah sekiranya dia tidak menyeru kepada pendapatnya kecuali Rafidhah, sesungguhnya mereka sering berdusta''.

(Mizanul I'tidal: j1, 146)

Ibnul Qayyim dalam kitabnya Al-Manarul Munif menyebutkan ''Rafidhah adalah sebesar2 pendusta dari sekelian kejadian Allah dan sekelian puak'' (Al- Manarul Munif: 152)

Al-Zahabi berkata ''Kebanyakan yang diriwayatkan oleh Rafidhah adalah dusta. Adalah menjadi kebiassaan mereka meriwayatkan perkara2 yang bathil, menolak riwayat2 yang shahih dan bersanad, mengkafirkan Sahabat, berselindung dengan selimut taqiyyah dan nifaq. Maka orang yang begini keadaan mereka, tidak boleh diterima riwayat mereka dan dibuat hujjah dengan kata2 mereka''. (Mizan: j1, 119)

Kata Hafiz Ibnu Hajar ''Syiah adalah golongan yang tidak boleh dipercayai nukilan mereka'' (Lisanul Mizan: j2: 119)

Mengikut Dr Khalid Kabir 'Allal, riwayat yg direka oleh Syiah atas nama Saidina Ali dan Ahlul Bait lebih kurang tiga ratus ribu lebih hadits. (madrasatul kazzabin: 31).

Maka jauhilah riwayat-riwayat pendusta-pendusta seperti Muhammad Bin Ishaq Bin Yasar, Muhammad Bin Umar Al-Waqidi, Hisyam Bin Muhammad Al-Kalbi dan lain2 perawi syiah, mereka sebenarnya bertaqiyyah! Wallahua'lam.





PERLUKAH MENTAKHRIJ HADITH MENGGUNAKAN ISTILAH IMAM-IMAM MUTAQADDIMIN TERDAHULU




Sebelum ini saya terbaca dalam satu post di fb ini yg lebih2 kurang berbunyi 'istilah2 takhrij hadits yg saya gunakan dalam post2 saya di fb ini adalah isthilah imam mutaqaddimin, jadi ia hendaklah difahami dalam kerangka kefahaman manhaj mutaqaddimin tersebut'.

Saya tertanya, kenapa perlu mentakhrij hadits dengan menggunakan istilah2 imam mutaqaddimin? Dan salahkah mentakhrij hadits mengikut isthilah yang telah dibakukan sebagaimana yg terdapat dalam kebanyakan kitab2 ushul hadits hari ini?

Hakikatnya tidak mengapa bagi seseorang itu untuk menggunakan isthilah2 yang terdapat di dalam kitab2 ushul hadits hari ini. Isthilah2 ini bukanlah suatu bid'ah ilmiyyah, apatah lagi bid'ah syar'iyyah, kerana ia tidak berkait dengan soal amal ibadat yang mesti tsabit daripada nas2 syara' yang jelas. Isthilah2 tersebut dibakukan hanya untuk memudahkan kefahaman suatu bidang ilmu itu, serta meletakkan qaedah2 dan pembahagian2 perbahasannya. Perkara ini lumrah berlaku dalam mana2 disiplin ilmu sekalipun. 

Kata Ibnul Qayyim 'Kita tidak menolak lahirnya isthilah2 baru di setiap zaman'. Katanya lagi 'Ini adalah perkara yang umum berlaku bagi setiap ahli reka cipta peralatan2 baru, bahkan juga ahli2 di dalam setiap bidang ilmu pengetahuan. Mereka telah telah membakukan isthilah dengan lafaz2 yang mereka gunakan di dalam ilmu mereka dengan tujuan supaya ia difahami dan memberi kefahaman'. (Mukhtasar Shawaiq Mursalah: 272)

Di tempat lain beliau berkata 'Isthilah2 itu tidak ada permasalahan padanya apabila ia tidak mengandungi mafsadah'. (madarijul salikin: j3: 306)

Maka sayugia bagi setiap orang yang bersandar kepada suatu bidang ilmu seperti ilmu ushul hadits sbgi contoh, beriltizam dengan isthilah2 yang telah dibakukan di dalam ilmu tersebut. 

Adapun menggunakan isthilah2 ulama mutaqaddimin dalam ilmu ushul hadits, itu seolah2 menafikan sumbangan para alim ulama selepas zaman ulama2 mutaqaddimin itu, sedangkan kesemua mereka telah berjasa di dalam membangunkan ilmu ushul hadits ini. 

Bahkan perbuatan seperti itu hanya akan meruntuhkan keseluruhan binaan ilmu ushul hadits itu sendiri yang telah diasaskan sejak sekian lama oleh para alim ulama.

Kerana itu kata Al-Syeikh Thahir Al-Jazairi 'Para muhaqqiq menyebutkan bahawa sayugia bagi seseorang yang ingin membincangkan sesuatu di dalam satu bidang ilmu itu menggunakan lafaz2 yang ma'ruf di dalam ilmu tersebut, yg digunakan kepada suatu makna yang ma'lum di sisi ahlinya. 

Orang yg menyalahi adab ini sama ada tidak mengerti tuntutan keadaan atau dia bertujuan mengelirukan dan mewujudkan kekacauan ilmu pengetahuan. Yang demikian itu contohnya seperti seseorang itu berkata tentang hadits dhaif: 'hadits ini hasan', lalu apabila dia dibantah dia berkata yang saya maksudkan dengan hasan itu dari segi bahasanya, kerana ia mengandungi makna yang baik. Orang yang mengucapkan seperti ini adalah seorang perosak yang menyamar sebagai seorang yang tidak bersalah. ('azil fi shurati 'azir). 

(Taujihul Nazhar Ila Ushul Ahlil Athar: 1, 78)

Wallahua'lam.



5 JENIS ILMU DALAM AL-QURAN


Mengikut Syah Waliyullah dalam kitabnya Al-Fauzul Kabir Fi Ushulil Tafsir, keseluruhan isi kandungan Al-Quran tidak lari daripada menerangkan tentang 5 jenis ilmu. Seluruh ayat2 Al-Quran dapat digolongkan dalam salah satu daripada ilmu2 ini. 


Sekiranya seseorang itu mentafsirkan Al-Quran dengan tidak dikaitkan kepada salah satu dari ilmu ini, maka tafsirannya dikira terseleweng dan menyimpang dari maqsud dan tujuan Al-Quran yang sebenar. Lima jenis ilmu itu ialah:



1- Ilmu Dialog / Perdebatan



Yang dimaksud dengan ilmu perdebatan di sini iaitu ilmu tentang bagaimana Al-Quran berhujjah dengan 4 golongan sesat utama di dalam Al-Quran, 
iaitu Musyrikin, Yahudi, Nasara, dan Munafiqin.



Menurut Syah Waliyullah, seluruh golongan sesat di dalam dunia di sepanjang zaman tidak lari daripada 4 golongan ini, cuma dengan rupa dan watak yang berbeza. 



Justeru itu, seseorang yang mempelajari Al-Quran perlu mengenali secara terperinci ciri2, sifat2, serta bentuk2 kesesatan mereka ini, dan bagaimana cara2 berhujjah dengan mereka. Yang demikian itu supaya seseorang itu dapat berhadapan
dengan golongan ini dan terselamat daripada terjebak kedalam kesalahan yang sama tanpa disedari.



Dalam kitabnya Al-Fauzul Kabir, Syah Waliyullah telah menjelaskan satu persatu perihal 4 golongan ini. Dengan kekuatan daya istiqra'nya beliau telah membuat khulasah daripada keseluruhan ayat2 Al-Quran tentang golongan2 ini dan merumuskan bentuk2 kesesatan mereka, sebab2nya serta bagaimana Al-Quran berinteraksi dan berhujjah dengan mereka.



-------------------------------------------------



Dalam keseluruhan perbahasannya, beliau menekankan bahawa kesemua bentuk2 kesesatan yg disebutkan itu tetap ada dan akan terus wujud di sepanjang zaman. Di bawah bab 'AlQuran adalah kitab untuk sepanjang zaman' beliau menulis: 



''Walaubagaimanapun, jika engkau membaca Al-Quran maka janganlah engkau menyangka bahawa dialog dan perdebatan itu hanya dituju kepada kaum yang telah lalu, bahkan sebenarnya tidak ada satu pun cobaan (sama ada yg berkait dengan aqidah atau amalan) yang wujud pada zaman dahulu melainkan pasti ia
juga wujud pada hari ini dengan cara melihat contoh2nya''. (Fauzul Kabir: 98)



Beliau telah memberikan contoh bagi setiap drpd 4 golongan tersebut:



- Jika ingin melihat contoh kesesatan golongan Musyrikin Mekah pada hari ini maka lihatlah kepada golongan2 pendalaman yang jauh daripada syiar2 Islam. Mereka menyeru di qubur2 dan pintu2nya, dan lihatlah bagaimana fahaman tasybih dan tahrif telah meresap ke dalam fahaman mereka.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Yahudi, maka lihatlah 'ulama2 su' yang mencari dunia yang sering mengikut golongan terdahulu dengan membuta tuli sambil mengenepikan nas2 Al-Quran dan Sunnah. Mereka sering bersandar kepada pendapat atau amalan yang menyimpang dan keterlaluan daripada seseorang alim yang tertentu. Mereka berpegang kepada sangkaan aqal mereka sendiri, lalu mengenepikan sabdaan Nabi s.a.w.. Mereka menjadikan hadith maudhu' dan tafsiran2 yang salah sebagai panduan. Mereka tidak ubah seperti Yahudi sebenar.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Nasara, maka lihatlah anak2 cucu para wali dan masyaikh, bagaimana kepercayaan mereka terhadap datuk nenek mereka itu, dan sampai ketahap manakah kekufuran dan kesyirikan mereka dengan sebab datuk nenek mereka itu.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Munafiqin, maka pergilah ke majlis2 para pembesar dan lihatlah orang2 yang berada di samping mereka dan pembodek2 mereka. Mereka lebih mengutamakan kehendak para2 pembesar daripada kehendak dan keredhaan Allah s.w.t.. Begitu juga dengan golongan2 pemikir yang mengutamakan aqal, yg bersarang di dalam hati mereka pelbagai keraguan2 dan
kesamaran kerana semata bergantung kepada aqal sehingga lupakan akhirat. Mereka juga contoh kesesatan golongan Munafiqin. 



- Sedutan & ringkasan daripada artikel panjang ''Lima Jenis Ilmu Al-Quran Menurut Syah Waliyullah Al-Dehlawi'' simpanan sendiri. 



(Selebihnya lihat Al-Fauzul Kabir: 99 - 125)



MASALAH PEMBAHAGIAN HADITH KEPADA MUTAWATIR DAN AHAD





Ada sesetengah golongan yang mendakwa bahawa pembahagian hadith kepada mutawatir dan ahad adalah pembahagian ulama terkemudian, ia tidak wujud di kalangan ulama mutaqaddimin. 



Dan ini pembahagian ini sebenarnya adalah pengaruh daripada ilmul kalam dan mu'tazilah yang ingin menolak kebanyakan hadith dengan alasan ianya ahad. Dengan itu pembahagian ini tidak boleh diterima. Ertinya pada pandangan mereka tidak ada apa yang namanya hadith ahad dan hadith mutawatir.



Jawapan:



1- Mengingkari pembahagian hadith kepada mutawatir dan ahad ini pada hakikatnya mengingkari sesuatu yang real dan terbukti dalam kenyataan. Kenyataan menunjukkan di sana ada berita yang diberitahu oleh seorang, dua orang, tiga orang, sepuluh orang, seratus orang dan seterusnya. Begitulah juga dengan hadith. Ini adalah sesuatu yang terbukti nyata bagi semua orang. Mengingkari perkara ini samalah seperti mengingkari kewujudan matahari.



2- Adalah sesuatu yang badihi (simple @ mudah) bahawa nilai berita yang disampaikan oleh seorang atau dua orang tidak dapat menyamai nilai berita yang disampaikan oleh jumlah yang ramai. Adakah sama nilai sesuatu hadith yang disampaikan oleh seorang dua perawi dengan hadith yang disampaikan oleh sepuluh atau 20 orang perawi? Tentu sekali tidak sama. Ini perkara yang mudah, tidak perlu kepada dalil untuk membuktikannya, sebagaimana kewujudan matahari atau kewujudan rasa lapar tidak memerlukan kepada dalil.



3- Berdalilkan dengan kenyataan seperti 'kesan daripada pembahagian ini orang mudah menolak sesuatu hadith dengan alasan ianya ahad' adalah istidlal yang rapuh. 



Tidak semestinya menerima pembahagian ini menyebabkan seseorang itu menolak hadith ahad semata2 kerana ia ahad. 'Ulama2 yang menerima pembahagian ini seperti Ibnu Shalah, Hafiz Ibnu Hajar, Al-Sakhawi dan sekelian ramai ahli2 hadith tidak pula mudah2 menolak sesuatu hadith ahad. Bahkan mereka menolak sekeras2nya pendapat golongan mu'tazilah yang tidak menerima hadith ahad. Jadi yang dipertikaikan ialah penolakan terhadap kehujahan hadith ahad, bukan kewujudan hadith ahad itu sendiri.



Kerana itu Al-Syeikh Ahmad Syakir dalam ta'liqnya terhadap kitab Al-Ba'ith Al-Hathith selepas menerima pembahagian ahad - mutawatir beliau berkata 
'Pedulikan pembezaan yang dibuat oleh golongan ahlul kalam diantara ilmu dan zhann, kerana mereka memaksudkan ma'na yg tidak seperti engkau maksudkan (Al-Ba'ith Al-Hathith: j1, 127)



Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini tanpa menerima kesan seperti pegangan mu'tazilah itu maka tidak ada sebarang kesalahan. Apatah lagi pembahagian dan isthilah hadith mutawatir dan ahad ini telah diterima umum oleh sekelian ramai 'ulama termasuk Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim yang banyak menolak isthilah2 ilmu kalam (ilmul hadith: 40 / 58, Shawa'iq Al-Mursalah: j4, 1459). 



4- Beristidlal dengan kesan seperti itu juga salah dari sudut kaedah mantiq.



Penolakan golongan mu'tazilah terhadap hadith ahad adalah satu kesan tidak mesti dan bersifat terpencil (juz'ie) daripada pembahagian ini. Maka istidlal seperti itu salah dari dua sudut:



a- Antara pembahagian hadith ahad - mutawatir dengan penolakan mu'tazilah terhadap hadith ahad tidak ada sebarang mulazamah (kemestian). Maka kebathilan golongan mu'tazilah menolak hadith ahad tidak memestikan kebathilan pembahagian hadith kepada ahad dan mutawatir.



b- qadhiyyah juziyyah (kenyataan terpencil) tidak boleh menafikan qadhiyyah kulliyyah. Seperti kenyataan 'PAS di kalah di Jeli' tidak menafikan kemenangan PAS di Kelantan. Begitu juga, penolakan Mu'tazilah terhadap hadith ahad itu adalah qadhiyyah juz'iyyah, sementara pembahagian hadith kepada ahad - mutawatir adalah qadhiyyah kulliyyah. Maka wujudnya yang pertama itu tidak menafikan yang kedua.



5- Benarkah pembahagian ini adalah pembahagian ulama kemudian sahaja? Dan benarkah pembahagian ini adalah kesan daripada pengaruh 'ulama ilmul kalam? Atau ianya disebabkan kenyataan hadith itu sendiri yang memang ada diantaranya diriwayatkan oleh ramai perawi dan diantaranya diriwayatkan oleh perawi yg sedikit?


Memang tidak dinafikan bahawa pembahagian dengan jelas terperinci seperti hari ini belum wujud dengan jelas dikalangan 'ulama hadith terdahulu, tetapi isyaratnya sudah ada dimana mereka telah menerima perbezaan nilai diantara hadith yang diriwayatkan oleh seorang dua perawi dengan yg diriwayatkan olh ramai perawi. 



Kerana itu penggunaan kata2 dn isthilah seperti 'ini hadith fard' (diriwayatkan oleh seorang perawi), hadith hasan, atau 'hadith ini diriwayatkan secara berseorangn oleh perawi sekian2' telah biasa digunakan oleh ulama2 terdahulu.



Begitu juga ungkapan seperti 'hadith ini diriwayatkan oleh tidak seorang perawi drpd perawi sekian2' atau 'hadith ini juga diriwayatkan oleh perawi sekian2'. Ini boleh didapati dalam banyak kitab2 ulama2 terdahulu seperi Shahih Bukhari, Sunan Termidzi, Sunan Abu Daud dan lain2.



Ungkapan2 seperti ini jelas menunjukkan perbezaan dintara hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi dengn hadith yang diriwaytkan oleh perawi yang sedikit, dan nilainya juga berbeza.



Bahkan Imam Bukhari dengan jelas telah membuat sebuah kitab di dalam Jami' Shahihnya dengan tajuk 'Kitab Akhbar Al-Aahad' (Bukhari: j2, 1079). 



Nah, ini dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan pembahagian ini adalah pembahagian ulama hadith terkemudian akibat pengaruh ilmul kalam adalah dakwaan yang palsu.



Adapun jika dikatakan bahawa pembahagian ini asalnya adalah daripada kitab2 usul fiqh yang bersumberkan ilmu kalam, lalu ulama hadith yang terpengaruh dengn ilmul kalam mengambil pembahagian ini dan memasukkan kedalam kitab2 mereka, maka jawapannya ialah tidak ada sebarang kesalahan pun pada perkara itu. 



Apa masalahnya jika sebahagian ilmu itu terkesan dengan ilmu2 yg lain, apatah lagi jika semuanya ilmu syariat. Memang begitulah sifatnya ilmu hadith pada zaman para 'ulama dahulu kerana seorang ahli hadith itu juga adalah seorang ahli usul fiqh bahkan juga seorang mufassir seperti Imam Syafi'ie, Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari, Al-Khatthabi, Hafiz Ibnu Hajar dan lain2. Tidak seperti sesetengah
manusia zaman ini yang menisbahkan diri kepada ahlul hadith tetapi tidak ada pengetahuan sedikitpun tentang fiqh hadith, atau ilmu usul fiqh usul tafsir dan lain2.



Tinggal lagi, tentang isthilah mutawatir dan ahad itu sendiri. Maka jawapan ringkasnya ialah sebagaimana qaedah yang telah dirumuskan oleh para 'ulama:



1- 'Al-'ibratu bil ma'na la bil lafzh'. Yang diambil kira ialah makna, bukan lafaz.
2- 'La Musyahhata Fil Isthilah'. Tidak ada sebarang permasalahan pada isthilah.



Jika kita ingin memakai logik menolak isthilah2 baru seperti itu, nescaya kita perlu menolak kesemua isthilah2 baru yang terdapat dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan hari ini. Tentu sekali ini mustahil.



Nyatalah dengan ini bahawa pembahagian hadith kepada mutawatir dan ahad itu adalah sesuatu yang sah dan thabit dan penolakan terhadapnya adalah satu kesilapan. 



Wallahua'lam.


Saturday, May 4, 2013

AYAT QURSI WAKAF 9






اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
 لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ
 لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ
 يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ
 وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ
 وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ



“ Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (Al-Baqarah: 225-257)



 Oleh: ahmin



Thursday, May 2, 2013

MERAWAT PENYAKIT WAS-WAS



Was-was adalah sejenis penyakit rohani yang berkait dengan ganguan syaitan. Was-was ada beberapa bentuknya, ada yang berkaitan dengan akidah dan ada yang berkaitan dengan ibadat. Penyakit ini biasanya mula terkena kepada pelajar-pelajar yang baru mahu belajar agama dan tidak mustahil dia juga boleh terkena kepadaorang tua yang masih rendah tahap pengetahuan agama. Penyakit ini adalah ganguan yang dilakukan syaitan untuk mengecewakan seseorang dalam beragama dan untuk menyusahkan dalam beribadat kepada Allah swt.

Apabila was-was ini berkaitan dengan akidah maka ia sangat bahaya sehingga boleh mejerumuskan seseorang ke lembah kekafiran. Was-was dari sudut ibadah pula ialah menyebabkan seseorang itu susah untuk melakukan ibadat sehingga memakan masa berjam-jam lamanya padahal perkara tersebut boleh diselesaikan dalam masa lima minit. Was-was jelas disebut di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Nas ayat 4.

Was-was di dalam akidah juga bahaya ia juga telah disebutkan dalam hadith-hadith Nabi saw. Antaranya hadih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra,

حدثنا يحيى بن بكير: حدثنا الليث، عن عقيل، عن ابن شهاب قال: أخبرني عروة: قال أبو هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا، من خلق كذا، حتى يقول: من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته).

“Berkata Abu Hurairah Ra. Bersabda Rasulullah saw: Syaitan datang kepada salah seorang daripada kamu kemudian dia berkata: “ siapa yang menciptakan ini? Siapa yang menciptakan ini sehingga ia mengatakan siapa yang menciptakan tuhan mu?” Jika sampai kepadanya (syak tersebut) maka hendaklah dia isti`azah minta perlindungan kepada Allah dan berhenti (dari memikirkannya)” (HR Bukhari 3102 dlm Khalq `Afalul`Ibad 11,Bab Sifat Iblis dan tenteranya)

Jelas was-was bukan terhad kepada perkara ibadat sahaja. Tujuan akhir syaitan ialah supaya manusia syak terhadap Allah swt. Di dalam hadith-hadith lain menyebutkan bahawa apabila sampai ke peringkat ini kita kena membaca surah “Al-Ikhlas” . Dalam bab akidah seperti ini penawarnya ialah menyakan kemusykilan kepada orang-orang yang alim supaya dapat menyelsaikanya. Perkara ini seperti ubat juga , ubatanya perlu diatasi dengan ilmu.

Penyakit was-was di dalam ibadat pula timbul akibat tidak mumpunyai ilmu yang cukup serta banyak mengikut hawa nafsu dan syaitan. Ia juga timbul disebabkan terlalu memayah-mayahkan urusan agama sehingga menyulitkan diri. Sedangkan agama dibina diatas kemudahan dalam apa–apa hal sekalipun, Daripada Abi Hurairah ra, Nabi saw bersabda :

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ


"Sesungguhnya agama Islam itu mudah. Tidak ada  sesiapapun mahu menyukarkan agama itu melainkan dia akan dikalahkan. Oleh itu carilah yang paling tepat dan (jika kamu tidak mampu mencapainya) cubalah mendekatinya, disamping terimalah berita gembira dan carilah pertolongan Allah di waktu pagi, petang dan sebagian malam" (HR, 38. Bukhari, kitabul Iman, bab agama itu mudah)


TIPS MENUTUP PINTU WAS-WAS

1.       Berdoa Ketika Memasuki Tandas


وَعَنْهُ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْخَلَاءَ قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِأَخْرَجَهُ اَلسَّبْعَة

“ Daripada Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila masuk kakus beliau berdo'a: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina." Sahih Dikeluarkan oleh Imam Tujuh, Bukhari:142, Muslim: 375.


2.       Jangan Berada Lama Dalam Tandas

Ini kerana tandas adalah tempat tinggal syaitan. Mengikut kenyataan Jin muslim yang berdailog dengan Syekh Muhammad Isa Daud sendiri bahawa syaitan menjadi tempat tinngal di tandas, dialognya seperti berikut,

Jin Muslim sahabat saya itu mengatakan, "Aku akan menyampai-kan kepadamu suatu peringatan yang sangat penting."

Muhammad Isa  :  "Bagus, insyaAllah, akan berguna," jawab saya.

Jin Muslim             : "Setan-setan amat suka hidup di telaga kosong. Najis-najis dan kotoran sangat menarik mereka. Karena itu, jika mereka mendengar azan, maka mereka pergi jauh-jauh ke tempat-tempat di dekat air. Mereka menutup telinga mereka dengan kedua tangan mereka, atau menutupkan baju mereka ke kepala mereka. Bahkan di antara mereka ada yang bersembunyi di lubang-lubang pembuangan dan kotoran. Itu sebabnya pula, maka jika engkau masuk ke tandas untuk berwudhu', dahulukan kaki kirimu, sambil mengucapkan doa, A'udzu billahil-'azhim minal-khubutsi wal-khabaits (Aku berlindung kepada Allah Yang Mahaagung, dari gangguan setan jantan dan setan betina).

'Ingatkan kepada kaum wanita, agar mereka tidak membuang air (panas) mendidih di lubang-lubang WC tanpa menyebut asma Allah dan tidak pula memohon perlindungan kepada-Nya dari gangguan setan yang terkutuk. Kadang-kadang air tersebut dapat mematikan setan, sehingga keluarganya mencoba melakukan balas dendam ter-hadap, pemilik rumah, khususnya kaum wanita yang melakukan hal itu. Kalau mereka (setan-setan) bisa menampakkan diri (menyurupi tubuh mereka), niscaya mereka akan melakukan hal itu...."


3.       Jangan Membazir Air

Allah melarang melakukan pembaziran, ia juga amalan yang tidak baik dan termasuk amalan syaitan, firman Allah:

وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” Al-An’aam:141

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” Al-Israa:27

Jika kita boros nescaya kita mendekatkan diri kepada syaitan, kalimah “ikhwah” bermaksud kita serupa dengan mereka dalam melakukan amalan buruk. Adapun keterangan yang dapat menjelaskan makna yang terkandung dalam ayat yang ditafsirkan, yang dapat dari hadis-hadis Nabi adalah sebagai berikut:

427 - وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : " نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .

 “ Diriwayatkan dari Abdullah Bin Amru Bin Asr ra, Ia berkata: Bahawa Rasulullah saw, lalu berhampiran dengan Saad yang sedang berwudu', lalu Rasulullah bersabda: "Pembaziran apa ini wahai Saad!". Saad berkata: "Apakah pada berwudu' ada pemborosan? "Rasulullah saw bersabda: Ya, sekalipun kamu berada di tepi sungai yang mengalir".


4.       Jangan Mengulangi Wudu’ Kecuali Jelas Batal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا؟ فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًاأَخْرَجَهُ مُسْلِم

“ Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu merasakan sesuatu dalam perutnya kemudian dia ragu-ragu apakah dia mengeluarkan sesuatu (kentut) atau tidak maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid kecuali ia mendengar suara atau mencium baunya" (Sahih Muslim:362, dalam Al-Haid)
Ini berdasarkan kaeedah “ keyakinan tidak hilang dengan datangnya syak(was-
was)”. Hadith ini jelas bahawa jika sekadar syak wudu’ kita masih ada, kecuali
setelah ada bukti iaiatu mencium bau atau mendenagar suara.


5.       Taawuz Dan Ludah Tipis Kekiri Jika Was-Was

حدثنا يحيى بن خلف الباهلي حدثنا عبد الأعلى عن سعيد الجريري عن أبي العلاء أن عثمان بن أبي العاص أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إن الشيطان قد حال بيني وبين صلاتي وقراءتي يلبسها علي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثا قال ففعلت ذلك فأذهبه الله عني حدثناه محمد بن المثنى حدثنا سالم بن نوح ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا أبو أسامة كلاهما عن الجريري عن أبي العلاء عن عثمان بن أبي العاص أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر بمثله ولم يذكر في حديث سالم بن نوح ثلاثا وحدثني محمد بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا سفيان عن سعيد الجريري حدثنا يزيد بن عبد الله بن الشخير عن عثمان بن أبي العاص الثقفي قال قلت يا رسول الله ثم ذكر بمثل حديثهم
“ Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam kitabnya, bahawa Utsman bin Abi al-‘Ash berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah Saw: Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menghalangi diriku supaya tidak mengerjakan solat dan inilah aku alami. Lalu Rasulullah saw bersabda: itu adalah syaitan ‘kinzab ‘apabila engkau merasa bahawa dia menganggu dirimu, maka berlindunglah kepada Allah swt, kemudian berludah tpis ke arah kiri anda sebanyak tiga kali. Kemudian aku melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw itu, maka Allah menghilangkan was-was syaitan daripada diriku”.( Sahih Muslim: 2203, dlm kitabul salam)

6.       Jangan lafaz Niat Solat, Niat Hanya Di Hati

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi,
وهذه النية عمل قلبي خالص، وليست من أعمال اللسان، ولذا لم يعرف عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه ولا عن تابعيهم بإحسان من سلف الأمة: التلفظ بالنية في العبادات، مثل الصلاة والصيام والغسل والوضوء، ونحوها، وهو ما نرى بعض الناس يجهدون أنفسهم في الإتيان به، مثل قولهم: نويت رفع الحدث الأصغر أو الأكبر، أو نويت صلاة الظهر أو العصر أربع ركعات على لله العظيم، أو نويت الصيام غدا في شهر رمضان.. الخ، وكل هذا لم يأت به قرآن ولا سنة. ولا معنى له، إذ لا يقول الإنسان إذا أراد الذهاب إلى السوق: نويت الذهاب إلى السوق، أو إذا نوى السفر: نويت السفر! ونقل الزركشي عن الغزالي في فتاويه قوله: أمر النية سهل في العبادات، وإنما يتعسر بسبب الجهل بحقيقة النية أو الوسوسة

(Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tiada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”. klik

7.       Lawan Was-Was Syaitan Dalam Solat

عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( يَأْتِي أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فِي صَلَاتِهِ فَيَنْفُخُ فِي مَقْعَدَتِهِ فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ أَحْدَثَ وَلَمْ يُحْدِثْ فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ فَلَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًاأَخْرَجَهُ اَلْبَزَّار
وَأَصْلُهُ فِي اَلصَّحِيحَيْنِ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْد
وَلِمُسْلِمٍ: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ نَحْوُهُ
وَلِلْحَاكِمِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ مَرْفُوعًا ( إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فَقَالَ: إِنَّكَ أَحْدَثْتَ فَلْيَقُلْ: كَذَبْتَ ) وَأَخْرَجَهُ اِبْنُ حِبَّانَ بِلَفْظِ ( فَلْيَقُلْ فِي نَفْسِهِ )

“ Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Setan itu akan mendatangi seseorang di antara kamu pada saat dia shalat lalu meniup pada duburnya dan membuatnya berkhayal seakan-akan ia telah kentut padahal ia tidak kentut Jika ia mengalami hal itu maka janganlah ia membatalkan shalat sampai ia mendengar suara atau mencium baunya" (Hadith ini Sahih dengan syawahidnya, dikeluarkan oleh al Bazzar dalam Musnadnya)
Hadits tersebut berasal dari shahih Bukhari-Muslim dari hadits Abdullah Ibnu Zaid
Hadits serupa juga terdapat dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah
Menurut Hakim dari Abu Said dalam hadits marfu' : "Apabila setan datang kepada seseorang di antara kamu lalu berkata: Sesungguhnya engkau telah berhadas hendaknya ia menjawab: Engkau bohong" Hadits ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dengan lafadz: "Hendaknya ia mengatakan dalam hatinya sendiri"


AMALAN SEHARI-HARI

CARA PERTAMA:
Amalkan baca muawizatain. Baca surah Al-Falaq 41 x dan surah Al-Nas 41x. Atau muawizat yang lain. Bilanganya tidak terhad.

CARA KEDUA:
Baca “ (لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير)
 Setelah  subuh 100kali dan setelah magrib 100kali. Boleh menjadi pendinding diri dari godaan syaitan.

CARA KETIGA
Belajar dan bertanyakan hukum kepada orang yang alim dalam perkara yang was-was

CARA KETIGA:
Amalkan baca Manzil setelah subuh, Setelah Asar, Setelah magrib sehingga sembuh, “jika ganguan teruk”.

CARA KEEMPAT:
Amalkan bacaan ini, diusap di dada selepas solat:

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ    


AMALAN RUTIN

Membaca Al-Quran

Menghadiri Majlis Ilmu dan nasihat agam di masjid

Hadir solat jamaah di masjid

Latih diri supaya sentiasa khusyu’ dalam solat

Memanjangkan waktu sujud dan banyakkan istigfar di dalamnya

Banyakkan rehat yang membawa kepada tidur

Banyak kan bersenam dan rehlah ke daerah-daerah lain memikirkan kekuasaan Allah.



Oleh:  Ahmad Syahin