Sunday, May 22, 2011

TONGGAK KEKUATAN POLITIK


Teori yang disebut oleh Nabi saw iaitu teori bahawa keimpinan Quraish berakhir kerana ia adalah kebijakan politik semasa yang ditanam oleh Nabi. Namun pada tulisan kali ini bukanlah menghuraikan secara langsung teori ini. Tetapi sekadar ingin menjabarkan apa yang berlaku secara logikal dan reality politik semasa. Apa yang menjadikan kekuatan politik bagi umat dapat saya kelompokkkan kepada tiga iaitu satu mengalami pengalaman sejarah yang sama, kedua dokongan kaum/partai dan ketiga kekuatan agama.

Pengalaman sejarah yang sama dapat menguatkan sesuatu bangsa, sebagai contoh di Indonesia masyarakat negaranya dijajah oleh Belanda. Manakala di Malaysia dalam sejarah ia dijajah oleh Inggeris . Dari perbezaan inilah lahirnya negara masing-masing. Malaysia dengan ideologinya dan Indonesia dengan ideologinya. Mana mungkin orang Indonesia mahu menerima rukun negara dan mana mungkin orang malaysia mahu menerima pancasila. Oleh demikian autoriti pemimpin yang berpengaruh ialah apabila ia lahir dari negaranya yang pernah mengalami sejarah perjuangan yang sama.

Selain itu, unsur kekutan yang kedua ialah kaum dan puak yang sama. Oleh demikian pemimpin yang kuat apabila dia didokong oleh kelompoknya yang kuat kuat. lihatlah kepada hadith yang menyatakan bahawa 12 khalifah mestilah dikalangan Quraish. Ini kerana Quraish adalah golongan yang ramai Sahabat-sahabat besar , paling wara’ , terdiri daripada kaum –kerabat Nabi, keistimewaanya diakui didalam sejarah dan disebut di dalam Al-Quran. Maka keputusan Rasulullah yang mengatakan bahwa kepimpinan mesti di tangan Quraish kerana merekalah yang paling layak dan berpengaruh ketika itu. Jika dilihat kepada realiti semasa masyarakat hari ini, samaada di Malaysia atau di Indonesia. Di Malaysia kestabilan politik bergantung kepada kepimpinan orang melayu kerana mereka merupakan penduduk asal Tanah Melayu, masyarakat mejoriti, tuan rumah dan banyak keistimewaan lain. Jika orang melayu mejadi pemimpin maka semua kaum boleh menerima. Alhamdulillah di Malaysia Perlembagaan memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja yang layak menjadi PM atau MB. Begitu juga di Indonesia, suku Jawa menjadi pemimpin dan mendominasi di Indonesia walaupun ia tidak dinyatakan dalam perlembagaan tertulis. Jika kelompok ini naik maka masyarakat lain dapat menerima. Oleh demikian timbullah istilah NOTOGORO. Lihatlah bagaimana Soeharto ia diberi madat menjadi Presiden zamn ORBA kerana berketurunan Jawa.

Yang terakhir ialah agama, agama memainkan peranan penting bagi sesebuah negara. Di Pakistan masyarakat muslim tidak dapat menerima orang hindu sebagai pemimpin maka lahirlah negara Pakistan. Di Malaysia dan Indonesia rakyat tidak boleh menerima British, Belanda dan Komunis kerana agamanya berbeza. Lihatlah di dunia, Pemerintahan yang Islamis mesti didukung oleh mejoriti umat Islam, jika pemimpin berugama Kristen, maka Kristenlah yang mendukung mereka. Di Indonesia dan malaysia mereka memilih pemimpin Islam kerana mejoriti umat adalah muslim. Oleh demikian agama memainkan peranan yang besar di dalam pengaruh politik, ia adalah punca jatuh bangun kekuasaan dan pemerintahan. Begitu juga jka dilihat kepada sejarah Nabi saw, beliau menjadi ketua di Madinah kerana mendapat dukungan masyarakat walaupun beliau bukan penduduk asal Madinah. Kerana keislamanya beliau mendapat kepercayaan memimpin walaupun pada awalnya umat Islam adalah menoriti, tetapi disebabkan kewibawaan beliau, beliau dilantik menjadi pemimpin dan diterima oleh masyarakat walaupun merentasi bangsa dan tanah air. Walahu a’lam..

Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment