Sunday, May 22, 2011

ISTILAH DUNIA DAN AKHIRAT


Istilah perkara dunia dan perkara akirat ramai yang keliru, ini kerana sesetengah orang masih lagi berfikir bahawa dunia dan akhirat ini dua perkara berbeza. Sebenarnya dunia dan akhirat adalah suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan. Jika kita mengambil kertas dan menyenaraikan perkara dunia dan menyenaraikan perkara akhirat, belum tentu ianya tepat, ini kerana ia bergantug kepada niat dan perbuatan seseorang.

Sebagai contoh ada seorang yang sedang melakukan solat, akan tetapi solat yang dilakukanya bukan ikhlas kerana Allah, bahkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada mak mertua dll, maka solatnya dikategorikan sebagai perkara dunia. Begitu juga seorang ustaz yang mengajar ilmu-ilmu agama hanya berfikir untuk mendapatkan duit semata-mata, maka ia adalah perbuatan dunia.

Sebaliknya juga, jika seseorang yang melakukan perkara yang dikatakan sebagai dunia, sebagai contoh seorang petani ke bendang untuk bekerja mencari sedikit rezeki untuk keluarga, terang-terang menunjukkan bahwa dia bukanlah solat atau melakukan wirid dan sebagainya kerana bekerja di bendang. Jika ia berniat ikhlas mencari rezki halal kerana Allah, maka ia juga dikatogorikan sebagai hal agama dan akhirat.

Kesimpulanya begitulah ajaran Islam yang datang kepada kita , ajaran Islam adalah ajaran yang bersifat universel yang merangkumi segenap hidup sehari-hari kita. Dengan demikan kita susah mengelaskan hal-hal tertentu bukan akhirat dan bukan dunia. Jika ia diniatkan untuk akhirat dan betul pengamalanya maka ia menjadi hal akhirat sebaliknya jika seseorang melakukan perkara yang aslnya ibadat tetapi niatnya atau perbuatanya salah, maka dikatogorikan sebagi dunia . Wallahu a’lam



No comments:

Post a Comment