Monday, March 14, 2011

TITIK TEMU FIKRAH SEKULAR DAN LIBERAL

Setelah membaca dan meneliti buku-buku siyasah, saya mendapati satu titik temu yang dapat diambil daripada ilmuan yang pro-sekular dan pro-liberal. Titik temu tersebut ialah mendahulukan sejarah dari nas Al-Quran dan Al-Sunnah yang merupakan sumber utama bagi ajaran Islam. Walaupun tidak semua yang bersikap demikian, tetapi kita tidak boleh menafikan realiti ini. Saya pernah mendengar seorang pensyarah yang menyatakan Sahabat dan Nabi itu pluralis, lantas menyatakan bahawa MUI tidak tahu sejarah kerana mengeluarkan fatwa bahawa pluralisme itu haram.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang ulama’ yang sempat berdebat dengan Prof Dr Yusuf Al -Qaradahawi, iaitu Dr Fuad Zakaria. Dia dikritik oleh Qaradahawi, kerana membawa ideologi sekularisme, sehingga Qaradhawi menulis buku khusus untuk menjawab berbagai jawapan yang mengelirukan daripada Dr Fuad. Buku tersebut ialah Al-Islam Wal Ilmaniyyah Waj’han liwajhi. Didalam buku tersebut Qaradhawi ada menukilkan kata-kata Dr Fuad, iaitu ia menyebut :

“ Sesungguhnya para penyeru kepada perlaksanaan syariah telah melakukan satu kesilapan yang parah tatakala mereka memusatkan usaha mereka untuk Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Kitab dan al-Sunnah , tetapi mereka melupakan Islam yang dinyatakan dalam sejarah. Maksud saya, mereka hanya berpada dengan Islam menurut teksnya dan melupakan Islam sebagai satu realiti.” (ms 32)

Memang kita diminta belajar dari sejarah yang berlaku, di dalam Al-Quran penuh dengan sejarah Nabi-Nabi dan umat terdahulu yang menunjukkan bahwa kita perlu belajar dari sejarah. Mempelajari sejarah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah itu adalah dituntut. Namun kekeliruan yang timbul ialah apabila mengambil sejarah yang tidak sahih secara total dan berhujjah denganya, walhal disana terdapat Nas Al-Quran dan Hadis yang jelas bertentangan dengan apa yang berlaku dalam sejarah. Kekeliruan juga timbul apabila menafsirkan sejarah dengan salah, sebagai contoh perinsip keadilan dan toleransi Rasulullah saw terhadap orang kafir bukan bermaksud Rasulullah mengamalkan pluralisme agama atau( wahdatul adyan) sebagaimana yang difahami oleh sesetengah kaum liberal. Perlu diingat bahawa mereka banyak mengunakan berbagai istilah untuk mengelirukan. Wallahu a’lam.

Oleh: Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment