Sunday, May 22, 2011

NABI BUKAN TOKOH NASIONALISME

Selepas dunia Islam berpecah menjadi negara bangsa, maka semangat kebangsaan umat ini semakin menebal, sehingga ada di kalngan pemimpin negara-negara Islam menganggap bahawa nasionalisme itu lebih besar daripada ajaran Islam. Lalu dari sinilah lahirnya golongan yang terlalu fanatik kebangsaan sehingga dengan mudah mninggalkan kesyumulan Islam dan mereka hanya semata-mata berjuang atas nama kebangsaan. Amat menarik jika melihat kritikan Maulana Abu Hassan An-Nadwi tentang Nasionalisme :

Banyak yang boleh dilakukan oleh Nabi Muhammad Saw di Negeri Arab jika beliau mahu menjadi tokoh nasionalisme seperti halnya banyak tokoh politik dan pemimpin nasionalisme di dunia. Beliau pasti segera dapat menghimpun persatuan suku Quraish dan suku-suku Arab lainya serta mendirikan pemerintahan Arab yang kuat dan bersatu di bawah kekuasaanya. Dan sudah pasti pula, Abu Jahal bin Hisyam dan Utbah bin Rabi’ah dan lain-lainnya mempelopori persatuan nasional ini, serta rela berjuang bermati-matian untuk menegakkan kepimpinan nasional dibawah Muhammad bin Abdullah. Bukankah mereka telah menyaksikan kejujuran dan loyalitas beliau? bukankah meraka pernah berhakim kepada kebijaksanaan Muhammad ketika mereka menyerahkan perkara mengembalikan Hajarul Aswad ke tempatnya semula, kepada keputusan beliau? Ketika mereka belum mengenal tipu daya politik , bukankah mereka telah menyampaikan kepada beliau lewat kata-kata ‘Uthbah, “ Jika engkau ,menginginkan kepimpinan, kami bersedia mengangkatmu menjadi pemimpin. Dan engkau akan memimpin kami selama hidupmu. Dan jika hal itu terjadi, beliau pun boleh mengarahkan pasukan berkuda Arab dengan para pahlawan penunggang kudanya yang gagah berani itu untuk mengusir orang -orang Parsi yang menguasi tanah serta mengusir kaum penjajah asing yang angkara murka. Dengan demikian pula, tentu beliau mampu memancangkan lambing kebesaran bangsa Arab di tanah-tanah Romawi dan Parsia. Jika sekiranya menaklukkan kedua wilayah itu masih dipandang belum mempunyai nilai strategis dipandang dari sudut poltik saat itu, tentu beliau boleh mengarahkan ambisi poltiknya ke negeri Yaman, Etiopia, atau negeri-negeri tetangga lainnya untuk selanjutnya menggabungkan semula itu ke dalam sebuah pemerintahan Arab baru.

Dalam kehidupan bangsa Arab pun tidak sedikit bidang-bidang sosil ekonomi yang memerlukan kebijakan politik serta kemampuan administrative, tindakan tegas dan pemikiran cemerlang. Seandannya saja dunia Arab mendapatkan tokoh seperti gambaran di atas, pasti bangsa Arab akan memasuki babak sejarah baru yang gemilang.

Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment