Monday, March 14, 2011

SYURA ADALAH MULZIMAH BUKANYA MU'LINAH

Perkataan “ syura” berasal dari sya-wa-ra, yang secara etimologi bermaksud mengeluarkan madu dari sarang lebah. Sejalan dengan pengertian ini, kalimah syura di dalam bahasa Malaysia menjadi “ musyawarah” mengandungi makna sesuatu yang dapat diambil atau dikeluarkan dari yang lain (termasuk pendapat) yang memperoleh kebaikan. Hal demikian semakna dengan pengertian lebah yang mengeluarkan madu yang berguna bagi manusia. Dengan demikian, keputusan yang diambil berdasarkan syura merupakan sesuatu yang baik dan berguna bagi kepentingan kehidupan manusia.

Dalam perlaksanaan syura, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan bahwa Syura adalah mu’linah bukan mulzimah. Ia bermaksud ketua negara hendaklah meminta pandangan Syura, akan tetapi tidak wajib baginya untuk mengikuti keputusan ahli syura yang merupakan Ahli Al-Halli Wa Al-Aqdi. Dr Yusuf Al-Qaradhawi menolak pendapat ini. Ini kerana syura tidak mempunyai sebarang makna sekiranya pemimpin hanya sekadar meminta pandangan, kemudianya melaksanakan apa yang diakuinya dan apa yang disokong oleh penasihatnya serta melempar pandangan Syura ke dinding.

Jika keadaan tersebut berlaku, mengapa mereka menamakan Ahli Al-halli Wal Aqdi ( ahli penyelesain dan pembuat keputusan ) sedangkan mereka pada realitinya tidak dapat menyelesaikan dan tidak melaksanakn sesuatu keputusan apa pun?. Ibnu Katir telah menyebut dalam tafsirnya yang dinukilkan daripada Ibnu Mardawaih daripada Ali r.a bahawa beliau telah ditanya tentang “ berazam “ yang terdapat di dalam firman Allah :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya “ ( Ali Imran 3:159 ).

Beliau menjawab : “ Bermesyuarat dengan mereka yang mempunyai pandangan, kemudian mengukuti pandangan mereka “

Apapun perselisihan yang timbul, jika umat ini atau sesuatu kumpulan daripadanya mengambil pendapat bawa keputusan syura adalah wajib dipatuhi, maka perselisihan akan dapat diselesaikan. Jadi mengikuti apa yang telah disepakati adalah satu keajipan dari segi syarak .

Sesungguhnya umat Islam dipegang pada syarat-syarat mereka. Apabila seseorang pemimpin dipilih di atas asas dan syarat ini , maka dia tidak boleh melanggar persepakatan ini dengan mengambil pendapat yang mengatakan sebaliknya. Ini kerana umat islam- sebagaimana yang s aya nyatakan dan disebutkan di dalam hadith, dipegang pada syarat-syarat mereka dan mematuhi perjanjian adalah wajib.

وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ الأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. ( Surah Al-Nahl 16:91)

Ketika Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf r.a meminta saidina Ali r.a untuk dibaiahkan dengan Al-Quran , Al-Sunnah dan melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar sebelumnya, beliau telah menolak perkara ini. Maksudnya beliau menolak untuk berpegang dengan apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar kerana jika beliau menerimanya, beliau wajib mematuhinya. Beliau menolaknya kerana beliau adalah seorang Imam yang mempunyai ijtihadnya dan pandanganya adalah bebas daripada pandangan Abu Bakar dan Umar sebelumnya kerana perubahan masa dan keadaan. Perkara itu telah diterima oleh Saidina ‘Uthman dan beliau telah dibai’ahkan atas perkara itu. Dalil di sini ialah : Sesiapa yang dibai’ah oleh umat dengan syarat tertentu dia wajib memenuhinya semampu yang boleh. Dengan ini Syura Islam adalah hampir dengan roh Demokrasi, atau dengan kata lain dasar asas demokrasi adalah hampir dengan roh syura Islam. [Rujukan Fiqh Daulah, Dr Yusuf Al Qaradhawi, 238, Fiqh siyasah, 186 ]

Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment