Wednesday, March 30, 2011

SILSILAH SEJARAH PEMBENTUKAN HUKUM RI



Pembentukan hukum bagi sesebuh negara bermula dengan cara dan aturan yang tersendiri. Rata-rata ia berbeza sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Seperti berbezanya pembentukan hukum di Malaysia dan di Indonesia. Kerana itu, catatan saya kali ini mahu mendedahkan sedikit, bagaimana berlakunya pembentukan hukum di Indonesia pada peringkat awal yang banyak berbeza dengan Malaysia.

Sama dengan malaysia di Indonesia pada asalnya hukum yang ada hanyalah hukum Islam. Hukum –hukum yang lain belum lagi ada, apatah lagi kristien yang kita ma’ruf bahawa kristian tidak membincangkan soal kenegaraan. Namun setelah masuknya Belanda mereka menjaja bahawa hukum Islam adalah hukum yang baru, hukum adatlah hukum yang asal bagi masyarakat.

Setelah Belanda menjajah Indonesia maka kita dapat lihat bahwa Belanda menghantar orientalis yang bernama Christian Snouk Hurgronje dan Van Vollenhoven. Mereka mendalami Islam sedalamnya, bahkan snouk sempat menghafal al-Quran dan belajar di Aceh dan Mekkah. Manakala Van Vollenhoven dinobatkan sebgai tokoh perintis hukum adat di Indonesia.

Mereka begitu credik, bagi mereka untuk menjauhkan umat Islam dari syariat Islam tidak perlu mengunakan hukum barat, bahkan cukup dengan mengunakkan hukum adat. Hukum adat pada asalnya tidak ada, yang ada hanyalah adat istiadat yang tidak di kenal sebagai hukum. Ini kerana hukum mestilah bertulis , mesti ditaati dan dikenalkan sangsi bagi pelanggar.

Dengan cara inilah mereka dapat menanam dalam jiwa masyarakat Indonesia bahwa adat juga merupakan hukum bagi rakyat Indonesia. Sehingga ke hari ini, hukum-hukum adat ini diteruskan, bahkan dijadikan sebagai rujukan negara seperti pancasila. Apabila dilihat kepada sejarah maka terbukti bahawa pada asal hukum adat tidak ada.

Dengan demikian maka lahirlah mereka yang memperjuangkan hukum-hukum ini sehingga ke peringkat nasional di Indonesia. Malah pengubalan hukun di Indonesia pada saat kemerdekaan banyak memakai hukum adat. Nama-nama seperti Sukarno dan Mohd Yamin meneruskan hukum ini sehingga banyak mendapat bantahan dan polimik berterusan dengan gerakan islam sehinggalah ke hari ini.

Catatan, 29/3/2011

oleh : ahmad syahin

Baca juga : http://syahkist.blogspot.com/2010/10/penjajahan-belanda-di-indonesia.html



No comments:

Post a Comment