Sunday, May 26, 2013

ADA APA PADA ISTILAH?



Membuat isthilah yg baku bagi sesuatu makna adalah sesuatu perkara yg lumrah berlaku di dalam mana2 disiplin ilmu sekalipun. Ianya diharuskan untuk memudahkan perbahasan ilmu tersebut, dan meletakkan qaedah2 dan pembahagian2 perbahasannya.

Di dalam ilmu nahu misalnya ada istilah kalimah (perkataan), kalam (ayat yg lengkap), kalim (bbrp prkaaan yg tersusun) dan lain2. padahal istilah kalimah dikalangan ahli ilmu terdahulu adakalnya dgn makna satu ayat yang sempurna seperti kalimah tauhid, ia merujuk kepada La Ilaha Illallah, bgitu juga 'kalimatu labid' yg disebut dlm hadits nabi s.a.w, merujuk kpd kata2 labid 'ketahuilah sesungguhnya segala sesuatu selain Allah adalah palsu'. Tetapi tidak ada siapa dr kalangan ahli nahu yang mempertikaikan istilah kalimah dgn makna satu perkataan itu.

Inilah yang dilakukan oleh semisal Syeikh Mahmud Thahhan di dalam kitabnya Taisir Mushtholah Hadits, bahkan sebelumnya oleh Hafiz Ibnu Hajar melalui kitab Nukhbahnya, bahkan oleh sekelian Aimmah hadits, masing2 mempunyai istilah tersendiri, Imam Termidzi dengan Isthilah Hasannya, Imam Bukhari dengan 'fihi nazar'nya.

Apa yang menjadi kesalahan ialah apabila suatu istilah itu difahami secara umum seolah2 seluruh imam2 hadits memaksudkan begitu. Perkara ini telah disebutkan dan diberi peringatan Syeikh Mahmud Thahhan sendiri di dalam muqaddimah kitab Taisir tersebut. katanya 'Tidaklah aku berpendapat bahawa kitab ini sudah memadai daripada kitab2 ulama terdahulu dalam bidang ini, apa yang aku maksudkan hanyalah
supaya kitab ini menjadi kunci bg kitab2 terdahulu, menjelaskan perbahasan2 di dalamnya, dan memudahkan untuk sampai kepadanya. Kitab2 para imam dan ulama terdahulu tetap menjadi rujukan ahli2 ilmu dan orang2 yang berkecimpung dalam bidang ini, dan menjadi sumber air yang melimpah yg mereka dapat minum daripadanya'

Kerana itu dalam sistem pengajian madrasah kitab taisir mustholah adalah kitab ushul hadits pertama yang dipelajari, kemudian Nukhbatul Fikar oleh Hafiz Ibnu Hajar dgn syarahnya Nuzhatun Nazar, kemudian Tadribul Rawi oleh Al-Suyuthi. Begitulah pendekatan yang adil, meletakkan sesuatu masing2 pada tempatnya.

Adapun mengkritik istilah2 hadits di dalamnya dgn alasan ulama mutaqaddimin tidak memaksudkan begitu, sekalipun benar, ia adalah kritikan yang tidak kena pada tempatnya. Wallahu a'lam.. Hajat nak tulis panjang lg, tp setakat itu dulu..




No comments:

Post a Comment