Sunday, May 26, 2013

5 JENIS ILMU DALAM AL-QURAN


Mengikut Syah Waliyullah dalam kitabnya Al-Fauzul Kabir Fi Ushulil Tafsir, keseluruhan isi kandungan Al-Quran tidak lari daripada menerangkan tentang 5 jenis ilmu. Seluruh ayat2 Al-Quran dapat digolongkan dalam salah satu daripada ilmu2 ini. 


Sekiranya seseorang itu mentafsirkan Al-Quran dengan tidak dikaitkan kepada salah satu dari ilmu ini, maka tafsirannya dikira terseleweng dan menyimpang dari maqsud dan tujuan Al-Quran yang sebenar. Lima jenis ilmu itu ialah:



1- Ilmu Dialog / Perdebatan



Yang dimaksud dengan ilmu perdebatan di sini iaitu ilmu tentang bagaimana Al-Quran berhujjah dengan 4 golongan sesat utama di dalam Al-Quran, 
iaitu Musyrikin, Yahudi, Nasara, dan Munafiqin.



Menurut Syah Waliyullah, seluruh golongan sesat di dalam dunia di sepanjang zaman tidak lari daripada 4 golongan ini, cuma dengan rupa dan watak yang berbeza. 



Justeru itu, seseorang yang mempelajari Al-Quran perlu mengenali secara terperinci ciri2, sifat2, serta bentuk2 kesesatan mereka ini, dan bagaimana cara2 berhujjah dengan mereka. Yang demikian itu supaya seseorang itu dapat berhadapan
dengan golongan ini dan terselamat daripada terjebak kedalam kesalahan yang sama tanpa disedari.



Dalam kitabnya Al-Fauzul Kabir, Syah Waliyullah telah menjelaskan satu persatu perihal 4 golongan ini. Dengan kekuatan daya istiqra'nya beliau telah membuat khulasah daripada keseluruhan ayat2 Al-Quran tentang golongan2 ini dan merumuskan bentuk2 kesesatan mereka, sebab2nya serta bagaimana Al-Quran berinteraksi dan berhujjah dengan mereka.



-------------------------------------------------



Dalam keseluruhan perbahasannya, beliau menekankan bahawa kesemua bentuk2 kesesatan yg disebutkan itu tetap ada dan akan terus wujud di sepanjang zaman. Di bawah bab 'AlQuran adalah kitab untuk sepanjang zaman' beliau menulis: 



''Walaubagaimanapun, jika engkau membaca Al-Quran maka janganlah engkau menyangka bahawa dialog dan perdebatan itu hanya dituju kepada kaum yang telah lalu, bahkan sebenarnya tidak ada satu pun cobaan (sama ada yg berkait dengan aqidah atau amalan) yang wujud pada zaman dahulu melainkan pasti ia
juga wujud pada hari ini dengan cara melihat contoh2nya''. (Fauzul Kabir: 98)



Beliau telah memberikan contoh bagi setiap drpd 4 golongan tersebut:



- Jika ingin melihat contoh kesesatan golongan Musyrikin Mekah pada hari ini maka lihatlah kepada golongan2 pendalaman yang jauh daripada syiar2 Islam. Mereka menyeru di qubur2 dan pintu2nya, dan lihatlah bagaimana fahaman tasybih dan tahrif telah meresap ke dalam fahaman mereka.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Yahudi, maka lihatlah 'ulama2 su' yang mencari dunia yang sering mengikut golongan terdahulu dengan membuta tuli sambil mengenepikan nas2 Al-Quran dan Sunnah. Mereka sering bersandar kepada pendapat atau amalan yang menyimpang dan keterlaluan daripada seseorang alim yang tertentu. Mereka berpegang kepada sangkaan aqal mereka sendiri, lalu mengenepikan sabdaan Nabi s.a.w.. Mereka menjadikan hadith maudhu' dan tafsiran2 yang salah sebagai panduan. Mereka tidak ubah seperti Yahudi sebenar.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Nasara, maka lihatlah anak2 cucu para wali dan masyaikh, bagaimana kepercayaan mereka terhadap datuk nenek mereka itu, dan sampai ketahap manakah kekufuran dan kesyirikan mereka dengan sebab datuk nenek mereka itu.



- Jika engkau ingin melihat contoh kesesatan golongan Munafiqin, maka pergilah ke majlis2 para pembesar dan lihatlah orang2 yang berada di samping mereka dan pembodek2 mereka. Mereka lebih mengutamakan kehendak para2 pembesar daripada kehendak dan keredhaan Allah s.w.t.. Begitu juga dengan golongan2 pemikir yang mengutamakan aqal, yg bersarang di dalam hati mereka pelbagai keraguan2 dan
kesamaran kerana semata bergantung kepada aqal sehingga lupakan akhirat. Mereka juga contoh kesesatan golongan Munafiqin. 



- Sedutan & ringkasan daripada artikel panjang ''Lima Jenis Ilmu Al-Quran Menurut Syah Waliyullah Al-Dehlawi'' simpanan sendiri. 



(Selebihnya lihat Al-Fauzul Kabir: 99 - 125)



1 comment: