Wednesday, March 30, 2011

Respons saya mengenai dogma Hizbu at-Tahrir haramkan demokrasi…

Wacana | al-Ijtihad al-Tanzili atau ijtihad di lapangan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyertai proses demokrasi di tanah air dituduh sebagai suatu yang tidak syar’i.

Bahkan sebilangan pro Hizbu at-Tahrir (HT) menuduh demokrasi sendiri adalah haram kerana tidak ada pada zaman Nabi Nabi Muhammad s.a.w.

Walhal PAS juga mempunyai cita-cita melaksanakan keadilan Islam dalam negara moden Malaysia.

Atas istilah yang dicipta sendiri oleh HT – iaitu ‘Tariqah an-Nubuwwah’, mereke yang terbabit mendakwa hanya cara mereka sahaja syar’i dalam menegak.

Demokrasi adalah kaedah memilih pemimpin, bukan kaedah pemerintahan yang dalam kamus faham HT bertentangan dengan sistem khalifah.

Dr Yusof al-Qardhawi berpendapat, bahawa demokrasi hampir-hampir menyerupai sistem syura dan mendekati ijma’ (di kalangan ummah).

“Sesungguhnya umat aku tidak akan sepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu mengambil ‘as-sawad al-’azam’…” [hadith riwayat Ibn Majah: 3949]

as-Sindi dalam kitabnya menafsir, “Jemaah yang ramai kerana kesepakatannya lebih hampir pada ijmak…”

al-Imam as-Suyuti pula berkata, “ia (as-sawad al-’azam) adalah himpunan manusia dan kebanyakan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadith ini (seperti di atas) menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan dengan perkataan ‘majoriti’…” [rujuk Hasyiah al-Sindi: 3940]

Maka tidak hairanlah jika al-Munawi sendiri berkata, “hendaklah kamu mengikut as-sawad al-’azam dari ahli Islam, kerana ia adalah kewajipan yang wajib dan fardhu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya lalu mati, maka ia mati (dalam) jahiliah.” [Faidu al-Qadir: 2/547]

Ulama tidak mengharamkan penyertaan harakah Islam (termasuk PAS) menyertai demokrasi (baca: proses memilih pemimpin negara) kerana tiada satupun nas qat’i yang soheh lagi soreh melarangnya.

Jumhur itu sebenarnya selari dengan inti hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lebih baik dari tiga. Hendaklah kamu (hidup) dengan berjamaah kerana kerana Allah swt tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk.” [Musnad Ahmad: 20331]

Dari segi disiplin usul fiqh sendiri, jika ada nas yang qat’iyatu al-wujub yang sahih lagi soreh yang membawa pada perintah (wajib melaksanakannya) sekalipun, cara melaksanakan selama-lamanya bersifat dzonniyyah.

Seperti kewajipan mengadap kiblat ketika solat menjadi rukun yang wajib kerana ada nas al-Quran (2:144).

Namun, cara melaksanakan kewajipan itu – menentukan arah qiblat – selama-lamanya adalah bersifat.

Sedangkan, untuk melaksanakan kewajipan itu selama-lamanya dzonniyyah – cara lain antaranya bertanya ahli setempat atau isyarat matahari atau berfatwa dengan hati sendiri demi menentukan arah qiblat.

HT mungkin mendakwa kaedah menentukan arah qiblat dengan menggunakan kompas adalah salah lagi haram atas alasan dalam ‘tariqah an-nubuwwah’ (istilah yang HT cipta sendiri) tidak ada menunjukkan keharusan menggunakan kompas.

HT selalu menuduh al-ijtihad al-tanzili PAS menyertai demokrasi (proses memilih kepemimpinan negara) sebagai beriman dengan proses itu.

Tuduhan dangkal itu samalah menuduh mereka yang ,menggunakan kompas untuk menentukan arah qiblat sebagai beriman dengan kompas.

Di sini juga boleh dipersoal, mengapa tidak HT menganggap bertanya orang tempatan mengenai arah sebenar qiblat sebagai kita beriman kepada orang terbabit juga?

Kalau berfatwa dengan hati sendiri, takkan HT nak tuduh mereka yang terbabit beriman dengan hati sendiri.

Persoalan ini sengaja dilontarkan kepada mereka yang tidak rasional lagi tiada disiplin usul fiqh yang sihat selalu menggunakan hujah berpartisipasi dengan demokrasi sebagai beriman dengan sistem itu.

Kedangkalan membawa HT seakan tidak faham bahawa demokrasi dan kompas adalah mekanisme atau kaedah menentukan sesuatu kewajipan sahaja.

Dari segi yang lain, pendirian HT mengharamkan demokrasi serta menganggap al-ijtihad al-tanzili PAS menyertai proses demokrasi itu mungkin disebabkan kekeliruan pengikut pertubuhan itu – mengenai disiplin usul dalam fiqh al-ibadah dan fiqh al-muamalah.

Dalam fiqh ibadat, kita akan berjumpa kaedah ‘hukum asal sesuatu perkara terlarang’ sehinggalah ada nas yang membenarkannya.

Contoh: Solat fardhu lima waktu wajib kerana ada nas, antaranya al-Quran (4:103). Bahkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Solat lah sebagaimana kamu melihat aku bersolat…” (Bukhari)

Maka, tidak boleh menambah atau mengurang dalam perkara ibadah (contohnya solat) dan amalan yang tidak berdasarkan nas dianggap bid’ah.

Pun begitu, dalam soal muamalah (turut melingkungi hal siyasah), disiplin usulnya tidak sama dengan disiplin dalam fiqh ibadah.

Disiplin yang dimaksudkan adalah ‘Hukum asal sesuatu itu adalah harus’ sehinggalah ada nas yang soheh lagi soreh yang melarangnya.

Maka, hukum asal demokrasi adalah harus kerana tiada nas yang soreh lagi sahih yang melarannya. Keharusan ini di bawah ketegori al-hukmu li zatihi.

Keharusan ini boleh bertukar kepada wajib atau haram dll disebabkan perubahan az-zuruf (masa dan tempat) dan perubahan hukum ini di bawah ketegori al-hukmu li ghairihi.

Dalam konteks Malaysia sekarang, baik PAS mahupun HT masing-masing mahu melaksanakan keadilan Islam dalam negara dan sebab itu rejim Umno BN cuba ditolak menjelang pilihan raya umum ke-13.

Menolak kezaliman Umno itu (11:113) atau memastikan Islam memerintah Malaysia itu wajib,

Untuk mengambil alih pemerintahan negara hatta mengubah perlembagaan memerlukan sokongan semua pihak, baik muslim mahupun non muslim di Parlimen.

PAS melihat kewajipan menyertai pilihan raya serta majoriti di Parlimen sedangkan HT seakan tiada suatu al-ijtihad al-tanzili (ijtihad di lapangan) untuk merealisasikan cita-cita Islam dalam beregara).

Menentang iltizam dakwah PAS menggunakan demokrasi oleh HT bukan sahaja membantutkan proses peralihan kuasa, bahkan memanjangkan kezaliman Umno BN kerana tiada usaha mengambil alih tempat mereka di Parlimen.

Sampai tahap itu, mungkin HT akan berhujah pula bahawa kerjasama PAS dengan DAP dan PKR pun adalah haram kerana tidak mengikut tariq an-nubuwwah; tetapi hanya mementingkan

Tidak perlu berhujah hal usul fiqh di sini, Rasulullah s.a.w lebih dinamik kerana bermuafakat dengan 3 puak Yahudi dan satu puak Majusi ketika memeterai Sahifah Madinah.

Ertinya, pengharaman demokrasi oleh HT sama sekali tidak tepat bahkan salah (al-hukmu li ghairihi) kerana dianggap al-ikhtilaf at-tanaqut. Lihat entri Adakah ikhtilaf ditolak dalam Islam. http://notamerah.wordpress.com/2011/02/08/adakah-ikhtilaf-ditolak-dalam-islam/

al-ijtihad al-tanzili PAS sertai demokrasi atau proses memilih pemimpin bukanlah haram sebagaimana di dakwa oleh beberapa pro HT.

Namapun al-ijtihad? Maka, maka di mana salahnya jika HT masih mendakwah tindakan PAS sertai demokrasi adalah haram?

Wallahu ‘alam

Zainulfaqat Yaacob
Shah Alam | 6.30 petang

Bersambung….

http://notamerah.wordpress.com/2011/03/29/respons-saya-mengenai-dogma-hizbu-at-tahrir-haramkan-demokrasi/

1 comment:

  1. Salam,

    PAS adalah kafir dan HT adalah juga kafir.


    UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia (Taghut) yang kafir.

    2. Mereka mengamalkan agama yang kafir, mereka menghalal dan membolehkan amalannya serta mereka menyetujui dan meredhai amalannya itu;

    3. Mereka mengiktiraf bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi undang-undang al-Quran;

    4. Mereka mengakui dan mengiktiraf semua Tuhan, iaitu mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan kita dan mereka juga mengiktiraf Tuhan-tuhan yang lain sebagai Tuhan-tuhan yang sah yang bererti mereka melakukan syirik terhadap Allah;

    5. Mereka mempertahan, memperkasa dan menjadi para pendukung kepada agama demokrasi;

    6. Mereka membuat undang-undang manusia yang kafir;

    7. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

    8. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;

    9. Mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia yang menjadikan mereka sebagai para hamba kepada manusia;

    10. Mereka mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    Undang-undang demokrasi dan Rukun Negara ciptaan manusia adalah AQIDAH demokrasi yang kafir. Justeru demokrasi adalah agama yang kafir. Kita tidak boleh melakukan IJTIHAD dan MASALAH bagi membolehkan kita untuk mengamalkan sistem politik demokrasi meskipun sebagai jalan dan cara bagi kita untuk memperjuangkan Islam; pertama, kerana ianya adalah tergolong ke dalam bahagian AQIDAH yang tidak memberi sebarang ruang kepada kita untuk melakukan IJTIHAD dan MASLAHAH; kedua, kita tidak boleh melakukan IJTIHAD dan MASALAHAH kerana sudah wujud keputusan yang muktamad serta yang jelas dan terang daripada Allah yang sama sekali tidak boleh dipertikaikannya lagi yang khusus melarang kita daripada mengamalkan sesuatu politik yang kafir seperti sistem politik demokrasi kita ini untuk memperjuangkan Islam (35:10, 60:4, 4:60).

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    Dalam ayat di atas (35:10) Allah menyifatkan orang-orang yang memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka di akhirat nanti! Ini adalah keputusan yang muktamad, serta yang jelas dan terang daripada Allah yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi walaupun untuk tujuan yang suci murni kerana Allah dan daripada Allah kerana ianya adalah satu sistem politik yang kafir. Ayat ini (35:10) menolak konsep “end justifies the means” atau ‘matlamat menghalalkan cara’ yang bertujuan untuk membolehkan amalan agama demokrasi yang kafir dalam memperjuangkan Islam. Khususnya ayat ini menolak ijma’ PAS yang membolehkan amalan agama demokrasi yang kafir untuk memperjuangkan Islam.


    Ht adalah kafir kerana :

    1. Ht menafikan ayat-ayat 2:251, 193; 22:40 dan HT juga menafikan sergala konsep yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut;

    2. Ht menafikan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan manusia yang kafir dan untuk menubuhkan kerajaan Islam.

    Sekian, terima kasih.


    Paiso Awang Zari


    Lubuk Terua, Temerloh, PAHANG DM

    ReplyDelete