Sunday, June 28, 2015

APAKAH MAKSUD SYAITAN DIBELENGGU DI BULAN RAMADHAN


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضي اللّهُ عَنْهُ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِذَا جَاءَ رَمَضَانَ فُتّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ، وَغُلّقَتْ أَبْوابُ النّارِ، وَصُفّدَتِ الشّيَاطِينُ".
“ Daripada Abi Hurairah Radialllahu anhu, bahawasanya Nabi saw bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diberkas syaitan-syaitan” (HR.Muslim)
Ramai juga mengatakan bahawa ada juga orang yang terkena gangguan walaupun di bulan Ramadhan? Jadi apakah yang dimaksudkan syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan sebagaimana yang dinyatakan pada hadith Nabi SAW di atas?.
Imam Al-Nawawi ketika mensyarah hadith Nabi Saw ini, ia membawa tiga pendapat tentang hal ini di dalam ktabnya syarah sahih muslim.
وأما قوله صلى الله عليه وسلم : ( فتحت أبواب الجنة وأغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين ) فقال القاضي عياض - رحمه الله تعالى - : يحتمل أنه على ظاهره وحقيقته ، وأن تفتيح أبواب الجنة وتغليق أبواب جهنم وتصفيد الشياطين علامة لدخول الشهر ، وتعظيم لحرمته ، ويكون التصفيد ليمتنعوا من إيذاء المؤمنين والتهويش عليهم ،
قال : ويحتمل أن يكون المراد المجاز ، ويكون إشارة إلى كثرة الثواب والعفو ، وأن الشياطين يقلإغواؤهم وإيذاؤهم فيصيرون كالمصفدين ، ويكون تصفيدهم عن أشياء دون أشياء ، ولناس دون ناس ، ويؤيد هذه الرواية الثانية : ( فتحت أبواب الرحمة ) وجاء في حديث آخر : ( صفدت مردة الشياطين )
قال القاضي : ويحتمل أن يكون فتح أبواب الجنة عبارة عما يفتحه الله تعالى لعباده من الطاعات في هذا الشهر التي لا تقع في غيره عموما كالصيام والقيام وفعل الخيرات والانكفاف عن كثير من المخالفات ، وهذه أسباب لدخول الجنة وأبواب لها ، وكذلك تغليق أبواب النار وتصفيد الشياطين عبارة عما ينكفون عنه من المخالفات ، .
Berkata Qadi ‘Iyad Rahimahullahu taala.. dipegang mengikut zahirnya dan hakikatnya (iaitu zahir lafaz hadith), bahawa dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diberkas syaitan-syaitan adalah alamat masuk bulan itu dan untuk mengagungkan bulan itu dan diikat itu supaya ia tidak dapat menganggu orang-orang mukmin dan menghasut mereka.
Ia berkata boleh juga bermaksud secara majaz(pinjaman bahasa), ia adalah isyarat kepada banyak pahala dan keampunan pada bulan itu. Dan syaitan pula sedikit gangguanya dan perdayaanya seseolah mereka itu menjadi seperti orang yang terbelenggu. Dibelenggu itu terhadap beberapa perkara bukan semua perkara dan kepada sebahagin manusia bukan semua manusia dan ia disokong oleh riwayat yang kedua (dibuka pintu-pintu rahmat) dan dalam hadith yang lain ( dipasung syaitan-syaitan yang ganas).
Berkata Qadi, boleh jadi juga maksud buka pintu-pintu syurga itu bermakna Allah taala buka bentuk-bentuk ketaatan dan ibadat kepada hamba-hambanya pada bulan itu yang mana tidak dibuka pada bulan yang lain umumnya, seperti puasa, qiyam, melakukan kebajikan, iktikaf dan banyak lagi perkara-perkara lain yang berbeza. Dan inilah sebab-sebab yang memasukkan kedalam syurga dan pintu-pintunya. Dan begitu juga ditutup pintu-pintu neraka dan berkas syaitan itu bermakna seseorang itu menahan dirinya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt.

No comments:

Post a Comment