Monday, March 7, 2011

ADAKAH POLITIK ITU KOTOR?



Antara tokoh politik yang terkenal di dunia adalah Nabi Muhammad saw. Manakala, 10 sahabat Nabi saw yang dijamin syurga, 9 di antara mereka adalah ahli politik. Oleh itu, untuk menjadikan politik tidak kotor, kita perlu memilih politik cara Nabi saw. Ini kerana Nabi saw tidak memisahkan agama dan politik. Sekularisme adalah memisahkan Islam dan politik, dan inilah yang menjadikan politik itu kotor. Begitu juga ekonomi, sosial, pendidikan dll jika dipisahkan dengan Islam ia akan menjadi kotor.


Sinario saling mengata atau parti-parti bertelingkah, contoh PR dan BN. Ini kerana sistem yang kita pilih memang begitu (demokrasi), inilah sinario yang berlaku dalam sistem. Orang yang tidak boleh menerima konsep " kita menyalahkan orang," umpama tidak boleh menerima hakikat dan Itu adalah petanda orang yang masih tidak matang. Namun kita perlu ingat rakyat mempunyai kuasa dan tidak perlu termakan dengan perkara yang salah. Bagi kita, apa yang penting adalah demokrasi perlu ditapis dengan nilai-nilai Islam. Kita tidak mengamalkan sebagaimana falsafah politik Niccolo Machiavelli iaitu"matlamat menghalalkan cara".


Oleh: ahmad_syahin

No comments:

Post a Comment