Thursday, December 16, 2010

Perbezaan Antara Ilmu Politik Dan Ilmu Negara






Mengenai perbezaan antara ilmu politik dan ilmu negara , ada bermacam-macam pendapat. Hermann Heller telah menyimpulkan berbagai pendapat dalam Encyclopaedia of the social sciences:

1. Ada sarjana mengangap ilmu politik sebagai suatu pengetahuan yang praktis , yang ingin membahas keadaan sesuai kenyataan (realistic ), sedangkan ilmu negara dinamakan ilmu pengetahuan yang teoristik yang sangat mementingkan segi normatif[1]. Menurut Hermann Heller, perbezaan ini hanya perbezaan tekanan sahaja, sebab ilmu politik tidak dapat menjauhkan diri dari teori, tetapi juga memerhatikan segi normatif, sekalipun tidak sedalam ilmu negara.

2. Ada sarjana menganggap bahawa ilmu politik mementingkan sifat-sifat dinamis dari negara, yaitu proses-proses kegiatan dan aktiviti negara, perubahan negara yang terus menerus . Sebaliknya oleh sarjana-sarjana ini ilmu negara dianggap lebih mementingkan segi-segi statis dari negara , seolah-olah negara adalah baku dan membatasi dari pada penelitian lembaga kenegaraan yang rasmi.

3. Dianggap bahawa ilmu negara lebih tajam konsep-konsepnya dan lebih terang metodologinya, tetapi ilmu politik dianggap lebih konkret dan lebih mendekati realitas .

4. Perbedaan yang praktis ialah bahawa ilmu negara lebih mendapat perhatian dari ahli hukum , sedangkan ahli sejarah dan ahli sosiologi lebih tertarik kepada ilmu politik [2]



[1] Memenuhi norma2 dan kaedah2 yg telah ditetapkan.

[2] Dasar-dasar ilmu politik Prof . Miriam Budiardjo ms38.

No comments:

Post a Comment