Saturday, December 11, 2010

Buku Jingga butirkan Agenda 100 hari Pakatan di Putrajaya






Tahun lepas, pada Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Shah Alam, sejarah tercipta apabila ketiga-tiga parti bersetuju melancarkan Dasar Bersama yang menggariskan agenda dasar Pakatan Rakyat secara terperinci.

Pakatan melangkah setapak lagi pada tahun ini dengan meperkenalkan Agenda Pakatan atau apa yang dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas.

Selain menggariskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara, Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran Persekutuan Pakatan:

  1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
  2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Lebih menarik lagi, Konvensyen yang saya hadiri ini menampilkan perbahasan yang didominasi pimpinan muda Pakatan.

Untuk membaca Buku Jingga penuh boleh ke laman web Pakatan atau muat turun versi PDF.

No comments:

Post a Comment