Sunday, May 22, 2011

PEMBUNUHAN KAREKTER DALAM MENCARI PENGARUH DAN KUASA

Alhamdulillah syukur kerana dapat sedikit mecoret mengenai pembunuhan karekter politik. Hal ni sekali gus mengigatkan kita bahawa berpolitik bukan suatui perkara yang mudah, lebih –lebih lagi apabila kita berada pada satu zaman yang penuh dengan fitnah. Pembunuhan karekter politik sering kita dengari di mana-mana , di mana ada politik di situlah ada pembunuhan karekter, hal ni tidak lain kerana sifat mazmumah yang penuh di dalam diri manusia.

Sebagai contoh, Dato Seri Anuar Ibrahim dilempari dengan berbagai tuduhan, bermula dengan isu liwat sehinggalah isu video lucah. Diri beliau menjadi sasaran kerana beliau diantara tokoh berpengaruh dalam pentas politik. Perkara ini bukan baru bagi kita, bahkan setiap orang yang terlibat dengan politik akan terkena vairus-vairus ini. Oleh demikian mereka yang ingin melibatkan diri dalam politik perlu menghadapi reality ini. Istilah seperti politik kotor , politik lucah dan politik jijik akan berlaku, bahkan terkadang ramai yang menjadi mangsa.

Ahli politik mestilah dikalangan orang yang bijak, pandai berstrategi dan pandai membaca politik lawan. Dengan demikian ia dapat mengelak jalan-jalan fitnah atau tempias daripada musuh terkena kepadanya. Sebagai contoh Tuan Guru Nik Abd Aziz, beliau menolak untuk hidup bermewah mewahan, beliau tidak menggunakan kekuasaannya untuk keroni, beliau memberi separuh daripada duit gajinya kepada kerajaan, beliu tidak mahu kereta yang baru selepas menjadi menteri besar, beliau tinggal bukan di rumah rasmi MB dan semuanya terhimpun pada satu, iaitu beliau berpolitik untuk mencari redha Allah swt. Oleh demikian serangan terhadapnya tidak mudah untuk kena dan fitnah-fitnah liar seakan-akan tidak logik jika dilempar kepada beliau.

Permainan dan citra politik juga bukan mudah, apalagi apabila masyarakat sudah hilang nilai-nilai moral, dosa dan neraka seolah-olah tidak wujud di benak mereka. Kecanggihan teknologi moden ini juga membuatkan timbulnya terlalu banyak fitnah. Oleh demikian amat bahaya jika ahli politik yang Islamis berada hampir dengan seorang perempuan atau bercakap –cakap denganya, hal ini terkadang boleh membawa kepada gosip dan permainan media yang rosak akhlak Islami. Gambar-gambar mudah diedit untuk ditayangkan dan dijadikan sebagai fitnah untuk meruntuhkan karier politik lawan. Jika ada ahli politik yang bersalam dengan bukan muhrim, akan digembur-gemburkan walaupun ia persoalan khilaf. Video-video lama mudah untuk ditayangkan balik, lihatlah kasus pengeboman Mohd Syarif di masjid di Cirebon di Jawa Barat, video demonstrasinya yang lama dapat ditayangkan balik. Kita tidak terfikir bagaimana begitu mudah untuk mebuktikan dan mecari kesalahan yang sudah berlalu walaupun terkadang ia sudah bertaubat dari kesalahan.

Fitnah yang besar bagi ahli politik ialah fitnah wanita, dengan mudah keriar politik mereka akan rosak disebabkannya. Wanita terkadang menjadi bahan upahan untuk berdamping dan alat untuk menimbulkan fitnah. Oleh demikkan berhati-hatilah, pilihlah mereka yang cerdik berpolitik supaya kita tidak ditipu. Dunia politik juga memerlukan orang yang pandai mengatur strategi dan seni. Mereka yang berpengaruh, ialah mereka yang mampu berlakun umpama artis dan menjadi watak dalam lakunan. Mampu gembira mampu bersedih dan mampu menyegarkan penonton. Jika itu tidak dapat dilakukan, maka politik mereka tidak akan mendapat dokongan. Oleh demikian Ibnu Taimiyyah menyatakan dua krateria yang perlu ada bagi pemimpin ialah Al-Quwwah dan Al-Amanah.

Di dalam pembunuhan karekter juga, kita akan menemukan satu titik apa yang menjadi perebutan, perebutan tersebut ialah pengaruh dan kuasa. Kedua-dua unsur ini menjadi perebutan manusia sehingga ada yang menjustifikasi segala cara untuk mendapatkanya. Perkara ini amat bahaya. Dua perkara ini bukan sahaja melanda politik bahkan dalam agama dan dalam hal-hal lain. Dalam sejarah banyak kaum terdahulu menolak Islam disebabkan takut kehilangan pengaruh dan kuasa, Firaun kufur kerana kepentinganya , Abu Jahal meninggalkan Islam kerana pengaruhnya dan banyak lagi contoh-cotoh yang lain. Al-Quran telah mendedahkan sebab kenapakah orang ingkar terhadap Al-Quran, firman Allah :

Dan orang-orang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman: "Kalau sekiranya di (Al Quran) adalah suatu yang baik, tentulah mereka tiada mendahului kami (beriman) kepadanya[1]..Dan karena mereka tidak mendapat petunjuk dengannya maka mereka akan berkata: "Ini adalah dusta yang lama."( Al Ahqaaf:11)

Dalam mencari pengaruh dan kuasa juga orang suka untuk mendedah keaiban seseorang, ceramah-ceramah diisi dengan maki dan sumpah. Seolah-olah ia menjadi sutu kemestian didalam politik, terutama politik tanah air kita. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada parti pemerintah bahkan berlaku kepada parti pembangkang, perkara ini perlu diubah, terutama mereka yang melaunkan untuk menegakkan Islam, hal ini supaya negara dan masyarakat kita tidak menjadi mangsa kepada kebuasan ahli politik. Apa yang kita impikan ialah pada masa akan datang negara kita menjadi sebuh negara baldatun toyyibatun wa rabbul ghafur . Wallahua’lam..

Oleh : Ahmad Syahin



[1] Maksud ayat ini ialah bahwa orang-orang kafir itu mengejek orang-orang Islam dengan mengatakan: Kalau sekiranya Al Quran ini benar tentu kami lebih dahulu beriman kepadanya daripada mereka orang-orang miskin dan lemah itu seperti Bilal, 'Ammar, Suhaib, Habbab radhiyallahu anhum dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment