Sunday, May 22, 2011

ADAKAH POLITIK ITU KOTOR ?


Istilah politik kotor selalu kita dengar di mana-mana, sehingga ada dikalangan cerdik pandai pun terkeliru tentang hal ini. Sebelum kita membahaskan lebih lanjut perlu untuk membahas semula apakah yang dimaksudkan dengan politik. Politik secara teori ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan tersendiri. Dari sudut praktikalnya, ia adalah satu kerja yang mempunyai kemuliaan dan faedahnya kerana ia berkaitan dengan pentadbiran urusan makhluk dalam bentuk yang sebaik mungkin.

Al-Imam Ibnu Qayyim telah meriwayatkan daripada Imam Abu al-Wafa’ Bin ‘Aqil al-Hambali bahawa :

Politk ialah perbuatan yang menjadikan manusia yang bersamanya lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’

Ibnu al-Qayyim menyatakan :

Sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh syarak. Bahkan ia selari dengan apa yang dibawakanya. Ia merupakan satu juzu’ daripadanya. Kami menamakanya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu istilahkan. Sesunggunhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya.(al-Thuruq al-Hukmiyyah Fial-Siyasah al-Syariyyah13-15 )

Dalam kepentingan politik dan kelebihanya Imam Al-Ghazali telah berkata :

Sesungguhnya dunia merupakan ladang bagi Akhirat . Agama tidak akan sempurna kecuali dengan dunia. Kerajaan dan agma adalah saudara kembar . Agama merupakan asas, pemerintahan adalah pengawalnya. Perkara yang tidak ada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal akan sia-sia. (Rujuk Ihnya Ulum al-din 1/17 bab ilmu merupakan fardhu kifayah, dikutip dari terjemahan, min fiqhu daulah fil islam Al-Qaradhawi ms: 148.)

Nabi Muhammad saw adalah seorag ahli politik disamping sebagai penyampai ajaran, guru dan juga Qadhi. Baginda dalah ketua negara dan Imam bagi umat. Nabi adalah tokoh yang menjernihkan kekotoran politik jahiliyah ketika itu. Para khulafa Al-Rasyidin selepas baginda juga adalah ahli politik yang mengikuti sunnah dan jalan baginda. Mereka telah mentadbir umat ini dengan adil dan ihsan, dan memimpin mereka dengan ilmu dan iman. Kerana itu 10 sahabat yang dijamin syurga, 9 di antara mereka adalah ahli politik. Oleh demikian jika mahu menjadikan politik tidak kotor, maka pilihlah politik cara Nabi dan Sahabat. Ini kerana mereka tidak memisahkan agama dan politik atau memolitisasi agama sebagaiman yang telah berlaku pada zaman pertengahan di Barat. Kekotoran politik apabila orang barat memiliki idea sekularisme yang memisahkan agama dan politik, hasilnya ia telah menjadikan politik itu kotor kerana mereka berpolitik dengan tidak ada sebarang panduan agama. Begitu juga masalah lain seperti ekonomi, sosial, pendidikan dll jika dipisahkan dengan agama, ia akan menjadi kotor.

Teori politik kotor tidak pernah dikenali di dalam Islam, bahkan jika kita melihat kepda pemikir-pemikir Islam sebagai contoh Al-Mawardi, Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyah, Al-Ghazali dan ramai lagi , tidak pernah dikenal dalam pemikiran siyasah mereka tentang teori politik kotor sebagaimana yang dibawa oleh pemikir-pemikir politik barat. Sebagai contoh konsep politik seorang ilmuan itali Machiavelli yang mengatakan bahawa matlamat itu dapat menghalalkan cara.

Didalam Fiqh daulah Al-Qaradhawi menyebut, “ Tetapi manusia pada zaman kini dan di daerah kita khususnya, disebabkan kesusahan yang menimpa mereka kerana politik dan orang politik, samada politik penjajah atau pemerintah yang khianat ataupun zalim, mereka amat membenci politik dan setip apa yang berkait denganya terutama ketika falsafah Michaevelli mengusai arena politik dan menetukan hala tujunya. Sehinggakan diceritakan bahawa syeikh Muhammad Abduh telah berkata selepas beliau merasai tipudaya politik dan permainannya bermaksud :

“ Aku berlindung dengan Allah daripada politik , perbuatan politik, orang yang berpolitik dan orang yang dipolitikkan ”.

Begitu juga halnya seorang tokoh di Turki Badi’uzzaman Sa’id Nursi, ketika benci terhadap Musthafa Kemal Atartuk dia mengatakan[1] :

“ Aku belindung kepada Allah dari segala godaan Syaitan dan politik”.

Dari sinilah musuh-musuh pemikir Islam dan Gerakan Islam telah mengeksploitasi kebencian dan rasa marah orang ramai terhadap politik untuk mereka melebelkan ‘Islam yang syumul lagi menyempurnakan yang dilaunkan oleh golongan Islam pada hari ini sebagai “ Islam politik”. Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini untuk menyifatkan semua sifat yang membezakan Muslim yang komitmen dengan Islam dilebelkan sebagai “politik” . ini sudah cukup untuk menjadi kejian dan menjauhkan masyarakat daripada mereka[2].

Politik menjadi kotor juga disebabkan fahaman kebendaan yang melekat dan menebal di dalam diri politikus, mereka berjuang hanya sekadar untuk mendapat jawatan, nama, kedudukan, popular dan lupa bahwa ianya adalah tanggung jawab besar dan amanah. Oleh demikian satu istilah yang mashur mengatakan “ Di dalam politik tidak ada kawan yang abadi dan tidak ada lawan yang abadi, yang ada hanya kepentingan abadi” . Istilah –istilah seperti ini seakan –akan telah menjadi moto bagi politikus sekarang, dan bertolak dari sinilah lahirnya politik kotor dalam masyarakat Islam. Di dalam Islam istilah –istilah seperti itu tidak dikenal, yang ada hanyalah segala-gala dilakuka kerana Allah swt.

Oleh: Ahmad Syahin Bin Mohd Amin



[1] Gerakan keagamaan dan pemikiran , WAMY Ms: 441

[2] min fiqhu daulah fil islam Al-Qaradhawi ms: 149, terjemahan.


1 comment:

  1. http://syahkist.blogspot.com/2011/05/selamatkan-moral-politik.html

    ReplyDelete