وَعَنْ حَفْصَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا, عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ». رَوَاهُ الْخَمْسَةُ, وَمَالَ النَّسَائِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ إِلَى تَرْجِيحِ وَقْفِهِ, وَصَحَّحَهُ مَرْفُوعًا ابْنُ خُزَيْمَةَ وَابْنُ حِبَّانَ. (1)
[ص:191]
وَلِلدَّارَقُطْنِيِّ: «لَا صِيَامَ لِمَنْ لَمْ يَفْرِضْهُ مِنَ اللَّيْلِ». (2)
[ص:191]
وَلِلدَّارَقُطْنِيِّ: «لَا صِيَامَ لِمَنْ لَمْ يَفْرِضْهُ مِنَ اللَّيْلِ». (2)
Dari Hafshah Ummul Mukminin bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya." Riwayat Imam Lima. Tirmidzi dan Nasa'i lebih cenderung menilainya hadits mauquf. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban menilainya shahih secara marfu'. Menurut riwayat Daruquthni: "Tidak ada puasa bagi orang yang tidak meniatkan puasa wajib semenjak malam." ( Lihat Bulughul Maram Min Adillatil )
Wajib berniat puasa dengan melakukanya pada salah satu bahagian daripada waktu malam hari. Imam al- Syafie dan Imam Ahmad mengatakan bahawa tidak wajib berniat pada waktu malam hari dalam puasa sunnat, tetapi itu wajib dalam puasa fardhu kerana hadith ini hanya membatasinya dalam puasa fardhu sahaja, bukan berkaitan dengan puasa sunnat.
Imam Abu Hanifah dan murid-muridnya mengatakan bahawa sah melakukan puasa dengan berniat pada waktu malam hari dan siang hari selagi matahari belum tergelincir dari pertengahan langit apabila puasa yang dimaksudkan ada kaitannya dengan waktu tertentu, misalnya puasa Ramadhan, puasa nazar tertentu, dan puasa sunat mutlak. Mereka melandaskan pendapatnya dengan berdalilkan firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan makan minumlah kamu hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, “(Al-Baqarah: 187)
Mereka mengatakan Allah telah membolehkan makan dan minum hingga fajar terbit, kemudian menyuruh berpuasa sesudah lafaz “ ثم “ yang maknanya menunjukkan pengertian tarakhi( lambat), hingga dipastikan niat menjadi ‘azimah sesudah fajar. Mereka menafsirkan hadith ini dan hadith-hadith yang selainya dengan pemahaman yang meniadakan keutamaan, yakni tidak afdhal puasa seseorang yang tidak meniatkanya pada waktu malam hari. Atau, makna yang dimaksudkan adalah larangan mendahulukan niat ke atas malam hari. Untuk itu, seandainya seseorang melakukan niat puasa sebelum matahari tenggelam dan dia hendak berpuasa pada keesokan harinya, maka puasanya tidak sah. Atau, makan yang dimaksud adalah ditujukan kepada puasa yang tidak mempunyai waktu tertentu, misalnya puasa qada, puasa kifarat, dan nazar mutlak.
Imam Malik dan murid-muridnya mengatakan bahawa apabila seseorang berniat pada permulaan malam Ramadhan untuk berpuasa di seluruh bulan Ramadhan, maka itu sudah memadai dan dia tidak perlu lagi berniat setiap malam, tetapi disunnatkan memperbaharuinya setiap malam kerana diqiyaskan kepada ibadah haji dan rakaat-rakaat solat, sebab masing-masing ibadah haji dan solat cukup hanya dengan satu kali niat. Mereka mengatakan demikian dengan berdalilkan kepada hadith yang mengatakan:
“ Sesungguhnya bagi setiap orang itu hanyalah apa yang telah diniatkannya.”
Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang berniat hendak berpuasa selama satu bulan penuh, maka dia wajib melakukan itu dengan syarat hendaklah puasa yang dilakukannya tidak terputus-putus , sebaliknya berturut-turut. Jika puasa secara berturut-turut tidak dapat dilakukan kerana sakit, haid atau musafir, maka niatnya wajib diperbaharui bagi sisa hari-hari yang dia belum berpuasa.(Ibanatul al-Ahkam Syarhu Bulughu al-Maram)
- ahmad syahin
No comments:
Post a Comment