Wednesday, March 30, 2011

BUBAR AGAMA AHMADIAH


Beberapa bulan kebelakangan ini, heboh menegenai isu Ahmadiah. Saya sedikit mendengar debat-debat tentang Ahmadiah, terutama di tv. Dengan itu, terasa ingin untuk berkongsi sedikit mengenai isu ini. Isu ini penting kerana melibatkan masalah perundangan di Indonesia. Apa lagi masalah ini menunjukkan jenis sebenar identiti sesebuh negara. Isu ini membuka mata kita bahawa patutkah pemerentah negara yang umat Islamnya teramai membenarkan hal-hal ini atas dasar SKB, HAM atau kebebasan beragama.

Ajaran Ahmadiah mula-mula masuk ke Indonesia adalah pada tahun 1923. Ulama’ yang terawal mengarang buku dan menolak fahaman mereka ialah ulama besar di Sumatera Sheikh Abdul Karim Amrullah dengan bukunya yang bernama “ al-Qaulush Sheikh “ dan Sheikh Ahmad dengan surat kabarnya yang bernama “ Buka Mata” . dan kelompok ahmadiah juga semapat berdebat dengan Hassan Bandung.

Hari ini sudah 2011, bermakna sudah 88 Ahmadiah bertapak di Indonesia. Aliran ini tersebar dan dapat mewujudkan komuniti tersendiri. Ini kerana kegagalan pemerintah mengawal ajaran sesat ini dari awal dan tidak membubarkanya dengan berbagai alasan, terutama di atas dasar kebebasan. Inilah penyakit, apabila begitu ta’sub dengan pemikiran ala barat. Seluruh dunia telah menyatakan Ahmadiah adalah ajaran sesat dan tidak dibenarkan samada dari sekecil-kecil negara hingga sebesar-besar negara, seperti Brunai, Singapura, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi dan banyak lagi, tetapi di Indonesia masih berdebat dan ragu memutuskan.

Apa yang menyedihkan ada di kalangan orang Islam menyokong perkara ini atas dasar kebebasan beragama dan keamanan. Sebenarnya mereka tidak faham bahawa ia bukan kebebasan agama dan keamanan, tetapi merosakkan agama Islam dan mewujudkan kekacawan. Di zaman Abu Bakar, usaha yang pertama yang dilakukan oleh beliau ialah memerangi Nabi-nabi palsu. Ini kerana Nabi palsu ini merosakkan ajaran Islam, maka wajib berjihad memerangi mereka. Dalam maqasid syariah perkara yang utama ialah (Hifzul Din) menjaga agama. Oleh itu banyak hukum yang ditasyri’kkan untuk menjaga hal ini.

Berhubung dengan demikian pemerintah Indonesia terutama SBY perlu mengambil solusi secepat mungkin dalam perkara ini. Membenarkan Ahmadiah terus aktif berjalan, akan mengakibatkan timbulnya konflik yang berterusan antara umat Islam di Indonesia. Ia bukan lagi menjaga keamanan tetapi sudah terbalik iaitu merosakkan keamanan di Indonesia itu sendiri. Ini kerana kumpulan Ahmadiah tidak menerima imam solat bukan mereka, tidak dapat berkahwin kalau bukan Ahmadiah dan banyak lagi isu-isu yang kontrovesi dengan umat Islam, terutama yang paling besar ialah menyelewingkan kitab suci Al-Quran.

Beberapa hari yang lepas saya mendengar satu forum, saya begitu tidak setuju bahawa perlu perbanyakkan dailog lagi mengenai Ahmadiah atas dasar kebebasan. Bagi saya kita tidak perlu mengahabiskan banyak masa berdailog lagi kerana benang merah telah jelas dalam isu ini. Perkara ini sebenarnya sudah lama di tutup fail, kerana umat yang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad tidak akan menerima sekali-kali Ahmadiah yang sesat ini.

Wallahu a’lam..

Catatan : Ahmad Syahin

30/3/2011

Ada masa baca juga

1.http://www.insistnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=230:presiden-sby-dan-ahmadiyah-&catid=27:mengenal-ahmadiyah&Itemid=28

2.http://www.insistnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=229:untuk-ham-menghujat-islam&catid=27:mengenal-ahmadiyah&Itemid=28

3. http://arrahmah.com/read/2011/03/28/11624-jika-sesuai-islam-mana-mungkin-ahmadiyah-dibela-amerika-dan-israel.html



No comments:

Post a Comment