Wednesday, February 9, 2011

Valentine’s Day, Bukan Untuk Pemuda Islam





Sudah menjadi kebiasaan dikalangan sebahagian remaja di barat, terutama penganut ajaran kristien menjadikan tarikh 14 februari sebagai hari untuk mencurahkan kasih sayang . Pada hari ini terutama generasi muda, mereka membuat upacara tertentu untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang yang dicintainya. Upacara ini yang dikenali dengan sambutan Valentine’s day (nama yang sering dimaksudkan dengan hari kekasih). Upacara menyambut hari kekasih ini sudah maklum, bahkan sudah merebak ke serata dunia termasuk negara-negara umat Islam. Tidak dinafikan bahawa sebahagian dikalangan pemuda-pemudi Islam juga mengambil bahagian pada hari ini. Perkara ini jelas terlarang didalam Islam, bahkan bercanggah menurut ukuran nilai-nilai ketimuran kita.

Valentine’s day adalah bahan import dari Barat yang berasal daripada kristien. Dan memang kristien merayakan hari tersebut. Bagi kita umat Islam kita diminta untuk menapis budaya yang datang kepada kita, setiap yang datang dari Barat tidak patut diterima mentah-mentah, apa lagi perkara –perkara yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Dalam masyarakat Barat kehidupan bebas antara laki-laki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah adalah Sesutu yang biasa. Mereka dapat melakukanya tanpa merasa bersalah selagi mereka rasa suka. Setelah mereka rasa bosan, mereka boleh berpindah dan berganti pasangan dengan yang lain. Bahkan, mereka berasa berhak melakukan hubungan sesama jenis, dan sekarang di negara-negara barat tentunya, mereka mendapat perlindungan serta jaminan untuk melakukan perkahwinan, disebabkan konsekuensi atau akibat undang-undang perkahwinan mereka. Bagi mereka ia adalah hak asasi manusia (HAM) yang tidak boleh diganggu gugat.

Usaha mempengaruhi golongan muda-mudi Islam dengan hari seperti Valentine’s Day ini tentunya ada. Al-Quran telah menjelaskan bahawa yahudi dan nasrani tidak akan redha selagi kita tidak mengikut mereka. Hukum merayakan, menyambut Valentine’s day adalah haram berdasarkan dalil-dalil syara’ dan fatwa-fatwa. Kita dilarang sama sekali menyambut perayaan orang bukan Islam kerana menyerupai mereka, sebagaimana mafhum daripada hadith man tasyabaha bi qaumin, iaitu sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong di kalangan kaum tersebut. Selain itu Valentine’s Day juga adalah hari yang merayakan penzinaan dan maksiat, ini jelas perkara ini sangat terlarang didalam ajaran agama. Dengan demikian tentunya kita perlu mengambil langkah berhati-hati kerana musuh tentunya mahu umat Islam terpengaruh dan mengikut mereka, lebih-lebih lagi di kalangan muda -mudi. Mereka telah melakukan berbagai usaha, antaranya dengan cara menyambut Valentine’s day.

Masalah yang timbul sekarang adalah mentaliti sesetengah masyarakat kita apabila memandang barat sahaja, tentu tergambar bahawa barat adalah modern, maju, canggin. Mereka yang tidak mengikut barat adalah mereka yang kolot dan sebagainya. Kemajuan bagi saya perlu ditakrif semula untuk kita memahami apakah kemajuan yang sebenar. Saya tertarik dengan dengan hurain mengenai kemajuan yang disebut oleh Dr Adian Husaini ketika menulis artikel tentang kebangkitan islam :

Hanya saja, saat bicara tentang kebangkitan Islam, maka yang perlu didefinisikan terlebih dahulu adalah apa yang sebenarnya disebut dengan “bangkit”. Sebab, jangan-jangan, makna kata “bangkit” itu sendiri sudah kabur di benak banyak kaum Muslimin. Seperti kaburnya makna kata “kemajuan”, “pembangunan”, “kebebasan”, dan sebagainya. Misalnya, negara-negara Barat membuat definsi yang materialistis terhadap makna “kemajuan”. Mereka membagi negara-negara di dunia menjadi negara maju, negara sedang berkembang dan negara terbelakang. Tentu saja, ukuran-ukuran yang digunakan adalah ukuran kemajuan materi. Faktor akhlak tidak masuk dalam definisi “kemajuan” atau “pembangunan” tersebut. Jadi, jika dikatakan suatu negara sudah maju, maka yang dimaksudkan adalah kemajuan materi, khususnya dalam ekonomi, sains dan teknologi. Padahal, secara akhlak, negara itu

sebenarnya hancur-hancuran.

Kita, kaum Muslimin, yang masih memiliki keimanan dan menjaga akhlak mulia, sudah selayaknya tidak merasa hina dan rendah martabat saat berhadapan dengan dunia Barat yang serba gemerlap dalam dunia materi. Kita sungguh kasihan kepada sebagian pejabat kita yang rela begadang, bersorak-sorai, menghambur-hamburkan wang hanya untuk menyambut pergantian Tahun Baru dalam tradisi Barat. Mestinya, jika mereka Muslim, mereka mengajak rakyatnya untuk beribadah, mensyukuri setiap tambahan nikmat umur yang mereka terima dari Allah SWT.

Jika kita memiliki kebanggaan akan nilai-nilai dan akhlak kita, maka kita justru akan bersikap sebaliknya. Kita kasihan pada orang-orang sekular – di mana pun -- yang tidak tahu lagi kemana hidup mereka harus diarahkan. Hidup mereka hanya ditujukan untuk memuaskan syahwat, tidak beda jauh dengan peri hidup binatang. Mereka tidak ingat lagi perjanjian azali dengan Allah, saat berada di alam arwah, bahwa mereka pernah mengakui Allah sebagai Tuhan mereka, dan mereka adalah hamba Allah. (QS 7:172).( DR Adian Husaini)

Menolak Valentine’s day buka bererti kita menjadi orang yang kolot , tradisional dan tidak bersikap hidup modern. Sikap dan pandangan hidup modern tidak boleh diukur dari sejauh mana kita meniru barat. Dengan kata lain, meniru mentah-mentah semua yang bersasal dari Barat dan bertingkah laku seperti orang Barat tidak identik dengan kemodernan. Sebagai contoh dalam masyarakat Barat, berpakain seksi(minimum) dengan memamerkan keindahan tubuh adalah hal yang biasa. Dalam masyarakat di negara Indonesia, ada suku-suku seperti di pedalaman Papua(Irian) yang memakai pakain hanya menutupi bahagian penting dari tubuhnya. Apakah suku di Irian ini identik dengan kemodernan seperti masyarakat barat, kerana sama-sama pakain minimum?

Oleh demikian kita mesti berhati-hati di dalam menerima apa yang datang dari barat, terutama perkara-perkara yang menyalahi akidah dan syariat. Bukan kita anti kesemua yang datang dari barat, namun kita mestilah mempunyai sikap selektif. Mampu mengambil yang bermanfaat yang boleh dikembangkan dalam masyarakat kita. Janganlah mengambil “ sampah-sampah “ perdaban barat . Valentine’s day adalah contoh “ sampah” peradaban barat yang tidak dapat dikembangkan dalam kehidupan kita. Keburukan yang amat nyata yang datang daripada barat ialah, perdaban mereka tidak mempunyai nilai-nilai spiritual. Kalu kita ingin menjadi modern bukan Valentine’s day yang kita bangga-banggakan. Kita perlulah mengambil sisi positif seperti sikap hidup orang-orang barat yang boleh disiplin, menghargai waktu, memiliki keilmuan yang tinggi, rajin bekerja, suka mengkaji dan lain-lain. Inilah kelemahan generasi muda kita dalam menghadapi peradaban dan kebudayaan barat. Seharusnya, nilai -nilai positif di ataslah inilah yang kita kembangkan dan kemudian kita isi dengan landasan spiritual, sehingga kita tidak kehilangan arah dalam menghadapi zaman modern.

Oleh: Ahmad Syahin

1 comment:

  1. sejarah; http://www.mygamis.net/2011/02/valentine-kisah-dan-sejarah.html

    ReplyDelete